View: 12571|Reply: 32
|
Tahniah TUDM - terima helikopter baru
[Copy link]
|
|
TUDM terima helikopter baru
•Nasional •Nasional •2012-07-19 23:43 •Disediakan oleh Berita Harian
■ Sebahagian daripada 41 juruterbang yang menamatkan kursus Asas Penerbangan Siri 73 dan kursus Asas Helikopter Siri 53/11, di Butterworth, semalam.
Cougar ambil alih khidmat Nuri tahun depan
Butterworth: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerima dua helikopter Eurocopter Cougar jenis EC725 pada Disember ini atau selewat-lewatnya Januari tahun depan. Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata penghantaran Cougar EC725 yang dibangunkan khusus bagi misi mencabar seperti tugas taktikal mencari dan menyelamat untuk menggantikan Sikorsky S61-A4 Sea Kings atau Nuri akan dilaksanakan mengikut jadual.
Baki 10 helikopter dijangka diserahkan secara berperingkat dengan pesawat terakhir bakal sampai pada Januari 2014.
“Selain itu, pesawat pengangkut jenis Atlas Airbus A400 yang dibeli kira-kira RM600 juta akan tiba menjelang Januari 2015 seperti yang dijadualkan,” katanya selepas menganugerahkan Sayap dan Sijil Penerbangan di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, di sini, semalam.
Beliau berkata, juruterbang TUDM kini berada di Perancis untuk mengikuti latihan sebelum penghantaran pertama dua daripada 12 helikopter itu.
Katanya mereka sudah tiba di kilang Eurocopter di Marseille, dua hari lalu untuk mengikuti kursus latihan mengendali dan mengetahui ciri pesawat itu supaya dapat digunakan secepat mungkin.
Sementara itu, Rodzali berkata, TUDM berharap kerajaan meluluskan peruntukan menggantikan pesawat Pilatus PC-7 yang diminta ketika Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) selain menggantikan helikopter latihan Alloute yang memasuki usia 50 tahun perkhidmatannya dengan TUDM tahun depan.
Penggantian Pilatus PC-7 dan armada Alloute itu memastikan juruterbang muda dapat meneroka kemajuan teknologi pesawat moden di seluruh dunia.
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..akhirnya berganti jgk nuri tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah.. and berbaloi...akhirnya nuri sekejap lagi almarhumah hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada Sikorsky S-61A-4 Nuri, jasamu kepada warga ATM serta warga Malaysia, ketika era insurgensi PKM, hingga ke era kini, dari penenrbangan misi COIN (counterinsurgency), SAR (search & rescue) & penerbangan ihsan bagi masyarakat luar bandar amatlah dihargai, dikenang & diingati selama2nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh yeahhh Cougar EC 725, welcome to family, bebeh! My TUDM sexay lady .....
|
|
|
|
|
|
|
|
wah...lepas nie leh usha la helikopter nie lalu kat kawasan rumah aku |
|
|
|
|
|
|
|
tapi hujung minggu lepas aku temgok helikopter jenis ni berlegar legar dikawasan balakong..tak sure samada memang kepunyaan tentera atau syarikat minyak..banyak kali juga la duk pusing pusing kat udara tu... siapa leh confirm.. memang sah dia landing kam kem sungai besi..
|
|
|
|
|
|
|
|
malaysia tak kurang orang bakat tapi kurang helikopter. |
|
|
|
|
|
|
|
alphawolf posted on 7-8-2012 04:10 PM
Nampak warna apa?
Colurful.......
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau colourful bukan TUDM la kot.....rasanya diaorang nak guna warna kelabu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak tanya pada skuad TUDM..
Kita tak dak battle chopper ke? |
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 23-8-2012 03:29 AM
Aku nak tanya pada skuad TUDM..
Kita tak dak battle chopper ke?
bukan tak nak beli tapi kau tau aje lah mulut-mulut politikus pembangkang dalam malaysia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
penggali posted on 23-8-2012 12:37 PM
bukan tak nak beli tapi kau tau aje lah mulut-mulut politikus pembangkang dalam malaysia ni
Itu tujuan pembangkang. Tidak ada salah. Apa yang penting ialah pembangkan memastikan pembelian itu berbaloi, dan jerung-jerung tidak mendapat sebarang habuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga TUDM berjaya mencapai visionnya utk menjadi next gen air force yg lengkap dgn 6 skdn MRCA dan sekurang2nya 27 buah Cougar sikit masa lagi berserta pesawat2 angkut dan latihan yg lebih moden dan banyak utk support operasi ATM di serata dunia dan dalam apa saja konflik dan senario. |
|
|
|
|
|
|
|
not handsome looking helicopter.......tapi bolehlah....huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
yeay..finally...sudah lama ku tunggu saat ini...akhirnya... |
|
|
|
|
|
|
|
perggghhh msia power...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|