CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Haje_hbz

Semanis Puding Jagung-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 30-7-2012 12:01 PM | Show all posts
sarizu posted on 30-7-2012 11:44 AM
ni mesti aqila g sekolh pun naik bas jugk eh

kite tgk nanti....

mls pulak nk tepek..duk baca cite org je dari tadi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2012 12:05 PM | Show all posts
Den tepek sikit lagi...
--------------------------------------------------

BAB 5

Pukul tujuh pagi. Sudah ramai yang datang. Bagus betul budak-budak ni. Suka datang awal.

Huh! Tapi itulah. Dia paling malas apabila datang hari Rabu sebab kena jaga pagar.  Bosannya. Nasib baik boleh duduk. Kalau tak memang tak naklah dia buat kerja ini.

Aqila, tak baik merungut. Dah tanggungjawab kau sebagai pengawas. Kenalah jalankan tugas dengan amanah lagi berdedikasi! Merungut-rungut, sia-sia je pahala kau nanti! Bisik hatinya.

Lima belas minit sudah berlalu. Lagi lima minit, dia akan mencatat nama pelajar yang lewat. Buku laporan pelajar yang lewat, dia selak hingga ke helaian yang baru. Pen hitam di buka penutupnya. Hari dan tarikh dia tulis siap-siap di bahagian atas penjuru kanan buku.

Okey, time’s up!

Beberapa orang pelajar yang lewat dia catat kemas-kemas nama mereka dalam buku laporan. Bila disemak nama-nama pada hari sebelumnya, nama yang sama juga yang lewat. Hai, budak-budak ni suka kena demerit agaknya. Dia menunggu beberapa ketika sebelum menutup pagar.

Baru sahaja dia hendak tutup, pagar kelabu itu ditolak dari luar.

“Nanti!” Kata Naqib sedikit termengah.

Tadi dia terlepas bas yang sepatutnya dia naiki. Dia lewat beberapa saat sahaja. Tiada pilihan, dia terpaksa menahan teksi pula. Sudahlah tak banyak teksi pada waktu pagi di kawasan itu. Akhirnya dia berjaya menahan sebuah teksi Saga lama. Sampai-sampai saja, pagar dah nak tutup. Mahunya dia tak berkejar masuk. Menyesal dia tak ikut Zairul sahaja. Berdikari konon! Habislah dia kena bahan dengan Zairul nanti.

Aqila melepaskan Naqib masuk. Namun dia tetap mencatat nama Naqib dalam buku laporan.

Naqib menjeling. “Kau tulis nama aku eh?”

“Awak lewat.” Jawab Aqila pendek. Tangannya kembali menyelak pagar.

“Tak payahlah tulis. Bukannya lewat sangat pun.” Pujuk Naqib. Dia baru beberapa hari di sini.  Tak mahulah dia namanya sudah ada dalam buku laporan pengawas.

“Minta maaf, saya hanya jalankan tugas.” Aqila malas mahu melayan Naqib. Cepat-cepat dia beredar dari situ, meninggalkan Naqib yang masih tercegat depan pintu pagar.

Kau memang cari pasal, Aqila. Bisik hatinya geram.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 01:48 PM | Show all posts

Tingkatan lima Ibnu Sina sunyi sahaja. Yang kedengaran hanya suara Ustaz Arsam di hadapan kelas menerangkan tentang bab ‘Ulum Hadis.

Aqila memejamcelikkan matanya, cuba menahan kantuk. Wajah Ustaz Arsam seperti berbalam-balam di matanya. Buku teks yang bertulisan jawi itu pun seperti bertindan-tindan pada pandangannya.

Dia menjeling ke kanan. Nadhia sudah menongkat dagu dengan kedua belah tangan. Matanya separuh tertutup. Manakala lebih separuh isi kelas sudah tersungkur ‘syahid’dengan macam-macam gaya. Tapi Ustaz Arsam relaks sahaja, macam tak ada perasaan dengan pemandangan di hadapan matanya.

Begitulah keadaannya setiap kali tiba kelas Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, seolah-olah ia adalah masa untuk qadha’ tidur. Memanglah budak kelas ni, asal subjek agama aje, semua layu.

Ustaz Arsam berdehem sedikit. “Okey, kelas. Itu sahaja untuk hari ini.” Serentak itu dia bangun dan memasukkan kerusi ke dalam meja guru.

Bunyi geseran kerusi kayu dengan lantai sedikit mengganggu lena pelajar-pelajar yang enak diulit mimpi. Terpinga-pinga mereka bangun. Ustaz Arsam tersenyum kelat.

“Akmal Razin, lepas ni jangan lupa bawak bantal ye. Tak adalah nanti meja sekolah ni berpeta dunia.” Perli Ustaz Arsam.

Seisi kelas mentertawakan Akmal yang terpisat-pisat. Akmal menggosok mata. Tangan kanannya meraba-raba sekitar mulut. Cis, macam mana boleh terkeluar pulak ni?

Naqib di sebelahnya menggeliat sedikit. Mahunya dia tak belayar tadi kalau dah ustaz ni mengajar macam membaca buku teks. Baik dia baca sendiri dekat rumah kalau macam tu. Sempat dia mengutuk dalam hati.

Selepas Ustaz Arsam keluar, automatik Tingkatan Lima Ibnu Sina segar-bugar seperti baru lepas mandi.

Lepas ini matapelajaran Bahasa Melayu dan Cikgu Maslinda pula tidak hadir. Bertambah-tambah segarlah mereka kerana bebas berbuat apa sahaja lantaran tiada guru yang menggantikan guru muda itu. Walhal semalam Cikgu Maslinda sudah beri latihan tatabahasa siap-siap untuk hari ini.

“Qila, teman aku pergi tandas kejap. Nak basuh muka.” Kata Nadhia. Aqila mengangguk. Dia pun mahu membasuh muka supaya hilang kelat matanya.

Setelah meminta pas keluar daripada Fatin, si penolong kelas, mereka beriringan keluar.

Naqib memandang mereka berdua dengan ekor matanya. Otaknya ligat berfikir bagaimana mahu membalas dendam pada Aqila.

Senyuman nakal terukir di bibirnya sebelum dia menoleh pada Akmal. “Weh, tolong aku boleh?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 01:54 PM | Show all posts
Last edited by Haje_hbz on 30-7-2012 02:13 PM \n\n
Aqila dan Nadhia melangkah memasuki kelas yang sedikit hingar-bingar. Maklumlah, pantang ada peluang macam ni semua nak berbual.

“Nadhia!” Seru Akmal tiba-tiba. “Ustazah Fatimah panggil kat bilik guru. Kau sorang aje.”

Nadhia tidak jadi meneruskan langkah. Dia mengerutkan dahi mendengar kata-kata Akmal. Lain macam aje arahan Ustazah Fatimah. Dia ada buat salah ke? “Qila, kau masuk dululah.” Katanya sebelum dia berpusing keluar kelas.

Aqila menyambung langkah. Untuk sampai ke mejanya dia perlu melalui ruang kosong antara barisan meja sebelah tingkap dan barisan meja di tengah-tengah.


  
Azlynn
  
  
Aufa
  
  
  
  
Zinnirah
  
  
Fatin
  
  
  
  
Wan
  
  
Nurul
  
  
Haniza
  
  
Endriyana
  
  
  
  
Aqila
  
  
Nadhia
  
  
  
  
Balqis
  
  
Atikah
  
  
Suhail
  
  
Adhwa
  
  
  
  
Naqib
  
  
Akmal
  
  
  
  
  
  
  
  
Amir
  
  
Iman
  
  
  
  
Nik
  
  
Haziq
  
  
  
  
Zahid
  
  
Najehan
  
  
Safiy
  
  
Rushdan
  
  
  
  
Hamka
  
  
Anas
  
  
  
  
Munzir
  
  
Erwann
  


Rasa kurang senang apabila perlu melepasi tempat duduk Naqib dibuang jauh-jauh. Dia hanya jalan menunduk sahaja.

Tiba-tiba dia ternampak ada tali yang merintang di hadapannya yang diikat pada bahagian bawah kaki meja kanan Naqib dan juga pada kaki meja kiri Adhwa yang berada di sebelah kanan Naqib.

Aqila menggeleng dalam hati. Ni mesti kerja Naqib ni. Apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku?

Dengan selamba dia melangkah melepasi tali tersebut. Kemudian dia ke mejanya dan mengambil gunting dalam bekas pensel sebelum bergerak ke hadapan sedikit dan mencangkung.

Zappp!

Tali yang semacam tali tangsi itu digunting dihujung kiri dan kanan. Kemudian digulung sehingga pendek dan meletakkannya di atas meja Naqib.

“Silap oranglah awak nak dengki.” Kata Aqila monotoni dan berlalu ke mejanya

Naqib mengetap bibir menahan geram. Dia baru hendak berpaling membalas kata-kata Aqila namun suara lantang Endriyana mengelukan lidahnya.

“Eh, Aqila. Kau apasal nak tuduh-tuduh Naqib yang buat pulak?!” Suara Endriyana yang melenting tiba-tiba menarik perhatian seisi kelas. Naqib statik di kerusinya dan hanya memasang telinga.

Aqila menjulingkan mata ke atas sebelum menoleh ke kanan. “Bila masa aku tuduh Naqib yang buat?”

“Eleh, tak payah nak buat muka sucilah kat sini. Yang kau letak tali tu atas meja Naqib bukan menuduh namanya?” Makin lantang Endriyana membalas. Minah ni memang suka cakap dengan high volume agaknya.

“Cik Endriyana Elfira, tuan badan tak cakap apa-apa pun. Yang kau nak melenting tak tentu pasal ni kenapa? Ke engkau punya angkara semua ni? Ataupun… kau sengaja nak bela Naqib sebab kau suka dia?” Sinis saja nadanya. Walaupun tidak selantang Endriyana, itu sudah cukup membuatkan gadis yang sering digelar ‘kepochi’ itu terdiam.

“Sentap ke, kak?” Aqila tayang muka innocent.

Riuh-rendah kelas itu dengan gelak tawa melihat drama sebabak itu. Sudah tentulah Endriyana yang menjadi bahannya.

Berombak dada Endriyana menahan marah. Dia menghentak meja sebelum bangun keluar kelas. Haniza disebelahnya menjeling tajam pada Aqila. Beberapa saat kemudian dia turut bangun mengejar langkah rakan sejatinya itu. Selamba mereka berdua keluar tanpa pas.

Endriyana sengaja melanggar Nadhia yang baru hendak masuk ke kelas. Terdorong sedikit tubuh Nadhia ke belakang. Tidak sampai sesaat Haniza pula melakukan aksi yang sama. Nadhia mengetap bibir geram.

Aqila hanya menggeleng. Yana, Yana. Kenapa kau tak tepuk je nyamuk ni? Tak pun spray dengan Shield Tox ke? Kelambu tu jugak yang kau sibuk-sibuk nak bakar!

“Apahal dengan makhluk dua ekor tu? Macam tak cukup je dua mata kat muka depa tu.” Rungut Nadhia. Bahu yang sengal akibat langgaran dua ekor ‘geruda’ tadi digosok lembut.

“Nantilah aku cerita.” Perlahan saja Aqila membalas.

Nadhia hanya mengangguk. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. “Wei, Akmal! Ustazah Fatimah kata dia tak ada panggil aku pun.”

Akmal di hadapannya menoleh. “Eh, dia bukan panggil kau, dia panggil Azlynn. Sorrylah, aku tersalah orang.” Kata Akmal selamba.

Nadhia melopong. Biar benar mamat ni? Penat-penat aku berkejar pergi bilik guru dia boleh jawab macam tu? Tak ke jauh gila Azlynn dengan Nadhia.

Aqila pula baru perasan sesuatu. Akmal pun bersubahat rupanya. Sejak bila dia jadi kroni Naqib?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 02:24 PM | Show all posts


abg serapp as naqib ok x??
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 02:37 PM | Show all posts
abg serap mcm dh tua jer...

johan asari tu ok jga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2012 04:46 PM | Show all posts
awanjingga posted on 30-7-2012 02:37 PM
abg serap mcm dh tua jer...

johan asari tu ok jga..

johan asari muka pnjg..opsss

bygkan dalam minda jek la eh....
malas rasanye nk boh n3..aku keje duk bace cite org je nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 04:49 PM | Show all posts
nak tanye lah...knp cite ni tak di highlight??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2012 09:16 AM | Show all posts
Puding Jagung! Puding Jagung!

Dua singgit.. Dua singgit... Dua singgitttttttttttttt.



NEXTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 10:39 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 31-7-2012 09:16 AM
Puding Jagung! Puding Jagung!

Dua singgit.. Dua singgit... Dua singgitttttttttttttt.

Nicki..puding jagung ku tidak semurah itu...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 11:03 AM | Show all posts

Aqila mengesat sedikit peluh di dahinya. Bahang kepanasan tetap terasa biarpun tempat menunggu bas itu berbumbung. Air tebu di gerai seberang jalan membuatkan dia menelan air liur berkali-kali. Nikmatnya kalau dapat basahkan tekak dengan air sejuk waktu-waktu terik macam ni. Tapi mengenangkan ramai orang yang bersesak-sesak di situ, niatnya dibatalkan.

“Qila, tadi kata nak cerita pasal ‘makcik’ tu.” Nadhia disebelahnya tiba-tiba bersuara.

Aqila menghela nafas. “Oh. Tak de. Tadi dia marah aku sebab dia kata aku tuduh Naqib nak kenakan aku. Lepas tu aku balas la balik. Terus dia terdiam lepas tu blah je macam tu.”

“Eh, aku ada termiss apa-apa ke tadi?” Berekerut sedikit dahinya mendengar kata-kata Aqila.

Lantas Aqila menceritakan perihal yang berlaku semasa Nadhia pergi ke bilik guru tadi. Tekun Nadhiah memasang telinga. Kejap-kejap dia berkata ‘ohh’ dan ‘isy’.

“Kecoh betul minah tu. Confirm dia nak tackle Naqib.” Bukan dia tidak tahu, Endriyana tu pantang tengok lelaki handsome sikit, mulalah nak tergedik!

“Biarlah dia. Aku tak heran pun. Dia kan memang tak ngam dengan aku dari dulu.”

“Hmm… lepas tu Naqib tak de cakap apa-apa ke?”

“Dah ada pembela tak bergaji, diam aje lah dia.”

Nadhia gelak sebelum menyambung. “Tapi aku pelik kenapa Naqib tu beria-ia nak kenakan kau. Takkanlah setakat kau tulis nama dia dalam buku laporan dia nak balas dendam kut.”

“Entahlah. Mungkin dia masih tak puas hati pasal novel tu kut.” Kata Aqila.

“Novel? Kau tak de cerita pun?”

“Ni nak ceritalah ni. Ingat tak masa kita pergi MPH hari tu, kan aku ada beli novel…” Peristiwa beberapa hari lepas dia ulang tayang.

“Laa… tak sangka pulak korang pernah jumpa sebelum ni. Dan tak sangka pulak dia boleh sekolah kat sini tiba-tiba.”

“Kalau kau tak sangka, aku ni lagilah tak sangka. Mungkin sebab tu kut dia macam menyampah je kat aku. Tapi kalau nak ikutkan, bukan aku yang salah dari mula...”

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta mematikan kata-kata Aqila. Leka sangat bercerita sampai tak sedar babahnya sudah sampai.

“Eh, ayah aku  dah sampai. Lain kali kita sambung eh. Nak tumpang sekali tak?” Ajak Aqila. Bukannya jauh sangat rumah rakannya itu, satu taman juga cuma Nadhia tinggal di jalan yang berlainan.

“Tak pe la. Aku tunggu mak aku.”

Aqila mengangguk dan mengucapkan salam sebelum dia hilang dalam Toyota Camry hitam milik Encik Huzair.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 11:04 AM | Show all posts

“Rul, nak tanya sikit.” Kata Naqib perlahan. Jarinya memusing pen di tangan.

Zairul mengangkat muka dari kertas kajang. Wajah sepupunya dikerling sekilas sebelum tawa sinis telepas di bibirnya. “Hai, sejak bila kena mintak izin nak bertanya ni?”

Naqib gelak. “Sejak sekarang.” Dia diam sekejap sebelum menyambung. “Kenapa Endriyana macam tak ngam dengan Aqila?

“Kenapa kau tanya?” Zairul sudah buat muka suspicious. Aqila lagi?

“Tak de la. Tadi ada benda jadi kat kelas. Aku pelik jugak kenapa dia beria-ia marahkan si Aqila tu. Gaya macam musuh sejak azali je.” Terang Naqib. Peristiwa tadi sengaja dirahsiakan. Nasib baiklah sepupunya itu berlainan kelas.

“Biasalah tu, orang perempuan… sikit-sikit nak jealous. Diorang tu memang sejak form 1 tak pernah baik. Lagi-lagi Endriyana tu. Asyik nak cari pasal je. Aqila, dia okey je dengan semua orang. Tapi kalau dah si kepochi tu cari pasal, melenting jugak la dia.”

“Mana kau tau?” Naqib gelak dalam hati mendengar gelaran Endriyana.

Zairul gelabah. Dia berdehem sedikit. “Tak de. Semua orang tau kut pasal diorang berdua tu. Alah, lagipun masa form 2 dengan form 3 aku sekelas dengan diorang. Selalu je nampak diorang gaduh.” Fuh, selamat dapat corner. Takkan dia nak bagitahu selama ini dia sentiasa memerhatikan tindak-tanduk Aqila. Sampaikan Endriyana pun menjadi ‘musuh’nya dalam diam.

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 02:36 PM | Show all posts

Salam...

tuan rumah..usu dtg ni...baru jumpa jalan ke rumah haje...

ooo....sweetnya cerita....

mengimbau jaman2 usu muda2 dulu...kekeke..cinta monyet dan seangkatan...

teruskan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 11:06 AM | Show all posts
UsuFie posted on 31-7-2012 02:36 PM
Salam...

tuan rumah..usu dtg ni...baru jumpa jalan ke rumah haje...

Wsalam..Jemput2 masuk....

Usu...ni cinta monyet tak menjadi..opsss..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 11:08 AM | Show all posts

BAB  6

Puan Amnah menatang dulang berisi teko dan cawan serta sepiring kuih cara berlauk ke ruang tamu.  Dulang diletakkan di atas meja kopi sebelum dua biji cawan dipenuhkan dengan teh. Harum semerbak bau peach daripada teh. Jiran sebelah rumah yang beri sebagai ole-ole dari Cameron Highlands.

“Minum, Najiha.” Pelawanya. Anak gadis Puan Jamilah ni manis aje berbaju kurung. Susah nak jumpa gadis sekarang yang suka berbaju kurung macam Najiha ni.

“Susah-susah je Chik Na ni.” Tangannya mencapai cawan Corelle berbunga oren dan hijau itu.

“Tak ada susahnya. Kuih ni tadi lagi Chik Na dah buat untuk minum petang. Tak sangka pulak kamu nak datang. Rezeki kamu agaknya. Eh, ibu apa khabar? Lama dah tak jumpa dia.”

Keluarga mereka memang akrab sejak keluarga Najiha berpindah ke sini lagi. Najiha pun sudah dia anggap seperti anak sendiri. Kadang-kadang dia rajin juga berkunjung ke rumah mereka. Tapi sejak akhir-akhir ini dia agak sibuk menguruskan bisnesnya. Tidak berkesempatan mahu berjumpa manusia.

“Ibu sihat je. Oh, lupa pulak. Tadi ibu kirim salam.” Najiha mencapai sebiji kuih cara. Rajin betul Chik Na buat kuih. Langkah kanan betul dia hari ni, dia memang suka kuih-kuih tradisional macam ni.

“ ‘Alaiha ‘alaikissalam.” Jawab Puan Amnah.

Najiha mengerutkan dahinya sedikit. “Kenapa Chik Na tak jawab Wa’alaikumussalam?” Tak pernah pula dia dengar orang menjawab kiriman salam begitu.

Puan Amnah tersenyum. “ ‘Alaiha tu ke atas orang yang berkirim salam dan ‘alaiki tu pulak ke atas orang yang menyampaikan salam. Jadi maknanya lebih kurang, sejahteralah ke atas dia, si pengirim salam dan juga ke atas awak, si penyampai salam. Kalau kita jawab wa’alaikumussalam maknanya kita hanya mendoakan kesejahteraan untuk si penyampai salam saja disebabkan perkataan ‘kum’ yang bermaksud kamu. Itulah, kadang-kadang kita kena jugak tau serba sikit bahasa arab ni.” Terang Puan Amnah panjang lebar.

Najiha terangguk-angguk.“Oh… selama ni Jiha selalu jawab yang macam biasa je. Wah, hebatlah Chik Na. Jiha yang belajar Bahasa Arab pun tak tau.” Kagum  dia dengan pengetahuan Puan Amnah yang luas itu.

“Chik Na biasa aje. Yang maha hebat tu yang di atas sana. Kan?” Najiha senyum dan mengangguk. “Eh, sekejap ya Najiha. Chik Na nak panggil Aqila. Lama sangat dekat atas tu buat apa agaknya.”

Last edited by Haje_hbz on 1-8-2012 11:21 AM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 11:08 AM | Show all posts
Monyet ke..tak jadi ke....sila NEXT!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2012 11:10 AM | Show all posts

Najiha melabuhkan duduk di birai katil Queen bersalut cadar plain pink itu. Pandangannya ditebarkan  ke sekeliling bilik.

“Macam dah lain sikit bilik ni. Rasanya last time Jiha datang, meja study kat sudut kanan tu kan?” Dia menuding ke arah meja belajar di sudut kiri bilik. Di sebelahnya terdapat rak buku yang agak besar.

“Ha’ah. Akak tukar sikit susun aturnya. Bosan jugak asyik kat tempat yang sama je.” Aqila duduk di sebelah Najiha. Lama juga dia tak berjumpa Najiha. Kalau di sekolah pun sempat bertegur gitu-gitu saja. Kalau nak duduk berborak tu memang tak dapatlah.

“So, datang cari akak tiba-tiba ni kenapa? Tak de orang ke kat rumah?”

“Ada je orang kat rumah tu. Sajalah datang sini. Ingat nak pinjam novel akak. Hari tu Jiha ada beli satu novel ni. Lepas tu entah macam mana Abang Naqib tertumpahkan kopi kat novel tu. Habis rosak. Dah la orang belum habis baca lagi.” Rungut Najiha.

Sedikit berkerut dahi Aqila. Bukan disebabkan cerita yang keluar dari mulut Najiha, tetapi sepotong nama itu. Tetapi Aqila diamkan saja. Mungkin kebetulan saja nama mereka serupa. “Novel apa tu?”

“Jaja & Din. Dah la novel tu favourite author Jiha yang tulis. Sayang betullah. Abang Naqib kata nak ganti. Masa dia pergi MPH baru ni dia kata dia jumpa novel tu. Tapi dia berebut dengan sorang perempuan ni sebab novel tu tinggal satu je. Last sekali perempuan tu yang dapat. Bising aje mulut dia kutuk perempuan tu. Nak buat macam mana, dah bukan rezeki Jiha agaknya. Itu yang teringat kat akak, mungkin akak ada, Jiha boleh pinjam. Nak buat koleksi tu nanti-nantilah.” Laju mulutnya bercerita.

Mendengarkan cerita Najiha, Aqila merasakan dia memang tidak silap orang. Sah-sah perrempuan dalam ceritanya itu dia. Tapi persoalannya, apa kaitan Najiha dengan Naqib?

“Abang Naqib tu siapa?” Soalnya seperti kisah tidak kisah. Nanti karang tak pasal-pasal kena cop gatal pula sebab sibuk-sibuk tanya pasal anak teruna orang.

“Oh, Abang Naqib tu abang sepupu Jiha. Alah, dia satu kelas dengan akaklah.”

Aqila mengawal riak wajahnya yang sedikit berubah mendengarkan jawapan Najiha. Sekarang ni dia merasakan dunia ini memang betul-betul kecil dan sempit. Semuanya seperti saling berkait.

Sambung Najiha lagi, “ Dia sebenarnya baru je pindah duduk dengan kitorang kat sini. Sebelum ni di duduk KL. Tapi baru ni Pak Long hantar dia ke sini pulak. Kata Pak Long nak ubah sikit perangai Abang Naqib yang melampau tu. Ibu dengan ayah pun tak kisah, lagipun kitorang memang rapat dengan family Pak Long dari dulu. Tapi bagi Jiha, Abang Naqib tu tak adalah jahat mana, cuma nakal sikit aje.” Cerita Najiha panjang lebar. Dia seperti sudah melupakan terus soalannya pada Aqila awal tadi.

Aqila hanya membiarkan saja Najiha yang tiba-tiba seperti bersemangat ingin bercerita kepadanya tentang Naqib. Dia pun ikut bersemangat mahu mengetahui lebih lanjut tentang ‘seteru’nya itu. Untung-untung boleh dijadikan point untuknya membalas serangan pihak lawan!

“Entahlah. Kadang-kadang Jiha kesian jugak dengan Abang Naqib. Lepas Mak Long Imah meninggal dia macam tak bersemangat nak teruskan hidup. Iyalah, dulu dia dengan arwah Mak Long memang rapat sangat. Lepas dari tu, dia mengalami kemurungan sampai terpaksa berhenti sekolah. Makan masa setahun jugaklah nak baik. Sebab tu sekarang ni, umur dia 18 tahun, tapi masih di tingkatan lima. Sebab dulu tu dia ulang semula tingkatan satu.”

Oh, tak tahu pula Aqila Naqib tu terlebih umur. Patutlah muka pun agak matang sedikit berbanding pelajar lelaki kelasnya yang lain. Cuma perangainya aje yang kurang matang. Tragis juga kisah hidup Naqib. Sekali dengar macam tak sampai hati pula dia mahu mengekalkan title seteru itu.

“Tapi satu aje yang Jiha pelik. Lepas arwah Mak Long pergi, Abang Naqib macam bermusuh je dengan Pak Long.” Najiha berhenti sekejap.

Dia termenung menghadap dinding bercat kuning air itu. Seperti dapat dibayangkan wajah Naqib yang masam mencuka saat  Dato’ Iqram menghulurkan tangan untuk bersalaman sebelum berangkat semula ke Kuala Lumpur setelah mengahantar Naqib ke rumah ibu saudaranya itu minggu lepas. Najiha nampak Naqib langsung tidak menyambutnya malah terus sahaja masuk ke dalam rumah.

Bukan kerana kejadian itu saja dia membuat kesimpulan, tetapi sudah acap kali dia nampak Naqib seperti tidak suka akan kehadiran Dato’ Iqram.

“Kenapa…?” Aqila sedaya upaya tidak mahu busybody, namun terlepas juga soalan yang ditahan dari tadi. Mulut ni memang tak nak bekerjasama!

“Tak tau la. Untuk tu Jiha masih belum ada jawapannya.” Kata Najiha. “Eh, kak. Ada tak novel yang Jiha cakap tadi tu?” Tanya Najiha tiba-tiba.

Dia sebenarnya mahu menukar topik perbualan. Serasanya dia sudah terlebih-lebih pula bercerita fasal sepupunya itu. Inilah dia mulut perempuan, kalau boleh semua benda nak terbabas! Nasib baiklah Kak Aqila ni jenis orang yang boleh dipercayai. Bukan mulut tempayan! Getus hatinya.

“Oh. Ada, ada. Akak pun baru beli jugak novel ni. Tapi dah habis baca dah. Sepupu akak yang rekomen. Memang best cerita dia. Dan banyak benda yang boleh kita ambik.”

Membaca novel tidak semestinya hanya untuk hiburan dan suka-suka sahaja, tetapi perlu jugak diambil pengajaran dan teladan yang ingin disampaikan penulis.

Aqila mencapai novel Jaja & Din dari bahagian bawah rak buku yang menempatkan koleksi novelnya.

Najiha mengukir senyum. Akhirnya dapat juga dia temukan novel ni. Memanglah best, kalau tak, tak adanya dia beria-ia mecari untuk menghabiskan bacaannya yang terbantut! Inilah untungnya berkawan dengan orang yang berkongsi hobi yang sama.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 11:13 AM | Show all posts
Haje_hbz posted on 1-8-2012 11:06 AM
Wsalam..Jemput2 masuk....

Usu...ni cinta monyet tak menjadi..opsss..



errr...jaman usu dulu...kalo sebut cinta monyet..maksudnya mmglah cinta yg tak menjadi..

ke haje maksudkan..diaorg ni nak capai tahap cinta monyet pun tak menjadi...hihihih...

Otak yg dah umur cam usu ni mmg kaput jah nak mikir maksud sebenar...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 11:16 AM | Show all posts
UsuFie posted on 1-8-2012 11:13 AM
errr...jaman usu dulu...kalo sebut cinta monyet..maksudnya mmglah cinta yg tak menjadi..

k ...

Gitu le kekdahnya...

sat...sambung skit lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 11:20 AM | Show all posts
Sudah berkali-kali Naqib memadam jalan kerjanya yang salah sehingga naik lunyai kertas kajang jenama Creative Products itu. Chapter Earth  As A Sphere itu benar-benar mencabar mindanya. Hendak ditanya pada Zairul, entah ke mana pula sepupunya itu menghilang. Najiha juga begitu.

Sudah hampir satu jam dia bertapa bawah wakaf kayu itu. Deru angin daripada kipas yang berputar laju di atasnya tidak mampu menyejukkan hatinya yang geram kerana dari tadi dia hanya menemui jalan buntu. Dia menoleh apabila terdengar bunyi pagar dibuka dari luar. Hmm… balik jugak mek sorang ni!

Najiha yang perasan Naqib di situ, terus menuju ke wakaf. Dia melabuhkan duduk bertentangan Naqib. Novel di tangan diletak atas riba.

“Abang buat apa?”

Wajah Naqib dipandang sekilas. Berlapis-lapis kerutan di dahi sepupunya yang licin tanpa jerawat itu. Mengalahkan orang berfikir masalah negara!

“Buat maths. Susah gila soalan dia.” Naqib memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangan. Rambutnya ditarik-tarik sedikit. “Cuba Jiha bayangkan, dari tadi abang tak gerak-gerak kat soalan yang ni. Gila meroyan abang dibuatnya!”

Terlepas tawa Najiha.

“Abang ni, Jiha mana belajar lagi. Jiha baru form four. Sepatutnya Jiha yang tanya abang. Ni terbalik pulak.”

“Apa-apa je la.” Naqib melepaskan keluhan berat. “Ha, Jiha dari mana tadi? Tiba-tiba je muncul. Mentang-mentang hari minggu, merayap je.”

“Isy, mana ada merayap. Tadi orang pergi rumah Kak Qila. Kenal kan? Classmate abang.” Kata Najiha.

Bulat mata Naqib mendengar kata-kata Najiha sebelum kepala diangguk beberapa kali. “Ohh… kenal.” Mata yang tadinya kuyu terus segar. Wah, topik best ni! Dia berdehem sedikit. “Dia duduk sini jugak ke?” Tanyanya dengan nada malas. Kononnya tidak berminat untuk ambil tahu, sekadar mahu berbasa-basi dengan Najiha saja, padahal dalam hati sudah melonjak apabila tahu Aqila juga tinggal di situ.

“Ha’ah. Kat sana.” Jari telunjuknya menghala ke deretan rumah di sebelah kiri rumah mereka. “Eh, okeylah abang. Jiha nak masuk dulu. Nak mandi.” Najiha sudah bangun dari duduknya.

Naqib mengeluh kecewa. Dia baru semangat mahu korek cerita fasal Aqila, alih-alih Najiha sudah mahu menghentikan perbualan. Potong stim betul!

- Hai, kenapa kau beria-ia sangat nak tahu pasal minah tu?

+ Yalah, dia kan musuh aku.

- Ke sebenarnya kau suka dia? Itu hanya alasan untuk kau kenal dia dengan lebih dekat?

+ Mana ada! Minta simpang aku nak suka perempuan sombong macam tu!

- Eleh! Berlagak!

+ Diamlah kau!

Naqib menutup kasar buku teks Modern Mathematics di hadapannya.

Last edited by Haje_hbz on 1-8-2012 11:24 AM \n\n
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.366172 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list