CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Haje_hbz

Semanis Puding Jagung-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 6-8-2012 03:45 PM | Show all posts

“Tak de. Emm… Qila sebenarnya ada buat something kat someone ni. Err… bukan Qila yang mulakan actually. Qila just balas balik apa yang dia pernah buat kat Qila.” Dia menghela nafas perlahan. Tiba-tiba dia rasa bersalah dengan Naqib. Betullah, kalau kita buat jahat dengan orang, hidup kita memang takkan tenang. Inilah dia buktinya.

“Astaghfirullah… Qila, Chik Na tak pernah ajar buat macam tu dekat orang lain. Qila tau kan, apabila kita membalas sesuatu kejahatan dengan kejahatan juga, maknanya kita sama taraf aje dengan dia. Tak ada beza. Tapi apabila orang buat jahat pada kita, dan kita balas pula dengan kebaikan, itu adalah antara ikram yang besar.”

Aqila mengangguk lambat-lambat. “Tau.”

“Hmm… Lepas ni, pergi mintak maaf kat dia. Tak salah kalau kita rendahkan diri sikit. Kalau ego aje yang tinggi memang sifat sombonglah yang melekat. Lain kali tak kiralah kalau orang buat tak baik pada kita pun, kita balas yang baik-baik aja. Perbuatan dia, itu urusan dia dengan Allah. Janji kita tak buat jahat pada dia. Cuba belajar kawal hati, tekan nafsu. Orang akan lebih tertawan apabila kita pamerkan akhlak yang baik. Kalau kita dua kali lima aje dengan dia, makin menyampahlah orang tu jawabnya.”

Ya, betul. Dia teringat kisah Rasulullah S.A.W yang dicerca, dihina serta disakiti semasa Baginda menyampaikan dakwahnya di bumi Thaif. Namun Nabi S.A.W tidak pernah memarahi dan membalas perbuatan mereka sebaliknya Baginda mendoakan kebaikan dan hidayah pula untuk mereka. Nabi Muhammad yang semulia-mulia manusia itupun begitu sifatnya. Sedangkan dia? Aqila jadi malu dengan dirinya.

Mulai saat ini, dia sudah berazam akan berlaku baik pada semua orang. Tidak kiralah Naqib ke, Endriyana ke, atau sesiapapun.

“Assalamualaikum…”

Aqila menoleh ke muka pintu utama. Babah baru pulang dari berjemaah solat isya’ di masjid. Dia melabuhkan duduk di atas sofa. Kopiahnya diletakkan atas meja kopi.

“Buat apa tu?”

“Tak de apa. Saja berborak dengan anak dara abang ni. Eh, abang nak kopi tak?” Tanya Chik Na.

“Tak pe. Tadi dah minum dengan Hairul.” Patut lah babah balik lambat. Mengeteh rupanya.

Babah mencapai remote televisyen. Butang on ditekan. Dia mencari siaran BBC.

“Ha, yalah. Oh, ya. Abang jadi ke pergi KL esok?”

“Insya-Allah jadi. Flight pukul lima pagi.”

Berkerut dahi Aqila memandang wajah babah. “Bahhh… habis Qila esok macam mana?” Dia sudah beralih duduk di sebelah babahnya.

“Ha, Qila tumpang Uncle Hairul aje macam biasa. Babah dah cakap kat dia tadi.”

“Uncle Hairul?”

“Ha.”

“Malulah, bah.”

“Isy, apa yang nak malunya. Kan tiap kali babah OT Qila tumpang dia.”

“Tak delah. Qila…”

“Ke anak babah ni malu dengan orang lain. Babah dengar cerita anak saudara Uncle Hairul baru pindah duduk dengan dia.” Pintas babah dengan senyum mengusik.

“Bahh… mana ada. Babah ni ke situ pulak.” Babah hanya ketawa lepas melihat dia yang sudah memuncung.

Aqila melepas nafas. Dalam hati dia memang mengiakan kata-kata babah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2012 04:17 PM | Show all posts
Sporting nya babah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 04:20 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 6-8-2012 04:17 PM
Sporting nya babah...

Sporting tang mana tuh??
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 04:25 PM | Show all posts
Haje_hbz posted on 6-8-2012 04:20 PM
Sporting tang mana tuh??

tang usik2 anaknya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 04:28 PM | Show all posts
nk lagi nak lagi... tak sabar nak tauuuuuuuu sapa julia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 10:34 AM | Show all posts
Assalam...next chpter is coming...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-8-2012 10:35 AM | Show all posts
yamapi posted on 6-8-2012 04:28 PM
nk lagi nak lagi... tak sabar nak tauuuuuuuu sapa julia

Jeng Jeng Jeng....rembat trademark nicki jap..
Last edited by Haje_hbz on 7-8-2012 10:39 AM \n\n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 10:36 AM | Show all posts

BAB 11

Aqila melangkah lambat-lambat keluar pagar. Tidak sampai seminit dia sudah terpacak depan di hadapan banglo Uncle Hairul. Dia berdiri tercegat di situ. Serba salah mahu menekan loceng.

Aduh, kenapalah babah out station hari ni? Kenapa tak hari weekend? Bukannya dia tidak biasa tumpang Uncle Hairul tapi masalahnya…

“Eh, Aqila. Tak perasan pulak uncle kamu dah datang. Kenapa tak tekan loceng?”

Terkejut dia mendengar sapaan itu. Uncle Hairul sudah bergerak menuju ke arahnya dan membuka mangga pagar.

“Sorry uncle. Qila baru sampai.” Dia tersipu malu kerana sempat lagi berangan di depan pagar rumah orang.

Uncle Hairul mengajak Aqila masuk ke perkarangan rumah dan dia masuk sebentar memanggil anak-anaknya. Sementara itu Aqila berlegar-legar di frontyard rumah mereka memerhatikan pelbagai jenis bunga-bungaan yang ditanam Aunty Ila. Sebenarnya dia cuba mebuang rasa gementar, malu dan segan. Iyalah, apabila dia menumpang Uncle Hairul bermakna dia akan sekereta dengan Naqib!

Tanpa sedar Aqila sudah terbabas hingga ke sisi rumah. Sedang dia sibuk memerhati pokok yang segar menghijau…

“Woi! Kau buat apa kat sini?” Bagai mahu luruh jantungnya apabila disergah sedemikian rupa. Terus dia menggelabah apabila terpandangkan si pemilik suara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2012 10:39 AM | Show all posts

“Err… errr…” Macam mana mamat ni boleh muncul kat sini pulak?

“Kau…”

“Kak Qila!” Laungan Najiha mematikan kata-kata Naqib. Aqila pula terus berpaling dan berlalu tanpa menghiraukan Naqib. Naqib juga turut sama bergegas ke depan apabila bunyi enjin kereta Pak Sunya kedengaran.

“Akak duduk hujung, eh?” Kata Najiha. Naqib sudah terpinga-pinga melihat situasi itu. Apahal pulak minah ni naik sekali dengan kitorang?

Aqila masuk ke dalam perut Toyota Camry dan duduk di hujung sekali dibelakang Uncle Hairul. Sementara Najiha ditengah-tengah memisahkan dirinya dengan Naqib. Aqila memandang sekilas wajah Naqib. Mencuka. Apasal pulak mamat ni nak emo lebih-lebih. Bukannya aku kacau hidup dia, dan aku tumpang kereta uncle Hairul, bukan kereta dia! Heh!

Namun dalam dia membebel-bebel, hatinya masih digeletek rasa kurang senang apabila teringatkan isu minta maaf itu.

*******************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 10:43 AM | Show all posts

“Yaya, tak kanlah aku nak buat macam tu. Macam apa je.”

“Dah tu, kau malu sangat nak cakap face to face, ini aje lah cara yang tinggal.”

“Isy, bengang la. Nanti apa pulak dia fikir.”

Nadhia geleng kepala. “Aku tak faham betullah kau ni. Kata nak mintak maaf. Apa yang nak dimalukan. Kau ni, malu-malu buat aku fikir something pulak.” Aqila di hadapannya dijeling.

“Fikir apa?” Tanyanya hairan. Namun sesaat kemudian, dia dapat menangkap apa yang dimaksudkan Nadhia apabila temannya itu mengangkat-angkat kening.

“Eeee… mana ada! Aku cuma bengang je. Kalau dengan orang lain pun aku bengang juga.”

“Eleh, ye ke?”

“Ye lah!” Balas Aqila geram. Sempat dicubit lengan sahabatnya itu. Dalam sakit-sakit terlepas juga tawa Nadhia. Sengaja dia mengusik, padahal dia sememangnya tahu, Aqila memang bukan jenis ‘ramah-mesra’ dengan pelajar lelaki berbanding dengan dirinya.

“So, kira on lah ni, eh?”

“Bolehlah. Tapi nanti kau tolong letakkan boleh?” Pinta Aqila dengan nada mengharap.

“Okey, no hal.”
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:43 AM | Show all posts
Ha ah! Lebih2 plak ajib. Macam kereta dia


cuba ambik feel jadik remaja pagi pagi nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 10:48 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 7-8-2012 10:43 AM
Ha ah! Lebih2 plak ajib. Macam kereta dia

Ajib mana plak ni, Lady? Nick baru ke?


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:52 AM | Show all posts
Haje_hbz posted on 7-8-2012 10:48 AM
Ajib mana plak ni, Lady? Nick baru ke?

haha... typo error

aqib!

lady asyik teringat ajib sebab ada org tu nama dia najib tp ejaannya naguib. Otak ni selalu kompius bila baca naqib. huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 10:56 AM | Show all posts

Naqib melangkah laju menuruni anak-anak tangga menuju ke dapur. Mak Su dan Najiha sedang sibuk mengelim karipap. Rajinnya, kalau orang sekarang pakai acauan je. Hmmm... patutlah sampai ke atas baunya. Perutnya tiba-tiba berkeroncong minta diisi.

“Hmmm… sedapnya bau…” Dia mencapai karipap yang sudah siap bergoreng di dalam mangkuk. Namun pantas sahaja tangannya ditepis Najiha.

“Isy, abang. Jangan nak mengada cilok-cilok. Tunggu siap  dulu.”

“Najiha, biarlah abang Naqib kamu tu nak makan, jangan ditegah-tegah.” Memuncung Najiha apabila ditegur. Naqib menjelirkan lidah. Macam budak-budak je! Kutuk Najiha dalam hati. Namun beberapa saat kemudian Najiha pula melakukan aksi yang sama apabila ibunya menyuruh Naqib membalikkan karipap di dalam kuali. Naqib hanya membalas dengan jelingan.

“Qib, ada telefon papa?” Tanya Mak Su apabila Najiha sudah beredar ke tandas sebentar.

Soalan Mak Su membuatkan kunyahannya terhenti. Dia berdeham. “Tak de.” Jawabnya sepatah.

“Qib, Mak Su bukannya nak menyibuk urusan Naqib. Tapi sebagai satu-satunya ibu saudara, Mak Su cuma nak bagi nasihat. Telefonlah papa. Semalam dia telefon Mak Su. Dia rindukan Naqib tu. Naqib kena ingat, macam mana besarnya salah papa, dia tetap papa kandung Naqib. Tanpa dia Naqib takkan ada kat sini tau. Cubalah lupakan sekejap apa-apa yang Naqib tak puas hati dengan papa.”

Naqib hanya membisu.

“Qib, janganlah terasa hati pulak, na? Mak Su cuma mengingatkan…”

Senyum tawar ditarik segaris. “Tak lah Mak Su. Insya-Allah, kalau sempat malam nanti Qib telefon. Terima kasih sebab ingatkan Qib.”
Naqib, Naqib. Buat apa kau nak memanipulasikan perkataan Insya-Allah tu kalau kau sememangnya tak akan call papa? Aku bukan memanipulasikan, aku cuma menjawab secara beradab. Boleh gitu?

“Mak Su, Qib nak pergi depan sat. Ambil satu eh?” Dia mencapai sebiji lagi karipap. Mak Su hanya senyum sambil geleng kepala. Tahu Naqib mahu lari dari berbincang tentang topic papanya.

Selamba sahaja Naqib makan sambil berjalan menuju ke arah ruang tamu.Dia menghempaskan tubuh di atas sofa empuk. Sekelip mata sebiji karipap sudah selamat  masuk perut. Tangannya dikibas-kibaskan, membuang habuk-habuk karipap.

Terasa bosan, dia mencapai sebuah buku tebal yang terletak di atas meja kopi. Hmm… ni mesti buku Najiha. Siapa lagi manusia dalam rumah ni yang minat baca novel?

Novel berkulit merah itu dia buka. Tulisan tangan dibawah muka surat paling hadapan itu sedikit menarik perhatiannya.


~Nurul Aqila Huzair~

21 April 2010



Aqila?

Seperti teringat akan sesuatu, pantas dia menutup novel itu. Kulit novel ditatap dan dibaca berulang kali. Eh, ni bukan ke….?

Beberapa saat kemudian senyuman tersungging di pinggir bibir.

Aqila… Aqila… Aqila… Sepotong nama itu disebut berulang kali di dalam hati sambil tangannya menimang-nimang novel di tangan.

Tiba-tiba dia teringat insiden di dalam kelas pagi tadi. Sekembalinya dia ke kelas selepas tamat waktu rehat, dia perasan ada sehelai kertas putih yang dillipat dua diselitkan di bawah pensil casenya di atas meja. Di atas kertas itu tertulis:


Saya minta maaf pasal semalam…



Dia tersengih membaca tulisan tangan Aqila yang kemas dan cantik itu. Namun itu di depan sahaja. Dia kemudian berpaling ke belakang dan menayangkan wajah serius. Kertas itu dironyokkan dan terus dibaling tepat ke wajah Aqila. Masih terbayang di matanya wajah terkejut Aqila yang tergamam apabila suara-suara tawa mula kedengaran.

Heh! Nak sangat main dengan aku kan? Ini baru sikit, aku ada banyak lagi surprise untuk kau!

*****************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 11:12 AM | Show all posts

Naqib menekan icon google chrome di taskbar laptopnya. Talian internet malam ni agak laju. Dia terus menekan laman facebook yang sudah di save dalam bookmark. Sejak berpindah ke sini, ini kali pertama dia membuka laman facebooknya. Berderet mesej dan entah apa-apa lagi dari rakan-rakannya di sekolah lama. Beberapa friend requests dipandang sekali lalu. Namun dia sedikit tersentak apabila melihat salah seorang daripada mereka yang tertulis Yana Fira.

Ini bukan Endriyana ke? Perghh… boleh tahan jugak minah ni. Selamba badak je tayang gambar free hair kat FB. Siap karat lagi. Kutuknya dalam hati. Butang confirm ditekan. Tidak sampai beberapa saat Endriyana menghantar mesej padanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 11:17 AM | Show all posts
Haje_hbz posted on 7-8-2012 10:35 AM
Jeng Jeng Jeng....rembat trademark nicki jap..
Last edited by Haje_hbz on 7-8-2012 10:39 AM ...

takpe...cheq tak mintak royalti...cuma nak 'job' dalam Puding Jagung pulak selepas Ya Maulana (MODE: GILA GLAMERR )

errrr...

NEXT!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 11:19 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 7-8-2012 11:17 AM
takpe...cheq tak mintak royalti...cuma nak 'job' dalam Puding Jagung pulak selepas Ya Maulana (MOD ...

Pelakon yg 'terror' berlakon x payah tercari2 job. Produser/pengarah berebut2 offer hoccay!


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 11:22 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 7-8-2012 11:19 AM
Pelakon yg 'terror' berlakon x payah tercari2 job. Produser/pengarah berebut2 offer hoccay!

...

Iols pelakon baru nak naik uols...  Stended-stended Neelofa jerrrsss...... . Haruslah rajin 'market'.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 11:23 AM | Show all posts

Yana: Thanks sebab approve I…!

Huih… tangkasnya minah ni!

Naqib: Welcome. Endriyana kan?

Yana: Yea, it’s me. Pandai you teka…

Naqib: Tengok gambar dah tau.

Yana: So, what should I call you? Naqib or Qib? Atau ada nama special lain?

Eh, eh. Minah ni… kat sini sibuk pulak dia nak berkenalan. Kat sekolah tak de cakap apa-apa pun? Hmm… layankan aje…

Naqib: Qib should be fine.

Yana: Ok… you boleh panggil I Yana aje.

Geli pulak tengkuknya apabila Endriyana asyik ber-I ber-you dari tadi! Namun disabarkan hatinya kerana mana tahu, boleh juga dia korek-korek rahsia pasal Aqila. Aik? Aqila? Bisik hatinya nakal.

Naqib: Aku nak tanya sikit boleh?

Yana: Ehem… go on.

Naqib: Emmm… kau dengan Aqila kenapa?

Agak lama juga dia menungguu balasan daripada Endriyana.

Yana: Hmmhh! That kolot girl! So annoying!

Naqib: Why?

Yana: I tak sukalah dengan dia tu.

Naqib: You all memang musuh sejak dulu ke?

Yana: Yup! Since I baru masuk lagi, masa Form 3. Menyampahlah dengan minah bajet bagus tu! Mentang-mentang pengawas, ingat mandat dia besar sangat ke nak tegur itu ini pasal diri I?

Naqib: Apanya?

Yana: You tau tak, ada ke patut dia cakap macam ni kat I, ‘Endriyana, baju sekolah mesti longgar dan bercuff, tudung mesti labuh, stoking mesti panjang, kain tak boleh singkat-singkat, kuku tak boleh panjang, gelang-gelang ni semua kena tanggal, bla bla bla. Hei, diri I, suka hati I lah nak pakai apa pun! Cikgu tak cakap apa-apa, dia pulak yang over. Sibuk je nak jaga tepi kain orang! Dia ingat tudung dia yang labuh tu konon-kononya dah alimlah? Huh! Alim tahi kucing!

Terhambur ketawa Naqib membaca apa yang ditulis Endriyana. Weh, minah! Memanglah kena tegur. Kau tak sedar ke kau sekolah kat mana? Namun ayat itu hanya berlegar di ruang mindanya sahaja. Tak kan dia nak cakap macam tu, Endriyana ni kan dah kira satu line dengan dia, cuma sipi-sipi sikit je.

Naqib:  Ohhh…

Yana: So, you tak nak cerita kat I ke kenapa you dengki kat dia hari tu? Mesti ada something, right?

Naqib terdiam. Takkan nak cerita ‘hal’ tu pulak?

Naqib: Tak de. Aku just nak kenakan dia sebab dia tulis nama aku dalam record book pengawas pasal aku datang lambat.

Yana: Oh, I see. Hmmm… since you pun dah anti dengan dia, why not kita kenakan dia sama-sama? Lagipun trick you hari tu tak menjadi kan? And I dengar dia kenakan you pasal mock test semalam. Sepatutnya dia dapat balasan lebih sikit. Setakat kena baling dengan kertas apalah sangat nak dibandingkan dengan markah you yang melayang tu kan? I bukan apa, I cuma kesiankan you dan tak nak you kena pijak kepala dengan minah tu. I tak kisah nak tolong you.

“Abang!”

Jari-jemarinya yang sedang laju menari atas keyboard terhenti serta-merta. Dia menoleh pada wajah di muka pintu bilik. Laju dia menekan butang minimize pada tetingkap Facebook.

“Yes, anything I can help?” Tanya Naqib pada wajah yang berkerut-kerut itu.

“Abang ada nampak novel Jiha tak?”

“Novel?” Naqib menayang muka blur. Itulah, asyik sangat berchatting sampai kepala otak pun tak boleh nak fikir!

“Novel Jihalah! Petang tadi Jiha letak atas meja kopi kat depan.”

Oh! Novel tu. Dalam hati dia sudah tergelak-gelak. Namun dia cuba mengawal riak wajah.

“Jiha ni, abang manalah minat bab-bab novel ni. Tak ambil port pun. Cuba tanya ibu.” Ujar Naqib.

“Jiha dah tanya tadi, ibu kata petang tadi ada nampak, tapi sekarang dah tak de. Siapa pulak yang ambil ni?”

“Alah, ada je dalam rumah ni. Saja nak main sorok-sorok dengan Jiha tu. Nanti-nanti jumpalah. Tak payah nak risau sangat.” Kata Naqib diselangi tawa.

“Abang ni, orang serius tau! Novel tu bukan Jiha punya, Jiha pinjam orang. Nanti apa Jiha nak jawab?” Najiha sudah memuncung. Kesian pulak dia tengok. Sorry, dik!

“Yelah, pergilah cuba tanya along, tak pun ayah.”

Najiha mengangguk. Apabila Najiha sudah beredar, Naqib kembali membuka Facebooknya. Tersenyum dia melihat Edriyana yang masih setia menunggu.

Yana: Qib, are you still there?

Yana: Naqib!!

Naqib: Sorry. Tadi ada hal sikit. So, macam mana?

Saat itu Naqib sudah tidak dapat menahan senyuman di pinggir bibir. Aqila… Aqila…. Aqila…

************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 11:32 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 7-8-2012 11:17 AM
takpe...cheq tak mintak royalti...cuma nak 'job' dalam Puding Jagung pulak selepas Ya Maulana (MOD ...

Buat masa sekarang takde watak yang sesuai untk Nicki....

Tapi kalau nak kira cincai, Endriyana yg evil ni pun boleh lah....(ni offer tggi punye..kat Ya Maulana, Nicki dpt kucing kurap jek... jgn mara lady...)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.080174 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list