CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HaMpEH KoBau

Mengenai Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia (merged)

[Copy link]
winzip This user has been deleted
Post time 23-2-2004 08:02 AM | Show all posts
rasa2nye singapura dah jadi pusat US di rantau asia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2004 09:01 AM | Show all posts
aku naikkan topik ni balik.......dicusss ler lagi......aku nak buat analisis nih....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2004 07:17 PM | Show all posts
Entah2 pulau tu dah tenggelam ketika itu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2004 07:50 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 8-5-2004 06:17 PM:
Entah2 pulau tu dah tenggelam ketika itu.

:setuju: ngan debmey pun kena migrate! :lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2004 08:03 PM | Show all posts
Originally posted by Acong at 2004-5-8 07:50 PM:

:setuju: ngan debmey pun kena migrate! :lol


My reply:-

lol:lol Mana dia migrate agaknya? Israel kot!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2004 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 8-5-2004 07:03 PM:


My reply:-

lol:lol Mana dia migrate agaknya? Israel kot!

lol:lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2004 08:06 PM | Show all posts
Agak2nya kalau Spore betul2 tenggelam - sempat tak dia lari? Manusia mana boleh lawan dgn natural disasters.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2004 08:10 PM | Show all posts
............sempat kot dia lari masuk kuboq...hahahhaahahahahhahaha...terus terang aku cakap UMNO n tunku takut kat komunis..sebab tu terpaksa pisahkan singapore dr malaysia......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2004 08:22 PM | Show all posts
info yg bagus!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2004 10:33 PM | Show all posts

Tambah info...

Pada 27 dan 29 Januari 1965, Pengerusi NCP, Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS dan beberapa orang ahli terkemuka Barisan Sosialis yang dituduh bersubahat dalam komplot Pro-Indonesia untuk menggulingkan kerajaan Malaysia telah ditangkap. Dua minggu kemudian Barisan Sosialis mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur yang kemudiannya berubah menjadi satu rusuhan.

Ramai ahli politik sayap kiri ditangkap menyebabkan pihak pembangkang tidak mempunyai pemimpin. Lee Kuan Yew merebut peluang ini dan seterusnya berjaya menyatukan PAP, SUPP, UDP, PPP dan MACHINDA (parti yang dikuasai oleh orang Cina dan  ditubuhkan di Sarawak pada tahun 1964) ke dalam suatu Konvensyen Peprpaduan Malaysia yang berikrar untuk membina “Malaysia untuk rakyat Malaysia” bukannya “Malaysia untuk rakyat Melayu”.

Dalam pada itu, barisan pemimpin UMNO mula meragui sama ada persekutuan dengan Singapura boleh diteruskan ataupun tidak. Ini disebabkan sekiranya Lee Kuan Yew berjaya menyatukan pengundi-pengundi Cina dan India serta sebahagian besar pengundi bumiputera Sabah dan Sarawak, mungkin beliau akan mendapat cukup kerusi untuk mengetuai sebuah kerajaan bukan Melayu. Pada masa itu, terdapat khabar angin bahawa Lee Kuan Yew sedang mengatur rancangan untuk membentuk satu kombinasi negeri-negeri Singapura, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Desakan demi desakan dibuat kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya Majlis Undangan Negeri Singapura dibubarkan dan terus ditadbirkan secara langsung daripada ibu negara (KL). Lee Kuan Yew tetap tidak beralah. Sebaliknya Konvensyen Perpaduan Malaysia memperhebatkan kempennya terhadap UMNO, baik dalam majlis-majlis Undangan Negeri mahupun perhimpunan umum dengan menggunakan ungkapan “Malaysia untuk rakyat Malaysia”

Sekiranya kempen tersebut berhenti setakat itu sahaja, mungkin orang Melayu dapat bersabar. Apabila kempen-kempen tersebut mula menyelitkan ketidakyakinan mereka tentang kemampuan Perikatan yang dikuasai oleh UMNO untuk merealisasikan konsep berbilang kaum, orang Melayu mula berasa marah.

TAR sendiri dengan perasaan marah mengumumkan bahawa sekiranya Singapura ingin kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia, maka Singapura harus mencara seorang pemimpin yang lebih stabil dan mahu bekerjasama. Reaksi Lee Kuan Yew terhadap kenyataan tersebut ialah membuat cabaran terhadap UMNO, serta membentangkan dalam Parlimen suatu pindaan, iaitu kenyataan rasmi mengenai dasar-dasar kerajaan pada masa akan datang.

Cabaran dan pembentangan yang dibuat pada 27 Mei 1965 ini juga memasukkan kekesalan Lee Kuan Yew kerana kenyataan itu tidak mempunyai sebarang jaminan bahawa negeri ini benar-benar akan menjadi negeri Malaysia untuk orang Malaysia. Perbahasan yang berlanjutan dengan emosional dan perasaan benci membenci berakhir pada 31 Jun, apabila Tunku menyerahkan kepada TAR untuk menutup perbahasan bagi pihak kerajaan.

Semasa Tunku ke Britain, Tun Abdul Razak secara sementara telah mengambil alih pemerintahan sebagai Pemangku PM. Beliau mengadakan perjumpaan dengan Lee Kuan Yew dengan harapan satu penyelesaian boleh menjaga nama baik kedua-dua pihak dicapai. Perjumpaan itu gagal. TAR menghubungi Tunku di London dan memberitahunya bahawa tidak ada peluang lagi bagi Lee Kuan Yew untuk membetulkan pendiriannya. Tunku menasihatkan TAR supaya berusaha mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.

Rundingan selanjutnya dilakukan antara TAR dan Dr Goh Keng Swee (bekas ahli ekonomi yang menjadi Menteri Kewangan Singapura). TAR mendapati walaupun beliau mempertahankan Malaysia, tetapi sikap menteri-menteri Singapura yang berunding dengan beliau tidak mahu bertolak ansur. Menjelang hujung bulan Julai 1965, TAR akhirnya berpendapat tidak ada gunanya lagi berunding dengan Singapura. Jalan penyelesaian yang terbaik bagi Malaysia dan Singapura ialah berpisah.

Sehubungan itu, TAR membuat ketetapan bahawa adalah baik bagi pihak yang terlibat sekiranya perpisahan itu dilakukan secepat mungkin. Apabila dimaklumkan, Tunku menyerahkan tugas membuat peraturan-peraturan menyingkirkan Singapura kepada TAR. TAR memberitahu Dr. Goh apa yang akan berlaku dan meminta supaya mengetuai perwakilan Singapura yang akan menyusun syarat-syarat pemisahan itu. Akhirnya Singapura telah menjadi sebuah republik yang merdeka pada 9 Ogos  1965. Cita-cita Lee Kuan Yew tercapai.

http://members.lycos.co.uk/nabirz/tarbio.htm
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 02:45 PM | Show all posts
Tunku & TAR tidak sebodoh yg disangka, kerna mereka telahpun mengetahui rencangan jahat Kuan Yew bagi memisahkan Singapura.

Choba kita pikirkan, sekiranya Singapura tidak dipisahkan, orang melayu di Singapura akan menjadi mangsa kebencian diatas sokongan majoriti masharakat Cina yang menyokong dasar PETIR / PAP. Tidak lupa juga pemimpin melayu yg menjadi petualang PETIR yg akhirnya memakan bangsa mereka sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 04:07 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 14-5-2004 10:33 PM:
Pada 27 dan 29 Januari 1965, Pengerusi NCP, Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS dan beberapa orang ahli terkemuka Barisan Sosialis yang dituduh bersubahat dalam komplot Pro-Indonesia untuk men ...



kenapa org kiri begitu ditakuti?
Reply

Use magic Report

oxer This user has been deleted
Post time 27-8-2004 10:23 AM | Show all posts
ada idea tak..camner nak tenggelamkan singapore tu....
pasang bom nuklear dari bawah tanah...pas tu jeng...jeng...jeng...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2004 07:12 AM | Show all posts
Originally posted by oxer at 27-8-2004 10:23 AM:
ada idea tak..camner nak tenggelamkan singapore tu....
pasang bom nuklear dari bawah tanah...pas tu jeng...jeng...jeng...


Tak baik berniat buruk.  

Tidak ada yg lebih mententeramkan, lebih melegakan dan lebih menyenangkan drp hidup dgn hati bersih. Tiada perasaan membenci dan gejolak perasaan dengki.
Reply

Use magic Report

oxer This user has been deleted
Post time 28-8-2004 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 28-8-2004 07:12 AM:


Tak baik berniat buruk.  

Tidak ada yg lebih mententeramkan, lebih melegakan dan lebih menyenangkan drp hidup dgn hati bersih. Tiada perasaan membenci dan gejolak perasaan dengki.



:pray: :lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2004 02:04 PM | Show all posts
:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


oxer This user has been deleted
Post time 3-9-2004 08:17 PM | Show all posts
Aku ada plan camner nak letupkan singapore.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2004 01:08 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 14-5-2004 10:33 PM:
Dalam pada itu, barisan pemimpin UMNO mula meragui sama ada persekutuan dengan Singapura boleh diteruskan ataupun tidak. Ini disebabkan sekiranya Lee Kuan Yew berjaya menyatukan pengundi-pengundi Cina dan India serta sebahagian besar pengundi bumiputera Sabah dan Sarawak, mungkin beliau akan mendapat cukup kerusi untuk mengetuai sebuah kerajaan bukan Melayu. Pada masa itu, terdapat khabar angin bahawa Lee Kuan Yew sedang mengatur rancangan untuk membentuk satu kombinasi negeri-negeri Singapura, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.


tak dpt aku bayangkan kalo gagasan nie wujud...
entah camna nasib aku skrg di bwh pemerintahan singapore...

[ Last edited by nazeeb on 13-10-2004 at 01:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2004 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 28-8-2004 07:12 AM:


Tak baik berniat buruk.  

Tidak ada yg lebih mententeramkan, lebih melegakan dan lebih menyenangkan drp hidup dgn hati bersih. Tiada perasaan membenci dan gejolak perasaan dengki.


:setuju: decission yang Tunku dan TAR buat pada masa tu ibarat 'memotong ibu jari kaki pada pesakit kencing manis...kalau tak potong akan mudharat satu badan..last sekali nyawa melayang..:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2004 04:57 PM | Show all posts
singapore adalah new york asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.308336 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list