CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jagosam

Buku baru..Legasi Pejuang

[Copy link]
Post time 5-4-2013 11:18 PM | Show all posts
jagosam posted on 5-4-2013 03:33 PM
continue...

Bab 20 : Siapa Aku?



Sian Muaz....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2013 09:27 AM | Show all posts
sambungan bab 20...

Katrinee menjadi kasihan dan simpati melihat keadaan Muaz itu kerana dia tidak sangka banyak betul kesengsaraan yang di tempuh lelaki ini dalam kehidupannya dan betapa besar cabaran yang perlu di lalui oleh lelaki ini.
‘Aku percaya apa yang Muaz alami dan hadapi ini adalah proses pembelajaran dan latihan untuk dia menjadikan seorang lelaki yang tabah, kuat dan matang, aku percaya apabila dia dapat mengatasi semua masalah ini dia akan menjadi lelaki yang hebat, Pejuang Islam yang sebenar’ fikir katrinee di dalam hatinya.
‘Aku mesti membantu dia untuk pulih semula, dunia pejuang Islam kini sudah semakin nazak dan tertekan sejak peristiwa kehilangan Muaz, ramai pemimpin utama Islam telah di bunuh satu persatu dan ini semua kerja CIA dan Israel itu’
Katrinee memandang ke arah Muaz yang menunggu dengan penuh harapan.
“Baiklah Muaz, biar aku ceritakan tentang sejarah hidup kau dan siapa kau yang sebenarnya” ujar Katrinee sambil memandang ke arah Muaz yang terus tekun memakukan matanya pada wanita muda itu.

Katrinee terus menceritakan sejarah hidup Musab mengikut apa yang ia ketahui dari maklumat perisikan CIA dan apa yang ia kumpulkan selama ini, Kuromoto terus tekun mendengar dengan teliti kata-kata wanita muda yang cantik di hadapannya itu dan sekali sekala wajahnya mengambarkan kesedihan, marah, kecewa dan apabila mendengar cerita tentang perkara yang menyedihkan dan menyakitkan hatinya. Hampir seharian juga mereka berkongsi cerita di dalam hutan kecil itu dan banyak perkara yang tidak di ketahui dan di ingati oleh Muaz di ceritakan oleh Katrinee hingga sampaikan Kuromoto sendiri tak percaya apa yang telah di ceritakan oleh Katrinee itu.
“Cik Katrinee, apa yang aku dengar cerita tentang sejarah hidupku itu seperti cerita sebuah filem atau buku, tak mungkin aku sehebat itu, atau adakah cerita ini di reka-reka dan di tambah-tambah?”
“Haha…Muaz, Muaz..tak ada yang di tambah semuanya adalah benar, kau tahu tak 5 tahun dahulu kau adalah lelaki yang paling di takuti oleh CIA dan mereka sedaya upaya untuk menghapuskan kau begitu juga dengan Mossad, aku percaya jika mereka tahu kau masih hidup lagi sehingga saat ini aku percaya Coper Black mesti naik gila”
Mendengar kata-kata Katrinee itu mereka berdua ketawa sendiri.
“Saat ini aku tak tahu nak kata, apa yang kau cerita itu benar-benar di luar pemikiran aku, jika kau katakan semua ini benar maka aku rasa Muaz itu sudah mati”
Katrinee mengerutkan keningnya sambil memandang ke arah Muaz,
“Apa maksud kau?”
“Aku sudah hilang semuanya, kebolehan, memori, sahabat dan kehidupan aku, yang aku tahu dan kenal adalah kedua ibubapaku dan kehidupan di sini, aku tak mahu lagi kembali kepada kehidupanku yang lampau itu ianya terlalu memenatkan dan menyedihkan” ujar Kuromoto dengan wajah yang sayu.
Katrinee terus merenung lelaki di hadapannya dengan airmata yang mengalir, dia tahu betapa tertekannya hidup Muaz dulu.
“Muaz, selepas ini, kau tak akan jadi Kuromoto lagi, kau bukan di takdirkan untuk tinggal di sini….”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2013 04:28 PM | Show all posts
sambung...

Bab 22 : Coper Black

Ibu Pejabat CIA, Langley Virginia

         Coper Black terus tersandar di kerusi empuknya, matanya merah menyala, kerusi yang di dudukinya itu tidak lagi rasa selesa, saat ini dia rasa kerusi itu keras seperti kayu dan menyucuk-yucuk punggungnya umpama duduk di atas duri tajam. Baju kotnya entah kemana di campakkannya manakala, tali lehernya telah putus di rentapnya dengan kuat dan geram, saat ini tidak tergambar perasaan dan fikirannya. Panggilan yang di terima sebentar tapi terus membunuh semua semangat dan mood berkerjanya, sepatutnya masa ini dia ada mesyuarat dengan anggotanya tetapi dia telah meminta setiausahanya untuk membatalkan mesyuarat itu kerana berita yang di terimanya itu lebih penting dari segala yang penting.
‘Aku tak tahu apa yang aku rasa saat ini, pada mulanya aku rasakan panggilan dari ejen itu hanyalah kata-kata mainan sahaja tetapi dari nada dan cara ejen aku itu bercakap begitu bersungguh-sungguh dan menceritakan tentang kejadian yang menimpa Katrinee itu aku mulai percaya dan sedar. Kini aku yakin apa yang ejen itu katakan itu mungkin benar dan aku tak boleh ambil risiko untuk tidak memperdulikannya, apatah lagi rancangan aku dan temanku dari Mossad itu baru sedang nak di jalankan, Celaka betul kau Muaz sampai bila kau nak mampus dia ni menyusahkan aku betul’ ujar Coper Black dengan geramnya.

Kenangan pahit 5 tahun dahulu tergambar jelas di matanya, dia pasti dan tidak akan boleh melupakan perkara yang sangat meninggalkan kesan yang dalam pada pihak CIA dan dirinya. Coper Black masih ingat lagi 5 tahun dahulu iaitu semasa pemburuan Muaz , selepas Muaz di tembak dan jatuh ke dalam sungai itu dia telah mengarahkan hampir 2000 orang ejennya untuk mencari mayat lelaki itu dan operasi yang di jalankan hampir dua minggu tidak kira siang atau malam itu tidak memberikan sebarang hasil, akhirnya dia terpaksa membuat keputusan untuk mengistiharkan bahawa lelaki itu telah mati walaupun mayatnya tidak di temui, tetapi kini nama lelaki itu kembali lagi dan rasa gerun dan marah terus terbit dalam hatinya.
‘Aku rasa Katrinee tidak salah pandang atau lihat tentang budak itu, dalam pasukan CIA Katrinee lah satu-satunya anggota aku yang benar-benar kenal Muaz itu dan peristiwa di Jepun itu kemungkinan benar’ getus Coper Black.
‘Walau apa yang Ben katakan itu belum tentu benar atau tidak aku tidak boleh ambil risiko, sebab Katrinee yang terlibat dalam hal ini, jika orang lain aku akan lupakan sahaja tetapi situasi ini berlainan dan aku sedar aku mesti bertindak sebelum perkara ini tersebar dan di ketahui oleh pejuang-pejuang Islam terutamanya aku mesti hapuskan dia tak kiralah sama ada dia Muaz atau bukan’ ujar Coper Black membuat keputusannya.

Coper Black tidak mahu akhirnya satu dunia tahu bahawa mereka telah gagal membunuh orang yang menceroboh Ibu pejabat CIA itu dan ini yang menakutkannya dunia akan mentertawakan Amerika sekali lagi dan mereka mendapat malu yang besar.
‘Jika perkara ini di ketahui oleh pejuang Islam di seluruh dunia, maka ini akan memberikan kekuatan moral kepada mereka dan mungkin era kebangkitan Pejuang Islam seperti 5 tahun yang lepas akan kembali lagi dan aku mesti cegah itu dari berlaku’ azam Coper.
Dengan segera dia mengangkat telefonnya dan terus mendail nombor telefon ketua turus SEAL (The United States Sea, Air and Land) Bobby Thorn.
“Bob, Coper Black di sini, aku mahu kau jumpa aku sekarang juga” arah Coper dengan ringkasnya.
Bobby Thorn yang menjadi ketua Turus SEAL agak terkejut mendapat panggilan dari Ketua Pengarah CIA itu, dia yang sedang berbincang dengan pegawainya terus menamatkan perbincangannya dan terus menuju ke arah Pejabat Coper Black.
‘Kenapa pula Tuan Coper panggil aku, apa benda yang dia nak dari aku ni’ tanya Bobby dalam hatinya.  

        Sebaik sahaja kedatangan Bobby Thorn di maklumkan oleh setiausahanya Nancy, Coper Black terus meminta Bobby itu masuk ke biliknya. Bobby Thorn yang memang biasa berjumpa Coper Black kerana merencanakan perancangan CIA itu terus masuk ke dalam bilik Boss CIA itu. Sebaik sahaja Bobby masuk Coper terus mengarahkan dia duduk di kerusi di hadapannya,
“Aku tak tahu sama ada ini masalah besar atau tidak tapi yang aku tahu kita tak boleh mengabaikan perkara ini” sambil Coper menghulurkan satu fail yang agak tebal juga.
Bobby segera menyambut fail yang di hulurkan oleh ketuanya itu, dia melihat fail itu agak tebal dan sudah berhabuk sedikit dan di hadapannya tertulis perkataan “Deased” atau sudah di hapuskan, Bobby Thorn mengerutkan keningnya.
“Buka dan baca apa di dalamnya” arah Coper Black.
Bobby memandang ke arah ketua CIA itu seketika dan kemudiannya membuka helaian pertama, sebaik di buka matanya tertancap gambar seorang lelaki dan tanpa berlengah lagi dia terus membelek helaian demi helaian.

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 02:07 AM | Show all posts
bila nak keluar buku baru ? suka buku legasi pejuang tu....

montel recommend buku ni kat kawan yg mmg die hard fan overseas author...dia siap pesan lagi ada new book let me know..i want to buy buat collection....hehehe

memula dulu montel start baca RAM ..and buat semua collection.....and kawan montel pun sama...
now dia eager nak buat your collection....cepat2 la tulis second book..tak sabar...

susah sgt nak cari novel camni kat malaysia...yg ada penuh dgn jiwang2..rimas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 02:00 PM | Show all posts
salam dari Legasi Pejuang...

Buku Legasi pejuang 2 dah di hantar ke alaf21 awal bulan 7 hari itu, mungkin dalam bulan 8 atau 9 keluarlah kot, asalnya buku ini di tulis untuk 3 part, tapi masa discuss dengan pengurusan Alaf mereka mahu cerita ini di tamatkan dalam 2 part sahaja, jadi buku kali ini agak tebal dan ada yang terpaksa di squeeze untuk tamatkan tapi jalan cerita dan kualitinya tetap di jamin tinggi.....tunggu-tunggukan....

sekarang tengah draf untuk saya tuliskan trevelog novel semasa berbasikal ke Indonesia, perjalanan yang singkat tapi banyak pengajaran...base on true story maybe untuk tahun depan kot... Last edited by jagosam on 18-7-2013 03:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 07:10 PM | Show all posts
Baru beli buku ni. Plan nk baca esok. Pertama kali beli buku genre aksi berbahasa Melayu. Selama ni baca buku omputih yg pro-Amerika dan Israel. Kalau buku ni diadaptasi pun best. Tapi harapnya dapat ke tangan pengarah yg berkaliber. Takmau pengarah yg tukar jln cerita dan tangkap muat je. Kecewa nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2013 05:51 PM | Show all posts
Aku baru habis baca buku ni. Best! Tahniah! Satu percubaan baik.
Baru perasan gambar Kairi/Muaz kt pg1. Rasanya dia terlalu hensem utk jd mat despatch. Patut jd model seluar dalam CK. Hahaha. Tapi kan, gambar kt kulit buku tu pulak, gambar sniper tu, kenapa pulak nampak mcm bambam? Nampak mcm cina la. Tak nampak mcm Arab.

Tak sabar2 tgu buku ke-2. Nak tau kisah Katrinee yg aku agak akan berpaling tadah. Bila nak keluar?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 08:27 PM | Show all posts
@jagosam bila buku kedua nk keluar? Tak sabar2 nak baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2013 11:04 AM | Show all posts
Salam.... buku Legasi Pejuang 2 dah hantar ke Karangkraf.... editor tengah edit....dia info...pening, pasal buku kali ini lebih tebal dari yang lepas, lebih banyak aksi dan paling penting lebih banyak kejutan....hopefully buku ni dapat di kurangkan kesilapan bahasa....saya sebelum hantar berpuluh kali edit dan check...kalau ada lepas juga entah lah....mungkin akhir bulan 12 agaknya.....Legasi pejuang 1 dari rekod Alaf21, dia print 4500 buku dan dah terjual3603 buah...thank pada semua pembaca yang beli....ini menaikkan semangat saya untuk menulis dengan bahan dengan lebih baik lagi.....salam...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 09:41 PM | Show all posts
yeay!!! by next year keluar! nak tau Kat jadi camne.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 03:01 PM | Show all posts
salam untuk semua...

Sila simpan duit anda sedikit demi sedikit sampai bulan Febuari nanti kerana buku terbaru saya, sambungan dari Legasi Pejuang akan berada di pasaran. Mulai hari ini 26/12/13 simpan lebih kurang 0.70 sen sehari, cukup sebulan nanti boleh beli buku Legasi Pejuang 2 dengan harga RM21.00 sahaja...

pengembaraan dan pejuangan Muaz akan berterusan dan buku ini adalah siri terakhir dalam pejuangan seorang anak muda Malaysia dalam mencari kebenaran dan mempertahankan Islam....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 04:06 PM | Show all posts
inilah cover buku saya yang akan ada di pasaran tak lama lagi...penamat bagi perjuangan Muaz....dapatkan yerkkk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 10:36 AM | Show all posts
jagosam posted on 26-12-2013 04:06 PM
inilah cover buku saya yang akan ada di pasaran tak lama lagi...penamat bagi perjuangan Muaz....dap ...

ok...masuk list.......mesti beli...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 12:33 PM | Show all posts
ok terima kasih sellie ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2014 04:20 PM | Show all posts


Intro Novel Legasi Perjuang 2.....

Muaz anak Muda dari Malaysia. tanpa di sangka telah terjerumus dalam perjuangan berdarah menentang CIA dan Israel. Dari seorang anak muda yang tidak tahu erti perjuangan. Dia dilatih dan membesar menjadi pembela perjuangan Islam. Hidupnya senantiasa bergelumang dengan darah dan pertempuran. Nyawa setiap masa menjadi taruhan. Hanya pegangan di tali ALLAH menjadikan dia terus tabah menghadapi semua dugaan.

Setelah cedera parah keranaterkena tembakan dari musuhnya. Muaz hilang segala-galanya termasuk sejarahsilamnya. Terlontar di Jepun dan lenyap dalam sejarah perjuangan selama 6 tahun.Dia terpaksa kembali semula dalam kancah berdarah ini, selepas kematian ibu danbapanya. Tetapi kembalinya Muaz kali ini tidak seperti dahulu. Kesan kecederaanyang lama membataskan kebolehannya tetapi demi perjuangan menentang Konspirasiyang besar dia terus berjuang seorang diri. Konspirasi yang mencebak dirinyadiluar dari batasan pemikirannya. Musuh yang selama ini terlalu dekat dengannyarupanya menyimpan dendam yang silam.
                Perjalananmencari kebenaran memang berliku tetapi setiap perjuangan yang berlandaskanyang hak pasti akan mengalahkan yang batil. Pergorbanan dan tawakal pada ilahipastinya akan berjaya jua akhirnya. Muaz tidak akan mudah berundur danberpaling dari hakikatnya kerana dia mahu meninggalkan legasi untuk pejuangyang akan datang.


“Hidup itu sendiriperjuangan, selagi noktah tidak bertitik akan aku harungi lautan gelora ini”

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2014 07:48 AM | Show all posts
Legasi Pejuang 2... Bab 1


Gazaku berdarah lagi

Belum hilang lelah semalam
Belum kebah sakit semalam
Belum sembuh luka semalam
Kini Gazaku berdarah kembali

Tika terhimpit dalam derita
Tika hilang tiang bersandar
Tika rebah tidak bisa bangkit
Saat ini Gazaku berdarah sendirian

Tiada yang peduli
Tiada yang memandang
Tiada yang mendengar
Tertutup kemas hati mereka
Kerana itulah Gazaku berdarah lagi

Darah ini tidak akan pernah berhenti mengalir….


Muaz Fahim/8th Jan 2013



Bab 1: Pembalasan


Masjid Al- Aybaki, Gaza City, Palestine

”Hidup itu sendiri adalah perjuangan, setiap hari kita harus berjuang dan menghadapi perbagai dugaan, sebagai rakyat Palestine, rakyat di bumi bertuah ni, rakyat di bumi para ambia ini, kita mesti terus hidup dan berjuang mempertahankan Negara ini, kerana kita telah di warisi oleh orang-orang terdahulu dari kita, kini bangsa Yahudi telah menguasai tanah kita ini, tetapi kita tidak harus menyerah dan mengalah, kita mesti terus kuat dan bersatu” ucap Sheikh Ahmed Yasen dengan suara yang lantang hingga  terdengar di seluruh Masjid tua di bumi Gaza itu.
”Ingatlah Firman ALLAH ini,
“Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri”. Surah Al- Imran ayat 160
oleh itu sahabat-sahabatku dan para pejuang, kita tidak boleh patah semangat dan mundur dalam perjuangan mempertahankan bumi Palestine ini dan agama ALLAH, kita mesti terus bersatu hati bagi menghancurkan negara Israel dan bangsa Yahudi yang zalim itu” tegas Lelaki tua itu.
        Seluruh jemaah di dalam Masjid itu terdiam dan terpana mendengar syarahan awal subuh itu, kata-kata dari pemimpin ulung Hamas itu benar-benar membangkitkan semangat rakyat Palestine dan memperkuatkan tekad mereka untuk membebaskan bumi Palestine dari cengkaman Israel setelah lebih 80 tahun.  
”Benar apa yang Tuan Sheikh katakan itu, kita ada tanggungjawab yang besar, tugas membebaskan bumi Palestine ini ada di tangan kita” bisik seorang lelaki pada teman di sebelahnya.
”Aku setuju Kareem, walaupun kita hanya ada tulang empat kerat ini sahaja tetapi kita ada ALLAH dan janjinya yang pasti” ujar teman lelaki itu sambil tersenyum.
Sheikh Ahmed Yasen kemudiannya menamatkan syarahan paginya dengan puji-pujian pada ALLAH Taala dan Nabi Muhamad dan seluruh warga di dalam masjid itu menyambut dengan takbir yang bergema. Selesai Tazkirah pagi Sheikh Ahmed kemudiannya keluar dari Masjid dengan di iringi pengiringnya menuju ke arah kenderaannya. Sheikh Ahmed Yasen memandang ke langit yang sudah mulai cerah di kala matahari kelihatan mula mengintai di balik kabus sambil membiaskan cahaya keemasannya,
”Cuba kau lihat tu Yazid, alangkah indahnya Subuh di bumi bertuah ini, demi Agama dan tanahairku ini aku rela berkorban, sesungguhnya tiada yang lebih manis kecuali mati dalam jihad dan mempertahankan agama yang suci ini”
”Apa yang Tuan Sheikh katakan ini, tiada siapa yang akan terkorban, Tuan Sheikh mesti menyaksikan pembebasan Palestine satu masa nanti” ujar Pembantunya itu.
”Entahlah, Yazid aku rasa inilah subuh terakhir untuk ku” balas Sheikh Ahmad Yasen sambil matanya merenung langit yang semakin cerah itu.
Dari kejauhan kelihatan di langit biru yang semakin cerah itu sebuah Helikopter terbang dengan pantasnya memasuki sempadan daerah Bandar Gaza itu, Helikopter jenis AH-64 Apache Gunship. Pesawat canggih itu di kendalikan oleh Paul Smith dan di bantu oleh Death yang mengendalikan senjata tempur.
”Paul, aku rasa di sana masjid tu, lekas kau pandu ke sana” arah Death sambil sekali sekala dia memantau dari sistem GPSnya
’OK!” ujar Paul sambil menghalakan pesawatnya itu ke arah yang di katakan oleh rakannya.
Death menggunakan teropong pembidik dan dapat melihat imej Sheikh Ahmed dan pengiringnya sedang bergerak menuju ke arah kenderaan mereka, dengan segera dia memokuskan sasaran targetnya pada Sheikh Ahmed bersedia untuk menembak dengan Peluru ’missile’ yang canggih yang di kenali dengan nama ’AGM-114 Hellfire’, missile buatan syarikat Lockhead Martin yang di anggarkan berharga hampir USD 68,000 atau lebih kurang RM210,800. Missile ini adalah sebuah senjata yang amat hebat dan canggih di mana ia boleh mencapai sasaran hampir 8kilometer dan berkelajuan hampir 1.3 Speed march atau bersamaan 425 meter per saat dan dengan kuasa memusnahnya yang amat hebat. Death terus memakukan pandangannya melalui alat pembidik pada senjatanya itu dan menunggu masa sahaja untuk menekan punat kawalan senjata itu.
”Ehh!! Apa tu, nampak seperti Helikopter  sahaja” tunjuk salah seorang pembantu Sheikh Ahmed.
Semua pembantu, pengawal dan Sheikh Ahmed sendiri melihat ke arah yang di tunjukkan itu.
”Ahhh!..pesawat tempur Israel! lekas bawa Sheikh Ahmed ke kereta sekarang, tinggalkan tempat ini” arah Yazid yang menjadi ketua Pengawal Sheikh Ahmed.
Sheikh Ahmad memandang helikopter itu dengan pandangan yang sayu ”Ya Allah akhirnya masa aku telah tiba untuk bertemu denganmu, ampunilah segala dosaku dan maafkan aku kerana tidak mampu merampas kembali bumi bertuah ini” ujar Sheikh Ahmed dengan pandangan yang redup.
Pada masa yang sama juga kelihatan asap berwarna putih sedang terbang dengan pantas keluar dari badan Helikopter itu.Peluru missile yang di lepaskan itu meluncur laju bak seperti anak panah yang di lepaskan dari busarnya dan dalam hanya beberapa saat sahaja peluru missile itu terus menghentam kereta di mana Sheikh Ahmed berada berhampirannya dan di saat itu juga terdengar satu bunyi letupan yang kuat di iringi  oleh bebola api yang menjulang tinggi.
Death yang sedang meneropong melalui teropong itu tersenyum dengan bangga kerana berjaya membunuh seorang lagi pemimpin Islam yang besar yang sebangsa dengannya dan dengan senyum dari bibirnya yang sumbing itu dia berkata dalam hatinya,
”Heheheh....hari ini aku merasa amat puas setelah aku berjaya membunuh Muaz dan beberapa pemimpin Islam yang besar kini aku berjaya pula membunuh pemimpin Islam yang tua yang masih tak sedar diri ini....hahahaha”
Helikopter itu terus terbang tinggi meninggalkan bumi Gaza yang masih berdarah dengan darah syuhada Sheikh Ahmed Yasen........


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2014 09:25 PM | Show all posts
Tak sangka Sheikh Mahdi perompak tu memang jahat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 12:24 PM | Show all posts
salam...sharlenetexas.... cam mana boleh tahun Sheikh Mahdi tu penjahat yerk...heheh

Novel  ini mengambil masa hampir 15 bulan untuk di siapkan kerana berulang kali di tulis dan di ubah supaya menjadikan lebih padat dan menarik. Semua kekurangan yang ada pada novel yang pertama telah di tambah baik bukan sahaja saya memikirkan jalan cerita malahan komen-komen pembaca sama ada yang positif dan negatif telah di terima untuk menjadi novel ini lebih baik dan menjadikan Muaz menjadi lebih manusia...

Last edited by jagosam on 7-1-2014 09:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2014 09:45 PM | Show all posts
Bab 2 :Rancangan Amerika
WhiteHouse, West Wing
Setahun Selepas peristiwapencerobohan ibupejabat CIA di Langley yang mengemparkan seluruh dunia, duniasemakin bergolak, tekanan semakin memuncak dan kehidupan semakin mendesak.Negara-negara Islam semakin tertekan dengan musuh yang tidak diketahui yangterus-terusan menyerang dan mensabotaj aktiviti mereka seolah-olah ada dendamkesumat yang tidak terpadam. Pihak Islam tahu dan sedar tangan-tangan ghaib CIAdan Israel yang memainkan peranan dalam kejadian ini semua tetapi mereka tiadabukti yang jelas yang mengaitkan pihak Amerika dan Yahudi, musuh Islam ituterlalu bijak dan licik untuk menyembunyikan kegiatan dan kejahatan mereka.Kematian Muaz rakyat Malaysia yang menjadi pejuang Islam adalah titik tolakbermulanya kejatuhan gerakan-gerakan Pejuang Islam di seluruh dunia.
“Coper! terangkan pada aku sehingga sekarangapa pencapaian yang telah kau capai setelah kita lancarkan program memerangipenganas Islam, program itu telah berjalan hampir setahun?” kata PresidenAmerika Billy Kleenton yang duduk diatas Sofa empuk yang menghadap seoranglelaki yang berbadan agak gempal dan berkaca mata.
Coper Black tersenyum nipis sambil memandangke arah Presiden Amerika itu.
“Ya Tuan! seperti yang Tuan maklum setelah setahunperistiwa pencerobohan itu, aku dan pasukan CIA telah meningkatkan tahapkeselamatan disemua jabatan-jabatan pertahanan kita, disamping itu juga kamitelah melancarkan operasi memerangi militan dan ‘terorrist’ Islam. Nampaknya operasi kita sudah berjaya, musuh kitasemakin tertekan dan mereka semakin lemah. Aku yakin tuan sedikit masa lagikumpulan-kumpulan ini akan berjaya kita lenyapkan.” terang Coper dengan wajahyang penuh rasa bangga.
“Maksud kau mereka tidak lagi menjadi ancamanpada Amerika dan Israel?” tanya Presiden Amerika itu lagi.
“Ya tuan! orang-orang Islam tidak akan lagimenjadi ancaman pada kita dan Israel. Tiada lagi orang seperti Muaz dalampejuangan Islam.” kata Coper pada ketuanya itu.
“Hahaha!...bagus Coper, bagus tidak sia-siaaku lantik kau sebagai Ketua Pengarah CIA yang baru, kau memang hebat berbandingdengan Mert Deutch yang tak guna itu!” ketawa Billy Kleenton dengan kuat.
            CoperBlack terkedu mendengar kata-kata Presiden Billy itu, dia teringat pada bekasketuanya Mert Deutch, dia simpati pada bekas ketuanya itu.
‘Maafkan aku Deutch! kerana Muaz kau telah dilucutkan jawatan oleh Tuan Presiden dan kerana dia juga kau hilangsegala-galanya, aku berjanji akan pastikan orang-orang Islam akan di hapuskandengan tangan aku sendiri.’ getus Coper dalam hatinya.
Presiden Kleenton kemudiannya merenung ke arahCoper Black dan berkata dengan wajah yang serius,
“Coper! aku mahu kau jalankan fasa kedua,takluki negara Islam yang menentang kita dan kaut semua hasil negara mereka,aku mahu kita menjadi negara tunggal yang menguasai minyak dan semua hasil buminegara Islam, kita mesti terus menjadi kuasa yang terunggul di dunia,  jangan biarkan pejuang Islam menganggurancangan kita, musnahkan mereka sehingga ke akar umbi. Tapi kau pastikanrancangan ini dibuat secara sulit agar kita tidak dipesalahkan!”
“Jangan risau tuan, kita telah berjayahapuskan pertubuhan yang besar dan kuat seperti Hamas, Hezabullah, Jihad Uislamdan beberapa pertubuhan yang lain, pemimpin mereka juga telah kita bunuh, merekatidak akan bangkit lagi dan aku akan jalankan fasa kedua kita, hasil buminegara Islam akan menjadi milik kita, rancangan Tuan Mert Deutch akan akuteruskan lagi!”
“Celaka kau Coper! jalan kau sebut nama celakaitu, kerana dia Amerika menanggung malu, kerana dia aku diketawakan olehmusuh-musuh kita, sampai matipun aku tidak akan maafkan celaka itu!” marahPresiden Billy pada Coper Black apabila dia menyebut nama bekas pengarah CIA yanglama itu, Coper Black terdiam mendengar kata-kata ketuanya itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:37 PM | Show all posts
jagosam posted on 6-1-2014 12:24 PM
salam...sharlenetexas.... cam mana boleh tahun Sheikh Mahdi tu penjahat yerk...heheh

Novel  ini ...

Wassalam....

Baca kat sinopsis tu la..... Memang tak sangka kan Sheikh Mahdi tu jahat. Tapi ada benar jugak sebab dalam buku pertama tu pun dia yang jadi ketua rompak bank dan bunuh orang awam dan polis yang tak bersalah. Kalau dia betul2 orang Islam yang beriman, dia takkan buat macam tu. Bank tu rasanya Citibank. Betul tak? Kebetulan masa tengah baca buku ni, Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pegawai Ambank.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.135290 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list