CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1389|Reply: 9

DAP tak pernah bawa hudud ke mahkamah...UMNO bawa ke mahkamah serta ugut PAS....

[Copy link]
Post time 13-8-2012 12:26 AM | Show all posts |Read mode
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang menghairankan. Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam. Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan, kata Abdul Hadi.

"Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak"."Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah". "Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Isu tersebut timbul ekoran laporan Utusan secara berturut-turut minggu lalu yang mendakwaharam bagi orang Islam menyokong DAP.
Laporan itu antara lainnya menyatakan bahawa DAP  "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud." .Laporan yang memetik kenyataan seorang guru pondok itu ditangkis pemimpin Pakatan, antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kempen pelampau agama. Anwar juga berkata, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.

Kenyataan itu disambut Mahathir yang berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.
Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.


>>> Tak perlu nak pelik orang bukan Islam tolak hukum Islam. Tapi kena berjuta kali pelik kalau orang Islam sendiri yang beria2 taknak jalankan hukum Islam. <<<
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 12:56 AM | Show all posts
Kita tak pelik kalau DAP tolak hukum hudud PAS tu, yg kita sangat2 pelik ialah bila nasarudin ketua pemuda PAS dlm debatnya dgn ustad fatul bahri ulamak muda UMNO dlm tv tu mengatakan bahawa Karpal Singh sudah boleh menerima hukum hudud..kalau PAS nak menipu pun janganlah terang2an sampai masuk tv satu dunia tengok..dah DAP parti karpi harbi tu porahkan hukum hudud korang tu..maki jelah mereka..apa plak salahkan UMNO???.

Yg saman tu bukannnya najib ka, pak lah ka, dr m ka..tapi zaid yg keluar umno tubuh parti kita dimana PAS terima dia siap kata zaid dah insaf bla bla lah..tu pun kita pelik gak..dah tau dia saman hudud ciptaan PAS tu, yg PAS peluk cium dia buat apa???.

Dan yg buat kita lagi pelik ialah..dah tahu DAP parti kapir harbi tu tolak hudud..yg PAS masih duk dlm PR tu buat apa??..lepas tu suruhplak ahli2 PAS UNDI depa..hilang akai ka?.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 01:42 AM | Show all posts
umno tk nk kawan ngn pas sbb kalau kawan ngn pas nnti kena buat hudud... slogan bersatulah MELAYU adalah satu cara untuk mengekalkan para datok2 dan tansri2 ..orng2 kaye bertemakan platform parti politik supaya kekal kaya raya dengan betemakan REZEKI ALLAH manakala yg masuk rancangan bersamamo dan berbagai2 lg yg sakit jantung kena peki IJN sdangkan ada yg dirawat di ospital loar negara pula.. mereka2 yg DAIF ini diminta BERSYOKOR dengan apa yg ada ...

marilah sama2 kita ucapkan SYUKUUUUUUUUUUUUUUUUR....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 01:49 AM | Show all posts
1) Apa maksud kafir harbi pada pandangan hang? DAP kafir harbi. MCA? (Perlu diingat, DAP parti berbilang kaum, melayu Islam pun ada. Tapi MCA 100% cina bukan Islam)

2) Zaid saman masa zaman Pak Lah, & dia masih dalam UMNO. Persoalan, dia bertindak atas kapasiti individu @ organisasi? Kalau hang berpandangan atas kapasiti individu, begitu jugak kita kena guna-pakai atas kes Nasaruddin. Begitu juga sebaliknya. (Aku pun tak setuju Nasruddin cakap camtu. Tapi aku lebih berpandangan dia react atas kapasiti individu).

3) Hudud ciptaan PAS? boleh bagi keterangan sikit?

4) Siapa yang halang perlaksanaan asal hudud di Kelantan? Siapa yang selalu perli kalau pergi Kelantan, nak salam orang susah sebab takda tangan? Siapa yang ugut nak gunakan Perlembagaan utk halang hudud? Siapa yang sebut hukum hudud tak disebut dalam al-Quran? Walaupun DAP (Karpal) tolak perlaksanaan hudud, tak pernah lagi aku dengar dia menghina intipati hudud tu..


Al-Maaidah, ayat 49:
"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

Ditambah dengan beberapa hadis, so, takda sebab untuk aku banyak songeh dan banyak alasan taknak buat / taknak sokong hudud. Dah big boss kita (Allah) suruh buat, lagi mau banyak soal ka? Last edited by havoqs on 13-8-2012 01:54 AM



Last edited by havoqs on 13-8-2012 01:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 03:53 AM | Show all posts
havoqs posted on 13-8-2012 01:49 AM
1) Apa maksud kafir harbi pada pandangan hang? DAP kafir harbi. MCA? (Perlu diingat, DAP parti berbi ...

dah la bro... ko cerita berjela2 pun deme bukan reti.. deme gak yg betul...... hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 06:54 AM | Show all posts
betul ler tu...karpal tolak hudud sbb takder dlm perlembagaan lord reid yang dibanggakan puak umno/bn kat malaysia ni. karpal peguam so dia ikut fakta lah. kalau esok2 kerajaan malaysia pinda perlembagaan & laksanakan hudud tentu karpal pun terpaksa akur.

la ni saper yang pegang kuasa dan kerajaan? nak dengan tak nak jer...tu pun puak2 songkok tinggi takleh pikir?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2012 08:28 AM | Show all posts
Eh... jangan tak tau plak ye... ade cacai UMNGOK duk pertikai PAS dah pegang kelantan 22 tahun dah, tapi kenapa tak penah nak buat hudud kat negeri dia sendiri... Nampak sangat cacai tu sekor baru keluar dari gua.. Kalu cacai tu baca artikel ni mungkin dia akan tersedar kot... Ksian aku kat cacai tu sekor... tapi apo kan dayo den... den dah janji bulan ni den taknak lombukan orang... kalu tak dah lamo den lombukan cacai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
yg paling hairan ialah PAS tahu DAP bertegas  tidak mahu hudud, jadi terjamin kah hudud akan dilaksanakan jika PR memerintah? Jadi sama aja lah. Hudud cuma alat politik. Omong kosong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 09:52 AM | Show all posts
alahai.
tak habis2
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 10:08 AM | Show all posts
sampe bebile laa hudud ni tk abes3.. lagi nk dkt pru ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.678749 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list