Salam, masalah aku ni xder la besar sangat pom. Saja je aku nak pendapat korang, boleh aku jadikan panduan tp jangan la plak korang lahar aku
Masalah ni bermula bila aku clash dgn ex aku, dah hampir setahun hubungan kitorang putus. Lepas clash kitorang still lg contact tp as a friend la. Tambahan pula aku masih lagi single. Mula2 clash mmg sukar nak terima hakikat dan hadapi semua ni tp bla dah lama alhamdulilah aku dah boleh terima hakikat. Lagipun aku dah tau yang dia dah "berpunya".
Tiap kali sms dye selalu bg semangat dekat aku and yang aku sedikit terasa hati bila dye cerita pasal awek baru dye. Walaupun aku dah takder perasaan and simpan harapan lg dekat dye tp biasa la perasaan jeles tu sure ada kan even sedikit. Tapi aku still lg tersenyum .
Baru2 ni dye ada sms aku cakap TAK NAK KAWAN lg dgn aku sebab dye nak setia and nak jaga hati awek baru dye tuh. Aku reply, "ok, saya on je. Saya doakan awak bahagia and bla bla bla..."
Lepas tu kitorang terus senyap, last week dye msg aku balik. Bila aku tanya kenapa msg lagi? Dye cakap rindu la apa la. Padahal before tuh bukan main beriya lagi dye tak nak msg la apa la sbb tak nak ingt kenangan lepas. Sampai sekarang aku tak faham perasaan dye tuh. Dye buat aku semakin keliru. Bila aku dah boleh lupakan dye dalam hidup aku, dye mesti akan muncul balik. Bila dah selalu dye muncul, sure la perasaan rindu aku pun akan timbul tp aku tau last2 aku gak yg makan hati. Sekarang aku hanya mampu berdoa agar Tuhan memberikan yg terbaek utk aku dan dia.
|