View: 6713|Reply: 0
|
SYM T2 250i aka DAFRA NEXT
[Copy link]
|
|
Sym T2 250 Malaysia belum ada short & long term riview. Tapi kat Euro, Taiwan, China, Japan, beliau dikenali sebagai SYM Dafra Next (Euro Spec) dan SYM Wolf TT (Asian spec). Boleh rujuk kat YouTube, belambak beb. Difahamkan oleh mekanik promo sym yg bocorkan sedikit tips, Malaysian R&D + JPJ menghadkan kelajuan T2 ni kepada 140kmh. Maksimum record di Euro (Dafra Next) 162-168 kmh setelah diconvertkan dari mph. Record tpt asal (Taiwan) 150-158 kmh (Taiwan speed limit lg ketat). Record kat Malaysia test circuit (aku pun x tau kat mana) 198 kmh!! Mekanik tu sendiri yg tunjukan gambar speedometer siap video beliau lenjan moto tu. Apa saja yg dtg Malaysia pasti laju gaban dari negara lain pasal kita kan "Pakar" tuning enjin. Endurance dah test kat Taiwan, mmg x da masalah. Enjin sangat stabil (mcm moto trafik less goyang), pusat graviti sama macam kita tengah duduk bersila, boleh cilok corner sambil lepas tangan (melampau). Aku sendiri pun dh test ride, mmg lazat, mmg asyuk macam bawak bawak scooter, smooth je, tp... bab bunyi hampeh (ezhaust ori) mcm bunyi kapcai pakai exhaust AHM. SYM target T2 ni akan flooded jalanraya Malaysia. Pasal harga, sendiri mau ingat beb. Kalau barang baik x kan nak jual 10-11k beb. Harga CBU (sblm duty import) RM 13k. Kalau ada CKD mungkin murah kot (kalau ada la) pasal yg ada sekarang ni pun semua CBU. Spare part x tau nak kata. Feel ride moto ni mcm Aprilia pun ada, macam mini ER6n pun ada. Mekanik tu cakap model 500-600cc sport & naked akan masuk Malaysia, 1st in Asia. Kenapa? Pasal Taiwan & China lebih suka scooter dan Taiwan speed limit 2x5 mcm kita gak (80kmh road + 110kmh highway) tapi kat town 30-60 kmh je even jln kosong (CC tv Taiwan mcm gagak berlambak!!) Cakap byk pun x guna beb, pegi kedai test ride sendiri! Adiosss!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|