CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5625|Reply: 41

[Dunia] Bekas pemain ragbi Britain kalah kes ‘untuk mati’ ... kesian dia :-(

[Copy link]
Post time 17-8-2012 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Bekas pemain ragbi Britain kalah kes ‘untuk mati’August 17th, 2012 12:47 PM | by Hasbro |



Tony Nicklinson kelihatan menangis apabila mengetahui keputusan mahkamah menolak permohonannya. – Foto ihsan irishtimes.com

Tony Nicklinson yang memfailkan permohonan untuk menamatkan hidupnya. – Foto ihsan CNN

LONDON – Seorang lelaki British, yang lumpuh dari leher hingga ke bahagian bawah ekoran strok tujuh tahun lalu, kalah dalam permohonan untuk mendapatkan hak untuk mengakhiri hidupnya. Semalam, Mahkamah Tinggi London menolak permohonan yang dibuat oleh Tony Nicklinson, 58, untuk ‘mati’ mengikut masa dan tarikh pilihannya.Dia memohon hak dari segi perundangan untuk mendapatkan seorang doktor yang boleh menamatkan nyawanya tanpa pegawai perubatan yang bakal dipilihnya itu dikenakan didakwa.

Laporan CNN menyebut bahawa sejak mengalami strok pada 2005, Nicklinson, seorang bekas pemain ragbi, berhadapan dengan sindrom ‘locked-in’. Sindrom ‘locked-in’ merujuk kepada satu keadaan di mana seorang pesakit sedar dan terjaga tetapi tidak boleh bergerak atau berinteraksi secara lisan ekoran keadaan lumpuh penuh yang dialaminya. Mahkamah juga menolak kes yang serupa dibawa oleh seorang lagi lelaki yang berhadapan dengan sindrom ‘locked-in’. Pemohon kedua itu hanya dikenali sebagai Martin, berusia 47 tahun.

“Mahkamah iktiraf kes-kes yang bersangkutan dengan isu-isu etika, sosial dan perundangan yang sukar, tetapi mendapati bahawa sebarang pindaan ke atas undang-undang menjadi urusan Parlimen untuk putuskan,” kata kenyataan mahkamah. Tiga hakim yang mendengar kedua-dua kes itu menyifatkan situasi dialami mereka sebagai sesuatu yang “tragis.”

Keputusan itu mengecewakan Nicklinson, yang menitiskan air mata. Isterinya, Jane memberitahu media bahwa keluargarnya “sangat kecewa” dan akan memfailkan rayuan. “Anda boleh lihat sendiri reaksi Tony yang sangat kecewa,” kata Jane dipetik portalirishtimes.com. Dalam kenyataan dibuat menerusi komputernya, Nicklinson berkata: “Itu bukan keputusan yang saya harapkan. Ia sama sekali (sesuatu yang) saya tidak menjangkakan.”  “Hakim, seperti juga ahli politik, adalah pihak yang bergembira apabila mereka dapat mengelak daripada berhadapan dengan isu-isu yang sebenar. “Penghakiman ini bukan sesuatu yang terkecuali (daripada hakikat sebenar),” katanya lagi.  Dia seterusnya menulis, “saya percaya pasukan guaman saya yang bertindak bagi pihak saya bersedia untuk berjuang habis-habisan, tetapi malangnya bagi saya, ini satu lagi situasi fizikal yang tidak selesa bagi diri saya.”

Anak-anak perempuannya menulis menerusi Twitter menggesa orang ramai memulakan petisyen menyokong hak untuk mati dengan penuh maruah. Dalam tempoh  beberapa jam seramai lebih 2,200 orang melahirkan sokongan kepadanya. Jane berkata, suaminya tidak berhasrat untuk ke Switzerland, negara yang ada undang-undang bunuh diri. Katanya, selain mahal, dia berpandangan bahawa suaminya tidak harus ke luar negara untuk menamatkan hidupnya.


Nota: pasti hidupnya kosong.... kegemilangan masa lampau haruslah menghantuinya .... mentally  burdened ....


Last edited by sayawifenikmie on 17-8-2012 01:47 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2012 01:51 PM | Show all posts


handsome orangnya ....

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 01:53 PM | Show all posts
hurm...rasa dia mesti pikir hidup pun macam dah mati.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 01:58 PM | Show all posts
kesiannya, emm harap2 beliau tabah menruskan hidupnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 02:13 PM | Show all posts
kasihannya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 02:18 PM | Show all posts
cmne leh kene strok?
apa sebabnye..? dia bks ahli sukan pun bole kene.. cmnela org biase2 yg main golf aja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2012 02:19 PM | Show all posts
Kesian. Mungkin dia pun tak nak susahkan family dia. Bertabah la ::cry::

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 02:30 PM | Show all posts
teringat cite Guraarish lakonan Hrithik roshan, lebih kurang mcmni lah jln cite.
tp dia seorg magician dlm movie ni, very touching cite nih Guzaarish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2012 02:52 PM | Show all posts
Tekanan perasaan dia lebih tinggi dari penyakit yang dihidapinya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 03:00 PM | Show all posts
lumpuh..xboleh buat apa2...celik mata p xboleh nak buat apa2..hidup pun menyusahkan org..itu yg dia fkr....so lebih baik mati...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 03:01 PM | Show all posts
kesian... tentu dia dah tak tertanggung dengan penderitaan yg dialami
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 03:02 PM | Show all posts
british stail...nak mati pun kene dapatkan pengesahan....sama cam kes Titanic...dah nak tenggelam mat2 salleh british tetap beratur nak naik bot...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 03:41 PM | Show all posts
Kesian....kalaulah dia tahu apa tujuan hidup mesti dia mintak extend sehinggalah tercapai tujuan tu tak kiralah dalam keadaan apa sekalipun......
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 03:43 PM | Show all posts
ini dah serupa bangkai idup ja...... bak kata pepetah "lebih baik mati drp idup"..........
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 06:41 PM | Show all posts
devilito posted on 17-8-2012 03:43 PM
ini dah serupa bangkai idup ja...... bak kata pepetah "lebih baik mati drp idup"..........

maaf, bukan nak cari gaduh...tapi kata2 u tu macam kurang tepat....hakikatnya dalam Islam, selagi belum mati, kita kene bersyukur banyak2 walau apapun keadaan kita...sbb bila mati, terhentilah segala amalan...mati tu lebih berat daripada hidup yg penuh dugaan...walaupun dlm kes ni, si Tony tu kafir, seelok2nya sebagai seorg muslim (if u're muslim) u kene elakkan dari kebiasaan sebut macam tu...sori, bukan nak marah..tapi i amik kesempatan mention, sbb kekadang i tgk ramai juga muslim yg sebut gini...paling lemah sekalipun baca doa ini, "Ya Allah, berikan daku hidup selagi hidup itu baik untuk ku, dan matikan lah daku jika mati itu lebih baik untuk ku." (HR Bukhari)
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 07:23 PM | Show all posts
exclusive_vvip posted on 17-8-2012 06:41 PM
maaf, bukan nak cari gaduh...tapi kata2 u tu macam kurang tepat....hakikatnya dalam Islam, selagi  ...

yup saya setuju.....yang penting dia masih waras!!

Selagi akal dia masih boleh berfikir dengan waras walaupun dah lumpuh satu badan dia masih ada harapan dan tak boleh dianggap mayat hidup sebab nikmat terbesar dari Allah tu masih belum ditarik balik......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2012 07:41 PM | Show all posts
mungkin dia rasa hidup pon xde gunanya.. dia xleh buat apa2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 07:46 PM | Show all posts
Sian pemain ragbi itu. Dari seorang yang aktif, dia kini menjadi sayur.

Selalunya bila ini terjadi kepada seorang yang aktif, mereka akan amat tertekan! Maideen teringat kes yang ada persamaan yang menimpa mendiang Sarjan Moorthy a/l Maniam.;d

Mendiang Sarjan Moorthy adalah seorang pendaki Everest. Rasanya itulah kemuncak keaktifan seseorang.

Setelah menyambung tugasnya sebagai askar, mendiang telah lumpoh sebab terjatuh semasa berlatih ketenteraan. bayangkanlah betapa tertekannya mending dan hancurnya kehidupan beliau. Beliau menjadi desparate....apa sahaja yang orang kata akan membuat beliau berjalan semula beliau akan buat!

Menurut kawan rapatnya ada mubaligh kristian datang dia masuk Keristian kerana berharap dapat semboh dengan kuasa Tuhan Keristian. Masa Taipusam beliau memohon bantuan dari Dewa Siva - pendek kata, bak kata Datuk Maideen, " He'd even sell his soul to the devil!"

Mendiang telah di datangi oleh seorang pendakwah Islam yang memberitahunya hanya Tuhan orang Islam sahaja yang dapat menyembohkannya! mempercayai kata kata orang itu, beliau masok Islam agar Tuhan orang Islam dapat membantunya. Di masa yang sama mendiang juga bersembahyang di kuil dan lain lain rumah ibadat. Tapi pada dasarnya, mendiang kekal hidup sebagai seorang Hindu.

Apabila mendiang meninggal dunia dan keluarganya mahu menyempurnakan jenazahnya secara Hindu, datang lah lobai lobai dari JAIS untuk merampas mayatnya kerana dia sudah menjadi ahli kelab ekslusif yang dipanggil Islam!

Maideen tak tahulah kalau di Britain ada jugak pertubuhan macam JAIS. Kalau ada, Maideen berharap bekas pemain ragbi itu akan berhati hati dan jangan membuat kesilapan seperti mendiang M. Moorthy! susah keluarga dia nanti!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 07:57 PM | Show all posts
sebab tu kita sering diingatkan... sentiasa beringat dikala kita sihat walafiat... sebab dikala kita sakit dan tak terdaya, bekalan semasa kita sihat tu ler yang akan membuat kita lebih kuat ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 08:03 PM | Show all posts
Maideen. posted on 17-8-2012 07:46 PM
Sian pemain ragbi itu. Dari seorang yang aktif, dia kini menjadi sayur.

Selalunya bila ini ter ...

motep habang bukak cerita iniew?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.105376 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list