CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28126|Reply: 118

[BEST] Kompilasi Kisah Angker Hajimex (baru!)

  [Copy link]
Post time 17-8-2012 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by hajimex at 29-11-2018 04:23 PM

aku nak berkongsi kisah-kisah angker yang aku tahu... kebanyakannya berlaku pada kawan-kawan aku atau 2nd 3rd 4th++ degree friends... baiklah! tanpa membuang masa... aku citer apa yang pernah aku alami dulu ya!

PUCHONG


Ceritanya begini...

Dolu-dolu, saya telah mengikuti satu kem motivasi di universiti saya. Cukuplah saya sekadar menamakan universiti saya sebagai UM. Jika tidak silap saya, kem ini dibuat di dalam hutan area Perak. Di dalam kem tersebut, para mahasiswa di bahagikan ke dalam beberapa kumpulan. Seperti biasa, saya ketua. Saya rasa di kepala saya telah dicop dengan cop "ketua", kerana dari kecil hingga dewasa saya asyik disuruh atau dicalonkan sebagai ketua. Haih...

Tapi kali ini saya suka menjadi ketua kerana saya mempunyai seorang mahasiswi sebagai pembantu. Cukuplah saya sekadar menamakan dia sebagai Zetty. Manis orangnya. Bertahi lalat di pinggir bibir. Kiranya bisa gugur jantung gue jugak la. Eh! Saya dah terpesong. Ini cerita angker bukan cerita asmara.

Salah satu acara di dalam kem ini ialah kami sekumpulan disuruh untuk duduk di dalam hutan. Siapa yang paling awal bergerak keluar dari hutan dikira kalah. Seorang abang askar akan menunjuk tempat di mana kumpulan kami akan duduk. Bukan duduk sahaja ya, kira lepak-lepak situ la. Salah seorang daripada kami telah dipaksa berpakat dengan abang-abang askar untuk berlakon menjadi karakter yang lemah. Dia adalah seorang mahasiswi yang kecil molek seperti boleh dibaling-baling di udara. Dia tidak berapa reti untuk berlakon. Stereotype. Tapi apa-apa yang diminta oleh dia, tetap kami sediakan dan turuti.

Dengan berbekalkan sebatang lilin, 3 batang mancis, roti yang ada krim tu dan sebotol air, kami pun masuk dan lepak la di dalam hutan ni. Ketika ini 15 haribulan dalam kalendar Islam. Bulan terang. Nasib baik serigala jadian tiada di Malaysia. Kalau tidak sudah tentu saya orang pertama yang cabut dari situ. Kalah pun kalah le...

Saya dengan gaya seorang ketua mengarahkan yang lemah sekali duduk di tengah, dikelilingi oleh para mahasiswi, dan para mahasiswa di lapisan luar. Saya? Saya lepak dengan pembantu saya di tepi pokok dengan disinari cahaya bulan. Cuba mengenali lebih rapat hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Ah... Sungguh romantik. Ops! Saya terpesong lagi. Maaf!

Tiba-tiba kami terdengar kumpulan lain kecoh. Jerit-jerit. Gaduh-gaduh. Abang-abang askar telah mula menjalankan tugas mereka, mengacau kumpulan-kumpulan lain. Abang-abang askar ini tersangatlah potong stim betul. Ini kerana pembantu saya telah cuak. Ada beberapa orang askar telah datang ke tempat kami. Tapi tiada apa-apa yang berlaku. Saya dengan bergaya kelakian menenangkan pembantu saya. Tapi dia menyuruh saya bertanya kepada askar-askar yang datang, jika ada apa-apa yang kami semua boleh bantu. Disebabkan saya telah menunjukkan gaya kelakian saya tadi, terpaksalah saya turuti walaupun saya malas sebenarnya untuk pergi bertanya abang-abang askar tersebut.

Saya ternampak "seseorang" di balik pokok yang besar. Bayang-bayang pokok itu telah menimpa "seseorang" itu. Maka saya sekadar ternampak sesusuk tubuh manusia dan saya anggapkan ianya sebagai "abang askar". Saya pun dengan bergaya kelakian lagi pun berkata kepada pembantu saya. "Baiklah. Demimu, aku akan pergi. Sebentar lagi aku akan datang kembali. Usahlah kau merindui pemergianku ini."

Saya bergerak ke arah "abang askar" tersebut sehingga "abang askar" berada satu meter depan saya. Saya masih lagi tidak nampak siapakah itu. Saya bersuara. "Assalamualaikum tuan! Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

Suasana sunyi sepi. Saya ulang sebanyak 3 kali. Masih sunyi sepi. Saya rasa macam hendak lempang bertalu2 je "abang askar" tersebut. Dia ingat dia askar dia boleh buat saya macam tunggul? Saya pun mengiringkan badan saya sedikit supaya cahaya bulan boleh menerangi kawasan di situ. Aiyak!

Saya nampak di bahagian atas dahulu. Ada boncot macam gula-gula. [bukan sup boncot adabi ya] Saya terpegun. Bulu roma meremang. Setelah beberapa saat terpegun, saya pusing. Bergerak ke kumpulan saya dan terus duduk di sebelah pembantu saya. Saya menyuruh kumpulan saya semua memandang ke arah bulan yang bersinar terang. Setelah beberapa ketika saya perasan "benda" itu mengesot pergi. Saya rasa lega dan kuchiwa. Kuchiwa kerana saya punya plan untuk mengenali lebih rapat hati budi masing-masing dengan pembantu saya malam itu cancel. Emosi dan saat romantik malam itu telah hilang. Dem...

*1st time depan muke... sangat angker k... lebih kurang macam ini la rupenye... untuk menambahkan feel korang bace... haha!



Last edited by hajimex on 27-10-2013 08:05 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2012 04:12 PM | Show all posts
terkezut tengok gambo " gule-2 berbungkus putih " tu btw care ko cerite agak kelakar lah heheh
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 04:39 PM | Show all posts
we want more stories....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 04:40 PM | Show all posts
tak terpikir ke, maybe pochong tu brader askar tu sendiri yang buat tok menakot nakotkan korang? mane la tau kan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 05:00 PM | Show all posts
hai hajime
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2012 08:57 PM | Show all posts
missliya: demit! citer angker ni... bukan lawak...

edee_91: yup! aku pun ingat camtu... tp aku dah cekidout dah... n actually... muka 'benda' tu x nampak langsung tau... die mmg cam gula-gula... bungkus abih... n aku akan terus upkan citer... dun worry...

duri_durians: hai!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2012 12:50 AM | Show all posts
hajimex posted on 17-8-2012 08:57 PM
missliya: demit! citer angker ni... bukan lawak...

edee_91: yup! aku pun ingat camtu... tp aku ...

hahaha i know ni cerite angker .. tapi cara penyampaian cerita tu hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2012 09:03 AM | Show all posts
MISSLIYA posted on 18-8-2012 12:50 AM
hahaha i know ni cerite angker .. tapi cara penyampaian cerita tu hahahah

missliya ko ni cam nak jadi batu api je. biarla dia nak cakap macam mana pun mungkin dia orang indonesia. apa yg penting isi cerita dia penuh makna bukan cerita mengarut.

aku boleh jamin ni cerita betul sebab pernah berlaku kat mak aku dia berkhemah kat mana tah aku lupa, masa tu tengah malam semua tidur ramai2 dalam khemah masing2, pastu tengah syok tidur kat hutan tu tiba2 mak aku terdengar bunyi orang terjerit macam histeria. bila mak aku kluar dari khemah nak tau apa dah jadi , kawan dia tu cakap dia nampak hantu pocong terbang kat atas bukit. bukan rekaan ni, memang betol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2012 03:34 PM | Show all posts
kalo tt kasi pelemang betul2 kat 'askar' tu pun best jgk kan..

mesti lagi dramatik lagi cerita ni... hehehe...

tt ni mcm user baru jerk. da repot kat sini ke belum?

p/s: mula2 ingt kejadian ni berlaku kat puchong. hahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2012 05:58 PM | Show all posts
missliya: ni zaman awal2 aku mula menulis! ngee...

peramahyangamat: haha! tidak mengape... n aku org kl! hmm... puchong yg aku jumpe ni mengesot... die x lompat or terbang...

otai_g: gilos... kalau lempang die tergolek xpe... kalau lempang tembus? xpun lepas lempang die panggil geng... cam pendekar bujang lapuk... haha!

btw... a'ah... saye budak baru belajar... kene report sane dulu ek? baiklah!

p/s: nak quote pun x reti lg ni... isk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2012 07:58 PM | Show all posts
PeramahYangAmat posted on 18-8-2012 09:03 AM
missliya ko ni cam nak jadi batu api je. biarla dia nak cakap macam mana pun mungkin dia orang ind ...

lah .. aku cakap jer bukan nak jadi batu api ape2 pon .. o.k sorry kalau aku terover ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2012 09:47 PM | Show all posts
waaahh! citer baru.... kungsi agi yek... citer2 bagus dan seram gitu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2012 11:32 PM | Show all posts
missliya: xde batu api ape ke nye... belasah sudah...

babeysha: wah! cik mod! tq... baiklah! saye akan update lg... jap lg sket lepas wat keje ke... 1st2 ingat nak update every malam jumaat... tp sendiri cuak! haha!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2012 11:56 PM | Show all posts
awal2 ni aku akan citerkan pengalaman aku dulu... then baru aku citerkan pengalaman rakan2ku... fyi... sume citer2 yg akanku sampaikan ni... bukan rekaan... kalau tak betul... then member aku yg tipu... so terima lah 2nd angker dariku... pasal sebelum ni ade mention lempang benda alah tu... aku teringat citer ni...

Hantu Punya Hantu!

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Dorm 1. White House. Malam Jumaat. Pukul 0000 local time atau 0800 UTC time.

Aku terjaga. Badanku mengiring ke kiri. Ada sesuatu di hadapanku. Aku cuba amati betul-betul. Bulu romaku terus meremang. Peluh dingin mula keluar.

Dem... Benda alah apa di hadapanku ini. "Ia" nya senyap. Kaku. Merenung aku. Aku merenung "ia" kembali. Gelap. Tidak nampak sangat mukanya.

Duh... Kenapa benda ni berlaku kat aku. Bukan berlaku kat abang senior yang budget macho dan hebat dan selalu mengepow aku Snickers dan air tin Zappel apabila aku meminta izin untuk fly pergi bermain game. Fikiranku kosong seperti mengambil exam algebra dan kalkulus untuk kali pertama setelah kesemua rumus-rumus yang ku tulis di kalkulator dipadam oleh pegawai peperiksaan. Tidak dapat memikirkan apa-apa strategi untuk melawan "ia". Blur.

Ah... Ini tak boleh jadi ni. Aku tidak sanggup untuk merenung "ia" lagi. Aku cuba memusingkan badanku supaya mengadap ke atas.

Ya Allah... Ada lagi seekor berdiri dan seekor lagi duduk di sudut katilku. Ketiga-tiganya merenungku. Aku terfikir juga untuk memberi tendangan padu maut kepada seekor yang duduk di sudut katilku itu. Ala-ala Satria Baja Hitam, hero kegemaran aku sewaktu kecil dahulu. Tapi bila-bila difikirkan balik, kalau tembus seperti menyepak angin bagaimana?

Ah... Daripada terus begini baik aku cuba menyamar beruang yang berhibernasi. Untung-untung "mereka" semua pergi. Aku pandang ke atas dan memejamkan mataku. Berpura-pura tidur. Padahal tuhan sahaja yang tahu bagaimana aku cuak. Tak boleh tidur. Denyutan jantungku seperti bunyi kick drum di dalam lagu-lagu syaiton yang Hassanul Hadi Zakaria dengarkan padaku. Double pedal beb.

Tiba-tiba, hidungku diusik.

"Aku nak makan kau la."

"Ia" bersuara.

Fuh... Dadaku kembali normal. Peluh dinginku mula menyejat. Bulu romaku kembali layu. Senior aku rupanya. Cilakak. Berani kau semua menyamar hantu mengacau aku ya. Hantu punya hantu.

*itulah die mike... fadoli... n sasha... 3 orang seniorku yg hendak ku lempang bertalu2 malam tu... serius beb... real... diorang gune bancho kaler lagi mekap muke diorang... aku ade gak polo diorang kaco org lain... mmg lawak... ade mase nanti aku cerita ya!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2012 12:57 AM | Show all posts
hajimex posted on 18-8-2012 11:56 PM
awal2 ni aku akan citerkan pengalaman aku dulu... then baru aku citerkan pengalaman rakan2ku... fyi. ...

hahaha siak jerk... org rupanya....

kalo kena penerajang sia2 jerk hidup....

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2012 06:57 PM | Show all posts
aku kalu gi camping mmg x suka xtvt yg kena ddk dlm hutan pastu fasilitator akan kacau2 kita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2012 12:09 AM | Show all posts
Hehehe... Good work TT... Keep on posting cerita2 ko tu, okies...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2012 04:44 PM | Show all posts
otai_g: nasib baik jugak aku tak terajang... senior kot... mau kene terajang balik beramai2... isk...

stryder_cats: aku suke kalau camtu... x suke duk sorang2 dlm utan jew... haha!

budakgraphic: baiklah!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 11:13 PM | Show all posts
Wahhh..ada trid bru..cite pon best..tt,kantiniu plisss!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 11:23 PM | Show all posts
momod patut kasi kredit lebih kat tt ni sbb gigih menulis pengalaman beliau. hehehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.264111 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list