CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hajimex

[BEST] Kompilasi Kisah Angker Hajimex (baru!)

  [Copy link]
 Author| Post time 6-9-2012 12:36 PM | Show all posts
hakunamatata: baiklah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2012 12:39 PM | Show all posts
Rumahku Rumah Beliau

Kali ni aku nak ceritakan tentang rumahku. Selain keluargaku, rumahku juga mempunyai penghuni yang lain. Di alam lain, rumahku adalah rumah "beliau".

Seperti yang digambarkan oleh beberapa orang yang pernah berjumpe dengan beliau. "Beliau" seorang yang berjanggut dan beragama Islam. Aku akan ceritakan beberapa kisah. Kisah benar ya.

Kisah 1:

Pak Chuku demam. Dia tidur. Tiba-tiba dia terjaga dan terperasan ada seseorang duduk di sebelahnya. Dia cuba untuk melihat "beliau" tapi mukanya ditahan oleh tangan "beliau". Beberapa ketika "beliau" hilang. Keesokkan harinya, pakcuku baik daripada demam.

Kisah 2:

Sepupuku juga mengalamai benda yang sama. Dia demam. Dia hendak naik ke tingkat atas. Ternampak dengan "beliau". "Beliau" melambai-lambai padanya. Sepupuku cuak dan lari ke bawah balik. Keesokkan harinya, sepupuku baik daripada demam.

Kisah 3:

Jika keluargaku meninggalkan rumah selama beberapa hari, sepatutnya air di lantai bilik air kering bukan? Tapi lantai bilik airku sentiasa basah.

Kisah 4:

Dolu-dolu, sinki dapurku boleh dikatakan terletak di luar. Jika ibuku membasuh pinggan, ibuku selalu tercium bau kemenyan. Sehinggalah sampai satu malam, ibuku dah malas melayan. Ibuku berkata, "Aku tak kaco ko, ko jangan kaco aku."

Selepas itu, tiada lagi bau kemenyan.

Kisah 5:

Seorang pekerja Indonesia yang sedang bertukang di rumahku merasa dadanya sakit. Dia dapat rasa bukan sakit yang biasa. Lalu dia pun buat sesuatu. "Beliau" muncul di hadapannya. Dia bertanya, "Kenapa kau buat aku ya?"

"Kamu masuk tidak memberi salam."

Apakah?

Kisah 6:

Ibuku menceritakan kisah "beliau" kepada kawannya. Kawannya berkata yang dia ingin sangat berjumpa. Nak dijadikan cerita, kawan ibuku ini tidur di rumahku pada satu malam. Sedang dia tidur, dia terdengar pintunya di ketuk. Dia membuka lampu, kemudian membuka pintu. Tiada siapa. Ia terjadi beberapa kali. Keesokan harinya die bertanya ibuku. Dia ingat ibuku bermanja-manja dengannya. Ibuku tidak tahu apa-apa.

Ultimate:

Ada lagi satu cerita. Bagiku memang ultimate. Akanku ceritakan akan datang. Tunggu...

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 01:42 PM | Show all posts
uih best la cita TT..menjadi benang feveret i lah mcm ni.. benang yg lain byk kisah2 perubatan tu lah ni lah..pastu byk bersembang OT..moderator x pantau pon.. keep it up TT!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 03:01 PM | Show all posts
terbaek.....!!!
rajin2 la hapdet yer....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 03:30 PM | Show all posts
ko staroba batch bila ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2012 03:52 PM | Show all posts
karinakapur: haha! tu ah... rasa gatal je nak reply...

boerbekeng: baiklah!

berusjamban: staroba 9498! ho ye! ho ye!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2012 10:03 AM | Show all posts
bile bace cite TT nih tak rase seram tapi sebaliknye... tapi cerita TT ni masih boleh difahami dan tak bosan untuk dibaca...
cerita pun tak panjang berjela... keep it up !
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 10:20 AM | Show all posts
KarinaKapur posted on 6-9-2012 01:42 PM
uih best la cita TT..menjadi benang feveret i lah mcm ni.. benang yg lain byk kisah2 perubatan tu la ...

kalo cik rase ade tred byk yg OT, bleh ajer report ke moderator. kkdg mod2 ni terlepas pandang @ merase OT tu dibolehkn dlm ssetengah keadaan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2012 10:23 AM | Show all posts
hajimex posted on 6-9-2012 12:39 PM
Rumahku Rumah Beliau
Kali ni aku nak ceritakan tentang rumahku. Selain keluargaku, rumahku juga mem ...

rujuk kisah 5....berisi gak tukang umah tu ye, bleh berinteraksi dgn 'beliau'..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 04:18 PM | Show all posts
punkerzoe posted on 7-9-2012 10:03 AM
bile bace cite TT nih tak rase seram tapi sebaliknye... tapi cerita TT ni masih boleh difahami dan t ...

haha!
x seram ek?
isk...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 04:18 PM | Show all posts
edoraixora posted on 7-9-2012 10:23 AM
rujuk kisah 5....berisi gak tukang umah tu ye, bleh berinteraksi dgn 'beliau'..

oh!
die org indonesia...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 04:24 PM | Show all posts
aku taktau citer ni angker atau tidak... tp citer ni rekaan semate2... sekadar santai hari isnin pade yang tension bekerje...

Nageen (Ular Jadian)

Namaku Vaji. Biasanya orang memanggilku dengan nama Si Vaji. Sekarang aku dah jadi Boss. Semua orang takut padaku. Bukan sahaja orang, malah lembu juga takut padaku. Kalau gaduh tu, setakat 20 orang tu akan tapar dengan mudah sahaja.

Tapi tiada seorang pun tahu yang aku juga ada kelemahan. Seperti Superman yang takut dengan batu berwarna hijau, aku juga ada sesuatu yang aku takut akannya.

Hari itu, aku hendak pergi ke kedai gunting rambut. Bukan untuk menggunting rambut. Tapi untuk menggunting bulu dadaku. Sudah panjang. Sehinggakan ada orang memberikanku pisang ketika aku sedang bersiar-siar di Zoo Negara.

Konco-koncoku memberitahu ada sebuah kedai gunting rambut yang baru dibuka. Menarik kalau pergi ke sana ni. Boleh aku minta wang perlindungan sekali.

Aku melibaskan kain ke bahuku. Mengikat kain pelikatku di pinggang. Membuat gaya menghisap rokok seperti biasa dan melangkah ke kedai gunting rambut tersebut.

Sampai sahaja di hadapan kedai gunting rambut tersebut, aku terpegun. Aku ternampak sesuatu. Bola romaku meremang. Cuak. Kakiku tidak mampu untuk melangkah ke hadapan. Aku teringat peristiwa ketika aku kecil dahulu.

Flashback mula [mode gambar black & white dan dialih bahasa].

Ketika itu internet sedang hangat. Maka untuk tidak dikatakan buta IT, aku juga sakan bermain internet. Sedang leka aku meluncur, Tiba-tiba ada satu pop up keluar di skrin. Aku cuak. Aku berlari ke Amma nya.

"Amma! Porn tu ape ek?"

"Erk! Porn tu, cerita hantu ular. Nageen (ular jadian). Jangan tengok. Takut."

"Wah! Negeen? Tapi citer pasal apa amma?"

"Citernya pasal laki ni kena posses dengan Nageen. Dia pergi kacau bebudak perempuan. Nageen ni suka dengan perempuan. Dia akan membesar kalau nampak perempuan."

"La, tu je ke? Takde la seram pun. Nak nengok la."

"Hmm, lepas Nageen tu membesar, perempuan tu akan takut. Pastu dia cuba gigit Nageen tu. Tapi biasanya Nageen akan bertindak lagi ganas. Dia akan masuk ke dalam perempuan tu melalui tempat buang air. Perempuan tu akan menjerit-jerit macam kena histeria."

"Uik? Habis tu macammana nak bunuh Nageen?"

"Hmm, nanti Nageen tu akan pancutkan bisa dia kat perempuan tu. Biasanya di muka dan perempuan tu akan telan bisa dia. Pastu Nageen tu mati."

"Wah! Cam best je. Nak nengok juga la."

"Jangan! Nanti Nageen tu keluar, masuk ikut lubang dubur Vaji."

"Erk! Takmo-takmo. Takut!"

Flashback tamat [mode gambar kembali normal].

Semenjak itulah aku takut dengan perkataan tersebut dan tidak mampu untuk meneruskan langkahku ke kedai gunting rambut ini.




Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2012 08:52 AM | Show all posts
hajimex posted on 10-9-2012 04:24 PM
aku taktau citer ni angker atau tidak... tp citer ni rekaan semate2... sekadar santai hari isnin pad ...

naif sungguh si vaji nie....


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2012 10:46 AM | Show all posts
hajimex posted on 10-9-2012 04:24 PM
aku taktau citer ni angker atau tidak... tp citer ni rekaan semate2... sekadar santai hari isnin pad ...

cheh!..tak seram langsung!...

eniway, sila update cerita lagi ye..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2012 05:25 PM | Show all posts
lawak pulak mamat ni buat cerita...

kau ni boleh buat buku cerita lawak tanpa gambar rajah la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 04:17 PM | Show all posts
wajaman posted on 11-9-2012 08:52 AM
naif sungguh si vaji nie....

si vaji tu mmg gitu...
tp skang die sudah jadik robot...
bukan boss dah...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2012 04:18 PM | Show all posts
yenil95 posted on 11-9-2012 10:46 AM
cheh!..tak seram langsung!...

eniway, sila update cerita lagi ye..

tak angker ek?
aler...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 04:19 PM | Show all posts
aza posted on 11-9-2012 05:25 PM
lawak pulak mamat ni buat cerita...

kau ni boleh buat buku cerita lawak tanpa gambar rajah  ...

isk...
so kene tukar tajuk la ni ek?
kompilasi kisah lawak hajimex!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 04:24 PM | Show all posts
Beliau -Ultimate-

Kali ini aku akan sambung kisah 'beliau'. Ini adalah kisah yang ultimate bagi aku.

Aku tiada ketika kejadian ini berlaku. Maka berkemungkinan cerita ini tidak 100 peratus tepat. Sila baca kisah ini pada pukul 0000, seorang diri di depan komputer, lampu ditutup, hanya cahaya dari skrin monitor sahaja yang ada. Kalau nak lagi feel, tutup skrin monitor sekali. Kisahnya begini...

Rumahku telah didatangi oleh dua orang pemuda tabligh. Tabligh tersebut mengatakan yang mereka ingin berjumpa dengan Ustaz X [aku tak ingat either diorang bagitau nama or not]. Ayahku mengajak mereka masuk ke rumah untuk menceritakan dengan lebih lanjut.

Setelah dihidangkan air oren, mereka pun bercerita. Mereka jumpa Ustaz X ini di surau di sebelah masjid di hadapan rumah aku. Sebelum masjid di hadapan rumahku wujud, surau itulah yang dijadikan masjid. Mereka berkata yang Ustaz X telah mengupas surah al-Baqarah dengan sangat hebat. Kupas yang dimaksudkan bukannya seperti mengupas buah ya.

Kemudian, oleh kerana mereka sangat kagum, mereka telah mengvolunteerkan diri untuk menghantar Ustaz X balik. Anda semua mesti boleh agak kisah seterusnya bukan? Maka sampai di sini sahajalah kisah Alam Angker pada hari ini.

Eh? Ada yang tak dapat agak? Sello betul la. Baiklah, aku sambung.

Mereka telah menghantar Ustaz X ke rumahku rupanya. Tunggu sehingga Ustaz X masuk ke dalam rumah lagi. Sebab itu mereka tetap tidak percaya yang rumah itu rumahku. Mereka bertanya sejak bilakah keluarga aku menginap di rumah itu. Ayahku menerangkan yang kami sekeluarga telah menginap di rumah itu sejak aku lahir lagi, 1981. Aiseh! terkantoi lak umur aku berapa.

Kesimpulannya, dari segi apa yang diceritakan oleh mereka, Ustaz X adalah 'beliau'!

Perbincangan mereka dan ayahku diteruskan dalam setengah jam dan mereka pun pulang. Kisah ini nampak macam tidak berapa seram tapi aku mengatakannya ultimate kerana 'beliau' telah menunjukkan diri di dunia kita tanpa segan silu.

Untuk pengetahuan anda semua, 'beliau' adalah makhluk asing dari planet Marikh. Acah mak enon!

Mengikut beberapa sumber, 'beliau' adalah penghulu makhluk bunian di alam mereka yang beragama Islam. Tapak rumah 'beliau', sama tempat dengan tapak rumahku. Oh ya! Ketika ibuku terhidu bau kemenyan di dalam kisah sebelum ini, sebenarnya beliau sedang menemani ibuku.

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 09:07 AM | Show all posts
hajimex posted on 12-9-2012 04:24 PM
Beliau -Ultimate-
Kali ini aku akan sambung kisah 'beliau'. Ini adalah kisah yang ultimate bagi aku ...

macam mana boleh tau bau kemenyan tu adalah 'beliau'.?...adakah 'beliau telah mendedahkan fakta itu?..

..ishk..kan makcik dah terikut gaya penulisan hajimex...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.141757 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list