CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2618|Reply: 1

Kuala Lumpur Photography Festival 2012

[Copy link]
Post time 28-8-2012 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Tarikh: 5-7 Oktober 2012
Masa: 11pagi – 9malam
Tempat: Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Festival Fotografi Kuala Lumpur 2012 (KLPF) merupakan acara pengimejan yang terbesar dan terhangat dengan kombinasi elemen fotografi dan pelancongan.
Festival tahunan ini dikenali sebagai acara mempromosikan seni fotografi, mengalakkan interaksi dan perkongsian pengalaman antara peminat fotografi dan pengembara. Secara tidak langsung ia merupakan acara interaktif, penerokaan dan perniagaan. Ketahui lebih lanjut mengenai inovasi teknologi terbaharu dan rekaan alatan fotografi. Malah, kenali destinasi pilihan untuk merakam imej fotografi.
Di KLPF 2012, sektor pelancongan merupakan pendedahan terbesar dengan tetapan satu dewan yang khususnya untuk FITE (Free Independent Travel Exchange) kemudahan terbuka kepada operator perniagaan pelancongan dan organisasi pelancongan untuk menawarkan produk mereka secara terus kepada pengembara bebas.
Antara acara kemuncak KLPF 2012:
•        Photo-creator of the Year 2012 merupakan anugerah kepada jurugambar Malaysia. Anugerah ini mengiktiraf kemunculan jurugambar di Malaysia dari segi kreativiti dan potensi. Peserta dikehendaki menghantar hasil karya mereka berdasarkan tema “Seni & the City” dimana “seni” merupakan bahasa Melayu.
•        Melalui pameran fotografi “City”, kami berharap dapat menggalakkan orang ramai untuk memerhati sekeliling Bandar atau menyerapkan proses pengubahan Bandar kita. Pameran ini merupakan koleksi imej foto yang dihantar oleh orang ramai.
•        Pameran foto istimewa “Brushed by the Wind” merupakan gambaran pengembaraan ke bahagian Selatan Benua Afrika merentasi Negara seperti Namibia, Zimbabwe, Bostwana dan Afrika Selatan.
Juga tidak ketinggalan sesi interaktif iaitu forum dan seminar (Photomania & Travelmania) yang merupakan acara kegemaran pengunjung setiap tahun.
KLPF dibuka kepada orang ramai dan tidak dikenakan bayaran masuk. Dapatkan maklumat terkini di www.klpf.com.my atau di Facebook “majalahFotografika”.
Untuk sebarang pertanyaan, sila menelefon kami ditalian +603-9281 8039 atau emel kepada kami di klpf@pcp2u.my.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2012 03:32 PM | Show all posts
dah lama aku tinggalkan event event cam nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 1.259665 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list