Perayaan Hantu Lapar jatuh pada tahun ini jatuh pada 16 Ogos hingga 15 September 2012.Cara paling mudah nak tahu perayaan Hantu Lapar dah dekat,stesen-stesen televisyen di Malaysia akan tayang variasi cerita hantu Opera Cina yang entah apa-apa.Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, hari ke-15 pada bulan ketujuh dalam kalendar lunar Cina, merupakan permulaan Bulan Hantu Lapar.Perayaan Hantu Lapar atau Zhongyuanjie dirayakan terutamanya oleh suku Kantonis pada hari ke-14 bulan ketujuh kalendar Cina.Suku Hokkien menyambutnya sehari kemudian.Penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal dunia.Asal usul perayaan ini berdasarkan kepada legenda penganut Buddha yang dikenali sebagai Modkalyayana yang dalam bahasa Cinanya disebut sebagai Mujian Lian dan ibunya.
Perayaan Hantu Lapar Tokoh ini sebenarnya antara murid terdekat Buddha Sakyamuni.Mu Lian seorang anak yang taat,akhirnya memilih jalan menjadi sami menyebabkan ibunya begitu marah. Ibunya memaksa Mu Lian makan makanan yang tidak boleh dimakan oleh sami seperti makanan berdaging kerana tidak dapat menerima hakikat anaknya menjadi seorang sami. Ibunya yang suka menghina pengemis dan kedekut akhirnya meninggal dunia dan dihantar ke neraka menjadi roh yang sentiasa lapar. Semasa bertafakur,Mu Lian yang merupakan antara 10 murid terbaik Buddha telah mendapat petunjuk bahawa ibunya sedang sengsara di neraka.Mu Lian sentiasa berdoa dan akhirnya doa itu didengar oleh Buddha.Dengan izin Buddha,pintu neraka dibuka sekali dalam setahun di mana roh-roh dilepaskan ke dunia untuk mencari makanan.Buddha mengarahkan supaya Mu Lian menyediakan kepingan makanan dalam piring yang bersih,membacakan mantera sebanyak tujuh kali dengan memberkati makanan tersebut, memetik jarinya dan memanggil keluar roh lalu menyentuhkan makanan ke lantai yang bersih.
Perayaan Hantu Lapar Versi Moden Mu Lian meminta nasihat Buddha lagi bagaimana caranya supaya ibunya dapat dilahirkan semula sebagai manusia.Mu Lian mempersembah makanan dan jubah kepada 500 orang bhikku iaitu individu mulia yang melihat bahaya dunia, neraka dan syurga.Pahala perbuatan ini menyebabkan ibu Mu Lian lahir semula sebagai manusia. Perayaan Hantu Lapar di Malaysia dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di negara lain.Pertunjukan pentas yang dikenali sebagai 'Koh-tai' oleh penutur bahasa Hokkien ini dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari, dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan adalah sumbangan dana daripada para penduduk.Inilah serba sedikit sejarah Perayaan Hantu Lapar,sekarang mari lihat sambutan Perayaan Hantu Lapar Di Taiwan.* Sumber Artikel:Utusan.
Last edited by novelloverzz on 5-9-2012 05:01 PM
|