CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8702|Reply: 70

[Tempatan] EDISI PROTON : dia buat lagi........

[Copy link]
Post time 10-9-2012 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Model gantian Perdana guna platform Nissan Fuga.







NISSAN Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif di pasaran Jepun.
Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON

PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter.Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.
“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.

Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM.

Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.

Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.

Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.

Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.

“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu.

“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.

Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan.

*  P/S : bila la nak buat r&d  sendiri....NAP 2015 nanti mcm ne?.....ngok...
Last edited by miskintegar on 10-9-2012 12:32 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2012 12:37 PM | Show all posts
cerita lama

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 12:39 PM | Show all posts
apa topiknye??....ok la tue...org2 kat proton masih ada keje nak buat!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 12:40 PM | Show all posts
so??? apa kesan nya terhadapa alam sekitar pada masa sekarang?
global warming?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 12:44 PM | Show all posts
Tahun bila punya cerita ni? Aku rasa macam pernah baca jer.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 12:47 PM | Show all posts
nissan fuga ni mcm keta infiniti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2012 12:52 PM | Show all posts
Dah mmg budaya keje Proton mcmtu nak buat camna....hopefully pasni amik design Ferrari 458 Italia utk ganti model Proton Persona plak...kalau murah konfem aku beli!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 12:55 PM | Show all posts
rozyat posted on 10-9-2012 12:39 PM
apa topiknye??....ok la tue...org2 kat proton masih ada keje nak buat!

topiknya....budaya copy paste ........bila nak stop n build up own identity?......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2012 12:55 PM | Show all posts
xjadik kot..kan dulu ada ura2 keta perdana gomen nk ditukar ke nissan fuga nih selain VW passat ka apa.time tu mmg up cerita proton nk rebadge nissan nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 12:56 PM | Show all posts
PitMie posted on 10-9-2012 12:52 PM
Dah mmg budaya keje Proton mcmtu nak buat camna....hopefully pasni amik design Ferrari 458 Italia ut ...

klu mcm ferari aku pun nak..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 12:59 PM | Show all posts
5229 posted on 10-9-2012 12:55 PM
xjadik kot..kan dulu ada ura2 keta perdana gomen nk ditukar ke nissan fuga nih selain VW passat ka a ...

x jadi ke?....tp kluar berita HAIRAN online hari ni?......hairan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 12:59 PM | Show all posts
proton nk try segmen kereta berkapasiti 2.0 ke atas kot..sapa mau beli.baik beli toyota..

bagi aku kuatkan dulu kereta2 keluarang proton yg ada dulu.persona,preve,saga blm,exora..kasik mantap model ni dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 01:00 PM | Show all posts
miskintegar posted on 10-9-2012 12:55 PM
topiknya....budaya copy paste ........bila nak stop n build up own identity?......

habis itu preve, blm,persona, gen2,exora itu semua copy drp mana pula?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 01:02 PM | Show all posts
apsal bentuknya nampak 'so uncle'.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 01:04 PM | Show all posts
Changa posted on 10-9-2012 01:00 PM
habis itu preve, blm,persona, gen2,exora itu semua copy drp mana pula?

x de copy paste.....own r&d + lotus tech......good for future, tp for the sake complete line up kenapa perlu copy paste mitsubishi, renault dan skrg nissan?.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 01:04 PM | Show all posts
tobby posted on 10-9-2012 01:02 PM
apsal bentuknya nampak 'so uncle'.

design nissan mmg sinonim ngn pakcik2..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2012 01:05 PM | Show all posts
miskintegar posted on 10-9-2012 12:59 PM
x jadi ke?....tp kluar berita HAIRAN online hari ni?......hairan?

nak naikkan saham kott

layan jeee..

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 01:05 PM | Show all posts
miskintegar posted on 10-9-2012 01:04 PM
x de copy paste.....own r&d + lotus tech......good for future, tp for the sake complete line up ke ...

mungkin sebab tidak berbaloi untuk rnd sendiri model yg untuk niche market sahaja?
berapa ramai sgt ummah yg akan beli kereta yg berkapasiti 2.5?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 01:06 PM | Show all posts
harap proton tutup lepas PRU13....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 01:06 PM | Show all posts
5229 posted on 10-9-2012 01:04 PM
design nissan mmg sinonim ngn pakcik2..

target market pun memang golongan pokcik..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.087915 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list