CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pisangmontel

anugerah blockbuster 2012

[Copy link]
Post time 12-9-2012 11:08 AM | Show all posts
Mia Sara.... Ok ke.... ? Harap comel je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2012 12:40 PM | Show all posts
anugerah sampah
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 01:04 PM | Show all posts
KRU kah pengelolanya?...nescaya filem2 terbiatan KRU jualah yang bakalan menggondol banyak award....pada saya untuk tahun ini...filem bunohan sahaja yang layak menang...akan tetapi blockbuster sangatkah kutipan filem bunohan itu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 04:52 PM | Show all posts
Idea menganjurkan anugerah ini sebenarnya datang dari Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abd Halim.



Tauu dah sape menang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 04:54 PM | Show all posts
diana007 posted on 11-9-2012 12:27 PM
Mia Sara..hehehehe Jenuh I nak tolong Nadiya Nisaa in Heroin Baru category, tapi jurangnya membuat ...

aku pn bila tgk jauh bnr bezanya...
tk koser nk ngundi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 09:01 AM | Show all posts
anugerah sendu weh!

mutip filem takut terhebat, penyangak terhebat..
better phrase: filem seram terhebat, watak antagonis terhebat.... haiyooooo...

fans adi putra dah komplen pasal AP x tercalon...

lagi satu apasal la si azlee senario tu hero baru?? erkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2012 10:10 AM | Show all posts
Banyak tol perkara aku nak persoal kan ttg anugerah terpaling sendu ni...tq la kirang pun sepikiran ngan aku...
1.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 02:15 AM | Show all posts
of course la KRU bolot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 11:31 AM | Show all posts
Datuk Yusof Haslam: Saya Tak Punya Pilihan Lain



Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto Oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 20 SEPT 2012: Percubaan pertama buat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) untuk mewujudkan sebuah penganjuran anugerah berdasarkan pilihan peminat iaitu Anugerah Blockbuster nampaknya telah mencetuskan kontroversi serta rasa tidak puas hati di kalangan peminat seni mahu pun karyawan filem sendiri.

Antara yang dilihat melontarkan suara adalah pengarah muda Syamsul Yusof.

Anak kepada penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam ini dikatakan tidak berpuas hati apabila 2 daripada pelakon dalam filem KL Gangster arahannya iaitu Adi Putra dan Sofi Jikan tidak tersenarai di dalam pencalonan bagi Watak Penyangak Terhebat, biarpun dia merasakan mereka layak dicalonkan.

Kesempatan bertemu penerbit bagi filem tersebut, Datuk Yusof Haslam memberi peluang kepada pihak media untuk mendapatkan penjelasan daripadanya berhubung perkara tersebut.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai pilihan untuk menghantar lebih pencalonan. Perkara ini telah ditetapkan oleh pihak penganjur yang menghadkan seorang pelakon dalam sebuah filem bagi setiap kategori.

"Saya dimaklumkan bahawa kami (penerbit) hanya boleh menghantarkan satu nama sahaja untuk kategori tersebut. Pemilihan Syamsul juga bukan dibuat kerana dia anak saya tetapi memang di dalam KL Gangster dia memainkan watak penyangak utama.

"Kami di Skop Production bersetuju memilihnya. Saya tidak nafikan Adi Putra dan Sofi Jikan juga hebat tetapi Syamsul memainkan watak yang lebih banyak dan lakonannya mendapat pujian dan respon baik daripada ramai pihak.

"Saya juga kesal apabila perkara seperti ini berlaku kerana 2 pelakon yang disebutkan itu juga layak tetapi ia sudah ditetapkan oleh penganjur jadi saya tidak ada pilihan lain,"komennya mengenai kenyataan Syamsul Yusof mengenai pencalonan bagi anugerah yang julung kali diadakan ini.

Penerbit filem terkenal ini juga mengulas mengenai format yang dijalankan penganjur. Menurutnya untuk pencalonan awal ia harus dibuka kepada semua dan bukannya hanya satu nama seperti yang telah dilakukan.

"Ini adalah kali pertama PFM menganjurkan anugerah sebegini iaitu berdasarkan pilihan penonton. Jadi untuk pencalonan awal mungkin ia boleh dibuka kepada semua watak-watak yang layak. Daripada situ baru mereka diundi untuk ke peringkat seterusnya.

"Barulah secara keseluruhannya ia dipilih oleh penonton. Tetapi untuk tahun pertama diharapkan perkara ini dapat dijadikan panduan untuk memperbaiki mutu pengadilan bagi acara anugerah sebegini,"tambahnya lagi.

Bercakap mengenai Anugerah Blockbuster 2011 ini, Datuk Yusof Haslam berharap penganjuran anugerah ini akan dapat memeriahkan lagi industri perfileman tempatan daripada sudut yang berbeza, iaitu pilihan daripada penonton sendiri.

"Kita ada anugerah yang menilai sesebuah filem daripada segi karya, arahan dan aspek yang telah ditetapkan. Untuk anugerah ini, ia lebih kepada melihat penerimaan penonton kepada sesebuah filem yang dihasilkan.

"Telus atau tidak itu bukan soalannya kerana ia diputuskan oleh undian yang dibuat keatas filem-filem yang mendapat sambutan daripada penonton yang mengundi. Anugerah ini juga dibuat untuk memeriahkan lagi industri perfileman Malaysia.

"Diharapkan para peminat filem tempatan dapat menyokong anugerah ini dan untuk tahun berikutnya ia boleh diperbaiki bagi memberi peluang yang lebih besar kepada pelakon-pelakon yang terlibat,"ulasnya mengenai isu ini.



Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 08:49 PM | Show all posts
ingat xnak tgk, tp ada mekiti la pulak.. karatz mekiti jomlah kita duduk depan tv tgk awards ni smpai habis... klu mekiti buat persembahan, sah2 psembahan penutup...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 11:11 PM | Show all posts
Uih....anograh pelik2 jer skrg nih....
Last2 ke laut.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 10:02 AM | Show all posts
tgk promo kat astro ..
mcm meriah la jugak sbb berjaya tarik artis2 popular join walaupun baru 1st time

DCT, Amy search, ZZ, aaron, adi putra etc
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 10:30 AM | Show all posts
Ueuw... Ntah apa2 anugerah ni. Mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 10:37 AM | Show all posts
Anugerah ni nmpak la gah sikit klu ada artis2 gred A tlibat... Klu pngil artis2 af alamat thn depan dah xde la award nih....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 03:04 PM | Show all posts
hope mekti nyanyi awal la, x do la aku nak mencongokje dpn tv nnt (nak tgk pun sbb ada mekti sajoo)
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 09:36 AM | Show all posts
Walau Sendu Anugerah Ini di Forum Cari, I nak naikkan Page ini sebab esok Anugerah BlockBuster bermula seawal 8.30pm for "Red Carpet Thingy" di Astro Ria, 104






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 09:37 AM | Show all posts
Good Luck Buat Semua Yang Bertanding

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 09:44 AM | Show all posts
TASHA SHILA - Calon Anugerah Heroin Baru Terhebat, boleh jadi menang jugak...Kuasa SMS

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 09:48 AM | Show all posts
Salah Seorang Pengacara Anugerah BlockBuster - LISA SURIHANI berganding dengan AFDLIN SHAUKI & ZIZAN RAZAK

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 09:49 AM | Show all posts
Aku x sabar nk tgk award nih, sapa pengacara dia? Hope award ni x formal sgt mcm aim  atau ffm... Bosan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.488700 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list