KRU kah pengelolanya?...nescaya filem2 terbiatan KRU jualah yang bakalan menggondol banyak award....pada saya untuk tahun ini...filem bunohan sahaja yang layak menang...akan tetapi blockbuster sangatkah kutipan filem bunohan itu?
KUALA LUMPUR, 20 SEPT 2012: Percubaan pertama buat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) untuk mewujudkan sebuah penganjuran anugerah berdasarkan pilihan peminat iaitu Anugerah Blockbuster nampaknya telah mencetuskan kontroversi serta rasa tidak puas hati di kalangan peminat seni mahu pun karyawan filem sendiri.
Antara yang dilihat melontarkan suara adalah pengarah muda Syamsul Yusof.
Anak kepada penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam ini dikatakan tidak berpuas hati apabila 2 daripada pelakon dalam filem KL Gangster arahannya iaitu Adi Putra dan Sofi Jikan tidak tersenarai di dalam pencalonan bagi Watak Penyangak Terhebat, biarpun dia merasakan mereka layak dicalonkan.
Kesempatan bertemu penerbit bagi filem tersebut, Datuk Yusof Haslam memberi peluang kepada pihak media untuk mendapatkan penjelasan daripadanya berhubung perkara tersebut.
Katanya, pihaknya tidak mempunyai pilihan untuk menghantar lebih pencalonan. Perkara ini telah ditetapkan oleh pihak penganjur yang menghadkan seorang pelakon dalam sebuah filem bagi setiap kategori.
"Saya dimaklumkan bahawa kami (penerbit) hanya boleh menghantarkan satu nama sahaja untuk kategori tersebut. Pemilihan Syamsul juga bukan dibuat kerana dia anak saya tetapi memang di dalam KL Gangster dia memainkan watak penyangak utama.
"Kami di Skop Production bersetuju memilihnya. Saya tidak nafikan Adi Putra dan Sofi Jikan juga hebat tetapi Syamsul memainkan watak yang lebih banyak dan lakonannya mendapat pujian dan respon baik daripada ramai pihak.
"Saya juga kesal apabila perkara seperti ini berlaku kerana 2 pelakon yang disebutkan itu juga layak tetapi ia sudah ditetapkan oleh penganjur jadi saya tidak ada pilihan lain,"komennya mengenai kenyataan Syamsul Yusof mengenai pencalonan bagi anugerah yang julung kali diadakan ini.
Penerbit filem terkenal ini juga mengulas mengenai format yang dijalankan penganjur. Menurutnya untuk pencalonan awal ia harus dibuka kepada semua dan bukannya hanya satu nama seperti yang telah dilakukan.
"Ini adalah kali pertama PFM menganjurkan anugerah sebegini iaitu berdasarkan pilihan penonton. Jadi untuk pencalonan awal mungkin ia boleh dibuka kepada semua watak-watak yang layak. Daripada situ baru mereka diundi untuk ke peringkat seterusnya.
"Barulah secara keseluruhannya ia dipilih oleh penonton. Tetapi untuk tahun pertama diharapkan perkara ini dapat dijadikan panduan untuk memperbaiki mutu pengadilan bagi acara anugerah sebegini,"tambahnya lagi.
Bercakap mengenai Anugerah Blockbuster 2011 ini, Datuk Yusof Haslam berharap penganjuran anugerah ini akan dapat memeriahkan lagi industri perfileman tempatan daripada sudut yang berbeza, iaitu pilihan daripada penonton sendiri.
"Kita ada anugerah yang menilai sesebuah filem daripada segi karya, arahan dan aspek yang telah ditetapkan. Untuk anugerah ini, ia lebih kepada melihat penerimaan penonton kepada sesebuah filem yang dihasilkan.
"Telus atau tidak itu bukan soalannya kerana ia diputuskan oleh undian yang dibuat keatas filem-filem yang mendapat sambutan daripada penonton yang mengundi. Anugerah ini juga dibuat untuk memeriahkan lagi industri perfileman Malaysia.
"Diharapkan para peminat filem tempatan dapat menyokong anugerah ini dan untuk tahun berikutnya ia boleh diperbaiki bagi memberi peluang yang lebih besar kepada pelakon-pelakon yang terlibat,"ulasnya mengenai isu ini.
ingat xnak tgk, tp ada mekiti la pulak.. karatz mekiti jomlah kita duduk depan tv tgk awards ni smpai habis... klu mekiti buat persembahan, sah2 psembahan penutup...
Walau Sendu Anugerah Ini di Forum Cari, I nak naikkan Page ini sebab esok Anugerah BlockBuster bermula seawal 8.30pm for "Red Carpet Thingy" di Astro Ria, 104