CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6654|Reply: 7

Pandangan Semesta Menurut Ajaran Buddha

[Copy link]
Post time 13-9-2012 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Pandangan semesta mengenai diri yang malar menurut ajaran Buddha dipersembah dalam ulasan dan catatan Abhidhamma Pitaka. Sebarang perkara melibatkan alam2 ghaib dari mata manusia yang fizikal kita akan merujuknya dalam Abhidhamma Pitaka. Dalam kedua-dua tradisi aliran Buddha Theravada dan Mahayana pun ada berbincang mengenai hal ini. Kesemua ulasan dan catatan ini merupakan analisis dan penyesuaian semula dari ulasan yang ditemui dalam sutta2 dan tradisi vinaiya.

Sebenarnya tiada satu pun suttam yang menerangkan seluruh struktur alam semesta ini. Tetapi dalam beberapa suttam, Sang Buddha ada menerangkan tentang dunia-dunia lain dan keadaan yang dialami oleh penduduk di dunia itu. Dalam lain-lain suttam pula ada diterangkan tentang asal-usul dan juga tentang kemusnahan alam semesta. Gabungan semua data yang diperolehi ini dikumpulkan menjadi satu sistem yang tersusun seperti yang dipaparkan dalam sejarah perkembangan ajaran Buddha. Sistem ini diterangkan dalam tradisi Bali Vibhajiyavada yang diwakili oleh penganut ajaran Buddha dalam aliran Theravada hari ini. Sistem ini dipersetujui secara sejagat walaupun ada beberapa perbezaan dengan aliran Sarvastivada yang dikekalkan oleh penganut ajaran Buddha dalam aliran Mahayana.  

Gambaran dunia yang dipersembah dalam pandangan semesta Buddha tak boleh dilihat dengan secara literal. Ia tidak selari dan tidak boleh diselaraskan dengan data2 astronomi yang memang sudah terkenal di India purba. Pandangan semesta dalam ajaran Buddha Guru bukannya pandangan seperti yang dilihat oleh mata kasar manusia biasa. Alam semesta dilihat dengan melalui dibbachakku (mata hati) Buddha Guru atau pandangan arahang yang sudah mencapai deria2 yang membolehkan mereka melihat dunia2 lain dan makhluk2 yang timbul (lahir) dan berlalu (mati) dalam dunia2 tersebut. Dari pandangan ini, pandangan semesta ajaran Buddha menyampaikan kepada kita bagaimana keadaan sesuatu kejadian itu lahir dan dalam keadaan apa kejadian itu nanti akan dilahirkan atau dijelmakan semula. Pandangan semesta ini juga ditafsirkan dalam deria rohaniah atau abstrak yang boleh dilihat dalam 10 Alam Rohaniah.   

Pandangan semesta dalam ajaran Buddha boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

1. pandangan semesta angkasa yang menerangkan tentang susunan pelbagai jenis dunia dalam alam semesta ini serta
2. pandangan semesta tercakup ruang dan masa yang melibatkan tentang persoalan bagaimana dunia2 ini terwujud dan bagaimana dunia2 ini berlalu.

Last edited by genot on 13-9-2012 07:49 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2012 08:27 PM | Show all posts
Mari kita tinjau tentang dunia2 yang ada menurut pandangan semesta angkasa. Pandangan semesta angkasa ini terbahagi pula kepada dua cabang iaitu:

1. Cakerawala - menerangkan tentang susunan dunia dalam corak menegak. Setengahnya tinggi setengahnya rendah.
2. Sahasra - yang ini dunia dilihat dalam corak melintang. Ia menerangkan tentang pembahagian dunia2 yang menegak kepada beratus2, ribu2 dan berjuta2 dunia.

Cakerawala

Dalam cakerawala ini, alam semesta terwujud dalam banyak jenis loka atau dunia. Loka juga bermaksud satu tapak yang mendatar rata. Cakerawala ini kita gambarkan sahaja seperti lapisan2 kertas yang bertindan2 di atas satu sama lain. Setiap dunia ini bertindak balas dengan tahap pemikiran atay keadaan psikologi makhluk yang ada di dalamnya. Dunia ini bukannya satu tempat semata2, ia juga terbentuk dari makhluk2 yang membentuknya. Ia berterusan dengan karmma (perbuatan) makhluk2 ini. Jika semua makhluk dalam dunia ini hilang dan mati, maka dunia pun akan terlupus juga. Begitu juga dengan permulaan dunia wujud. Dunia wujud apabila makhluk yang pertama terjelma atau lahir dalam nya. Pemisahan fizikal tidak lah sepenting perbezaan dalam keadaan minda makhluk sama ada manusia atau haiwan walaupun kedua2 jenis makhluk ini setengah nya berkongsi persekitaran fizikal. Bagaimana minda dan pemikiran mereka melihat dan bertindakbalas dengan persekitaran yang berbeza membezakan dunia2 mereka.

Pembahagian Cakerawala

Cakerawala ini terbahagi kepada 31 permukaan kewujudan dan permukaan2 ini pula terbahagi kepada 3 dhatu. Tiap2 satu nya bertindakbalas dengan jenis2 pemikiran makhluk di dalamnya. Tiga dhatu ini ialah:

1. Arupiyadhatu
2. Rupadhatu
3. Kamadhatu

Kamadhatu mengandungi kira2 enam atau lima alam dalamnya. Dalam setengah keadaan, semua makhluk yang terjelma dalam Arupiyadhatu dan Rupadhatu secara tak rasminya dikenali sebagai dewa. Dalam Kamadhatu pun ada dewa2 tetapi dewa2 dalam Kamadhatu berbeza pula dari dewa2 di Arupiyadhatu tetapi hampir nak sama pula dengan manusia. Dewa sebenarnya tak berapa tepat pula untuk merujuk kepada makhluk2 yang berusia panjang atau yang berada dalam keadaan yang lebih nikmat dari manusia. Dalam Arupiyadhatu dan Rupadhatu, dewa2 ini langsung tak terlibat dengan dunia manusia dan jarang2 berhubung dengan manusia atau jarang terlibat dengan hidup manusia. Yang selalu terlibat dalam hidup manusia adalah dewa atau makhluk ghaib dari Kamadhatu. Dewa2 dalam Kamadhatu dikenali sebagai dewa2 tahap rendah sahaja.

Bagi dewa2 tahap tinggi, mereka dirujuk sebagai brahma. Dalam maksud lebih meluas brahma merujuk kepada penduduk2 atau makhluk dalam dunia Arupiyadhatu dan Rupadhatu. Dalam maksud sempit, ia merujuk kepada makhluk2 dalam salah satu dari 9 dunia rendah Rupadhatu. Dalam maksud yang lebih sempit lagi, brahma merujuk kepada penduduk dalam tiga dunia rendah dalam Rupadhatu. Gelaran brahma ini digunakan untuk merujuk dewa2 seperti baka brahma, brahma saghampati, brahma sanatkumara dan lain2. Tidak semesti nya jelas dunia mana yang dihuni dewa2 bergelar brahma ini. Tapi yang diketahui brahma2 cuma tinggal dalam alam2 Rupadhatu di bawah dunia Suddhavasa.      

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 09:01 PM | Show all posts
Arupiyadhatu

Arupiyadhatu atau Arupalok bermaksud alam tak berupa. Alam ni bukan dalam alam semesta yang kita lihat dengan mata kasar kita. Penghuni dalam alam ini tidak berupa dan tidak bertempat. Alam ini sendiri tidak bertempat. Alam ini dihuni oleh dewa2 atau makhluk yang sudah mencapai atau berada dalam keadaan catusamapatti (empat penyerapan tak berupa) hasil dari amalan arupajhana (bertapa semadi tanpa sebarang rupa) semasa hayat lampau mereka. Dalam alam Arupiyadhatu itu, mereka menikmati vipak (hasil pencapaian) dari karma baik mereka. Bodhisattva pula tidak dilahirkan dalam Arupiyadhatu walaupun mereka mencapai Arupajhana.  

Ada 4 jenis dewa dalam Arupiyadhatu yang selari dengan empat jenis amalan Arupajhana semasa hayat lampau mereka:

1. Nevasannyanasannyayatana  

Ia bermaksud bebola yang bukan dari persepsi atau bukan persepsi. Dalam bebola ini, makhluk2 tak berupa telah melampaui penafian persepsi semata2 dan telah mencapai keadaan yang tak melibatkan persepsi lagi dalam masa yang sama masih ada sedar. Bebola ini telah dicapai oleh Uddaka Ramaputra iaitu guru kedua kepada Buddha. Yang ini dikira setara dengan pencerahan.  

2. Akinchannyatana

Bebola kekosongan. Segalanya tak ada. Dalam bebola tak berupa ini, makhluk2 tinggal dalam nya sambil merenung pemikiran bahawa tak ada apa2 pun. Kosong saja. Yang ini dianggap sebagai sejenis persepsi walaupun bersifat halus saja. Bebola ini dicapai oleh Alara Kalama. Beliau merupakan guru pertama Buddha. Beliau setara dengan Buddha.

3. Vinnyannanancayatana

Bebola kesedaran tak berpenghujung. Bebola tak berupa ini penduduk (rohani) yang bertempat dalam nya bertapa dengan vinyanna atau kesedaran luas tak terhingga.

4. Akasanancayatana

Bebola angkasa tak berpenghujung. Dalam bebola tak beropa ini, makhluk2 berada dalam keadaan bertapa semadi memerhatikan angkasa atau lanjutan angkasa yang luas tak terhingga.

Rupadhatu

Alam ini bermaksud alam berupa. Dengan nama nya ini, kita tahu lah makhluk dalam alam ini semua bertempat dan bertubuh badan walaupun tubuh badannya halus macam kuman sampai penduduk di Kamadhatu pun tak nampak nya. Menurut kepada Janavasabha Suttam, apabila seorang brahma (makhluk dalam dunia brahma di alam Rupadhatu) ingin melawat seorang dewa di syurga Trayatimsa di Kamadhatu, dia akan mengambil rupa bertubuh kasar supaya boleh dilihat oleh dewa2 di Kamadhatu. Ada 17-22 alam Rupadhatu menurut kepada teks2 ajaran Buddha. Yang selalu kita dengan ada 18 jenis alam.

Makhluk dalam Rupadhatu tak terlibat dengan kelampauan keseronokan atau kesakitan. Mereka juga tidak dikuasai nafsu untuk keseronokan pancaindera seperti makhluk di Kamadhatu. Tubuh badan di Rupadhatu tidak ada perbezaan jantina. Seperti di Arupiyadhatu, penduduk dalam Rupadhatu mempunyai minda yang bertindak balas dengan jhana. Dalam hal mereka ini, minda mereka berada dalam keadaan jhana yang terendah empat tahap. Tiap2 jhana ini terbahagi kepada mata2 lanjutan. Tiga mata daripada empat jhana dan lima mata pula untuk dewa2 Suddhavasa membentuk sejumlah 17 mata.

Secara kasar, Rupadhatu mengandungi beberapa permukaan yang bertindan atas satu sama lain. Tiap2 satu nya besarnya separuh daripada yang ditindan oleh nya. Ia akan membesar apabila sampai ke atas sekali. Ini menggambarkan bahawa dewa2 pun besar2 pula di permukaan atas sekali. Permukaan teratas sekali lebih luas dan besar dari permukaan terbawah. Ini dibincangkan dalam bahagian pandangan semesta Sahasra. Ketinggian permukaan selalunya dikira dengan yojana. Ia tinggi 4000 kali daripada ketinggian manusia biasa, kira2 4.54 batu (7.31/32 km).     
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 03:53 PM | Show all posts
by Genot

Dunia ini bukannya satu tempat semata2, ia juga terbentuk dari makhluk2 yang membentuknya. Ia berterusan dengan karmma (perbuatan) makhluk2 ini. Jika semua makhluk dalam dunia ini hilang dan mati, maka dunia pun akan terlupus juga.  


Process yg digelar oleh Saintis kini Gaia - bila Dunia yg terdiri dr batu dan benda2 tak hidup, berfungsi sbg organisma hidup kerana adanya organisma hidup yg berbillion2 jumlahnya, semuanya kait-paut antara satu sama lain tetapi tidak mengenali akan fungsi masing2 ataupun kesan tindakan yg dilakukan oleh setiap makluk terhadap makluk lain. This is Gaia.

Pemisahan fizikal tidak lah sepenting perbezaan dalam keadaan minda makhluk sama ada manusia atau haiwan walaupun kedua2 jenis makhluk ini setengah nya berkongsi persekitaran fizikal. Bagaimana minda dan pemikiran mereka melihat dan bertindakbalas dengan persekitaran yang berbeza membezakan dunia2 mereka.

Concept Quantum Consciousness.

Concept dimana saintis berpendapat bahawa kesedaran makluk2 di sesuatu dunia itu berasal bukannya dr satu process yg menghasilkan individual yg bijak tetapi dr individual yg mampu "mengambil emosi serta logical deduction" dr suatu Kesedaran Mutlak - yg wujud hasil dr gabungan semua makluk hidup di dunia ini dlm satu "data field".
Last edited by Sephiroth on 9-10-2012 03:57 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2012 02:05 PM | Show all posts
Menarik kan, ada juga equivalent dengan science pada zaman moden ini
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 10:44 AM | Show all posts
genot posted on 30-10-2012 02:05 PM
Menarik kan, ada juga equivalent dengan science pada zaman moden ini

Excuse me ... what do you mean Equivalent?
Facts :-
Modern Day Science is nonsense.
Buddhism IS Science of the Mind.
Full stop.

There is NO greater pychologist than the Teacher (Gautama Buddha). He taught us about the Mind, what cause the Mind to suffer, how to condition one's Mind to let go and finally obtaining the sense of Bliss known as Nirwana (highest form of Mental State) where One unites with All.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-11-2012 03:12 PM | Show all posts
I agree, Lord Buddha, Sharmanas and Brahmanas know about the fact of universe earlier than people today. Just that the silly modern scientists thought that they're superior than ancient figures when they just found little bit of "facts"
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 01:11 PM | Show all posts
genot posted on 1-11-2012 03:12 PM
I agree, Lord Buddha, Sharmanas and Brahmanas know about the fact of universe earlier than people to ...

Because they are Westerners and follow Modern Science which is just 250 years old. Buddhism is a psychological belief which is 2,500 years old.

The difference between Buddhism and Modern Science is, in Buddhism, the Teacher and great monks have applied their understanding, wisdom and knowledge into obtaining results - achieving Nirwana. It is a working method and it have been tested by countless generations.

Some could ask, if that is so, then why there are no other Buddhas except for Gautama Buddha. They need to understand one thing - there are hundreds, even thousands of Buddhas, who followed the Teacher and obtained the Enlighnment. But they did not stay on this World. Once you had obtained Nirwana, you must be careful not to obtain more karmic results in the form of thoughts, deeds and actions or it will cause a future rebirth. If you are careful, others will force you to perform such deeds by revering you to the status of a god, which then causes Ego and Arrogance to set in. So, most Buddhas leave this World and work for the beneficts of the sentient beings from a higher plains of existence.

In Science, only a handful of people actually knows about the knowledge they want others to accept and follows. For example, the Theory of Evolution. There are certain aspects of Evolutions which even people like Darwin will be reluctant to explain to the people - such as the concept of De-evolutions, proper methods toward achieving better generations of humans, Designer Babies and much more which Darwinists do not wish to share. In another word, Modern Science is about you accepting what they say. There is no examples or trials to be held by laymen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.571090 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list