CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5074|Reply: 61

[Tempatan] [3]Detik cemas pemandu treler !

[Copy link]
Post time 14-9-2012 03:22 AM | Show all posts |Read mode


Pemandu cemas terjun treler

SEREMBAN – Seorang lelaki melalui detik mencemaskan apabila terpaksa melompat keluar dari treler membawa muatan bongkah batu yang sedang dipandunya sebelum kenderaan berat itu terjunam ke dalam gaung dalam kejadian di Kilometer 21 Jalan Pantai-Jelebu berhampiran Bukit Tangga di sini kelmarin.


Kejadian mendebarkan itu berlaku pada pukul 5.30 petang apabila Ramun Redzuan Mohd. Hakim, 41, yang sedang memandu treler itu bersendirian gagal mengawal kenderaan berat tersebut.


Ramun Redzuan memberitahu, kejadian berlaku ketika dia yang dalam perjalanan dari Titi, Jelebu di sini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang sedang menuruni Bukit Tangga.


Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia gagal mengelak sebuah kereta jenis Perodua Kelisa di hadapannya yang memperlahankan kenderaan selepas memotongnya.




“Saya tidak sempat berbuat apa-apa kerana jarak antara lori dan kereta itu terlalu hampir selain bimbang jika bebanan yang saya bawa akan mengakibatkan kejadian lebih buruk.


“Dalam keadaan cemas itu, saya terus memaut stereng hingga masuk ke laluan bertentangan sebelum saya melompat keluar apabila mendapati treler menghala ke arah gaung sedalam lebih 10 meter,” ceritanya ketika ditemui semalam.


Tambahnya, dia bersyukur terselamat dalam kejadian itu walaupun mengalami cedera ringan di tangan dan kaki kanan ketika terjun dari trelernya.


Sementara itu, pemandu kereta, Nor Asmah Othman, 35, memberitahu, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Pejabat Tanah dan Daerah Jelebu ke rumahnya di Senawang.


“Selepas memotong treler itu, saya terpaksa memperlahankan kenderaan kerana terdapat banyak kereta di hadapan saya sebelum dilanggar kenderaan berat  tersebut yang meluru laju,” katanya yang cedera di dahi selepas terhantuk pada stereng.


p/s abis la ko...ko langgau bontot kete org watpe...


Statistik bukaan jenis thread TW75 pada 14 Sept 2012 (3.20 am):

1. Ehwal kemasyarakatan -2 thread

2. Pendidikan - 0 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 1 thread
5. Dunia - 0 thread


jumlah thread -3

Last edited by tongkatwaran75 on 14-9-2012 03:26 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 03:25 AM | Show all posts
terlupe nak letak nombor ke kat tajuk thread encik tong...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2012 03:27 AM | Show all posts
shahx posted on 14-9-2012 03:25 AM
terlupe nak letak nombor ke kat tajuk thread encik tong...

tq
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 06:33 AM | Show all posts
shahx posted on 14-9-2012 03:25 AM
terlupe nak letak nombor ke kat tajuk thread encik tong...

.. terlampau banyak procedure yang di buat .. sampai diri sendiri terlupa nak apply ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 06:35 AM | Show all posts
BTW, kalo tak silap... jalan kat area ni cuma ada 2 lorong jer... to and from... kalo yang kat depan tu dribe cam siput babi... berbaris ler kenderaan kat belakang tueee....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 07:47 AM | Show all posts
nie mesti kereta kelisa gigih sgt nak memotong...
x pasal lori jatuh gaung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2012 08:23 AM | Show all posts
nie mesti spesis pemandu bangang....... dah potong, pastu driver menyiput (macam siput) depan lori tu........
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 08:39 AM | Show all posts
memula tgk gambar..ingat kat bukit putuih~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 08:45 AM | Show all posts
mesti kelisa tu bengang sebab treller tu bawak slow .dah potong treller tu baru tahu banyak lagi kereta kat depan yg beratur bawak perlahan.

masa memotong mesti ingat dah lega dapat potong treller .tup tap jadi menda lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 08:46 AM | Show all posts
ni ex-staff saya kat pej tanah daerah jelebu..umur panjang lagi ni..klau tak kerana driver treler tu paut stering die dah sold out dah tu..takziah jugak lah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 08:55 AM | Show all posts
nape rasa aku cam nak penampo drebar kelisa tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:01 AM | Show all posts
Mcm ni punya driver bersepah kat jalanraya, dah beriya2 memotong atau keluar simpang lepas tu, bila time kat depan, boleh lak bawak slow.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:03 AM | Show all posts
bbalik posted on 14-9-2012 08:55 AM
nape rasa aku cam nak penampo drebar kelisa tuh...


Sabo...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:15 AM | Show all posts
Sagun36 posted on 14-9-2012 09:01 AM
Mcm ni punya driver bersepah kat jalanraya, dah beriya2 memotong atau keluar simpang lepas tu, bila  ...

betul .. selalu terkena macam tu
tak kiralah baru keluar simpang ke apa ke
pastu slow depan kita
sakit jiwa

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:35 AM | Show all posts
pompuan kalau bawa kereta mcm ni la..dah kono baru nak menggelabah...
kena pulak yg dpt bawa keta besar lagi la sombong...kelam kabut bawa lelaju...
memotong pun ikut suka je..bg signel terus potong..tak pandang dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:35 AM | Show all posts
dah motong leh plak bawak slow..memang tempah maut betul...........nasib tak kojol..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 09:50 AM | Show all posts
woghihden posted on 14-9-2012 09:35 AM
pompuan kalau bawa kereta mcm ni la..dah kono baru nak menggelabah...
kena pulak yg dpt bawa keta b ...

ehemmmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 10:00 AM | Show all posts
bbalik posted on 14-9-2012 09:50 AM
ehemmmmm.....

huhuhu..mahap la yo pompuan..mana yg terasa tu mungkin dia bw camtu la agaknyaa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 10:01 AM | Show all posts
yg kereta tu potong lori then dia rasa tak lepas sbb ada kereta lain kat arah bertentang, so dia slow kan kereta. betul ke apa yg aku gambar kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 10:03 AM | Show all posts
bengom sungguh pemandu kelisa tu..menyusahkan org....pemandu lori tu pun..tahu kelisa tu nak memotong janganla bawak laju...aduii

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.069349 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list