CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: orangbesi

Wali, Wali ALLAH dan Wali Syaitan

[Copy link]
Post time 13-4-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 13-4-2019 12:50 AM

Soalan :

Apakah itu ilmu tauhid?

Jawapan :

Kita sedia maklum, ilmu tauhid berasal dari bahasa arab yg bermaksud penyatuan. Ilmu yg menyatukan sumber ke atas sumber. Dalam erti kata lain, ilmu tauhid juga membawa makna ilmu menyatukan diri sendiri terhadap Allah menerusi sumber yg difahamkan oleh-Nya yg tidak menyalahi sumber wahyu yg dinyatakan oleh-Nya menerusi Alquran dan Sunnah. Menyatukan diri terhadap Allah lebih membawa kepada makna mendekatkan diri kepada Allah menerusi apa yg diajarkan oleh-Nya agar disuatu masa kelak, kita terpilih utk kembali kepada-Nya seperti mana yg dijanjikan oleh-Nya ke atas hamba2-Nya yg benar2 mentauhidkan dirinya terhadap Allah dalam kehidupan dunia yg fana, lalu kembali kepada-Nya.

Sumber Ilmu Tauhid terbahagi kepada 3 bahagian
1) Ilmu tauhid menerusi wahyu (Alquran dan Sunnah)
2) Ilmu tauhid menerusi guru (penyambung wasilah para an-biya - ulama)
3) Ilmu tauhid menerusi perantaraan Allah

1) ilmu tauhid menerusi wahyu tidak boleh sama sekali dipertikaikan, kerana ianya sumber induk yg menjelaskan keberadaan ilmu tauhid berkenaan. Adapun yg mempertikaikan ilmu tauhid menerusi wahyu-Nya, tergolong dari golongan yg LANGSUNG tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
2) Ilmu tauhid menerusi guru boleh dipertikaikan sekiranya sumber ilmu tauhid yg dinyatakan, bertentangan ilmu tauhid menerusi wahyu.
3) Ilmu tauhid menerusi perantaraan Allah itu bersifat khusus. Ianya didatangkan-Nya ke atas mana2 manusia yg DIA pilih dan bukan pula pilihan manusia. Dan semestinya, Alquran dan Sunnah akan menjelaskan hal ehwal berkenaan.

Itu secara amnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2019 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimana caranya menjauhi dari mensyirikkan Allah?

Jawapannya : ada di dalam dada diri sendiri. Jika di dalam dada hanya dipenuhi akan DIA, maka tiadalah ilham kejahatan dari-Nya yg menjelaskan makna "mensyirikkan Allah". Sekiranya di dalam dada itu, sekadar dipenuhi dgn dunia sebagai tujuan kerana Allah, makanya, Allah akan mengadili mereka itu menurut cara-Nya. Dan ketahuilah, hati itu amatlah luas berbanding apa yg dihajati oleh kita (perkara yg bersifat dunia). Kerana, seluas2 hati, bila diri itu mampu tempatkan "Allah Maha Besar" di dalam hati. Tiada kepunyaan-Nya selain Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya ulangkan sekali lagi, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan kehadapan.... Apalah sgt dgn ilmu yg belum dikuasai itu ye.

Tiap manusia, Allah ciptakan ilmu2 khusus ke atasnya. Apa yg kamu tahu, semestinya saya tak tahu dan pastilah apa yg saya tahu, semestinya awak pun tak akan tahu.

Bersyukurlah pasal semuanya itu hanyalah ciptaan Allah. Penuhilah di dalam hati, Allah Maha Besar.

Besar mana pun diri kita, jika di dalam hati masih memperkecilkan Allah Maha Besar, kesudahannya, diri itu tetaplah kecil cuma, sedangkan DIA ciptakan seluas2 apa yg dipandang oleh manusia, akhirnya, dirinya mengecilkan Allah Maha Besar.

Masih belum rasa apa yg rasa besar miliki oleh diri itu, cumalah sekecil2 cuma berbanding Allah Maha Besar?

Hari2 dengar, tapi hakikatnya dibutakan oleh-Nya. Apa lagi nikmat yg mahu didustakan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 13-4-2019 01:25 AM

Soalan : En Mohd Nizam B Che Ya. Boleh tak saya belajar dgn En. Nizam?

Jawapan : Rasanya tak perlu. Kerana awak akan jadi gila sorang2 kerana hati awak tidak benar2 menempatkan Allah Maha Besar (saya ada jumpa jenis itu sebelum ini, akhirnya diri rasa spt dibodohkan oleh Allah selama ini). Bergantung selain Allah akan menjadikan diri itu dibodohkan oleh-Nya kerana mahu memperkecilkan Allah Maha Besar, sambil memperolok2kan orang2 yg beriman kpd Allah. Lalu Allah dtgkan bukti2, sedangkan mereka seperti sedemikian rupa. Belajar apa pun, tanpa bukti dari sisi-Nya, tiada gunanya melainkan sedikit cuma (dunia semata2). Faham kot?

Hidayah itu milik Allah. Maka yg memilih itu diri sendiri. Samaada memenuhkan hati dgn Allah Maha Besar, ataupun dunia.

Renung2kanlah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 12:02 PM | Show all posts
setakat menulis cerpen pasal mursid meemang bulshit lah
kebanyakan jenis manusia sesat koyal ni dipengaruhi saka degil genetik sombong iblis
maka dia hanyut bahkan jauh sesat dr landasan nabi saw
nak petunjuk nak kenal tauhid
tapi bodo sombong
berguru dan mengaji adab dan merendah diri tak mampu
kerana kalah dek nafsu ujub riak
kan ke bodoh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057749 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list