CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54826|Reply: 435

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 16-9-2012 03:14 PM | Show all posts |Read mode
salam sakura nak post citer baru......

sinopsis dah delete... sorry

selamat membaca
Last edited by misssakura on 29-10-2012 01:45 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2012 03:17 PM | Show all posts
Nur Nadrisa merapikan penampilannya. T-shirt lengan panjang berwarna hitam dipadankan dengan seluar jean longgar yang turut bewarna hitam. Cuma tudungnya sahaja bewarna purple. Spek mata hitam yang bersaiz agak besar dipakai dan terletak elok diatas hidungnya yang tak berapa nak mancung.

Ahh, janji ada hidung. Ciptaan Allah sudah cukup sempurna. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Nadrisa bergegas kehalaman rumah untuk mendapatkan motosikalnya.


“hoi...dah macam rupa penyamun dah kau ni... nak pergi mana?” sergah Dahlia yangsedang menyiram pokok bunga kesayangannya. Bunga mawar yang ditanam olehnya sendiri didalam pasu itu kini mula menunjukkan hasil.


“wat part time... nanti tengahari kau nak masak ke? Kalau malas aku nak tapau nasik.” Soal Nadrisa seterusnya cuba mengalihkan perhatian Dahlia tentang part time yang dibuat. Dia pasti gadis itu akan bertanya pasal kerja part timenya. Baik diubah topic perbualan terlebih dahulu sebelum gadis itu bertanya lebih lanjut tentang kerja sambilannya ini.


“masak...kat rumah kita ni banyak lagi lauk. Karang busuk pulak barang kat dapur tu. Kau balik ke makan tengahari karang?”


“iye...”balas Nadrisa ringkas. Kasut yang disua pada kakinya sudah siap dipakai. Kini masa untuk memanaskan enjin motosikalnya. Dia tidak boleh lambat. Dia perlu sampai ke restoran Seri Bayu sebelum pukul 9. Kalau tidak misinya akan gagal untuk kali ke dua. Cukuplah misinya sebelum ini gagal. Malu dia mahu mengadap puan Maimun meskipun orang tua itu tidak marah atas kegagalannya.


“ehh...sempat pulak kau balik makan tengahari... part time apa yang kau buat? Tak cukup ke gaji kerja kau tu?” soal Dahlia yang menuju kearah paip untuk menutup air. Sudah selesai tanggungjawabnya sebagai pekebun yang berwibawa. Meski pun ramai teman-temannya termasuklah Nadrisa sering mengutuknya mempunyai hobi orang tua iaitu bercucuk tanam.

Ahh itu semua  tak penting. Yang penting dia puas hati dengan kerja-kerjanya. Baginya berkebun boleh menghilangkan stress disamping boleh menghilangkan lemak yang bertempek.

“eh sempat je... weh tak pe la.. aku pergi dulu la. Dah lewat ni..” pinta Nadrisa sambil terkocoh-kocoh memakai helmet. Terus dia meninggalkan teman rumahnya demi melarikan diri dari bercerita tentang kerja sambilannya. Ada masa nanti dia ceritalah.
Last edited by misssakura on 16-9-2012 03:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 10:24 PM | Show all posts
misssakura posted on 16-9-2012 09:17 AM
Nur Nadrisa merapikan penampilannya. T-shirt lengan panjang berwarna hitam dipadankan dengan seluar  ...

dah habis ke.....sambungan nya mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 10:21 PM | Show all posts


Nadrisa merenung pasangan sejoli yang jaraknya beberapa meja sahaja darinya. Bukan main mesra lagi pasangan itu. Bertepuk tampar, berpegangan tangan, bergesel-gesel...langsung tidak malu dengan orang sekeliling yang turut memandang panaroma yang tidak sihat itu.

Nadrisa tidak membuang masa, kamera pemberian puan Maimun dikeluarkan.
Ditangkapnya gambar kemesraan yang terjalin antara pasangan bahagia itu. Setelah berjaya mengumpul bukti penting, Nadrisa mula merenung wajah teman wanita lelaki itu.

Cuba mengingati wajah jelita itu. Dia perlu memeriksa latar belakang gadis ini. lelaki itu dia sudah cukup kenal. Anak tunggal puan Maimun merangkap bosnya ditempat dia mencari rezeki.


Tapi, dia jamin lelaki itu tidak mengenalinya. Dia bukannya orang penting di Motel lelaki itu. Hanya bertugas sebagai kerani. Jadi dia tidak perlu risau kerana pasti lelaki itu tidak akan mengesyaki apa-apa tentangnya. Nadrisa bingkas bangun tatkala melihat pasangan itu mula meninggalkan restoran itu.




Dia perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang gadis yang kelihatan intim dengan bosnya kini. Kini,perjalanan mereka kearah pusat membeli belah yang terdekat. Nak shopping lah tu.. bisik hati Nadrisa. Sesi pengintipan dilakukan sehingga pasangan itu berpisah. Segala maklumat penting dan bukti begambar terus dikumpul. Dia perlu buat yang terbaik dengan tugasan barunya ini memandangkan bayaran yang agak lumayan diterima dari puan Maimun.


Last edited by misssakura on 17-9-2012 10:24 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 10:26 PM | Show all posts
Jejaka88 posted on 16-9-2012 10:24 PM
dah habis ke.....sambungan nya mana

dah sambung......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 10:29 PM | Show all posts
sambungan...

“puan ini scandal encik Ilham yang terbaru. Mereka dah bercinta selama sebulan.”Terang Nadrisa sambil mengeluarkan gambar yang sudah siap dicuci. Cermin mata yang dipakai tadi kini sudah dilucutkan. Baru terang rasanya dunia. Menyamar punya pasal. Terpaksalah dia memakai cermin mata hitam itu supaya wajahnya tidak mudah dicam oleh Ilham.

Kini hampir dua minggu dia bergiat dalam dunia pengintip. Kadang-kadang rasa bersalah kerana masuk campur urusan hidup orang lain dan kadang-kadang dia rasa cool sangat. Macam ade kelas je bidang ni..


Puan Maimun menatap gambar yang diberikan oleh Nadrisa kepadanya. Cermin mata diangkat sedikit bagi menjelaskan lagi permandangannya. Matanya mengecil bagi mengamati wajah yang dikategori cantik itu. Cantik tapi Nampak tak senonoh aje perangai budak ni. Baju pon macam tak cukup kain. Jimat betul.


“ada maklumat lain yang kamu tahu pasal perempuan ini?” soal puan Maimun sambil meletakkan kembali gambar-gambar tersebut di meja. Matanya menatap tajam wajah Nadrisa yang turut merenung kearahnya. Nadrisa mengeluarkan buku note yang tersimpan didalam beg galasnya. Satu persatu helaian buku nota itu dibelek. Dia memberi buku nota tersebut kepada puan Maimun. Biar bosnya ini sendiri yang membaca maklumat yang diperoleh.


Puan Maimun menilik satu persatu maklumat yang ada pada helaian kertas buku nota tersebut.  Ternampak jelas kerutan pada dahinya.


“apa yang mak cik ni tak puas hati... kelat semacam je muka”. Bisik hati Nadrisa.Hatinya agak gemuruh menanti kata-kata dari bosnya itu. Takut juga sekiranya maklumat yang dia perolehi tidak mencukupi. Jangan mak cik nih mengamuk sudah. Almaklum la kerja yang dibuat ni bukannya free. Berbayar. Pasti puan Maimun mahu yang terbaik darinya. Tapi dia dah buat sehabis baik dah... bukannya cincai jer...


“tak de alamat dia ke?” soal Puan Maimun sambil meletakkan kembali buku nota yang dipegang seketika tadi di atas meja.


“err... alamat tu saya tak dapat lagi tapi saya janji saya akan dapatkan alamat itu dengan segera.” Jawab Nadrisa sedikit kalut. Mahunya puan Maimun nih mengamuk, takut juga dia.


“saya nak alamat dia secepat mungkin.” Arahan tegas dari puan Maimun kedengaran lagi. Nadrisa sekadar mengangguk tanda faham. Tak kuasa dia mahu melawan.


“apalagi yang puan nak saya lakukan lepas ni...” soal Nadrisa.


“awak buat je dulu apa yang saya suruh sekarang nih... yang lain kemudian.”Jawapan yang kedengaran agak keras dari puan Maimun membuatkan perut Nadrisa kecut. Huh garang betul mak cik nih.


“baiklah Puan.” Akur Nadrisa. Dia mendiamkan diri akhirnya.

Last edited by misssakura on 17-9-2012 10:33 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2012 10:57 AM | Show all posts
ok mcm biasa.. nextttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:04 AM | Show all posts
private investigator ke c nadirah ni...
sambung la lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2012 03:58 PM | Show all posts
Pandainyee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 10:03 PM | Show all posts
cokolat posted on 18-9-2012 11:04 AM
private investigator ke c nadirah ni...
sambung la lagi...

betol la tu... ok dah sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 10:04 PM | Show all posts
sambungan.......

“opp sorry...” jerit Nadrisa serentak merendahkan badannya untuk membantu mengutip beberapa fail yang jatuh hasil perlanggarannya dengan..... “er encik Ilham”.Bisik hati Nadrisa sedikit cemas. Mampuih la aku... jangan dia cam muka aku sudah.


“never mind...” balas Ilham yang turut sama merendahkan badannya untuk mengutip fail yang bertaburan. Dia kemudiannnya bingkas berdiri lalu memandang wajah pekerja Motel milik keluarganya. Satu senyuman manis dilemparkan buat gadis dihadapannya kini.


“nah fail encik Ilham...” Nadrisa menghulurkan beberapa buah fail kepada bosnya. Nak tak nak dia terpaksa bertentang mata juga dengan bosnya ini. nanti apa pula kata majikannya sekiranya dia tidak memandang wajah majikannya itu. Bukankah,encik Ilham akan makin curiga dengan telatahnya.


“thank... by the way, pekerja baru ke? Tak pernah nampak pon sebelum ni.” Soal Ilham senang. Sempat lagi dia merenung wajah manis dihadapannya ini. cuci mata la apa lagi... walaupun rupa gadis ni tak kena  dengan cita rasanya, tapi boleh juga dijadikan gadis ini sebagai scandal pada waktu lapang. Elok juga sementara dia belum lagi ada scandal di Motel Sri Cempaka ini.


Eee miangnya mamat nih... bebel hati Nadrisa yang mula tidak selesa dengan mainan mata Ilham yang agak galak itu. Kalau tak kerana kau ni majikan aku, mahu je kau tu aku karate kan.


“dah nak masuk dua tahun dah saya kat sini... saya pergi dulu ye encik Ilham.” Minta Nadrisa. Tanpa mendapat keizinan jejaka tampan itu Nadrisa meneruskan langkah untuk ke mejenya yang berada di unit kewangan. Tak tahan dia melayan mainan mata Ilham. Macam la dia tidak tahu perangai Ilham yang sememangnya kaki perempuan itu. Semua pekerja  kat Motel ini tahu perangai tak semengah anak puan Maimun tu.


“cett...dah dua tahun rupanya bekerja kat sini... mesti dia dah tahu perangai aku..patut lah tak melayan..” dengus hati Ilham sambil menuju ke biliknya yang berada diunit pentadbiran. Terus hilang ingatannya tentang pekerjanya tadi setelah mendapat panggilan dari teman wanita terbarunya.

Last edited by misssakura on 18-9-2012 10:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:59 AM | Show all posts
best jugal jalan cerita ni... seterusnyaaa.........
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 12:06 PM | Show all posts
ala ciput nye n3...
nk la byk2..baru teruja lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 01:08 PM | Show all posts
sikitnye.. nak lagi la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 10:04 PM | Show all posts
sambungan...

“kau memang tak ada ke alamat Maslina nih?” soal Nadrisa. Dia meneguk teh O ais limau yang dipesan seketika tadi rakus. Tekaknya kering sekering-keringnya memandangkan suasana hari ini begitu panas. Mahu terbakar kulitnya.


“ya Allah... berapa kali kau nak aku ulang... tak de la... part mana yang kau tak faham nih?” keras suara Dahlia memarahi teman baiknya itu.


“ala kau ni... dia tu kan kawan kau. Takkan alamat pun tak tahu.”

“memangla kawan.. kawan sekerja je... aku bukanlah kamcing sangat dengan Lina tuh.Yang kau ni dari hari tu lagi sibuk nak tahu pasal minah ni kenapa? Dah buang tebiat ke?” bebel Dahlia. Pelik betul betul dengan rakannya yang sorang ni.


“ada la... dia tu belajar sampai tahap mana je?” Nadrisa menyambung menemu ramah temannya merangkap teman serumahnya kini.


“ni aku musykil ni... yang kau berminat sangat nak tahu pasal Lina nih kenapa? Kau sonsang yer Nad?” tuduh Dahlia. Gurau je pon.


“ish kau ni... tak ada mende lain dah ke otak kau nak fikir... ni haa... kawan lelaki aku ade yang syok kat Lina tuh. Tu yang dia mintak aku korek rahsia pasal Lina.” Tipu Nadrisa. Nanti-nanti lah dia bercerita pasal kerja sambilan yang dia buat sekarang nih. Dia yakin Dahlia pasti mengamuk kalau tahu dia jadi spy.


“aik... macam was-was je aku dengan jawapan kau ni... sejak bila pulak kau ada kawan? Lelaki pulak tu? Bukan ke kau ni lone ranger?” tembak Dahlia. Apa Nadrisa fikir dia baru kenal gadis ini sehari dua. Jangan nak tipu aku la. Aku ni je satu-satu kawan kau kan Nad.


“mengadalah kau Lia... nanti-nanti lah aku story pasal nih... cube kau jawab dulu soalan aku tu... Lina ni belajar sampai tahap mana jer?” Tanya Nadrisa lagi.


“SPM. Haa ape lagi kau nak tahu... nombor phone dia pon aku ada. Nak?”


“boleh jugak...” balas Nadrisa ringkas. Dahlia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat perangai pelik teman baiknya ini. dia pasti suatu hari nanti Nadrisa pasti akan memberitahu juga apa yang sedang dibuat kini. Dia malas mahu memaksa gadis ini memberitahu apa yang cuba dirahsiakan.

Last edited by misssakura on 19-9-2012 10:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 10:09 PM | Show all posts
sambungan....

Nadrisa mengendap disebalik pokok yang terdapat ditaman perumahan Mahligai Utama. Setelah seharian dia mengekori Maslina dan Ilham, akhirnya dia tahu juga dimana gadis yang baru berusia 22 tahun itu tinggal. Spek mata hitam yang dipakai diturunkan sedikit bagi membaca dengan jelas nombor rumah gadis muda itu.

“thank sayang... i masuk dulu yer. You drive elok-elok yer.” Pesan Maslina dengan lirikan menggoda. Ilham tersengih.

“you masuk dulu... lepas tu baru i balik.... good night sayang.” Balas Ilham pula.

“you balik la dulu, baru i masuk...” rengek Maslina dengan suara yang manja...

“noo darling... you masuk dulu. Now.” Arah Ilham. Well, lelaki romantic mestilah macam ni kan.

“you ni kan....” akhirnya Maslina beralah... sempat lagi dia menarik Ilham kepelukkannya. Nadrisa yang memandang dari jarak beberapa rumah dari pasangan itu sekadar menutup matanya dengan tangan. Malu dia melihat adegan 18sx itu.

Ilham melepaskan diri dari Maslina. Dia kurang selesa dengan pelukan teman wanitanya. Seteruk-teruk dia, dia masih menjaga lagi bab-bab pergaulan nih.

“malu la tu... jual mahal betul. “ bisik Maslina sambil tersenyum. Satu perangai Ilham yang berbeza dengan lelaki lain. Lelaki ini bukan jenis yang suka mengambil kesempatan. Sebab itu dia dapat merasakan hatinya makin terpaut dengan Ilham walaupun tujuan utamanya sekadar suka-suka.

“bukan malulah sayang..... dah masuk rumah sekarang. Dah lewat nih.” Balas Ilham. Dia kemudiannya melambai tangannya setelah Maslina sudah tiba dipintu. Satu flying kiss diberi sebagai penutup pertemuan mereka hari ini.

Last edited by misssakura on 19-9-2012 10:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2012 07:35 AM | Show all posts
next....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 10:19 PM | Show all posts
sambung lagi....

“okey good job Nad...” puji Puan Maimun. Nadrisa menghembus nafas lega mendengar pujian dari Puan Maimun. Takut juga sekiranya maklumat yang diberi belum lagi mencukupi.

“so puan... puan nak saya buat apa sekarang? Semua latar belakang Maslina puan dah tau...”

“awak perhati jer dia dulu... ape-ape hal nanti saya beritahu. Pastikan awak siasat betul-betul sedalam mana hubungan mereka.”

Arah Puan Maimun. Nadrisa mengangguk tanda faham walaupun dia masih belum tahu lagi tujuan sebenar puan Maimun meminta dia menyiasat latar belakang kekasih Ilham. Adakah dengan tujuan yang baik atau sebaliknya?

“saya pergi dululah puan... masa lunch pun dah nak tamat.” Minta Nadrisa selepas melihat jam yang melilit pada tangannya.

“tunggu dulu...” bantah puan Maimun pendek. Nadrisa tidak jadi bingkas dari tempat duduknya. Matanya merenung wajah puan Maimun yang turut memandang kearahnya.

“saya dah bank in duit upah... nanti awak boleh check dalam bank ada ke tak... saya ada bagi advance sikit. Upah awak kerja bersungguh-sungguh untuk dapatkan maklumat Maslina.” Ucap Puan Maimun. Sejurus selepas itu terus dia meneguk kopi panas yang dipesan sebentar tadi.

Nadrisa terdiam. Entah kenapa hatinya tidak seronok mendengar berita yang disukai ramai itu. Sepatutnya dia gembira bila gajinya sebagai pekerja sambilan telah masuk. Tetapi kenapa hatinya tidak tenteram. Adakah duit itu tidak berkat? Salah ke pekerjaan yang dibuat sekarang?

“kenapa macam tak happy je?” soal Puan Maimun perlahan. Agak perasan perubahan wajah Nadrisa yang  tiba-tiba.

“eh tak ade la Puan. Mestilah gembira duit gaji dah masuk..” gurau Nadrisa. Namun gurauan itu tetap tidak mampu menutup rasa tidak tenang dihatinya. Ada rasa lain yang menetap dihatinya.

“bagusla tu sebab saya tak nak terhutang budi pada awak..” balas Puan Maimun penuh makna. Nadrisa terdiam. Hatinya makin tidak tenteram mendengar jawapan yang diberikan oleh puan Maimun. Dia akhirnya bingkas bangun. Mahu pulang ke Motel memandangkan waktu makan tengahari hampir tamat.

“terima kasih puan. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Minta Nadrisa lembut. Dia pergi setelah mendengar salamnya dibalas puan Maimun.

Last edited by misssakura on 20-9-2012 10:39 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2012 09:36 PM | Show all posts
sambungan.....

Nadrisa termenung dimeja kerjanya. Walaupun banyak kerja yang perlu disiapkan namun hatinya tidak ada pada kerja-kerja itu. Tuntutan klaim yang bertaburan dimejanya dipandang sepi. Mood untuk bekerja hilang. Dia tahu berdosa dia buat begitu namun bagaimana dia mahu memaksa dirinya untuk bekerja didalam keadaan dirinya yang tiada semangat. Segala semangatnya hilang mengingatkan perbualan antaranya dan Puan Maimun tengahari tadi.

“weh korang... tadi cik Atirah datang lagi...” Nadila yang sedang mengadap computer tiba-tiba sahaja mengeluarkan topic gossip panas untuk hari ini. bosanlah tu kot. Nadrisa sekadar memasang  telinga.Tidak berminat untuk menyampuk perbualan mereka.

“datang lagi? Aii sudah-sudah la tu cik Atirah.” Sampuk Rosmah yang mula mara kearah Nadila. Nak start gossip la tu.

“kalau aku lah jadi si Atirah tu, tak naknya aku kat encik Ilham tu. Atirah tu bukannya kurang apa-apa. Cantik, bijak, kaya.... apa yang dia nak dengan encik Ilham yang banyak scandal tu.. nak kata kaya, si Atirah punya family lagi kaya kowt.”. Amna yang sedang menyusun klaim yang sudah selesai diproses didalam fail.

“tu la pasal... harap rupa je encik Ilham tu. Perangai gatal betul. Akak masa mula-mula masuk kerja dulu pun dia pernah nak try tau. Nasib baik akak dah berlaki...” sokong Nadila dengan kata-kata Amna yang sibuk dengan fail dan tuntutan klaimnya.

“kenapa kak? Kalau tak berlaki akak pon cair ke dengan encik Ilham tu?” usik Amna.Rosmah tersengih-sengih sambil menyandarkan badannya yang agak gempal pada meja Nadila.

“of course la dear... pakej lengkap kowt.” Seloroh Nadila. Nadrisa sekadar tersenyum mendengar jawapan dari Nadila.

“pakej memang lengkap tapi memang tak tenanglah hidup kalau berlakikan encik Ilham tu... kalau boleh 24 jam nak berkepit pasal takut ade orang caras.” Sambung Rosmah pula.

“tahu tak pe... akak dah bersyukur dengan laki akak sekarang ni... walaupun boroi janji setia... tak de la hari-hari nak makan hati.” Balas Nadila senang.Teringat suaminya yang bertugas sebagai pembantu tadbir di PPD Kuantan .Walaupun suaminya bukanlah orang berada namun tetap yang terbaik buatnya.

“memang la kak... tapi suami saya walaupun agak hensem tapi dia setia kat saya. Akak jangan ingat orang hensem ni suka berscandal kat luar macam encik Ilham tu.”Amna membalas lembut. Bukan nak berbangga dapat suami yang hensem cuba untuk memperbetulkan tanggapan Nadila yang seolah-olah berpendapat lelaki kacak biasanya tidak setia.

“yang tu akak tahu la... nak curang ni bukan tengok rupa pon... adakalanya yang hodoh tu la ramai benor scandalnya kan...”

“hah Nad... kau tu bujang lagikan.. encik Ilham tak ada ke nak mengayat kau?” sergah Rosmah pula. Dia tahu sangat perangai Nadrisa yang pendiam dan kurang bercampur tapi gadis itu tidak sombong. Cuma kurang bercakap je.

“tak ada lah kak Mah... saya ni mana sesuai dengan taste dia tu... pandang pon tak.”

“ye la kau tu pendiam sangat sebab tu dia tak pandang... cuba la kau belajar bersosial sikit, dress up macam orang muda-mudi yang sebaya dengan kau tu...baru lah dia pandang.” Tegas Nadila pula. Nadrisa bukanlah kategori hodoh cuma selekeh ajer. Tak pandai bersosial pulak tu. Kalau tak memang dah ramai yang nak masuk isi borang.

“bagus jugak dia tak pandang si Nad ni kak Dila... buatnya dia jadikan si Nad ni macam scandal-scandalnya yang lain kesian pulak... cari orang lain je la Nad..” ujar Amna pula.

“saya pun tak berminat kak Am. Kita nak kahwin kena lah cari orang yang sepadan. Dia dan saya memang tak sepadan pon.” Jelas Nadrisa.

“betul tu Nad... ada cinta sahaja tak cukup kalau nak kawin... kena ade keserasian jugak. Kalau kita dah tahu dia dan kita ni dari dunia yang berbeza, tak payah lah gatal-gatal cari penyakit. Buat merana jiwa je nanti.” Sokong Nadila. Yang lain sekadar menganguk. Mengiakan kata Nadila.
Last edited by misssakura on 21-9-2012 09:45 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2012 11:45 PM | Show all posts
Nadrisa merenung lama pasangan yang sedang enak berbual manja sambil bersuap-suapan makanan. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia perlu buat kerja ini. sampai bila dia nak mengendap macam ni. Kenapa puan Maimun belum lagi memberi arahan terbaru.

Nadrisa menguap perlahan. Mengantuk sudah matanya. Matanya melirik kearah jam yang kini menunjukkan jam 10.30 malam. Agaknya bilalah encik Ilham nak hantar anak dara orang pulang. Bila Maslina balik boleh la dia pun sama-sama pulang ke rumah. Badannya cukup penat. Ye lah pukul 9 pagi sampai 5 petang bekerja kat motel. Pastu bersambung buat part time.. sangatlah memenatkan.

“eh mana diorang? Dah balik ke?” desis hati Nadrisa tatkala melihat pasangan tadi hilang tanpa disedari. Gigih Nadrisa memandang seluruh pelusok restoren demi mencari pasangan sejoli itu. Tiba-tiba terasa bahunya dipegang seseorang.

Hati Nadrisa berdebar kencang. Peluh dingin mula memenuhi dahinya. Dia memusingkan badannya perlahan-lahan demi memandang wajah pemegang bahunya. Dia berdoa supaya orang itu bukanlah encik Ilham. Kalau encik Ilham memang arwahlah pekerjaannya hari ini.

“kau buat apa kat sini?” sapa Dahlia yang memandang Nadrisa atas bawah. Pelik bebenor pemakaian kawannya yang sorang ni. Serba hitam dan berspek mata hitam juga.

“laa kau rupanya...” balas Nadrisa bersama keluhan nafas lega. Nasib baik.

“kalau bukan aku kenapa?” soal Dahlia kurang mengerti melihat reaksi Nadrisa yang agak pelik. Macam baru terlepas dijatuhkan hukuman bunuh ajer reaksinya.

“tak ada apa-apa lah... kau buat apa kat sini?” Tanya Nadrisa pula.

“aku kebetulan lalu kat tepi restoren ni... ternampak kau yang termenung sorang-sorang dari luar tu haa... tu yang aku datang tegur nih.” Jelas Dahlia duduk perkara sebenar.

“kau buat apa kat sini Nad... restoren mewah pulak tu.. kau mengendap anak orang kaya yer?” Dahlia membuat serkap jarang.

“hish kau ni... mana ada... jom la kita balik. Aku pon dah habis minum air ni. Ke kau nak makan kat sini?” Nadrisa cuba melarikan diri dari topic yang sebenar.

“tak ada maknanya. Mahu kebulur aku sebulan kalau makan kat sini hari ni. Jom la.”Ajak Dahlia sambil menarik lembut lengan Nadrisa. Nadrisa sekadar mengekor.

“yang kau berspek bagai ni kenapa? Dah macam orang buta aku nengok...” bebel Dahlia lagi. Nadrisa sekadar mendiamkan diri. Malas mahu melayan leteran dari mulut Dahlia yang sememangnya tak akan ada penghujungnya. Memang macam mak nenek perangainya.

Last edited by misssakura on 22-9-2012 11:50 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.798538 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list