CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 22-10-2012 10:41 AM | Show all posts
Ilham duduk bertentangan dengan Atirah. Mereka bertemu jauh dari Motel Sri Cempaka.Takut kantoi dengan kekasih tersayang punya pasal.

“kita order dulu baru sembang...” kata Atirah sambil melihat menu yang terdapat di restoren itu. Ilham sekadar mengikut. Tak kisah.

“apa yang urgent sangat tu...” soal Ilham setelah selesai memesan makanan. Atirah tersenyum kecil. Sengaja mahu menguji kesabaran Ilham.

“tak sabar-sabar you ni kan... relax okey.” Giat Atirah dengan senyuman yang terukir dibibirnya. Ilham mengeluh perlahan dengan jawapan Atirah. Terasa Atirah menipunya. Mungkin perkara urgent itu tidak wujud. Itu semua modal Atirah untuk bertemu dengannya sahaja.

“okey i dah relax. Apa yang penting sangat you nak cakap dengan i?”

“pasal hubungan kita.” Balas Atirah pendek. Buat hati Ilham makin tertanya-tanya.

“kenapa? Kalau nak putus memang i sokong sangat. I pon tak nak seksa you lebih lama.”Jawapan jujur dari Ilham benar-benar menggores hati Atirah. Langsung tiada rasa kesian Ilham buatnya. Malah Ilham langsung tidak berfikir panjang untuk memutuskan hubungan dengannya. Sekejam itu Ilham melayannya yang cukup menyayangi Ilham selama ini.

“thank sebab bagi i peluang walaupun i langsung tak berjaya menyentuh hati you. I think sampai sini je la percintaan kita. I pon tak rasa you akan boleh sayangkan i macam you sayangkan Rania. Tapi i puas hati sebab i dah usaha. Mungkin dah tiada jodoh antara kita. Nak buat macam manakan.” Luah Atirah sedikit sayu. Tapi, dia tidak mampu memaksa Ilham untuk suka padanya. biarlah masa yang menentukan segalanya.

“i minta maaf Tyra...... i tahu i dah banyak lukakan hati you untuk tempoh ini .maafkan i please.” Minta Ilham. Dia sedar dia banyak mengguriskan hati Atirah namun dia terpaksa. Kalau Atirah terus diberi harapan, gadis ini akan makin kecewa suatu hari nanti.

“it’s okey Ilham... kita kan dah janji, perasaan adalah tanggungjawab masing-masing.”Atirah membalas tenang. Cuba menghilangkan rasa bersalah dihati Ilham.

“tapi...i nak jumpa you bukan nak cakap pasal perkara ni jer.... i ada perkara yang lebih penting untuk beritahu you..” luah Atirah dengan senyuman simpul. Barang yang dijumpai di meja Nadrisa dikeluarkan. Diletakkan diatas meje makan mereka.

“apa?” soal Ilham pendek sambil melihat barang yang diletakkan diatas meja. Barang itu diamati lama. Dia kenal kamera didepannya kini. Kamera itu adalah milik puan Maimun dan dia adalah orang yang memberikan kamera itu kepada mamanya.

“ni mama punya... mana you dapat ni?” Tanya Ilham lagi. Dia mengambil kamera itu.Dilihat gambar-gambar yang pernah diambil. Semua gambarnya dan scandalnya yang lepas iaitu Maslina.

“i rasa ada spy auntie Mun kat Motel.....” jawab Atirah tenang. Ilham tersentak. Rasa marah mula membara dalam jiwanya. Dia yakin kata-kata Atirah adalah benar apabila melihat segala gambar-gambar yang terdapat didalam kamera puan Maimun.

“siapa? Beritahu i mana you dapat semua ni.” Keras suara Ilham. Hatinya sudah tidak sabar lagi. Pengintip sebegitu tidak boleh dilepaskan.

“Nadrisa......kerani akaun kat motel you. I jumpa kamera ni atas mejanya.” Terang Atirah. Ilham terdiam seketika mendengar jawapan dari Atirah. Dadanya berombak kencang. Nafasnya menjadi tidak teratur. Dia betul-betul terkejut mendengar jawapan dari Atirah. Nadrisa? ulang hatinya. Takkan Nadrisa pengintip mama. Takkan Nadrisa menipu aku selama ini. takkan Nadrisa........ argggh. Kenapa mesti Nadrisa! hatinya menjerit pedih.

Last edited by misssakura on 22-10-2012 10:47 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2012 10:46 AM | Show all posts
hoho..rahsia dh bocor..abislah nad..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:48 AM | Show all posts
Ilham menanti panggilan yang dibuat bersambut. Akhirnya penantiannya tamat jua. Nadrisa menyambut panggilan tersebut dengan suara yang mesra.

“assalamualaikum.........”sapa Nadrisa ramah.

“waalaikummussalam..”balas Ilham. Suasana sunyi seketika antara mereka.

“kenapa call?” soal Nadrisa akhirnya. Dia mahu mengusir kesunyian yang tiba-tiba melanda. Entah kenapa Nadrisa dapat menghidu sesuatu yang aneh dalam gaya percakapan Ilham. Ilham jarang berdiam begini. Ada sesuatu telah berlaku ke...

“petang nanti kita jumpa nak? Tempat biasa.” Minta Ilham. Nadrisa teragak-agak mahu menolak permintaan kekasih hatinya. Namun janji yang sudah dibuat dengan puan Maimun perlu ditepati. Lagi pon, dia perlu segera menemui puan Maimun untuk menyelesaikan masalah antara dia dan Ilham.

“petang nanti? Saya tak free la. Saya dah janji nak jumpa kawan. Sorry yer Ilham.”Tolak Nadrisa lembut. Ilham mula tidak sedap hati. Kawan? Sejak bila pula Nadrisa ada kawan selain Dahlia housematenya itu. Entah-entah Nadrisa mahu bertemu mama!

“ooo ye ke... kalau macam tu tak apa lah.. kita jumpa lain kali. Kawan awak tu lelaki ke perempuan?” Tanya Ilham sekadar berbasa basi. Dia tidak mahu Nadrisa sedar yang dia mula curiga dengan gadis itu. Terdengar ketawa kecil dicorong henset.

“awak ni... perempuan la. Saya mana ada kawan lelaki selain awak.” Balas Nadrisa. mungkin Ilham cemburu. Sebab itu lelaki itu bertanya.

“oo bagus la macam tu. Saya pon tak nak awak jumpa lelaki lain selain saya.” tambah Ilham akhirnya.

“awak......saya kena sambung buat kerja ni. Malam ni saya call awak yer.” Minta Nadrisa apabila terperasan Amna turut berada di pantry. Mahunya bocor rahsia dia bercinta dengan Ilham kalau masih diteruskan perbualan.

“okey...take care sayang. Nanti hati-hati pergi jumpa kawan. Assalamualaikum.”

“waalaikummussalam”.Talian diputuskan. Nadrisa bergegas menyambung kerjanya yang tertangguh.

Last edited by misssakura on 22-10-2012 10:51 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:53 AM | Show all posts
Nadrisa berfikir sejenak ayat-ayat dan topik yang bakal dibincangkan dengan puan Maimun petang nanti... walaupun, hati dan perasaannya tidak bersedia seratus peratus untuk berdepan dengan puan Maimun namun dia perlu berhadapan dengan semua ini.banyak perkara yang perlu dibincangkan dengan wanita itu supaya tiada masalah yang akan berlaku dikemudian hari. Penerimaan atau penolakkan dari puan Maimun adalah perkara nombor 2. Yang penting sekarang ini ialah dia tidak boleh terus menipu lagi. Kenyataan sebenar perlu dikhabarkan segera kepada mama kekasihnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:56 AM | Show all posts
awanjingga posted on 20-10-2012 09:00 AM
jgn pisahkan aku dan diaaaa...Tuhan tolonglah ku cintaaa diaaaaa....

jgn tutup telinga..sedap t ...

maap tertutup telinga tnpa sengaja la
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 10:57 AM | Show all posts
makin berdebarlah pulak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2012 10:58 AM | Show all posts
sellie003 posted on 20-10-2012 09:04 PM
Yup, mana2 citer x kira novel ker drama ker...huhu...suka lg watk second hero & heroin...kekdg leb ...

sme la kiter sellie.... kdg2 sakura lebih prefer kisah second leading.. tak jiwang sngt n lebih comel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:59 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 22-10-2012 08:57 AM
Salam n morning...

abisle tirah nk jmpa ilham....

dh jumpe pon tu.... takot pulak nk smbung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2012 11:01 AM | Show all posts
shahrinas posted on 20-10-2012 09:13 AM
kan dah kata...

hehehe.... okey sakura dh smbung tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 01:36 PM | Show all posts
ni la salah si nad ni x mo dgr ckp dahlia... kan dah kantoi.. kompom la ilham pulak jadi spy.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 03:45 PM | Show all posts
sapa spy sapa nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 10:23 AM | Show all posts
sambung sikit............
“assalamualaikum...maafkan saya. lambat.” sapa Nadrisa lalu duduk bertentangan dengan Puan Maimun. Perasaan berdebar mula memenuhi ruang dadanya. Namun, perkara ini perlu dibincangkan segera. Dia tidak mahu menangguh lagi! Walaupun penerimaan puan Maimun sangat mengecewakan, dia perlu berani berhadapan dengan kenyataan.

“tak apa.... saya pon baru lagi sampai.” Balas puan Maimun kemudiannya.

“ada apa awak nak jumpa saya.... penting sangat bunyinya.” Soal Puan Maimun. dia menyambung minum petang.

“sebenarnya saya nak berhenti jadi spy puan dan saya nak memulangkan kembali duit gaji yang saya dapat dulu tu...” Nadrisa menerangkan tujuan utama pertemuaan mereka. Duit yang ingin dipulangkan yang diletakkan didalam beg dikeluarkan dan diletak diatas meja. Duit yang diletakkan didalam sampul surat itu ditolak kearah puan Maimun.

“saya tak kisah awak nak berhenti Nad...... tetapi, duit gaji tu duit awak. Duit usaha awak membantu saya. Takkan saya nak ambil balik.” Jawab puan Maimun lembut tanpa menyentuh sampul yang mengandungi duit di atas meja.

“saya tak nak duit ni puan..... tolong ambil balik duit ni.” Minta Nadrisa.

“tapi saya tak nak la terhutang budi dengan awak........ saya tak nak awak guna modal ni untuk mengugut saya dikemudian hari.....”

“puan ingat saya perempuan macam tu ke? Dari awal lagi saya tolong sebab ikhlas. Bukan sebab duit... puan tak perlu rasa terhutang budi ke apa ke......anggaplah perkara ni tak pernah terjadi antara kita. Kalau puan risau sangat kita boleh buat surat perjanjian tentang perkara nih.” Jelas Nadrisa tegas. Masih cuba memujuk puan Maimun supaya mengambil kembali wang gaji pemberiannya.

“awak tak menyesal?” soal puan Maimun pula...........

“tak....dan saya ada satu lagi perkara penting nak bincang dengan puan..” tambah Nadrisa lagi.

“apa dia yang penting........”

“mama.. Nadrisa...buat apa kat sini?” sapaan mengejut yang memotong pertanyaan puan Maimun dari belakang Nadrisa buat puan Maimun dan Nadrisa terpaku. Hati Nadrisa berombak kencang. Air liur cuba ditelan satu persatu. Pernafasannya terasa tersekat. Kini Ilham telah nampak dia dan puan Maimun bertemu.
Last edited by misssakura on 23-10-2012 10:27 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 10:28 AM | Show all posts
“so Nadrisa, apa lagi alasan yang kau nak buat sekarang... kebetulan jumpa puan Maimun ke?” sinis sahaja pertanyaan Ilham. Air mukanya jelas menunjukkan dia berang dengan situasi dihadapannya kini.

“saya...saya” tergagap-gagap Nadrisa cuba berkata-kata. Namun sebarang perkataan tidak mampu diluahkan dek debaran yang melampau didalam jiwanya. Mahu menangis rasanya sekarang.

“saya apa?” jerkah Ilham kuat. Suaranya yang kuat berjaya menarik perhatian orang ramai dikafe berkenaan. Mula drama sebabak mereka menjadi perhatian ramai.

“apa yang kau nak tipu aku kali ni? Ke kau bukan Nadrisa? kau hantu dia ke? kembar dia barang kali?” Ilham membalas sinis. Matanya mencerlung kearah Nadrisa yang menggigil didepannya.

“Ilham dengar dulu penjelasan saya...........” minta Nadrisa.

“pang”satu tamparan melekat pada pipi Nadrisa. Ilham sudah tidak dapat menahan sabar lagi. Perasaan marahnya meluap-luap didalam jiwa. Nadrisa terdiam. Cuma airmatanya kini meleleh. Puan Maimun masih kabur dengan situasi kini. Dia tahu Ilham cukup anti dengan pengintipnya tetapi kenapa nampak lain macam sahaja cara mereka berdua ni. Puan Maimun bingkas menghampiri Nadrisa yang terkena penampar dari anaknya. Marah benar Ilham sehingga sanggup menaikkan tangan kepada pengintipnya.

“ooo supaya kau boleh tipu aku lagi..supaya kau boleh perdayakan aku macam tu?......rupanya memang kau la pengintip umpahan tu yer... kau pon sama tak guna macam orang yang dah bunuh Rania...” jerkah Ilham dengan suara yang kasar. Kalau tak memikirkan Nadrisa tu seorang perempuan, mahu sahaja dia belasah gadis ini. Sama seperti dia membelasah pengintip yang lepas. Tiba-tiba Ilham ternampak sampul yang terdapat diatas meja makan dikedai tersebut. Diambil sampul itu kasar dan dibukanya rakus demi melihat kandungannya. Apa pula Nadrisa mahu melapor kepada mamanya kali ini. namun matanya membulat apabila melihat sejumlah wang besar nilainya yang terdapat didalam sampul tersebut.

“jangan cakap macam tu... yer memang saya pengintip mama awak tapi perasaan sayang saya pada awak benar. Saya tak tipu. Tolong percayakan saya Ilham.”

“eh pergi mampuslah kau punya perasaan cinta tu....... yang aku tahu sekarang ni kau tu sama je macam pengintip bodoh mama aku tu....... dan satu lagi kau pon sama macam perempuan murahan lain... gilakan harta orang!”  tengking Ilham sambil membaling wang yang terdapat dalam sampul ke wajah Nadrisa. Berterbangan duit itu melayang. tak sangka Nadrisa sanggup membuat semua ini hanya kerana wang. Nadrisa terpaku melihat tindakan Ilham kepadanya .Air matanya merembes keluar melihat sikap Ilham yang tergamak menghinanya didepan khalayak ramai.

“Nadrisa apa awak merepek ni... awak bercinta dengan anak saya yer.” Puan Maimun sudah tidak dapat menahan sabar lagi. Ketiadaannya selama 3 bulan di bumi Cherating telah mengubah banyak perkara. Namun kata-katanya tidak mendapat sambutan.

“aku tak nak tengok muka kau lagi perempuan....... kalau aku nampak muka kau lagi lepas ni nahas aku kerjakan.. aku menyesal sebab percayakan kau dan terima perempuan hina macam kau jadi awek aku dulu. Memang buta hati agaknya aku ni..”hina Ilham lagi sebelum meninggalkan Nadrisa dan puan Maimun. Sempat dia menolak kasar badan Nadrisa sehingga gadis itu tersungkur ditepi meja.

“Ilham tunggu dulu bagi saya peluang untuk jelaskan......” jerit Nadrisa sambil cuba mengejar Ilham yang pantas meninggalkannya. Puan Maimun menghalang tindakan Nadrisa kerana masih ada yang belum selesai antaranya dan Nadrisa.

Last edited by misssakura on 23-10-2012 10:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:29 AM | Show all posts
alamak! kantoi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 10:35 AM | Show all posts
shahrinas posted on 23-10-2012 10:29 AM
alamak! kantoi...

tu la... sekarang memang dh arwah dh nadrisa tuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:52 AM | Show all posts
misssakura posted on 23-10-2012 10:35 AM
tu la... sekarang memang dh arwah dh nadrisa tuh

sakura...siannya nad...nape kijam sgt ilham tu....menghina2 lg...

kalau raff, da bla n resign jek cari keje lain....xyah lg nk mengadap muka si ilham tu....dasar org kaya berlagak!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 10:57 AM | Show all posts
Ala nsnti ilham gak yg cari nad.....kompom nad bawa diri...pn maimun jd susah hati blk...sbb ilham dah jadi semula cam lepas rania meninggal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 11:24 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 23-10-2012 10:52 AM
sakura...siannya nad...nape kijam sgt ilham tu....menghina2 lg...

kalau raff, da bla n resig ...

ilham memg x boleh dimaafkan! nak buat ending tragik laaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 11:24 AM | Show all posts
nape ilham ni ringan tgn ek nk lempang2 org? bahaya buat laki jantan camni, lom ape2 lg da brani angkat2 tgn....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 11:26 AM | Show all posts
redsentra posted on 23-10-2012 10:57 AM
Ala nsnti ilham gak yg cari nad.....kompom nad bawa diri...pn maimun jd susah hati blk...sbb ilham d ...

amboi dh tahu semua plot nampak.... tp x pe trus bce smpai habis ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.259107 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list