CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 3-10-2012 10:02 AM | Show all posts
misssakura posted on 3-10-2012 09:55 AM
tu la pasal... nadrisa kerja dh 2 tahun pon bos x kenal lg. kesian

Biasalah org yg kurang pendedahan akan kurang juga perhatian...huhu...

Camna agaknya perjalanan nadrisa selepas nih...ada apa plan ilham utk dekati nadrisa...

Missakura...takde ker tepek gambor heroin & heronya ditret awak?....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2012 10:22 AM | Show all posts
best citer ni..asam boi punya ilham..
sian nad nnti dia jtuh cinta kat ilham , mak mun msti halangkan..

miss smbg byk2 yerr..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 11:39 AM | Show all posts
Cerita yq menarik........sambung lagi ....nak tahu sgt watak ilham tu......
selalu sedekahkah bacaan yassin untuk arwah rania tapi playboy tu yg buat x tahan Last edited by qimi08 on 3-10-2012 11:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 02:43 PM | Show all posts

“kalau Rania pergi dulu sebelum abang, abang jangan menangis tau. Abang kena kuat. Kalau boleh Rania nak abang selalu sedekahkan ayat suci al Quran kat Rania.”

...errr..tu pasal ilham selalu bca yassin kot..

“ Dan satu lagi saya nak abang buka hati abang untuk cinta yang baru kalau saya dah tiada lagi... tapi saya nak abang cari perempuan yang betul-betul cintakan abang dan mampu jaga abang dengan baik. abang janji dengan saya.” minta Rania lagi.

...tuuu tgh dok cari yg benar2 cintakn dia kott...tu jdi plyboy..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2012 07:57 PM | Show all posts
sellie003 posted on 3-10-2012 10:02 AM
Biasalah org yg kurang pendedahan akan kurang juga perhatian...huhu...

Camna agaknya perjalanan ...

ala sakura x reti nk tepek gambo... kalo sellie ade cadangan bleh je..heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2012 07:58 PM | Show all posts
awanjingga posted on 3-10-2012 10:22 AM
best citer ni..asam boi punya ilham..
sian nad nnti dia jtuh cinta kat ilham , mak mun msti halangk ...

jangan risau yer... sakura x reti nk buat cerita cinta terhalang nih.. puan mun tu baik jer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-10-2012 07:59 PM | Show all posts
qimi08 posted on 3-10-2012 11:39 AM
Cerita yq menarik........sambung lagi ....nak tahu sgt watak ilham tu......
selalu sedekahkah bacaa ...

playboy beriman kekdahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2012 08:00 PM | Show all posts
awanjingga posted on 3-10-2012 02:43 PM
“kalau Rania pergi dulu sebelum abang, abang jangan menangis tau. Abang kena kuat. Kalau boleh Ra ...

hahaha... tepat sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2012 08:03 PM | Show all posts
sambungan.......

Nadrisa mengendap disebalik menu makanan yang dipegang. Dengan jelas dia nampak Maslina dan Ilham yang bergaduh agak besar namun masih boleh dikawal. Mungkin mereka sedar mereka berada dikhalayak ramai. Dia merakamkan setiap detik pergaduhan Maslina dan Ilham sebagai bukti. Mungkin dengan bukti ini puan Maimun akan melepaskannya. Setelah hampir 45 minit pertengkaran itu berlaku, kelihatan Maslina meninggalkan Ilham bersama-sama tangisan.

“confirm dah putus...” bisik hati Nadrisa yakin. Dia bingkas untuk beredar dari restaurant tersebut. Nadrisa menjawab telefon yang tiba-tiba berdering.

“aku kat kedai.. jap lagi aku sampai sana...” balas Nadrisa pada telefon. Entah kenapa pandangannya yang agak kelam tadi tiba-tiba menjadi cerah. Dia dapat rasa ada sesuatu yang aneh telah berlaku.

“jadi awaklah pengintip puan Maimun?” soal Ilham sambil memandang tepat wajah Nadrisa yang terkejut melihatnya. Cermin mata hitam yang dipakai tadi kini berada digenggaman Ilham. Patutlah suasana menjadi terang.

“eh encik Ilham... buat apa kat sini...” Nadrisa berpura-pura tidak mengerti. Dia cuba mengawal degupan jantung yang mula memecut laju. Wajah bengis Ilham cukup untuk menyebabkan perutnya memulas.

“tak payah berpura-pura Nadrisa... awak pengintip Puan Maimunkan...” tengking Ilham kuat. Mahu bergegar seluruh restaurant... beberapa orang pelayan restaurant Medan datang kearah Nadrisa dan Ilham. Meminta mereka bertenang dan meninggalkan restaurant dengan segera. Ilham menarik kasar tangan Nadrisa untuk membawa gadis itu keluar dari restaurant. Perbincangan mereka belum tamat dan Nadrisa belum mendapat upah yang setimpal dengan tindakannya.

Last edited by misssakura on 3-10-2012 08:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 08:03 AM | Show all posts
Alahai...ciputnya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 08:04 AM | Show all posts
misssakura posted on 3-10-2012 07:57 PM
ala sakura x reti nk tepek gambo... kalo sellie ade cadangan bleh je..heheh

Tgh cari...huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2012 08:04 PM | Show all posts
sakura rse citer sakura wat ni dah jauh menyimpang dengan sinopsis... jd sakura nk padam la sinopsis tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2012 08:07 PM | Show all posts
sambung....
Nadrisa mengurut lembut tangannya yang berbekas merah dek kekasaran Ilham. Lelaki itu jarang dilihat mengamuk apabila dipejabat dan ini kali pertama dia melihat Ilham sebegini. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia melawan semula. Dia bukan perempuan yang lemah. Dia ada tali pinggang merah dalam taekwando. Tetapi memikirkan dia pekerja Ilham dia akan cuba memujuk lelaki itu dengan cara yang lebih berhemah.

“encik Ilham dah salah faham... saya tak pernah buat kerja-kerja mengintip ni...” tipu Nadrisa. Teringat pesanan puan Maimun yang memintanya jangan melibatkan namanya sekiranya rahsianya terbongkar.

“awak tak payah nak tipu saya... kalau bukan awak pengintip puan Maimun, apa awak buat kat restaurant tadi?  bukan sekali malah dah banyak kali saya perasan kewujudan awak.” Keras suara Ilham.

“ye saya mengaku memang saya ada mengintip encik....”

“pang!” satu tamparan melekat pada pipi Nadrisa. Nadrisa terpaku. Terkejut melihat keganasan yang dilakukan Ilham padanya.

“saya intip encik sebab saya cintakan encik Ilham... tak ada kaitan dengan puan Maimun atau sesiapa sahaja.” Balas Nadrisa perlahan. Janji yang dah dibuat mesti ditepati. Dia tidak boleh melibatkan puan Maimun dalam perkara ini.

Ilham terpaku mendengar jawapan Nadrisa yang dirasakan jujur. Wajah tidak bersalah wanita itu diperhatikan lama.

“saya sayangkan encik Ilham sebab tu saya buat macam ni... saya yang hantar gambar kecurangan girlfriend encik Ilham tu sebab saya nak encik Ilham dan dia putus. Supaya encik Ilham boleh pandang saya yang sangat cintakan encik Ilham... maafkan saya.” Ujar Nadrisa lagi sebelum pergi meninggalkan Ilham yang terpaku mendengar luahan hatinya. Harap-harap Ilham percaya kata-katanya dan tidak melibatkan puan Maimun dalam perkara ini.

Last edited by misssakura on 4-10-2012 08:13 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2012 08:14 PM | Show all posts
“kenapa ni Nad... risau aku tengok kau.” Soal Dahlia apabila melihat Nadrisa berbungkus selimut sambil menangis. Terdengar esakkan kecil  dari Nadrisa.

“aku nak berhenti kerja la Lia... “

“tapi kenapa... dah elok-elok kau kerja kat sana kenapa nak berhenti?”

“aku dah buat sesuatu yang bodoh... aku rasa macam nak giler je sekarang ni...”balas Nadrisa dengan esakan yang makin kuat. Badannya menggigil. Dahlia memeluk lembut bahu Nadrisa. Cuba menenangkan sahabatnya kelihatan tidak stabil.

“cuba cerita satu persatu kat aku... aku tak faham. Apa yang dah jadi ni.” Pujuk Dahlia perlahan.  Nadrisa memandang kearah Dahlia. Memang sudah tiba masanya dia bercerita tentang masalahnya ini kepada Dahlia. Mungkin Dahlia akan mengamuk atau pun memarahinya dengan kebodohannya sendiri. Nadrisa mula bercerita satu persatu tentang kisahp engenalannya dengan puan Maimun sampailah penipuannya tentang perasaannya terhadap encik Ilham.

Last edited by misssakura on 4-10-2012 08:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 08:29 PM | Show all posts
Perh!...alasan x leh tahan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 10:15 PM | Show all posts
Bestnya citer tp awat pendek2 je... Lain kali tlglah wat n3 pjg 3 4 mukasurat heheheheheheeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2012 10:27 PM | Show all posts
shahrinas posted on 4-10-2012 08:29 PM
Perh!...alasan x leh tahan...

nak dijadikan cerita...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2012 10:31 PM | Show all posts
Sherasi posted on 4-10-2012 10:15 PM
Bestnya citer tp awat pendek2 je... Lain kali tlglah wat n3 pjg 3 4 mukasurat heheheheheheeeee

ampunnn.... x cukup idea nk olah..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 08:44 AM | Show all posts
misssakura posted on 4-10-2012 08:04 PM
sakura rse citer sakura wat ni dah jauh menyimpang dengan sinopsis... jd sakura nk padam la sinopsis ...

Oh...igt kan sinop apa tadi...sy pun x igt apa yg sakura type....

It's ok sakura...citer dah menarik...terus berkarya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 08:50 AM | Show all posts
saya intip encik sebab saya cintakan encik Ilham... tak ada kaitan dengan puan Maimun atau sesiapa sahaja.” Balas Nadrisa perlahan. Janji yang dah dibuat mesti ditepati. Dia tidak boleh melibatkan puan Maimun dalam perkara ini.

Ilham terpaku mendengar jawapan Nadrisa yang dirasakan jujur. Wajah tidak bersalah wanita itu diperhatikan lama.

“saya sayangkan encik Ilham sebab tu saya buat macam ni... saya yang hantar gambar kecurangan girlfriend encik Ilham tu sebab saya nak encik Ilham dan dia putus. Supaya encik Ilham boleh pandang saya yang sangat cintakan encik Ilham... maafkan saya.” Ujar Nadrisa lagi sebelum pergi meninggalkan Ilham yang terpaku mendengar luahan hatinya. Harap-harap Ilham percaya kata-katanya dan tidak melibatkan puan Maimun dalam perkara ini.


Serius...sy senyum meleret baca part nih...so sweet... oh ya sakura? nadrisa nih pakai tudung x?...saya ada gambar yg sesuai utk watak nadrisa yg sweet, pemalu & agak ceria...ok tak keteria watk nadrisa nih?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.416761 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list