CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 5-10-2012 09:00 AM | Show all posts
Sherasi posted on 4-10-2012 10:15 PM
Bestnya citer tp awat pendek2 je... Lain kali tlglah wat n3 pjg 3 4 mukasurat heheheheheheeeee


aaaaa..stju dgn sherasi..lain kali ltak en3 pnjg pnjgggggggg yerr...

nad cari penyakit btul..bgi lah alasan lain..tp xpe ilham plyboi beriman gtu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 09:31 AM | Show all posts
misssakura posted on 4-10-2012 10:31 PM
ampunnn.... x cukup idea nk olah..hehe

Jgn putus idea eh putus asa sakura...janji awk terus berkarya walaupun ciput2...jgn sekerat jalan tau...lama2 sgt tau...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:01 AM | Show all posts
misssakura posted on 4-10-2012 10:27 PM
nak dijadikan cerita...hehe

tue yg sentiasa menanti n3 tue...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 10:50 AM | Show all posts
sellie003 posted on 5-10-2012 08:50 AM
Serius...sy senyum meleret baca part nih...so sweet... oh ya sakura? nadrisa nih pakai tudung x? ...

nadrisa pakai tudung... dia ni pemalu, alim la sikit n x de la cun sngt. wajah2 manuasia biasa jer. sellie tepek la gambo tu...hehe. nanti dh nak sampai klimak cerita sakura bg lagu sikit untuk menghayati cerita... heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 10:51 AM | Show all posts
awanjingga posted on 5-10-2012 09:00 AM
aaaaa..stju dgn sherasi..lain kali ltak en3 pnjg pnjgggggggg yerr...

nad cari penyakit btul ...

tu la... si nad ni x reti sungguh wat alasan kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 10:53 AM | Show all posts
sambungan.......

“ala kau ni Nad... kenapa kau tak beritahu je tu semua rancangan mak dia?” soal Dahlia tidak puas hati. Kenapa Nadrisa masih mahu melindungi  puan Maimun yang mementingkan diri sendiri itu.

“aku dah janji dengan puan Maimun... dari mula aku setuju nak tolong dia lagi aku dah berjanji akan rahsiakan perkara ni dari pengetahuan sesiapa sahaja termasuklah encik Ilham.” Jawab Nadrisa.

“kalau aku jadi kau aku cakap je mastermind tu siapa... biar padan muka mak cik Maimun tu. Dah la berlagak. Macam la kaya sangat. Sekarang  apa yang kau risau sebenarnya....”

“aku takut nak berdepan dengan encik Ilham... aku rasa mesti dia akan hentikan aku. Kau nak tahu tak?” aju Nadrisa.

“apa?” balas Dahlia berminat.

“masa aku mengaku aku ada intip dia... kau tahu apa aku dapat?”

“apa dia? Kau ni wat aku suspen je....”.

“ni haa... penampar sebijik... berdarah mulut aku. Ni pon bengkak lagi.” Adu Nadrisa.

“habis tu kau biar je... tak melawan balik?”

“tak berani la nak lawan... lagi pon dia bos aku. Aku kenalah slow talk dengan dia supaya dia tak tahu aku kerja dengan mak dia.”

“kau ni Nad.... buat apa la kau belajar taekwando kalau tak boleh pertahankan diri... nanti kalau kau nak pergi belasah dia jangan lupa ajak aku... biar aku sattle kan mamat tu... berani dia tampar kau.” Penuh kegangsteran ayat Dahlia. Memang gangster pon minah ni. Nadrisa sekadar ketawa kecil.

“sebab tu aku takut nak berhadapan dengan dia Lia... dah la aku ada tipu menda lain pulak sekarang. Karang kalau dia tahu pasal ni matilah aku. Kau rasa patut ke aku berhenti kerja?” Tanya Nadrisa. Dahlia kelihatan berfikir panjang.

“aku rasa kau tak payah fikir pasal berhenti ke apa... sebab aku yakin kalau dia marahkan kau memang dia akan pecat kau... tapi, kalau dia percaya bulat-bulat pasal perasaan kau tu mungkin kau masih ada harapan untuk kerja kat sana.”

“tapi aku malu la... aku rasa macam tak ada muka je nak mengadap mamat tu... takut tu satu hal.... lagi lama aku kerja kat sana lagi besar kemungkinan rahsia aku akan pecah.” Nadrisa termenung di birai katil. Sakit kepalanya memikirkan masalah yang melanda. Tapi dia tidak boleh salahkan siapa-siapa. Dia perlu tanggung sendiri kebodohannya.

Last edited by misssakura on 5-10-2012 10:58 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2012 10:58 AM | Show all posts
ke NADRISA takut jatuh hati....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 11:02 AM | Show all posts
sakura sambung sikit lagi...

Setelah dua hari bercuti Nadrisa akhirnya menjejaki semula kakinya ke pejabat Motel Sri Cempaka. Nadrisa menarik nafas panjang demi melegakan debaran yang tak terhingga didalam dadanya. Perutnya memulas. Peluh merintik pada dahinya. Membazirkan bedak yang dipakai. Ditolak pintu utama pejabat dengan penuh rasa gementar.

Dia bertekad, hari ini dia akan menyerahkan surat perletakkan jawatan. Biarlah apa pun berlaku, dia tidak sanggup lagi mengadap wajah encik Ilham dan puan Maimun. Mungkin sikapnya ini dipanggil pengecut kerana lari daripada masalah namun dia sudah tidak tahan lagi. Wang gaji dari kerja part timenya juga akan dikembalikan semula kepada puan Maimun. dia mahu bebas dari belenggu puan Maimun dan encik Ilham dengan segera.

“hai Nad... dah sihat?” sapa Amna yang sedang menfotostatkan dokumen.

“alhamdullilah...sihat dah.” Balas Nadrisa lembut. Di letakkan beg yang dibawa diatas meja. Komputer segera di on kan... pasti banyak kerja yang tertangguh.

“muka Nad nampak pucat lagi ni... tak sihat lagi ke?” tegur Nadila pula.

“eh tak de la kak Dila... dah sihat dah.” Ni pucat mende lain la kak Dila. Bukan pasal sakit. Bisik hati Nadrisa. Namun tak terluah.

“kalau tak sihat lagi jangan paksa diri sangat, buat yang termampu je kerja-kerja tu. Kalau tak sihat sangat mintak mc lagi untuk hari ini.” pujuk Nadila lagi. Nadrisa sekadar mengangguk faham. Dia tahu Nadila, Amna dan Rosmah memang baik. sayu pula mengenangkan mereka bakal berpisah tidak lama lagi. Tapi memang sudah menjadi adat. Setiap pertemuan pasti ada pepisahan.


Last edited by misssakura on 5-10-2012 11:06 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 11:15 AM | Show all posts
Takpe miss take ur time tp jgnlah lama sgt kumpul idea ya hikhikhik..... Puan maimun ni memang nak kena bg sedas dua.... Siannya nad, mana en ilham ni, aku nak en ilham mtk maaf ngan nad sbb kasi penampar kat nad
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:29 AM | Show all posts
misssakura posted on 5-10-2012 10:50 AM
nadrisa pakai tudung... dia ni pemalu, alim la sikit n x de la cun sngt. wajah2 manuasia biasa jer ...

@missakura

Boleh aje...tp wat masa nih tepek gambor dulu ya...yg utube sbb ofis kena block so kat umah saya tepek kan sekali macm umah YM tuh...

Ok tak nadrisa rupa nih?...




Last edited by sellie003 on 6-10-2012 10:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:33 AM | Show all posts
sellie003 posted on 5-10-2012 11:29 AM
Boleh aje...tp wat masa nih tepek gambor dulu ya...yg utube sbb ofis kena block so kat umah saya t ...

Cik Sellie...
Ini bukan tahap biasa biasa
Ini tahap CUN GILERRRRR!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:40 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 5-10-2012 11:33 AM
Cik Sellie...
Ini bukan tahap biasa biasa
Ini tahap CUN GILERRRRR!!!!

Tulah pasal kan....dah kata nadrisa tuh rupanya manis...gitulah rupa manis dia...kebetulan search2 jumpa pulak gambar awek comey nih...

Apa kata tuan umah...setuju ke gambo tuh...kalu tak saya edit jek yg lain...tp xda yg berkenan lak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 01:17 PM | Show all posts
Oit.. kena lempang tapi diam jek?

Kalau cheq, memang dah kena tampor balik mamat tu! Huh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 07:48 PM | Show all posts
sellie003 posted on 5-10-2012 11:29 AM
Boleh aje...tp wat masa nih tepek gambor dulu ya...yg utube sbb ofis kena block so kat umah saya t ...

yg ni terlebih cun nih... kalah Tyra.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 07:55 PM | Show all posts
“Nadrisa jumpa saya sekejap....” Arah satu suara yang tiba-tiba muncul disaat warga unit kewangan sedang khusyuk dengan kerja masing-masing. Nadrisa tersentak. Amna,Rosmah dan Nadila memandang ke arahnya.

“sekarang!” arah Ilham lagi. Nadrisa terasa mahu pitam disaat itu juga. Wajahnya mula kehilangan warna. Namun dia sudah bersedia. Dia tahu lambat atau cepat, perkara ini perlu dihadapi juga. Surat perletakkan jawatan diambil dan dibawa.

Nadrisa mengekori Ilham untuk ke unit pentadbiran. Dia berdoa kepada Allah supaya hatinya tabah menghadapi cabaran ini.

“masuk!” arah Ilham lagi. Nadrisa sekadar mengekor. Tidak menjawab apa-apa. Nadrisa sekadar berdiri didalam bilik Ilham. Tidak berani untuk duduk selagi tidak mendapat kebenaran majikannya itu.

“duduk..” Nadrisa segera melabuhkan diri pada kerusi yang tersedia setelah mendapat kebenaran dari Ilham. Tangannya sudah berkeringat malah jantungnya seolah-olah mahu melompat keluar dari badannya. Tak tahu apa yang bakal terjadi selepas ini.

“kenapa tak datang kerja sampai dua hari........”

“tak sihat.. saya ada mc.” Balas Nadrisa sambil mengeluarkan surat doctor yang membenarkan dia bercuti. Diserahkan surat itu kepada Ilham.

“macam mana boleh demam ni?” ada nada perli disitu. Hati Nadrisa makin berkocak. Berapa lama agaknya sesi temuramah antara dia dan Ilham bakal berlangsung.

“saya minta maaf pasal intip mengintip tu... saya juga nak mintak maaf pasal gambar yang saya beri tu. Mungkin gambar tu telah merosakkan kebahagiaan encik Ilham. Sebagai tanda saya betul-betul memohon maaf atas kesilapan saya, saya nak berhenti kerja.”

Minta Nadrisa bersungguh-sungguh. Biarlah ini yang terakhir antara dia dan Ilham. Supaya selepas ini mereka tidak berhubung lagi. Lagi pun, untuk mengadap Ilham pun sudah cukup membuatkan wajahnya hangat. Malu pula membuat pengakuan tentang perasaannya macam tu.

“jadi awak rasa perbuatan awak ni boleh dimaafkan semudah itu sahaja... awak dah rosakkan hubungan saya dengan Maslina dan sekarang nak pergi macam tu je...yang untung sekarang ni awak Nadrisa. Bukan saya.” Keras suara Ilham. Nadrisa mengurut lembut dadanya. Terkejut dengan amarah Ilham yang sememangnya sudah dijangka.

“habis tu apa encik Ilham nak saya buat?” soal Nadrisa agak keras. Geram pula rasanya dengan sikap Ilham walaupun memang itu salahnya.

“awak akan buat segala yang saya suruh?”

“selagi tak melanggar agama, saya akan buat apa yang encik Ilham nak demi menebus kesalahan yang telah saya lakukan.” Balas Nadrisa tenang. Pada pemikirannya pasti Ilham ingin dia membaiki hubungan lelaki itu dengan Maslina. Mudah sahaja tugas itu. Semudah ABC!

“saya nak awak jadi girlfriend saya!” arahan dari Ilham membuatkan mata Nadrisa tidak berkelip. Glup. Air liur ditelan laju. Gugur jantungnya mendengar arahan dari Ilham.

“sorry?” minta Nadrisa. Mungkin dia tersalah dengar. Ada eloknya meminta Ilham mengulang semula kata-katanya tadi.

“tak korek telinga ke apa? Saya nak awak jadi girlfriend saya........” ulang Ilham sekali lagi dengan nada yang agak kasar.

“encik Ilham biar betul........ saya Nadrisa la.. bukan Maslina.” Balas Nadrisa spontan. Giler ke apa Ilham ni. Meroyan gamaknya selepas berpisah dengan Maslina.

“yes i know you are Nadrisa.... sebab tu saya nak awak jadi girlfriend saya.. awak tak suka ke? Bukan ke awak cintakan saya?” Ilham memandang lama wajah Nadrisa yang resah gelisah. Nadrisa tidak senang duduk. Ya Allah. Bala apa ni... tu la padahnya kalau dah start menipu.

“memang saya sukakan encik Ilham... tapi encik Ilham tak ada perasaan kat sayakan...lagi pon...”

“saya tak nak dengar sebarang alasan Nadrisa........ awak dah buat saya kehilangan Maslina. Saya nak awak jadi pengganti dia sebagai cara untuk awak tebus kesalahan. Awak sepatutnya gembira sebab saya dah tunaikan apa yang awak nakkan...” Ilham membalas tegas. Lucu pula dia melihat wajah Nadrisa yang tidak puas hati. Padanlah muka tu. Suka sangat cari masalahkan.. Nadrisa diam sahaja.Tidak berpuas hati. Tak pasal-pasal dapat boyfriend segera.

“saya luahkan perasaan saya tak semestinya sebab saya nak jadi kekasih encik Ilham..”

“owh jadi maksudnya awak saja-saja je nak rosakkan kebahagiaan saya dengan Maslina. Macam tu?”bidas Ilham membuatkan Nadrisa terdiam.

“awak setuju atau tak mulai hari ini awak akan jadi girlfriend saya. awak sepatutnya gembira sebab impian awak untuk bersama dengan saya dah tercapai.. jadi tak payah nak bagi alasan banyak sangat yer Risa.”

“okey tu je... awak boleh masuk sambung kerja awak. Pasal berhenti tu cancel. Awak teruskan je kerja kat sini.” Sambung Ilham lagi.

“baiklah encik Ilham... terima kasih. Saya keluar dulu lah...” minta Nadrisa sambil bingkas bangun. Berat kepalanya berfikir masalah yang makin bertambah. Dia sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. dia redha je la ketentuan Allah. Mungkin ini balasan untuk dosa-dosanya yang lepas.
Last edited by misssakura on 5-10-2012 08:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 09:45 PM | Show all posts
Hahahahaha aku suka aku suka... Dlm diam en ilham pon msti da jtuh cinta ngan nad.... Tp ckit sgtlah miss, mlm ni blhlah smbung 2 3 mukasurat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 09:46 PM | Show all posts
Aku rasa hubungan diaorg msti ada masalah ngan Puan maimun aka Singa betina
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 11:28 PM | Show all posts
Sherasi posted on 5-10-2012 09:46 PM
Aku rasa hubungan diaorg msti ada masalah ngan Puan maimun aka Singa betina

jgn marah kat pn maimun dia x bersalah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 01:09 AM | Show all posts
Ni sema salah Puan maimun, tak pasal2 nad kena penampar sulung dr en ilham....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 10:00 AM | Show all posts
misssakura posted on 5-10-2012 07:48 PM
yg ni terlebih cun nih... kalah Tyra.

Oh ya ke?...nnt cari lagilah...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.299693 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list