CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 6-10-2012 10:22 AM | Show all posts
“saya sayangkan encik Ilham sebab tu saya buat macam ni... saya yang hantar gambar kecurangan girlfriend encik Ilham tu sebab saya nak encik Ilham dan dia putus. Supaya encik Ilham boleh pandang saya yang sangat cintakan encik Ilham... maafkan saya.” Ujar Nadrisa lagi sebelum pergi meninggalkan Ilham yang terpaku mendengar luahan hatinya. Harap-harap Ilham percaya kata-katanya dan tidak melibatkan puan Maimun dalam perkara ini.

****************************************************************



Lirik Lagu I Love You – Najwa Latif

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..


Last edited by sellie003 on 6-10-2012 09:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2012 05:31 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-10-2012 01:17 PM
Oit.. kena lempang tapi diam jek?

Kalau cheq, memang dah kena tampor balik mamat tu! Huh!

nak gangster-gangster balik rumah sdiri la...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2012 08:18 PM | Show all posts
sarizu posted on 6-10-2012 05:31 PM
nak gangster-gangster balik rumah sdiri la...

ble nk smbung citer kt sne..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2012 08:21 PM | Show all posts

Ilham termenung seketika. Berfikir-fikir perkara yang berlaku semenjak dua menjak ini. dia tiba-tiba teringatkan Nadrisa. Sebenarnya hatinya masih sangsi dengan kejujuran Nadrisa. Betul ke Nadrisa tiada kaitan dengan mamanya. Habis tu,bagaimana mamanya tahu tentang percintaanya dengan Maslina. Ke mamanya sekadar serkap jarang. Atau memang wujud pengintip misteri itu Cuma orang itu bukanlah Nadrisa.

Pening kepalanya berfikir tentang perkara ini. sungguh dia berjanji. Dia tidak akan lepaskan pengintip yang cuba menggangu gugat hidupnya. Cukuplah dulu seorang pengintip telah menyebabkan kematian Rania. Kerana seorang pengintip itu dia membenci pengintip yang lain meski pun mastermindnya adalah mamanya sendiri.

“diam je kau malam ni... kenapa?” soal Hafiz. Matanya memandang Ilham sekilas sebelum memandang suasana di gerai makanan yang boleh tahan juga meriahnya. Teh ais yang dipesan disedut perlahan.

“dah kau diam, aku pon diam la...” sela Ilham. Mee goreng basah yang dipesan mula disentuh.

“biasanya kau la yang keluarkan topic... aku layan je.” Jawab Hafiz.

“aku ada girlfriend baru..... yang hari tu dah putus dah.” Ilham membuka cerita. Dah tak ada topic sangat, citer pasal koleksi girlfriend dia pon okey juga.

“amboi...cepatnya. Tak sampai 3 bulan dah putus balik. Yang ni berapa lama kau plan nak couple ni.” Sindir Hafiz. Secara jujurnya dia tidak berkenan dengan perangai kaki perempuan Ilham. Tapi apa boleh buat dah perangai kawannya begitu. Bukan tidak pernah ditegur malah mereka pernah bertekak hanya kerana hobi baru Ilham.Tapi Ilham sudah cukup dewasa. Dia boleh fikir sendiri baik buruk sesuatu perkara.

“soalan kau macam nak kena penyepak dengan aku.....”balas Ilham geram.

“aik...salah ke aku kata macam tu... bukan ke kau memang macam tu... dulu si Zara tu pon kau bercinta tak sampai 5 bulan. Sebelum Zara tu aku tak ingat nama apa...tak sampai 2 bulan kot yang tu. Yang ni agak-agak berapa lama kau boleh tahan?” tempelak Hafiz selamba. Jelas wajah kurang senang terpapar pada wajah Ilham.

“kau ni kan... yang sebelum ni tak sesuai dengan jiwa aku... cuba lah kau bawak berdoa kot-kot yang ni jodoh aku. Ada jugak faedahnya.”

“kau ni Ilham... sampai bila la kau nak hidup macam ni. Kalau kau buat macam ni pon arwah Rania tu takkan hidup balik... tak payahlah kau mainkan hati gadis-gadis kat luar sana tu. Kesian kat diorang.” Nasihat Hafiz tenang. Dia tahu punca utama Ilham mempunyai hobi yang baru. Semuanya gara-gara kehilangan Rania. Ilham jadi macam tu pon sebagai tanda protes tindakan mamanya yang menghalang hubungannya dengan Rania sebelum ini.

Dia sengaja mencabar kesabaran puan Maimun dengan berperangai buaya darat. Lagi pon itu salah satu caranya untuk dia mengelak diri dari berkahwin dengan Atirah, sahabat baiknya.

“apa pulak kau ni libatkan orang dah tiada... lagi pun perempuan tu yang cakap dia sukakan aku. Takkan aku nak biarkan hatinya kecewa. Aku kenalah balas cintanya.” Tersenyum kecil Ilham mengingatkan luahan hati Nadrisa. Si gadis manis yang pemalu itu. Namun hatinya terbit juga rasa bersalah untuk permainkan hati Nadrisa yang kelihatan naïf. Nadrisa tak sama seperti ex-girfriend yang dia ada sebelum ini. Nadrisa gadis yang pendiam, pemalu dan nampak baik perangainya.

“yang ni kau serius ke?” pertanyaan dari Hafiz menghilangkan ingatan Ilham terhadap Nadrisa.

“kenapa kau kata macam tu?” soal Ilham pelik.

“first time kot tengok kau tersenyum bila cakap pasal perempuan... lagi pun sebelum ni kau tak berminat pon bercerita pasal awek-awek kau.. semuanya aku yang tanya dulu... yang ni kau pulak excited citer kau ada awek baru.” Jelas Hafiz. Kalau betul lah Ilham sudah menemui pengganti Rania baguslah.. Cuma yang perlu dirisaukan adalah penerimaan puan Maimun.

“mana ada... sama je la dengan yang sebelum-sebelum ni... diorang semua ni tak akan dapat gantikan tempat Rania...” jelas Ilham. Ingatannya pada kekasih hati yang amat dicintai menyinggah lagi. Sungguh dia rindukan Rania.Ya Allah kau tempatkan dia di kalangan orang yang beriman. Hafiz sekadar menggeleng-gelengkan kepala mendengar jawapan Ilham. Dia tahu sahabatnya terlalu sayangkan Rania.

Last edited by misssakura on 6-10-2012 08:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2012 09:06 PM | Show all posts

“sampai hati abang buat saya macam ni... abang cakap abang sayangkan saya,cintakan saya tetapi kenapa abang sanggup buat saya macam ni?” Rania merintih sedih. Tak sangka lelaki yang dicintai sanggup menipunya. Curang padanya. Mana janji-janji manis Ilham padanya selama ini.

“sayang...kenapa ni. Apa abang dah buat..” soal Ilham tidak mengerti. Kenapa Rania berkata begitu. Apa yang dia dah lakukan sehingga melukakan hati sang kekasih yang teramat disayangi.

“abang tak payah nak berlagak bodoh boleh tak? Apa hubungan abang dengan Tyra sebenarnya?” tinggi suara Rania. Bukannya dia tidak kenal Atirah. Kawan baik kepada Ilham.

“kenapa tanya macam tu... sayangkan memang kenal dengan Tyra. Dia kan kawan baik abang.Tak lebih dari itu...”

“kalau kawan baik takkan ada foto yang macam ni....” Rania mencampak foto yang diperolehi dari orang yang tak dikenali pada wajah Ilham.

“saya tak sangka abang macam ni... kawan baik konon. Kalau kawan baik tak adanya nak berpeluk sakan macam ni.. kalau abang dah tak sukakan saya cakap je la. Saya boleh pergi dari hidup abang...” marah Rania sambil bingkas meninggalkan kafe tersebut. Dia bergegas keluar untuk meninggalkan Ilham.

Ilham menilik gambar yang bersepah didepannya satu persatu. Gambar dia dan Atirah di majlis makan malam motel Sri Cempaka beberapa bulan lalu. Yang memeluknya adalah Atirah. Bukan dia. Siapa yang celaka sangat ambil gambar ini. Nampak sangat ada rancangan untuk menjahanamkan hubungannya dengan Rania. Ilham bingkas bangun untuk mengejar Rania. Rania perlu tahu hal sebenar. Rania perlu percayakannya bukan pada gambar ini.

“Rania tungggu....” jerit Ilham sambil dengan tangkas menarik lengan Rania yang mahu melintas jalan ketika itu.

“pang...” satu tamparan wanita melekat pada pipi Ilham.

“i hate you.” Tinggi suara Rania sebelum berlari meninggalkan Ilham.

“boooom...” Ilham terkesima. Ya Allah....

“Rania....” lantang suara Ilham menjerit nama kekasih hatinya. Dia pantas menuju kearah Rania yang terkulai di jalan raya. Darah pekat mengalir disegenap tubuh gadis itu. Orang ramai mula memenuhi tempat kemalangan berlaku.

Last edited by misssakura on 6-10-2012 09:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2012 09:17 PM | Show all posts

“Mun.......tak payah la awak masuk campur urusan pilihan pasangan hidup Ilham tu.. biarlah dia pilih sendiri. Dia dah besar. Dah tahu yang mana elok dan juga tak elok...” tegur encik Johari apabila melihat puan Maimun masih berkeras dengan keputusannya untuk menjodohkan Atirah dan Ilham.

“dah tahu elok tak elok abang kata?” ulang puan Maimun semula. Dipandang wajah encik Johari geram.

“apa yang elok kalau dia pilih perempuan-perempuan murahan tu untuk jadikan isteri dia. Apa kurangnya Tyra yang serba-serbi sempurna berbanding perempuan materialistic yang dia bawa ke hulu ke hilir tu?” bidas puan Maimun. kenapa encik Johari dan anaknya tidak nampak apa yang dia cuba lakukan. Dia buat semua ini untuk kebahagiaan anak terunanya yang sorang tu.

“Mun... yang  nak kawin tu Ilham... bukan awak.. biarlah Ilham buat sendiri pilihan dengan siapa dia nak hidup. Kita ni tolong nasihat mana yang patut je la.. tak perlulah semua perempuan kita reject hanya kerana Tyra.” Pujuk encik Johari lagi. Dia tahu puan Maimun memang manusia yang sukar dipujuk namun dia akan terus berusaha selagi dia mampu. Dia pon ingin melihat anak tunggalnya bahagia tetapi bukanlah dengan cara mengatur hidup jejaka itu.

“memang dia yang nak kawin... tetapi pilihan hati dia terlalu teruk bang.... dengan tak senonohnya, miskinnya, tak ada pelajarannya... kenapa tak nak terima je Tyra yang dari keluarga yang baik-baik tu. Tyra tu bukannya tak cantik, kaya pulak tu. Pendidikan pon setaraf dengan Ilham. Apa lagi yang kurang. Lagi pon diaorang tu bukannya orang asing. Kawan rapat. Bukannya baru aje nak kenal. Apa lagi yang kurangnya Tyra tu bang?”

“habis tu apa kurangnya Rania? Dulu, kenapa awak tak terima dia masa Ilham bawak dia jumpa kita ?” soal encik Johari sekali gus mengungkit kisah 2 tahun yang lalu.

“apa pulak cakap pasal orang yang dah tak ada ni bang... benda tu pon dah berlalu.Kita focus perkara sekarang ni je la... yang lepas tu dah tak boleh nak diulang.” Dalih puan Maimun. dia sendiri berat hati untuk bercerita tentang Rania. Walaupun pemergiaan Rania tiada kaitan dengannya namun sedikit sebanyak ada rasa bersalah tumbuh dihatinya.

“yang tu abang tahu lah...tapi abang cuma nak tahu alasan kenapa Mun tak restui hubungan Rania dengan Ilham?” gesa encik Johari. Memang sudah lama dia ingin tahu factor sebenar isterinya tidak menerima Rania. Cuma tidak terluah sahaja.

“kalau abang tahu pon bukan hidup balik budak tu.” Sela puan Maimun sebelum meninggalkan encik Johari sendiri di ruang tamu. Dia tidak mahu berbual lagi tentang perkara itu. Biarlah perkara itu menjadi pengajaran buatnya.

Last edited by misssakura on 6-10-2012 09:21 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2012 09:55 PM | Show all posts
Ilham bingkas bangun untuk mengejar Rania. Rania perlu tahu hal sebenar. Rania perlu percayakannya bukan pada gambar ini.

“Rania tungggu....” jerit Ilham sambil dengan tangkas menarik lengan Rania yang mahu melintas jalan ketika itu.

“pang...” satu tamparan wanita melekat pada pipi Ilham.

“i hate you.” Tinggi suara Rania sebelum berlari meninggalkan Ilham.

“boooom...” Ilham terkesima. Ya Allah....

“Rania....” lantang suara Ilham menjerit nama kekasih hatinya. Dia pantas menuju kearah Rania yang terkulai di jalan raya. Darah pekat mengalir disegenap tubuh gadis itu. Orang ramai mula memenuhi tempat kemalangan berlaku.
********************************************



Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau



Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmu



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2012 03:14 PM | Show all posts
sellie003 posted on 6-10-2012 09:55 PM
********************************************

waa siap ade ost lagik... thank sellie. cam ne nk upload utube? ajar sat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2012 03:20 PM | Show all posts

“jadi kau couple dengan dia sekarang?” Dahlia menyoal dengan penuh rasa tidak puas hati. Bimbang dia memikirkan nasib kawan baiknya.

“a’ah...tapi aku tak rasa serius. Dia tu memang kaki perempuan dan aku pon bukan nak pon kat dia. Jadi aku rasa paling lama pun sebulan je kitorang bertahan.” Balas Nadrisa.

“memang la korang tak ada perasaan sesame korang tapi yang jadi masalah sekarang ni adalah rahsia kau tu.... lagi lama kau kerja kat motel tu, lagi besar kemungkinan dia akan tahu pasal kau dengan puan Maimun. dan dia juga akan tahu pasal kau menipu perasaan kau tu.” Jelas Dahlia. Dia mahu Nadrisa tahu risiko yang temannya bakal hadapi.

“tu aku tahu Lia... tapi macam mana aku nak buat. Aku nak berhenti dia tak bagi.Dia nak aku bertanggungjawab pasal aku dah putuskan hubungan dia dengan Maslina tu. Bukan aku hadap sangat nak bercinta dengan dia.... aku ni pon hari-hari ketakutan nak pergi pejabat. Buatnya rahsia aku terbongkar. Mahu arwah aku.”Luah Nadrisa. Bukan dia tidak tahu segala risiko yang bakal dihadapi tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana nak melawan semua itu. Namun dia tidak boleh salahkan sesiapa... dia perlu salahkan diri sendiri yang pandai-pandai menipu. Itulah sebabnya kita tidak boleh menipu. Buat jiwa tidak tenang ajer...

“masalah kau dengan puan Maimun dah settle belum?”

“belum lagi... yang tu pon aku takut nak mengadap. Anak beranak sama aje diorang ni. Buat aku kecut perot je.”

“habis bila kau nak settle kan... lagi lambat kau selesaikan masalah kau ni, lagi parah nasib kau nanti. Cuba kau slow talk dengan puan Maimun. cakap perkara yang sebenar dah jadi. Pastu baru kau mengadap Ilham. Beritahu dia siapa mastermind dalam perkara ni.” Aju Dahlia. Memang agak rumit masalah temannya ini.

“memang tu rancangan aku tapi aku tak berani nak mengadap puan Maimun. mahu mengamuk dia kalau dia tahu aku couple dengan anak dia....”

“itulah sebabnya aku suruh kau slow talk... lambat laun dia akan tahu jugak kau dengan Ilham tu bercinta. Daripada dia tahu dari orang lain, baik kau sendiri terangkan perkara yang sebenar kepada dia.” Jelas Dahlia. Nadrisa sekadar terangguk-angguk. Setuju dengan pendapat temannya itu.

“tapi aku tak fahamlah dengan encik Ilham tu... kenapa dia nak aku jadi girlfriend dia. Pening betullah aku dengan orang berperangai buaya darat macam dia tu. Kot ye pon pencinta wanita tapi pilih-pilih la sikit. Takkan orang macam aku pon dia nak try jugak.” Bentak Nadrisa geram. Tak faham betul dengan sikap Ilham yang yang menyusahkan orang tu.

“dia dah jatuh cinta kat kau kot....” usik Dahlia dengan ketawa kecil. Nadrisa sekadar mencebik tanda tidak gemar mendengar usikan kawannya itu. Mintak simpang malaikat 44 la..

Last edited by misssakura on 7-10-2012 03:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 03:52 PM | Show all posts
misssakura posted on 7-10-2012 03:14 PM
waa siap ade ost lagik... thank sellie. cam ne nk upload utube? ajar sat.

Welcome, welcome...senang jek nak masuk youtube kena pi klik Advance Mode kat situ ada ikon youtube....

Pertama buka apa2 video kat laman youtube..contoh
Klik pada url http://www.youtube.com/watch?v=o8NGPOgLrL8 dan drag url video youtube tuh...klik copy...

Kedua klik ikon youtube pastu paste...klik submit ....

Ketiga buang yg mana tak patut macm contoh kat bawh nih...
cuma delete... http://www.youtube.com/watch?v= ...

Tadaaaaaaaaaaaa......kuar ler video youtube

Last edited by sellie003 on 7-10-2012 03:57 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2012 08:10 PM | Show all posts

“nah....”Ilham menyuakan sudu yang berisi nasi goreng ke mulut Nadrisa. Nadrisa membesarkan matanya tanda protes. Ni apa benda nak bersuap-suap. Dah tak ada sudu ke apa kat kedai ni. Bebel Nadrisa.

“saya dah ada sudu sendiri...” tolak Nadrisa. Meluat sungguh hatinya dengan perangai gedik Ilham... kau dengan ex kau boleh nak buat perangai miang-miang. Dengan aku baik kau jangan.

“tapi makan dengan sudu saya rasanya lain.......”

“memanglah lain sebab ada air liur awak... gelilah...” marah Nadrisa. Eii tolonglah encik Ilham, janganlah paksa aku buat benda tak bermoral.

“ni mesti takut berlaku indirect kissingkan...” usik Ilham. Bukan dia tidak tahu Nadrisa macam mana. Cuma dia mahu menguji gadis itu sahaja. Bagus juga Nadrisa ni. Ada pendirian.

“mestilah........encik Ilham ni bila nak siap makan. Lambat bebenor. Mengalahkan perempuan.” Bebel Nadrisa. Pinggannya sudah lama licin. Dia malas nak mengadap Ilham lama-lama. Dia tidak kira, lepas makan terus nak balik rumah. Tak kuasa dia nak menghabiskan masa bersama Ilham. Lagipun jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Banyak lagi perkara yang belum selesai dirumahnya. Sepatutnya hari cuti begini dia menyiapkan kerja-kerja rumah. Bukan keluar berdating.

“jangan panggil saya encik Risa... panggil la abang ke... sayang ke... paling-paling teruk pon Ilham. Baru best...”

“tak biasa la...” balas Nadrisa malas. Mengada-ngada taik kuda betul Ilham ni. Bebel hatinya sendiri.

“lepas makan nak gi mana?” soal Ilham. Dia menyedut minumannya yang tinggal separuh gelas lagi.

“balik!”

“aik...nak balik dah. Awal lagi.. jom kita jalan-jalan dulu. Shopping ke.. tengok wayang ke...” ajak Ilham.

“saya ada urusan lagi kat rumah... tadi dah janji dengan housemate nak balik awal. Lain kalilah kita jalan-jalan.” Tolak Nadrisa sesopan yang mungkin. Ilham sekadar tersenyum mendengar jawapan dari Nadrisa.

“kalau la macam tu okey lah.... jom kita balik.” Ajak Ilham sebelum meniggalkan Nadrisa untuk membuat pembayaran. First time dia keluar dating dekat kedai makan tepi jalan. Katanya Nadrisa kat restoren mahal-mahal makanan tak ada la sedap sangat pon.

“bayar sekali ke?” soal lelaki yang menjaga kaunter pembayaran.

“asing-asing....nasi ayam dengan teh o ais limau.” Balas Nadrisa pantas yang turut ke kaunter pembayaran. Dia tidak mahu Ilham membayar untuknya. Dia tidak mahu ada sebarang hutang sepanjang percintaan sementara antara dia dan Ilham. Ilham mengerutkan dahi memandang kearah Nadrisa. Nadrisa sekadar tersengih membalas renungan kekasihnya.

Last edited by misssakura on 7-10-2012 08:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 08:23 AM | Show all posts
bayo asing-asing tue yg x leh tahan tue...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 08:37 AM | Show all posts
misssakura posted on 7-10-2012 08:10 PM
“nah....”Ilham menyuakan sudu yang berisi nasi goreng ke mulut Nadrisa. Nadrisa membesarkan mata ...

Mesti bengkek jek ilham ngan nadrisa....ada jek helah dia tak nak serius sgt dgn hubgn cinta sesama diorg...ahaks...

Sweet sgt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2012 10:17 AM | Show all posts
shahrinas posted on 8-10-2012 08:23 AM
bayo asing-asing tue yg x leh tahan tue...

takut terhutang budi lalu tergadai ......... kekdahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2012 10:18 AM | Show all posts
sellie003 posted on 8-10-2012 08:37 AM
Mesti bengkek jek ilham ngan nadrisa....ada jek helah dia tak nak serius sgt dgn hubgn cinta sesam ...

padanlah muka ilham tu... nk try sngt dengan nadrisa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2012 10:20 AM | Show all posts
sambung sikit....
“lepas ni kalau nak dating saya akan ambil awak dari rumah....” arah Ilham tegas. Nadrisa yang kini sudah berada di atas motor Honda ex5 nya tersentak. Apa pulak nak bagi alasan ni. Dia memang sengaja datang asing-asing dengan Ilham supaya Ilham tidak akan kenal rumahnya. Lagi pon dia sengaja buat perangai supaya Ilham cepat bosan dengannya.

“tapi saya elergic dengan kereta......” tipu Nadrisa. Agaknya bila dia nak insaf. Tu la orang kata, bila dah start menipu, hidup selepas itu pon penuh dengan penipuan.

“elergik?” soal Ilham semacam tak percaya.

“hmmm...maksud saya mabuk... saya tak boleh naik kereta sebab rasa macam nak muntah.” Tambah Nadrisa lagi. Ilham megerutkan dahi. Peliknya Nadrisa ni.

“kalau macam tu saya datang ambil awak naik motor... okey? Jangan awak kata mabuk motor pulak...”

“erk mana boleh macam tu ... takkan saya nak membonceng dengan awak. Saya masih jaga bab-bab macam ni... saya rasa okey je kalau encik Ilham dengan kereta encik Ilham. Saya dengan motor saya.” Pujuk Nadrisa. Tak kuasa dia mahu naik kereta bersama-sama Ilham. Ilham mengeluh perlahan. Selembut-lembut Nadrisa ni rupanya keras kepala jugak orangnya. First time aku dapat girlfriend macam ni. Mencabar betol la.

“kalau macam tu saya nak buat macam mana. Orang dah tak sudikan tak kan kita nak paksa. Apa-apa pon bawak motor elok-elok. Jangan laju sangat. Nanti dah selamat sampai masej saya.” Balas Ilham separuh merajuk. Redha je la dapat awek macam ni pon. Lagi pon bukan lama sangat pon dia nak bercinta dengan minah ni.saja-saja nak tukar angin. Dapat awek alim sekali-sekala apa salahnya. Nadrisa sekadar mengangguk mendengar nasihat Ilham. Malas dia nak memujuk Ilham yang seakan merajuk. Dia akan tetap dengan pendirian. Biar Ilham tahu bukan semua perempuan sama yang dia boleh perlekeh sesuka hati.

Last edited by misssakura on 8-10-2012 10:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2012 10:24 AM | Show all posts
kita tgk lama ke x diorg nie couple...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2012 10:27 AM | Show all posts

“dah sampai rumah belum?” soal Ilham pada telefon itu. Hampir sejam dia menunggu mesej dari Nadrisa tapi habuk pon tak ada.

“ya Allah... saya lupa nak mesej awak.. dah lama dah saya sampai rumah ni.” Balas Nadrisa. Dalam hatinya mahu sahaja dia ketawa. Lupa konon. Padahal dia memang malas nak menghantar mesej kepada Ilham.

“sampai hati awak lupa Risa... tak penting ke saya ni?” Tanya Ilham geram. Nadrisa menelan air liur sebiji-sebiji. Kenapalah mamat ni sensitif sangat. Macamlah dia serius nak bercinta dengan aku.

“apa pulak cakap macam tu encik Ilham... saya kan dah cakap saya terlupa. Dah nak buat macam mana kalau terlupa. Lainlah saya buat-buat lupa...”desis Nadrisa.

“awak tak jawab lagi soalan saya.... saya penting tak dalam hidup awak?” soal Ilham lagi. Nadrisa diam. Apa yang nak jawab ni. Dah la dia tiada pengalaman bab-bab bercinta ni.

“penting la....” balas Nadrisa dengan mulut sedikit mencebik. Mengada-ngada je lebih Ilham ni. Tanya aku konon... cuba tanya diri kau pulak.. penting ke aku ni.

“kalau penting macam mana boleh lupa?” sinis soalan Ilham membuatkan Nadrisa sakit hati. Lecehlah kalau perangai macam budak-budak ni. Macam ni ke hidup orang bercinta. Nak cakap perkara remeh temeh 24 jam. Bosan tahu tak!

“apa yang awak tak faham sebenarnya. Saya cakap saya terlupa. Ada ke manusia yang ingat kalau dia lupa. Tu namanya buat-buat lupa... kalau awak telefon saya pasal nak cari gaduh baik tak payah. Assalamualaikum.” Keras suara Nadrisa sebelum mematikan panggilan telefon. Malas dia nak melayan Ilham. Lagi bagus mereka selalu bergaduh macam ni. Baru cepat sikit hubungan mereka boleh putus.

Last edited by misssakura on 8-10-2012 10:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 10:54 AM | Show all posts
misssakura posted on 8-10-2012 10:18 AM
padanlah muka ilham tu... nk try sngt dengan nadrisa

Tulah...bior ilham rasa camna nadrisa  x berapa nak layan... sah2 nadrisa nih bukn jenis mudah2 jek kena pujuk rayu nak manja2 bagai... hati nadrisa kental...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 03:24 PM | Show all posts
sarizu posted on 6-10-2012 05:31 PM
nak gangster-gangster balik rumah sdiri la...

Iu bukan gangster... itu mempertahankan hak wanita kekdahnyee...




Nak seru tuan rumah kasi hapdet cepat.... sakuraaaaaa.... sakuraaaaaa.... macam lagu jepun tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.077566 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list