CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 10-10-2012 10:35 AM | Show all posts
misssakura posted on 10-10-2012 10:02 AM
“jom solat zohor...” satu mesej pendek diterima dari Ilham. Dahi Nadrisa berkerut. Buang tebiat  ...

...tersengih2 aku baca sms nadrisa & ilham...lawk jek..

Last edited by sellie003 on 10-10-2012 10:37 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 10:39 AM | Show all posts
cam ne ngan NADRISA...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 10:57 AM | Show all posts
bestnye jalan citer nih...teruskan yer sakura....all the best...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 11:08 AM | Show all posts
shahrinas posted on 10-10-2012 10:39 AM
cam ne ngan NADRISA...

Tulah pasal...buatnya ilham couple ngan tyra...mana nak di letak minah rempit nih...

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 02:15 PM | Show all posts
ok jga ilham couple dgn tyra..biar nad jeles meles gitu...
baru ada thrill..haha...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 03:13 PM | Show all posts
Hehehe, ilham dlm diam da tngkap cinta sama nad, bestnya .......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2012 04:17 PM | Show all posts
sabo menanti reaksi...
kalu NAD tau yg ILHAM couple jugak ngan TYRA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 10:34 PM | Show all posts
sellie003 posted on 10-10-2012 10:35 AM
...tersengih2 aku baca sms nadrisa & ilham...lawk jek..

mesej beriman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2012 10:37 PM | Show all posts
shahrinas posted on 10-10-2012 10:39 AM
cam ne ngan NADRISA...

jangan risau..nadrisa tetap yg pertama dhati..chewaahhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 10:42 PM | Show all posts
suria74 posted on 10-10-2012 10:57 AM
bestnye jalan citer nih...teruskan yer sakura....all the best...

time kasih sudi bce
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 10:46 PM | Show all posts
jgn imagin dsyt sagt kawan2... sakura wat citer ringan2 jer..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 10:47 PM | Show all posts

Hujan mula membasahi bumi Cherating. Nadrisa mengeluh perlahan. Bukan dia tidak bersyukur dengan rahmat tuhan tetapi dia bakal menghadapi masalah. Jam tangannya menunjukkan pukul 5.35 petang. Suasana di Motel Sri Cempaka mula sunyi. Ramai rakan-rakannya sekerjanya sudah pulang. Tinggal dia yang menaiki motorsikal menanti hujan berhenti.

Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Pasti Dahlia yang menghubunginya. Bertuahnya dia mempunyai sahabat seperti Dahlia. Untung-untung gadis itu akan datang menjemputnya. Tak perlulah dia duduk sorang-sorang kat sini menanti hujan berhenti.

“helo Lia....” sapa Nadrisa tanpa memandang skrin telefon. Siapa lagi akan menelefonnya. Dia bukan ada kawan lain pon selain Dahlia.

“Lia mana pulak ... Ilham ni.” Balas satu suara seterusnya membuatkan Nadrisa mengeluh kecewa. Aku ingatkan Dahlia yang menelefon nak datang jemput aku. Orang lain rupanya.

“sorry...saya ingat kawan saya tadi. Kenapa awak call?” soal Nadrisa supaya Ilham berterus terang punca lelaki itu menelefonnya.

“dah balik belum?”

“belum...hujan tak berhenti lagi.” Jawab Nadrisa perlahan.

“awak kat mana tu?”

“pejabat la... kat mana lagi.” Sela Nadrisa geram. Bukan ke aku bagitau aku tak balik lagi. Kalau aku tak balik maksudnya aku masih kat pejabat la.. sengal betul la encik Ilham ni.

“ye la pejabat... kat mana?” soal Ilham lagi.

“dekat pintu utama....” jujur Nadrisa membalas.

“ooo...tunggu saya kat situ.” Panggilan diputuskan setelah Ilham menyatakan ayat itu. Nadrisa memandang pelik ke arah telefonnya. Kenapa pulak aku nak kena tunggu dia. Mengadalah mamat ni.

Last edited by misssakura on 10-10-2012 10:51 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 10:52 PM | Show all posts

“Pim..pim...pim.” terdengar hon dibunyikan. Nadrisa tersentak. Kepalanya mencari kereta yang agak mengganggu ketenteraman awam. Tahu lah ada kereta. Tak payahlah nak berlagak sangat. Bisik hati Nadrisa. Namun matanya mula membesar tatkala melihat lelaki yang cukup dikenali mara kearahnya. Lelaki itu turun dari kereta yang membingitkan telinga.

“jom Risa... saya hantar awak balik.” Ajak Ilham ikhlas. Apalah gunanya jadi boyfriend kalau tak boleh pakai waktu-waktu macam ni.

“er tapi... saya bawak motor la.” Tolak Nadrisa.

“macam mana nak bawak motor kalau hujan macam ni...”

“ala..kejap lagi berhentilah hujan ni...”

“no.. kalau tak berhenti macam mana.. jom la. Dah lewat ni. Saya tak nak girlfriend saya balik waktu malam.” Tegas Ilham.
Nadrisa nak termuntah mendengar jawapan Ilham. Macam la aku tak tahu kau biasa dating ex kau sampai lewat malam selama ni. Tak payah nak berlagak baik sangat lah depan aku.

“tapi.....” Nadrisa masih cuba mahu membantah.

“tak ada tapi-tapi. Jom. Tinggalkan je motosikal kat sini. Esok saya datang jemput awak kat rumah..” arah Ilham lagi dengan lebih tegas. Dia mengambil beg yang dipegang Nadrisa dan membimbitnya ke kereta menandakan perbincangan mereka telah tamat. Nadrisa mengeluh kasar. Kuat mengarah betul la Ilham ni.

Last edited by misssakura on 10-10-2012 10:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 07:39 AM | Show all posts
misssakura posted on 10-10-2012 10:34 PM
mesej beriman

...kunun nak tunjuk ler kat nad...betapa alimnya dia...tp x kena gaya lak...

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 10:13 AM | Show all posts
nad kn buat gaya ala2 nk muntah gituh ms dok dlm keta...
nad kan allergic naik keta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 10:16 AM | Show all posts

Suasana sunyi sepi di dalam kereta Vios yang bewarna putih. Masing-masing sibuk melayan perasaan. Langsung tiada perbualan antara mereka. Ilham menjeling kearah Nadrisa yang sibuk melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba Ilham mula teringatkan perbualan antara dia dan Nadrisa semasa kali pertama mereka berdating.

“ya Allah, Risa... saya mintak maaf.” Minta Ilham agak kalut. Terus mukanya dipalingkan bagi melihat wajah Nadrisa. Namun hatinya keliru seketika. Tak nampak sakit pon minah ni.

“eh kenapa pulak ni awak. Apa pulak nak mintak-mintak maaf ni..” Nadrisa tidak mengerti perubahan Ilham yang tiba-tiba.

“owh jadi maksudnya awak tipu sayalah yer Risa...” tambahan kata-kata dari Ilham buat Nadrisa makin tidak faham. Apa yang Ilham merepek ni.. giler ke apa.

“apa ni awak.. saya tak fahamlah.. tolong guna ayat yang penuh... jangan sekerat-sekerat je.” Bebel Nadrisa.

“bukan ke awak mabuk kereta Risa?” soal Ilham akhirnya.

“mana ad...............” belum habis lagi Nadrisa membalas tiba-tiba otaknya teringat penipuan yang telah dibuat. Ya Allah. Macam mana pulak aku boleh lupa yang aku menipu dia pasal ni. Tu lah... kuat sangat menipunya.

“err...maksud saya hari tu kalau lama sangat dalam kereta. Mabuklah.. kalau macam ni okey je.” Dalih Nadrisa. Ilham sekadar mengangguk mendengar jawapan dari Nadrisa. Menerimanya tanpa berfikir panjang. Malas mahu berfikir benar atau tidak jawapan kekasihnya. Deringan telefon Nadrisa tiba-tiba berbunyi. Di jawab panggilan itu tanpa berlengah.

“hello Assalamualaikum”. Sapa Nadrisa senang. Suasana sunyi seketika.

“eh tak payah la... aku dah balik dah.” Balas Nadrisa pula. Ilham sekadar menjeling. Hatinya terdetik cemburu. Dengan siapa Nadrisa bercakap. Bukan main mesra lagi. Tidak seperti dengan dirinya.

“dengan encik Ilham.....” sahut Nadrisa lagi.

“k..waalaikummussalam.” Nadrisa mematikan telefon dengan senyuman yang mekar dibibr. Disimpan kembali telefon tangan didalam beg tangannya.

“siapa tu? bukan main mesra lagi.” Soal Ilham kurang senang. Dijeling wajah Nadrisa disisinya.

“housemate. Dahlia.” Jawab Nadrisa ringkas.

“encik Ilham masuk simpang tu... haa.. yang ada pokok besar tu la rumah saya.” Jelas Nadrisa sambil membuka tali pinggang keledar. Ilham menghentikan keretanya betul-betul dihadapan rumah sewa Nadrisa.

“terima kasih...... esok tak payah datang ambil saya. Saya pergi dengan housemate.”Terang Nadrisa sebelum pergi meninggalkan Ilham yang tidak sempat membalas kata-katanya.

Last edited by misssakura on 11-10-2012 10:21 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2012 10:25 AM | Show all posts
sarizu posted on 11-10-2012 10:13 AM
nad kn buat gaya ala2 nk muntah gituh ms dok dlm keta...
nad kan allergic naik keta

x pe. nad dh jumpe alasan bru nk tpu ilham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 10:27 AM | Show all posts

Ilham mengeluh kecil membaca mesej yang diperolehi dari Atirah. Malasnya dia nak keluar jumpa gadis itu. Bukan tidak suka tetapi memang dia tidak boleh nak memaksa hatinya untuk menyukai orang yang pernah menjadi kawan rapatnya malah Atirah sudah dianggap sebagai adik sendiri. Sayang dia terhadap Atirah seperti sayang seorang abang terhadap adiknya. Bukan dia tidak pernah berusaha untuk menukarkan perasaan sayang seorang abang kepada sayang kekasih tetapi dia tidak mampu. Percintaannya dan Atirah pon dah berlarutan hampir 3 minggu. Bukan sekali mereka bertemu, keluar bersama-sama pon sudah acap kali. Namun perasaan itu tetap sama.

“tolong aku Pis...” minta Ilham pada Hafiz yang sedang menikmati makan malamnya.

“apa dia?” soal Hafiz pendek.

“Tyra ajak aku tonton wayang malam esok. Kau ganti aku boleh?”

“dia ajak kau kan... apasal aku pulak nak kena pergi.” Jawab Hafiz malas.

“kau ni.. aku bagi chance tak nak. Kau nak ke tengok aku dengan Tyra tu kahwin? Tak nak kan...”

“tu bukan bagi chance... tu namanya kau nak lari dari masalah. Kau settle la dulu baik-baik dengan dia. Pastu baru la nak bagi aku peluang ke apa ke...” bidas Hafiz.

“ala kau ni Pis... tolong la aku... sekurang-kurangnya bila aku buat macam ni barulah nampak macam aku suka buat masalah... kalau tak ada masalah macam mana aku dengan Tyra tu nak selesai.” Pujuk Ilham lagi. Apa salahnya buat macam tu.Bukankah Atirah akan semakin marah dengannya dan turut patah semangat untuk meneruskan cinta 3 bulan mereka.

“kau ni Ilham... sebenarnya kau cuba sedaya upaya atau tidak cintakan Tyra?” Hafiz mula ke topic lain.

“kenapa pulak kau tanya macam tu. Mestilah aku dah cuba. Tapi hati aku tetap tak dapat nak berubah.” Jelas Ilham bersungguh-sungguh.

“atau sebenarnya hati kau tu dah ada orang lain.....” duga Hafiz.

“mestilah bro... dalam hati aku hanya ada Rania. Tiada wanita lain akan boleh ganti dia.”

“walaupun orang itu Risa...” kata-kata Hafiz buat Ilham terdiam sekejap. Matanya terbayang wajah Nadrisa yang lembut. Telinganya terdengar suara Nadrisa yang kuat melawan kata-katanya.

“Risa sama je macam ex aku sebelum ni. Tak lama lagi aku tukar yang baru pula.” Balas Ilham kedengaran agak riak. Hafiz ketawa kecil. Ketawa yang menyindir sebenarnya. Memang buta matanya kalaulah dia tidak dapat melihat yang Ilham sebenarnya sudah jatuh cinta pada Nadrisa. Ilham sebenarnya tidak sedar atau pun ego tak nak mengaku yang sebenarnya dia sudah menemui pengganti Rania.

Last edited by misssakura on 11-10-2012 10:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 10:57 AM | Show all posts
misssakura posted on 11-10-2012 10:27 AM
Ilham mengeluh kecil membaca mesej yang diperolehi dari Atirah. Malasnya dia nak keluar jumpa gadi ...

kerek ye ko ilham.......tunggu nanti nad pi dok kat caw terengganu bsru tau ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 01:50 PM | Show all posts
Suasana sunyi sepi di dalam kereta Vios yang bewarna putih. Masing-masing sibuk melayan perasaan. Langsung tiada perbualan antara mereka. Ilham menjeling kearah Nadrisa yang sibuk melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba Ilham mula teringatkan perbualan antara dia dan Nadrisa semasa kali pertama mereka berdating.

“ya Allah, Risa... saya mintak maaf.” Minta Ilham agak kalut. Terus mukanya dipalingkan bagi melihat wajah Nadrisa. Namun hatinya keliru seketika. Tak nampak sakit pon minah ni.

“eh kenapa pulak ni awak. Apa pulak nak mintak-mintak maaf ni..” Nadrisa tidak mengerti perubahan Ilham yang tiba-tiba.

“owh jadi maksudnya awak tipu sayalah yer Risa...” tambahan kata-kata dari Ilham buat Nadrisa makin tidak faham. Apa yang Ilham merepek ni.. giler ke apa.

“apa ni awak.. saya tak fahamlah.. tolong guna ayat yang penuh... jangan sekerat-sekerat je.” Bebel Nadrisa.

“bukan ke awak mabuk kereta Risa?” soal Ilham akhirnya.

“mana ad...............” belum habis lagi Nadrisa membalas tiba-tiba otaknya teringat penipuan yang telah dibuat. Ya Allah. Macam mana pulak aku boleh lupa yang aku menipu dia pasal ni. Tu lah... kuat sangat menipunya.

“err...maksud saya hari tu kalau lama sangat dalam kereta. Mabuklah.. kalau macam ni okey je.” Dalih Nadrisa. Ilham sekadar mengangguk mendengar jawapan dari Nadrisa. Menerimanya tanpa berfikir panjang. Malas mahu berfikir benar atau tidak jawapan kekasihnya. Deringan telefon Nadrisa tiba-tiba berbunyi. Di jawab panggilan itu tanpa berlengah.


Ahaks....lawak ler nad nih...boleh lak lupa dia mabuk kereta bagai...huhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.587526 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list