CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 11-10-2012 01:50 PM | Show all posts
Tuan umah....rupa ilham yg nih ok tak..? ntah napa kita baygkn ini ilham...muleh?...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2012 07:45 PM | Show all posts
sellie003 posted on 11-10-2012 01:50 PM
Ahaks....lawak ler nad nih...boleh lak lupa dia mabuk kereta bagai...huhu...

tu la... menipu sngt. sekali lupa menda yg ditipu... tp sengal je ilham. percaya sngt cakap nad tuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 07:46 PM | Show all posts
sellie003 posted on 11-10-2012 01:50 PM
Tuan umah....rupa ilham yg nih ok tak..? ntah napa kita baygkn ini ilham...muleh?...

okey lulus...... sngt hensem
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 07:52 PM | Show all posts
redsentra posted on 11-10-2012 10:57 AM
kerek ye ko ilham.......tunggu nanti nad pi dok kat caw terengganu bsru tau ekekeke

jangan la kesian ilham nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 07:58 PM | Show all posts

Atirah mengerutkan dahinya apabila melihat Hafiz menegurnya. Kebetulan pula dia bertemu Hafiz didepan pawagam ni. Atau ada sesuatu yang dia tidak tahu telah berlaku.

“sorry lambat......” tegur Hafiz. Semput pernafasannya kerana berkejar untuk ke pawagam ini.

“sorry?” soal Atirah tidak faham. Namun hatinya seolah-olah sudah dapat mengagak jawapan yang bakal diterima. Jawapan yang cukup mencalarkan perasaannya.

“Ilham ada hal malam ni... dia mintak i temankan you tengok movie. Erk you tak nak ke?Kalau tak nak tak apalah.. kita balik je la.” Hafiz menerangkan duduk perkara sebenar. Atirah mengeluh kecil mendengar penerangan Hafiz.

“jom la kita masuk....” ajak Atirah. Tak sampai hati pula untuk pulang setelah melihat Hafiz bersusah payah datang untuk menemaninya.

“you tak kisah ke?”

“nak kisah apanya... you pon kawan i. Jom la.” Atirah mengajak lagi. Namun kesedihan yang terpalit pada hatinya sudah tidak terkata lagi. Kali ini dia betul-betul tidak dapat bertahan lagi.

“eh kenapa ni... you okey ke?” soal Hafiz tatkala melihat Atirah tiba-tiba terduduk didepan pawagam. Beberapa mata memandang kearah mereka. Hafiz menghampiri Atirah yang menekup mukanya dengan kedua belah tangannya.

“sampai hati dia buat i macam ni... kalau tak nak datang cakap je la.. tak perlu buat i nampak macam orang bodoh. ” Luah Atirah bersama esakan. Hafiz sekadar memandang. terdapat beberapa mata turut memandang kearah Atirah dan Hafiz sambil berbisik sesama sendiri.

“i sayang dia sangat-sangat... kenapa dia tak pernah nampak perasaan i. Apa yang i kurang? Kalau dia boleh layan girlfriend-girlfriend dia yang entah apa-apa tu..kenapa dia tak boleh layan i macam tu. At least try la untuk cintakan i.” Tambah Atirah lagi. Hatinya cukup berkecai dengan sikap Ilham. Bukan sekali jadi begini. Banyak kali sudah. Macam dia sahaja yang bersungguh dalam hubungan mereka.

“dah-dah la tu Tyra.... you tahukan dia macam tu. Tak payahlah you paksa hati dia.Semakin you paksa semakin merana hati you nanti. Mungkin memang dia bukan jodoh you.” Pujuk Hafiz. Dia menarik lembut lengan Atirah supaya berdiri tegak kembali. Dipimpin gadis itu berjalan setelah melihat segala kekuatan gadis itu hilang.

“jom kita balik... i hantar you pulang.” Aju Hafiz lagi. Atirah sekadar diam namun tetap mengikut jejak Hafiz.
Last edited by misssakura on 11-10-2012 08:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 09:48 PM | Show all posts

Nadrisa menekan keypad hensetnya. Senyuman kecil menghiasi bibirnya. Kadang-kadang bermesej dengan Ilham ni boleh menghiburkan hati.

“amboi bukan main kau tersengeh-sengeh mengadap telefon tu yer? Dah angau ke?” tegur Dahlia yang tiba bersama secawan milo. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Nadrisa.

“mana ada... dah mesej dia kelakar... gelak la..” jawab Nadrisa. Henset yang dipegang diletakkan kembali.

“aku risau kau ni hanyut je Nad... karang kau betul-betul jatuh cinta dengan mamat tu memang parah la hidup kau...” luah Dahlia tentang kegusaran hatinya. Tengok dua tiga menjak ni bukan main ceria muka Nadrisa. Kalau dulu nampak jugak terpaksa untuk dia bercinta dengan Ilham. Tapi sekarang nampak bahagia pulak minah ni. Dia bukan tidak suka melihat kegembiraan Nadrisa tapi Ilham bukan lelaki yang sesuai untuk Nadrisa.

“hish kau ni... mana ada. Tak adanya aku nak jatuh cinta kat dia tu. Waras lagi la aku ni.” Balas Nadrisa tenang.

“kau tu memang la waras. Tapi hati kau tu macam mana. Ingat senang ke nak kawal hati sama macam kawal otak. Kau jangan lupa, Ilham tu banyak pengalaman dalam cinta.Tak susah untuk orang macam dia tu nak buat kau jatuh cinta. Lagi-lagi kau tu bukannya ada pengalaman bab-bab cinta ni.” Dahlia menjelaskan segala kegusaran hatinya. Ilham tu pula dah la kaki perempuan. Dia tak nak kawannya jatuh kat tangan lelaki macam tu. Nadrisa terdiam mendengar bebelan dari Dahlia. Ada benarnya juga kata-kata Dahlia. Tapi dia berjanji, dia akan lindungi kesucian hatinya dari jatuh cinta kepada Ilham.

“so bila kau nak beritahu kenyataan sebenar kat Ilham? Karang dia dapat tahu mampuslah kau.” Tanya Dahlia pula.

“puan Maimun sekarang kat Terengganu... lama jugak kot. Sebab tu aku tak boleh nak buat apa-apa lagi. Selagi puan Maimun tak balik, selagi tu aku kena mengadap mamat tu.” Terang Nadrisa duduk perkara sebenar masalahnya.

“bila dia nak tinggalkan kau?”

“manalah aku tahu Lia.... macam tak ada tanda-tanda pon. Ni pon dah sebulan lebih kitorang bercinta.”

“entah-entah dia dah syok kat kau.....” giat Dahlia bersama senyuman mengusik.

“sorryler... ada aku kisah kalau dia syok kat aku...” luah Nadrisa selamba. Mahu tak tenang kalau berkasih dengan orang macam Ilham. Dah la hensem miang pulak tu. Susah nak dijaga!
Last edited by misssakura on 11-10-2012 09:54 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2012 08:40 AM | Show all posts
misssakura posted on 11-10-2012 07:45 PM
tu la... menipu sngt. sekali lupa menda yg ditipu... tp sengal je ilham. percaya sngt cakap nad tu ...

Tulah pasal...kena awek macm nadrisa terus hilang macho...jd lurus bedul jek...ahaks...

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 08:41 AM | Show all posts
misssakura posted on 11-10-2012 07:46 PM
okey lulus...... sngt hensem

Ok miss, kira ini hero kita lah ya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 09:17 AM | Show all posts
sellie003 posted on 12-10-2012 08:41 AM
Ok miss, kira ini hero kita lah ya.....

xnmpk pon pic ilham tu...alaaaaaaaa nk tgkkk emsemnya mcmna...


parah lah kau sat lagi nad...bunga2 cinta dh mekar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 09:26 AM | Show all posts
awanjingga posted on 12-10-2012 09:17 AM
xnmpk pon pic ilham tu...alaaaaaaaa nk tgkkk emsemnya mcmna...

x nampak ke awan...aiseh...ok..ok...aku tepek pakai image shack...mesti ko terguda punya...

Nih dia Ilhamku....



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 09:47 AM | Show all posts
sellie003 posted on 12-10-2012 09:26 AM
x nampak ke awan...aiseh...ok..ok...aku tepek pakai image shack...mesti ko terguda punya...

Nih ...

hesem... mcm cinlanda...mcm eddy ekekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 09:55 AM | Show all posts
sellie003 posted on 12-10-2012 09:26 AM
x nampak ke awan...aiseh...ok..ok...aku tepek pakai image shack...mesti ko terguda punya...

Nih ...

perghhhhh....emsem gilerrr...sesuai sgt jd hero..haii ilham...

jgn kata aku nenek moyang pun trguda jga...haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:00 AM | Show all posts
camne kalu bebetul ILHAM jatuh cinta kat NAD...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:05 AM | Show all posts
redsentra posted on 12-10-2012 09:47 AM
hesem... mcm cinlanda...mcm eddy ekekekekek

Eheh.... Motipppp terbawak sampai ke sini?

Nak suruh si @sellie003 carikan hero kat rumah sinun gak lah... Sellie pandai tang ni...

On Topic:

“sorryler... ada aku kisah kalau dia syok kat aku...” luah Nadrisa selamba. Mahu tak tenang kalau berkasih dengan orang macam Ilham. Dah la hensem miang pulak tu. Susah nak dijaga!
Ko pun memang dah ada hati kan Nad????

Sakuraaaaa....Sakuraaaaa... Ku seru namamu.....



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:12 AM | Show all posts
awanjingga posted on 12-10-2012 09:55 AM
perghhhhh....emsem gilerrr...sesuai sgt jd hero..haii ilham...

jgn kata aku nenek moyang pun  ...

Hencem kan...cool jek mamat nih..stylo habis...walaupun pakai macam tuh...ahaks...

Kalu aku jd nad...mau tak tido malam nih....

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:14 AM | Show all posts
redsentra posted on 12-10-2012 09:47 AM
hesem... mcm cinlanda...mcm eddy ekekekekek

Macm eddy ker...? rasanya mamat ih sehsuai watk ilham sbb nampk muda jek...kalu nak macm eddy sat aku pi cari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 10:20 AM | Show all posts
Tak tahulah siapa gerangan minah suci nih...agak2 ini jd nadrisa ok tak tuan umah... ini ciri2 manis yg biasa2...
Tp lawa gak budk pompuan nih...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 10:59 AM | Show all posts
nape x de yg kesian kt Tyra....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 11:00 AM | Show all posts
Nadrisa berjalan-jalan sambil memandang kiri dan kanan. Dia singgah seketika di kedai menjual pakaian. Sehelai tudung dipegang. Dah lama tak shopping baju dengan tudung. Bisik hatinya.

“cantik...beli lah.” Tegur Ilham. Nadrisa memandang ke arah Ilham yang sedang memandang tudung yang dipegang.

“cantik ke?” soal Nadrisa lagi.

“yer cantik... kalau awak pakai lagi cantik.” Ilham bermulut manis. Nadrisa tersengih mendengar pujian Ilham. Lelaki kalau bercakap manis menggula ayat. Buat aku perasan je. Nadrisa menilik harga yang terdapat pada tudung tersebut. RM 85! Ya Allah mahalnya. Baik aku beli baju kalau macam ni.

“hmmm tak apa lah... bukan ada baju warna merah pon.” Balas Nadrisa. Dia meletakkan kembali tudung tersebut dan keluar dari kedai tersebut.

“awak ada barang ke nak beli? Jom la kita cari barang awak.” Ajak Nadrisa akhirnya. Dia sebenarnya mahu window shopping sahaja hari ini. lagi pon duit gaji belum masuk lagi. Sekarang ni pon tengah nazak kewangannya. Dia malas lah membazir duit untuk perkara yang tak sepatutnya.

“owh..baru teringat. Saya nak cari jam tangan. Jom temankan saya.” Nadrisa dan Ilham bergerak menuju ke kedai yang menjual jam tangan.

“baru saya perasan encik Ilham tak pakai jam... kenapa baru nak beli?” soal Nadrisa pelik. Ilham terdiam seketika. Terus ingatannya sampai kepada arwah Rania. Rania pernah menghadiahkannya sebentuk jam tangan dan jam itu telah disimpan didalam kotak kenangannya pada hari pemergiaan Rania. Kalau dia masih memakai jam itu dia tidak pasti dia mampu meneruskan hidup atau tidak. Hanya melihat secebis kenangan bersama Rania buat hatinya cukup merindui gadis itu.

“encik Ilham... encik Ilham...” sapa Nadrisa sambil melambai-lambaikan tangan dihadapan Ilham yang tiba-tiba diam. Ilham tersedar. Jauhnya dia mengelamun mengingatkan gadis yang paling disayangi. Dia memandang Nadrisa yang kini berada dihadapannya. Satu senyuman manis disedekahkan kepada gadis itu.

“kenapa ni encik Ilham... tak sihat ke?” soal Nadrisa agak risau. Ye la dari yang banyak cakap tiba-tiba diam. Bukan ke pelik. Dah macam kena sampuk hantu jer.

“tak ada apa-apalah. Tolong saya pilih jam.” Minta Ilham sambil melihat beberapa jam yang terdapat didalam cermin kaca. Nadrisa turut mengintai beberapa jam untuk membantu Ilham membeli jam baru.

Last edited by misssakura on 12-10-2012 11:04 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 11:07 AM | Show all posts
awanjingga posted on 12-10-2012 09:17 AM
xnmpk pon pic ilham tu...alaaaaaaaa nk tgkkk emsemnya mcmna...

x lme g ade la adegan meroyan nih. dh jatuh cinta kekdahnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.072817 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list