CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 24-10-2012 04:05 PM | Show all posts
sian btol kat dorg ni..

nad jgn plak jual mahal bila ilham pujuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 04:06 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 24-10-2012 04:02 PM
alaaaaa....iklan lagiiiiiii

mak budak jgn buat lagu tu..kang xpasl2 kluar baby tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:04 PM | Show all posts
awanjingga posted on 24-10-2012 04:06 PM
mak budak jgn buat lagu tu..kang xpasl2 kluar baby tu...

merintih dlm pasrah kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:12 PM | Show all posts
misssakura posted on 24-10-2012 04:00 PM
mlm karang la pulak sakura smbung... nak edit dulu saki baki citer nih

Hhhmmm malam ek....kalau macam tu tido dulu la yer...esok pagi baru bangun baca... bkn kat mesia kekdahnyer huhu nak kena sesuaikan dgn masa disinin dgn disinun
Tulis byk baaanyaaakkk baaaaaannnnnyyyyyyaaaaakkkk tau...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:14 PM | Show all posts
khaizarina posted on 24-10-2012 05:12 PM
Hhhmmm malam ek....kalau macam tu tido dulu la yer...esok pagi baru bangun baca... bkn kat mesia k ...

rina ktner tu? musim ape skrang?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:17 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 24-10-2012 05:14 PM
rina ktner tu? musim ape skrang?

Skang ni spring nak masuk summer...cuma teka kat mana?
Boleh ke main teka teki kat sini? Huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2012 05:27 PM | Show all posts
khaizarina posted on 24-10-2012 05:17 PM
Skang ni spring nak masuk summer...cuma teka kat mana?
Boleh ke main teka teki kat sini? Huhu

New Zealand, Australia or Tasmania? rasa tu jek la....yg mane ni rina?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:34 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 24-10-2012 05:27 PM
New Zealand, Australia or Tasmania? rasa tu jek la....yg mane ni rina?

Pandainyer!!! Jawapannyer yg mula2 sekali tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2012 12:05 AM | Show all posts
Ilham termenung sendiri. Otaknya ligat berfikir cara untuk menjejaki Nadrisa. Dia langsung tiada idea untuk mencari kembali gadis itu.

“kalaulah suatu hari nanti ada perkara bakal memisahkan kita, saya mintak awak percayakan saya boleh?” Ilham teringatkan bait-bait permintaan Nadrisa pada kali terakhir pertemuan mereka. Ilham meraup mukanya. Ya Allah, kenapa mudah sangat aku lupakan janji aku padanya. Padahal aku sudah janji untuk mempercayai dia walau apa pun yang berlaku. Tapi apa yang dia dapat dari aku. Penampar....penghinaan. Kenapa lah aku tak nak dengar dulu penjelasannya. Kenapalah aku tergamak menuduh Nadrisa yang baik tu macam tu. Macam lah aku tak kenal perangainya selama ni. Apalah yang bengap sangat aku ni.

“saya pon cintakan awak”.... bisikan cinta dari Nadrisa terus memenuhi benak Ilham. Dia perlu mencari Nadrisa dengan segara. Kalau tak dia boleh jadi gila kalau terus macam ni. Dia yakin, dengan restu papa dan mamanya dia dapat bersatu kembali dengan Nadrisa. dia memanjat doa kehadrat Ilahi supaya memanjangkan jodohnya dan Nadrisa.

Last edited by misssakura on 25-10-2012 12:07 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 12:08 AM | Show all posts
Ilham menjeling jam tangannya beberapa kali. Keluhan kecil keluar dari mulutnya. Manalah minah ni... janji pukul 1 tapi sekarang dah nak pukul 2 pon tak sampai lagi. Memang sengaja menguji kesabarannya. Ilham mencapai hensetnya lalu cuba menghubungi wanita yang ingin ditemui. Namun sayang panggilannya tak bersambut.

“sorry.......lambat.” Tegur Dahlia lalu melabuhkan diri dihadapan Ilham. Seorang lelaki tidak dikenali duduk disebelah Dahlia.

“eh tak pe...” jawab Ilham. Nasib kau kawan Nadrisa, kalau tak jangan harap aku nak jadi penunggu kat sini.

“kenalkan suami saya, Midi.” Dahlia memperkenalkan suaminya setelah melihat kerutan wajah pada Ilham. Ilham menyalami suami Dahlia. Ni mesti kes cemburu. Sampai suaminya ikut sekali nak datang jumpa aku. Bisik hati Ilham.

“bila kahwin?” soal Ilham sekadar berbasa basi. Tidak mahu terlalu gelojoh untuk mendapatkan maklumat Nadrisa dari satu-satunya kawan Nadrisa.

“tahun lepas.... ni kenapa bersungguh sangat nak jumpa saya. kalau ikutkan hati saya tak hingin nak jumpa orang macam awak.” Agak tinggi suara Dahlia. Mustahil dia lupa apa yang Ilham lakukan terhadap Nadrisa.

“saya nak tahu pasal Nadrisa...........”

“buat apa awak nak tahu pasal dia..... tak puas lagi ke awak seksa dia?” potong Dahlia tanpa sempat Ilham menghabiskan kata-kata. Ah lelaki seperti Ilham tak boleh di beri muka. Dia sekali-kali takkan biarkan teman kesayangannya jatuh ke tangan lelaki seperti Ilham.

“saya tahu saya salah.....”

“kalau tahu diri tu bersalah tak payah nak mengada-ngada nak tahu pasal Nad lagi. Sila jauhi diri awak dari dia.” sekali lagi Dahlia memotong ayat Ilham. Kecut perut Ilham melihat amarah dari Dahlia. Betul-betul marah nampaknya teman baik Nadrisa. ini baru teman baik, tuan punya badan pasti lagi marah. Detik hati Ilham.

“Lia....bagi peluang Ilham habis cakap dulu.” Suruh Midi tatkala melihat Dahlia langsung tak memberi peluang untuk Ilham bercakap. Ilham menghembus nafas lega. Nasib baik minah ni bawak suaminya, boleh jugak tolong aku.

“nak bagi peluang buat apa! Dia pon tak bagi peluang kepada Nad beritahu hal sebenar dulu.” Marah Dahlia. Geram dia melihat wajah Ilham yang telah banyak melukakan hati Nadrisa. Ilham menelan liur.. gangster betol Dahlia ni.

“saya dah sedar saya silap sebab tu saya datang jumpa awak.......... saya harap awak sanggup beri saya maklumat tentang Nadrisa.” minta Ilham sopan. Setinggi mana marah Dahlia terhadapnya tetap tidak menghalang kesungguhannya untuk mendapatkan maklumat Nadrisa.

“amboi mudahnya awak cakap... lepas awak dah sakitkan hati dia, sekarang senang-senang je awak datang nak minta maklumat dia.. apa awak ingat Nad tu patung? Tak ada perasaan.” Tinggi suara Dahlia memarahi Ilham. Dia bukan apa sebenarnya,sekadar mahu membalas dendam bagi pihak Nadrisa. biar padan muka Ilham.  

“sayang........sabar sikit boleh. Awak tu dah lah pregnant.” Nasihat Midi terhadap isterinya. Ilham terkulat-kulat dimarahi Dahlia. Namun dia sedar memang silap dia membuat hati Nadrisa terluka.

“macam mana Lia nak sabar setelah melihat apa yang dia dah buat terhadap Nad. Sepanjang Lia kenal Nad, tak pernah Lia tengok Nad sedih macam tu.” Jawab Dahlia. Dijeling wajah Ilham geram.

“abang yakin, Ilham dah sedar tentang kesilapannya sebab tu dia mahu mencari Nad semula. Kita bagi peluang kepada Ilham terangkan dulu apa yang dia nak. Ini semua pon untuk kebahagiaan Nad juga.” Pujuk Midi lagi. Dahlia menarik mukanya perlahan. Pasal Ilham dia pula dibebel suaminya.

“sekarang cakap apa awak nak?” soal Dahlia akhirnya. Walaupun tak ikhlas namun dia terpaksa juga. Ada benar kata Midi. Mungkin, Ilham sudah sedar tentang kesilapannya. Kalau Ilham benar-benar sayangkan Nadrisa, bukankah itu menjadi satu petanda yang baik dalam hubungan Nadrisa dan Ilham.

“saya nak tahu kat mana Nadrisa sekarang? Kat mana dia ker...”

“nak tahu buat apa?” seperti biasa Dahlia memotong kata-kata Ilham. Midi menepuk lembut peha isterinya supaya wanita itu belajar bersabar. Jangan terlalu suka memotong ayat orang.

“ saya cintakan Nadrisa. saya sayangkan dia dan saya tahu saya salah sebelum ini. sebab tu saya nak cari balik dia untuk sambung semula hubungan kami, untuk betulkan kesilapan saya terhadapnya....”jawab Ilham tegas. Suaranya dikeraskan. Geram betul hatinya mengadap Dahlia. Nasib baik kau tu kawan Nadrisa, kalau tak kirim salam la aku nak hadap kau ni. Dahlia terdiam.Dia memandang ke wajah suaminya yang turut memandang ke arahnya. Jawapan tegas dari Ilham buat dia mempercayai kata-kata lelaki itu. Tetapi, kalau Ilham menipu macam mana? Pasti Nadrisa akan merana lagi.
Last edited by misssakura on 25-10-2012 12:16 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 12:17 AM | Show all posts
Ilham kini telah tiba di Shah Alam. Seperti maklumat yang diperolehi dari Dahlia, Nadrisa kini menyambung pelajarannya di Shah Alam. Gadis itu juga bekerja disebuah kedai buku sebagai pembantu kewangan. Ilham masuk ke kedai buku yang dimaksudkan oleh Dahlia. Dengan lafaz bismillah dia menghampiri cashier yang menjaga kaunter pembayaran.

“assalamualaikum.......”tegur Ilham. Suasana di kedai buku tersebut agak lengang memudahkan kerja pencarian Ilham.

“waalaikummusalam...apa yang boleh saya bantu?” soal wanita yang mungkin berusia belasan tahun penuh tertib.

“tumpang tanya, ada ke pekerja kat kedai ni namanya Nadrisa?” Tanya Ilham lembut. dahi gadis itu sedikit berkerut.

“maafkan saya encik... saya pekerja baru kat sini.” Balas gadis itu perlahan. Ilham mengeluh kecil. Kecewa jiwanya mendengar jawapan dari gadis kecil molek didepannya.

“oooooo ye ke... k thank.” Ucap Ilham. Dia mara ke dalam kedai tersebut untuk menemui pekerja lain. Dia ternampak seorang wanita yang memakai baju yang dirasakan baju kerja dikedai buku ini. dihampiri dan ditanya gadis itu.

“assalamualaikum...”tegur Ilham.

“waalaikummussalam. Ada apa yang saya boleh tolong?”

“ada pekerja nama Nadrisa tak kat sini?” Tanya Ilham lagi. Dialog yang sama digunakan dengan penjaga kaunter dihadapan tadi.

“Nadrisa? ooo Nad yer?. Ada. Dia pembantu akaun kat sini. Tapi hari ni dia cuti. Hari ni kan hari sabtu...” jawab wanita itu tenang.

“oooooo.....ada alamat dia tak?” minta Ilham pula.

“alamat tu tak adalah... saya minta maaf yer encik.” Mohon wanita itu lagi. Ilham sekadar mengangguk tanda faham. Dia mengeluh perlahan. Dia kemudiannya keluar dari kedai buku tersebut.

Last edited by misssakura on 25-10-2012 12:20 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 12:22 AM | Show all posts
khaizarina posted on 24-10-2012 05:34 PM
Pandainyer!!! Jawapannyer yg mula2 sekali tu....

wahhh rina dok kt new zealand... best la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 12:24 AM | Show all posts
awanjingga posted on 24-10-2012 04:05 PM
sian btol kat dorg ni..

nad jgn plak jual mahal bila ilham pujuk..

nad mestilah nak jual mahal punya... biar pdn muka dengn ilham tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 12:26 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 24-10-2012 04:02 PM
alaaaaa....iklan lagiiiiiii

hehehe.... iklan dh abis.. dh bleh bce sekarang... jgn ngamuk2 cian kt baby tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 12:27 AM | Show all posts
Sherasi posted on 24-10-2012 04:04 PM
Iklan lg ke hukhukhukhuk....

dh sambung tu... selamat membaca
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 06:35 AM | Show all posts
misssakura posted on 25-10-2012 12:22 AM
wahhh rina dok kt new zealand... best la

tak best mana pun...tambah2 nak raya esok lusa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 06:36 AM | Show all posts
misssakura posted on 25-10-2012 12:24 AM
nad mestilah nak jual mahal punya... biar pdn muka dengn ilham tu

jangan jual mahal sangat... ai pulak yg tak tahan hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 10:11 AM | Show all posts
Ilham menanti hidangannya tiba dengan penuh sabar. Mahu kebulur perutnya kerana langsung tidak diisi semenjak pagi hingga sekarang pukul 3 petang. Matanya melilau seketika sekitar gerai berhampiran UITM Shah Alam.

“adik...bungkus nasi goreng kampung satu.” Satu suara lunak menggangu permandangan Ilham. Hatinya berdetak kencang mendengar suara yang cukup dikenali. Terus matanya disasarkan kepada tuan empunya suara. Pada fizikal gadis itu dia yakin pencariannya hampir berjaya. Ilham menghampiri sang gadis yang sedang duduk menanti menu yang dipesan.

“Nadrisa....” tegur Ilham dari belakang gadis itu. Nadrisa yang sedang menanti pesanannya tiba memalingkan wajah kepada penegurnya. Entah kenapa hatinya kuat berdetak mendengar suara sang pemanggil. Mata Nadrisa merenung lama wajah lelaki didepannya kini. Air liur ditelan perlahan-lahan. Wajah Ilham yang banyak berubah tidak menghalangnya untuk mengecam jejaka ini. tersedar dari lamunannya, Nadrisa pantas mengambil beg dan bukunya lalu berlari meninggalkan Ilham. Gayanya tak ubah seperti terserempak hantu.

“Risa tunggu...... jangan lari.” Tegah Ilham sambil turut mengejar Nadrisa. Nadrisa cepat-cepat menaiki motosikalnya yang dipakir berhampiran kedai makan. ‘aduyai motor aku waktu-waktu macam ni la dia susah nak hidup..’ bebel Nadrisa didalam hati tatkala motosikalnya tidak dapat dihidupkan. Ilham menghampiri Nadrisa lalu memegang handle motorsikal. Mahu menghalang Nadrisa meninggalkannya.

“kenapa awak lari?” soal Ilham sambil merenung tepat wajah Nadrisa yang langsung tidak memandangnya. Jelas sekali bertapa Nadrisa bencikannya kini.

“saya tanya ni... kenapa awak lari bila nampak saya?” soal Ilham lagi apabila melihat Nadrisa masih membisu.

“siapa awak? Saya tak kenal la. Tepi, saya nak balik.” Arah Nadrisa tanpa memandang wajah Ilham. Wajah yang tak pernah hilang dari ingatannya selama ini.

“kalau tak kenal kenapa nak larikan diri?”

“eh suka hati sayalah nak lari ke, nak menari ke? Nak apa-apa je la. Kaki saya. dah sekarang awak ke tepi atau saya langgar awak kejap lagi.” Ugut Nadrisa.

“pandang saya Risa... kita perlu berbincang. Jangan buat tak kenal dengan saya.” tegas Ilham.

“awak tak paham bahasa ke atau ada masalah pendengaran? Saya suruh awak ke tepi...tak paham ke?” tinggi suara Nadrisa. matanya mencerun ke arah Ilham. Baru berani untuk bertentang mata dengan bekas kekasihnya. Lama dia merenung wajah lelaki itu... terasa rindu yang menggamit menghilang sedikit demi sedikit.

“saya tak akan ke tepi selagi awak tak turun dan bercakap dengan saya... saya datang ke Shah Alam semata-mata mencari awak, Risa.” Luah Ilham. Ilham menatap wajah Nadrisa yang tidak banyak berubah. Cuma gadis itu kelihatan semakin kurus..

“tak tanya pon... saya cakap sekali je lagi.. ke tepi atau saya langgar awak?” keras suara Nadrisa demi menunjukkan dia serious dengan kata-katanya.

“langgarlah kalau awak tak sayang saya!” cabar Ilham. Nadrisa membulatkan matanya yang tak seberapa besar mendengar kata-kata dari Ilham. Apa dia ingat aku hadap sangat dia gamaknya. Nadrisa tidak tunggu lama. Ditolak badan Ilham kuat sehingga lelaki itu tersungkur ditepi jalan. Setelah memastikan Ilham tidak menghalang perjalanannya, terus dia memecut motosikalnya meninggalkan lelaki itu.

Last edited by misssakura on 25-10-2012 10:19 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 10:14 AM | Show all posts
mesti byk dugaan ILHAM nak pujuk NAD...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 10:52 AM | Show all posts
khaizarina posted on 25-10-2012 06:35 AM
tak best mana pun...tambah2 nak raya esok lusa ni

kt NZ kn byk lembu....sembelih jek sekor buat lauk raya bsok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.469506 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list