CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240887|Reply: 2484

FEAR FACTOR SELEBRITI M'SIA [UPDATE : GAMBIT & ALIFF TERSINGKIR]

 Close [Copy link]
Post time 30-9-2012 06:32 AM | Show all posts |Read mode
FB fanpage: http://www.facebook.com/FearFactorMalaysia

Twitter: @FearFactorMY



credit: mstar Online

'Fear Factor Selebriti Malaysia' Elak Perkara Tidak Senonoh
Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)



Peserta-peserta tidak akan melalui ujian yang melibatkan perkara-perkara menjijikkan. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL


GOMBAK: Perkara-perkara jijik dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi budaya negara ini tidak akan ditonjolkan dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia membabitkan selebriti tempatan.

Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, pihaknya amat peka dengan isu yang melibatkan sensitiviti penonton dan tidak akan mengikut format program itu yang mendedahkan peserta dengan perkara-perkara tidak senonoh.

"Jika melihat format program asal, peserta akan diuji dengan memakan benda-benda yang menjijikkan, tetapi ia tidak akan berlaku dalam program ini.

"Ia dihasilkan mengikut kesesuaian budaya negara kita. Namun ujian yang melibatkan rasa ketakutan, ketinggian dan psikologi mental masih lagi digunakan kerana itu adalah sebahagian 'fear factor' dalam program ini," katanya pada pelancaran Fear Factor Selebriti Malaysia di Batu Caves, di sini, Jumaat.




Aaron Aziz. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL


Tambah Raqim, walaupun perkara-perkara yang sensitif tidak dimasukkan dalam formatnya, ia masih lagi mampu menjadi tarikan kepada penonton terutamanya daripada segi kekuatan fizikal dan penggunaan haiwan yang menakutkan.

Seramai 30 selebriti (dibahagikan kepada 13 kumpulan) menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia antaranya Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul (On Air), Norisham Ismail dan Johan As'ari.

Bakal menjalani penggambaran di Cape Town, Afrika Selatan bermula 23 Oktober sehingga 15 November depan, para selebriti ini bakal melalui pelbagai ujian yang menguji tahap ketahanan serta keberanian diri selain melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar.


Para peserta diberi latihan 'Boot Camp' sebelum melalui ujian sebenar di Cape Town, Afrika Selatan. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL


"Walaupun jadual penggambarannya pada penghujung bulan depan, mereka (peserta) sudah pun diberi latihan 'Boot Camp' selama lima hari di Batu Caves.

"Mereka dikerah dengan pelbagai latihan lasak, seperti menyertai latihan askar," ujarnya.

Fear Factor Selebriti Malaysia merupakan sebuah program popular antarabangsa yang menguji ketahanan mental dan fizikal peserta, namun ia diubah suai mengikut kesesuaian budaya masyarakat Malaysia.

Selain itu, pihak Astro telah memilih Aaron Aziz sebagai pengacara bagi mengendalikan program yang akan disiarkan di Astro Ria dan Mustika HD nanti.


Last edited by eddlisa_uyuk on 23-2-2013 10:33 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2012 06:39 AM | Show all posts
from Budiey.com;

"Senarai Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia, antaranya termasuklah Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin."





lebih lanjut piccas retis2 yg terlibat > http://www.budiey.com/senarai-peserta-fear-factor-selebriti-malaysia/

btw, kerap jgk ye Dr. Faiz ni involve dlm realiti show. aritu masterchef. Jehan Miskin ex-masterchef pon ada ni

credit: Budiey


UPDATE senarai peserta (credit to @rose_weedy)
JEHAN MISKIN & MEJ (DR) FAIZ
AJAK SHIRO & ELFIRA LOY
ATU ZERO & AZRI AF9
HAIRUL AZREEN & DAZRIN
GAMBIT SAIFULLAH & ALIF HADI
NIK MICHAEL & EZLYNN
ARJA LEE & ALAM WAKAKA
ROSLAN SHAH & AZAM PITT
HEFNY ON AIR & HAFIZUL ON AIR
FARISH AZIZ & AKIM
IZ & ZAWEN
DIDIE ALIAS & ISHAM
JOHAN AS’ARI & KAKA AZRAFF
DAFI & ZOEY RAHMAN
CELINA KHOR & ARTHUR TAN
Last edited by ahkiluz on 12-10-2012 08:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 07:49 AM | Show all posts
yg pompuan tu jgn lah pilih yg menggedix, yg sikit2 menjerit, sikit2 menjerit. sgt annoying.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 08:16 AM | Show all posts
Yeay, I am supporting this program

Go Jehan Go Go Jehan Go

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 08:24 AM | Show all posts
nih aku rasa lebey pada rancangan FEAR DRAMA GEDIK2..over nak mampos!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 08:27 AM | Show all posts
@amikie laling, I dah tengok YouTube attached... Confirmed your favourite Magazine hero, artist & fear factor celebrity ROSLAN SHAH is in & dia yang paling bising kat Batu Caves Jumaat hari tu. Roslan Shah jerit kat you Wakaka Wakaka.. X sabar betul dia nak pi South Africa

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2012 08:31 AM | Show all posts
skymania posted on 30-9-2012 08:24 AM
nih aku rasa lebey pada rancangan FEAR DRAMA GEDIK2..over nak mampos!

Hahahaha I pun rasa gitu.... Celebrity List nya pun.... ROSLAN SHAH..LOL! Bukan nak menidakkan dia.. Tengok kat Youtube, nak tergelak I... X sabar dia nak ke South Africa..Wakaka Wakaka
Last edited by diana007 on 30-9-2012 08:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 08:34 AM | Show all posts
diana007 posted on 30-9-2012 08:31 AM
Hahahaha I pun rasa gitu.... Celebrity List nya pun.... ROSLAN SHAH..LOL! Bukan nak menidakkan dia ...

sure punyer lah...pompuan makin over gedik..yg jantan..makin serlah pondannyer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2012 08:40 AM | Show all posts
skymania posted on 30-9-2012 08:34 AM
sure punyer lah...pompuan makin over gedik..yg jantan..makin serlah pondannyer..

Hahahaha Sky but definitely this gonna be my WAJIB Tonton!

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 08:43 AM | Show all posts
diana007 posted on 30-9-2012 08:40 AM
Hahahaha Sky but definitely this gonna be my WAJIB Tonton!

kiter harus tgk..tuh menambah modal nak buat dosa mengutuk kt sini..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 09:08 AM | Show all posts
skymania posted on 30-9-2012 08:43 AM
kiter harus tgk..tuh menambah modal nak buat dosa mengutuk kt sini..

Perempuan x ramai, less than 5 based on the list.

Kalau ada Maya Karin, Erra Fazira, Umie Aida, Scha...These group of ladies, boleh tahan lasaknya


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 09:14 AM | Show all posts


agak berkerak juga aaron aziz ni ya? kusangkakan putih gebu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 09:17 AM | Show all posts
sape bakal menang ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2012 09:20 AM | Show all posts
rayna_raynes posted on 30-9-2012 09:14 AM
agak berkerak juga aaron aziz ni ya? kusangkakan putih gebu

abe tapa kata dlm video tu, dia baru balik shoot kat perlis, tu yg gelap tu.


ce panggil aaronator masuk sini @jingga007
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 09:35 AM | Show all posts
amy_gee posted on 30-9-2012 09:17 AM
sape bakal menang ek?

Baru Selesai Boot Camp di sini! 23rd Oct  baru berangkat ke South Africa utk semua cabaran, by 15th November balik.

Tahap kecerdasan Fizikal, kekentalan mereka : I assummed Mejar Faiz ataupun Jehan Miskin
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 09:35 AM | Show all posts
baru lah nampak macho abe haron.....dark n handsome gituh.

harap2 bini dia control sikit kali ni....sbb ada jelitawan roslan shah sekali. takut abe haron jatuh cinta dgn heshe pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2012 09:42 AM | Show all posts
mirwaisahmadzai posted on 30-9-2012 09:35 AM
baru lah nampak macho abe haron.....dark n handsome gituh.

harap2 bini dia control sikit kali ni. ...

khen? pakai baju fit, v-neck, body berketul. kalau ikut standard kementerian pendidikan ni dah sah la aron ajis ni ghey

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 09:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 09:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 09:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.093950 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list