CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7953|Reply: 71

[Jenayah] Kupek mau bonus gomen tak perlu bayar cukai

[Copy link]
Post time 2-10-2012 08:44 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Cuepacs memohon agar bonus kepada penjawat awam pada  Disember dan Januari ini, dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penjawat awam sememangnya amat menghargai keputusan kerajaan memberi bonus satu setengah bulan, iaitu yang terbaik pernah diberikan setakat ini.

"Kalau boleh dipertimbangkan, berilah bonus yang 'solid'," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Belanjawan 2013 yang bertema 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati' di Dewan Rakyat, mengumumkan pemberian bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam, dengan bonus setengah bulan sudah diberikan Ogos lepas.


Sementara itu, merujuk pengumuman Perdana Menteri berhubung peruntukan RM1.9 bilion kepada Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara bagi memulakan inisiatif membina 123,000 unit rumah mampu milik di kawasan strategik, Omar berkata, pihaknya menyambut baik langkah itu kerana dapat membantu penjawat awam memiliki kediaman sendiri.


Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya meminta kerajaan memberi perhatian terhadap beberapa perkara bagi memastikan inisiatif itu dapat memberi nikmat paling maksimum kepada orang ramai.


Omar juga berharap pihak yang terbabit dengan inisiatif perumahan itu dapat memberi pinjaman 100 peratus kepada pembeli, iaitu pembeli tidak perlu membayar 10 atau 20 peratus daripada harga rumah.


Katanya, selain itu, kerajaan perlu memastikan pembeli adalah dari kalangan mereka yang belum memiliki kediaman sendiri, dan unit rumah tersebut pula diharap dapat disiapkan sepenuhnya sebelum dijual. - Bernama



Menatang Omar  ni ingat segalanya berpanji kpd pekerja kjaan je ke? 1.2juta pembayar cukai tu seme org gomen ke

Bistu bonus swasta ko balun cukai, gomen pree? manyak cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2012 08:47 AM | Show all posts
setuju dgn komen TT..   
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 08:49 AM | Show all posts
hmmmmmmmm macam setuju hihihihihh
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 08:51 AM | Show all posts
lepas ni cuba plak mintak BR1M tetiap tahun utk semua kakitgn kjaan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2012 08:56 AM | Show all posts
cmf_kunyit posted on 2-10-2012 08:51 AM
lepas ni cuba plak mintak BR1M tetiap tahun utk semua kakitgn kjaan..

mintak gula, beras sekali la cam kampeni syed mokhtar bg kat employee dia tiap2 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:01 AM | Show all posts
errr..marah nampak bang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2012 09:02 AM | Show all posts
valkries posted on 2-10-2012 09:01 AM
errr..marah nampak bang?

bukan marah...nasehaattttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:02 AM | Show all posts
belajar bersyukur je kekdahnyer...kan ke bonus dorg walau amount sebulan dibayarnyer doploh jota kali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2012 09:04 AM | Show all posts
cmf_kunyit posted on 2-10-2012 08:51 AM
lepas ni cuba plak mintak BR1M tetiap tahun utk semua kakitgn kjaan..

mintak setiap bulan lah, nk dokek pru jo ado natang brim nih

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:12 AM | Show all posts
hampa btul bajet kalini..imbuhan tetap perumahan rm180 langsung xdperdulikan..pada aku klu kerajaan bagi bonus 10 bulan gaji pn xde makna sbb hanya sekali tu je dpt..lbih baik naikkan ITP yg konfom kita dpt tiap2 bulan..bonus tu cukupla yg raya haritu pn dh memadai
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:13 AM | Show all posts
mana bleh

org lain dpt bonus kena tolak tax..gomen pun kena sama lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:13 AM | Show all posts
mcm penggemis je aku rasa gomen nih... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:18 AM | Show all posts
Meminta minta banyak sangat...menjatuhkan maruah penjawat awam di mata orang keje swasta...please be fair la...orang keje swasta ni bonus kena tolak income tax...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:20 AM | Show all posts
wah.....sonok laa depa-depa yang berada atas singgahsana nun.....heheheeee
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:21 AM | Show all posts
Cukup-cukup lah buat orang keje swasta meluat dengan orang keje gomen ni....pak omar oiii....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:23 AM | Show all posts
apala nak mintak kecuali cukai plak...... untuk golongan gaji kecik dan bonus kecik mereka memang tak payah bayar cukai... jadi tak risau pasal golongan ini... tp golongan gaji 7-8 ribu masalah kos sara hidup jugakah sampai mintak kecuali cukai... biarlah sama gomen swasta... kalu dah kena bayar.. bayar jelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2012 09:27 AM | Show all posts
Berangan lah kupek...kerajaan main tarik tali..ingat kerajaan Bn bagi tanpa dapatkan balik apa dia kasi....
Kerajaan BN (malaysia) sdn bhd...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:27 AM | Show all posts
sudah-sudah la...abe omar oii! mintak la benda yang realistik sikit...tok sah la dok mintak yang merapu meraban...bosan dah weh!!!
dok asyik berceupac....habuk pon tak dak...kerja hakiki buat masa bila?

kalau dah bonus tu banyak walaupun dibayar secara beransuran 1/2 bulan gaji...biar pi la kena cukai, yang nak kena cukai dah tentu gaji dia lebih, biarlah fair...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:38 AM | Show all posts
uols ni macam tak tahu fungsi kesatuan pekerja .. baik gomen mahupun swasta .. bukan kerja dorang meminta dan meminta dan meminta pelbagai perkara yang memberi kebajikan kepada  pekerja naungan mereka ... so .. majikan kami kerajaan ... kupek minta dgn kerajaan pelbagai benda lah utk k/tangan awam ...

kdg2 saya pun rasa kupek asik meminta minta Last edited by sayawifenikmie on 2-10-2012 09:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:48 AM | Show all posts
Saya berharap Presiden Cuepacs lepas ni perjuangkan supaya mana mana kakitangan Kerajaan level JUSA ke bawah, tak payah bayar cukai langsung, dan pinjaman perumahan tanpa faedah langsung. Dan Penjawat awam JUSA diberi kereta yang lebih selesa, seperti BMW 525i atau Audi A6 .
Manakala buat penjawat awam berjawatan rendah, perlulah diberi rebet RM15,000 kalau beli kereta Proton.
Buat penjawat awam di sektor pendidikan, guru terutamanya, perlu diberi voucher membeli belah RM 1000 setahun di MPH





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.094932 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list