CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12431|Reply: 2

Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) & Police Volunteer Reserve (PVR)

[Copy link]
Post time 5-10-2012 11:45 PM | Show all posts |Read mode
aku minat nak join SSP..
boleh tak cerita kan tugas2 asas dia..

dalam unit sukarelawan ni, apa pangkat paling kanan boleh di capai..
dan betul ke pangkat permulaan masing2 ikut sijil akademik..
atau semua SSP ni starting nya sama konstabel, tak ikut kelayakan akademik..

lagi, apa beza tugas & kuasa paling ketara antara polis sebenar dengan SSP?

harap ada policemen atau SSP kat sini yang bole terangkan..
boleh juga share apa2 info bagi seorang bakal SSP..
kalau dapat share pengalaman, lagi baik..
Last edited by capiloton on 6-10-2012 12:11 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts

PASUKAN SUKARELAWAN POLIS (PVR)

1.Apakah Pasukan Sukarelawan Polis (PVR)?
Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia dan kemudian disebut "Sukarelawan Simpanan" . Penubuhan Pasukan Sukarelawan Polis telah ditubuhkan secara rasminya di Malaya pada 1/7/1957 dibawah The Police Ordinance 1952.

2.Bagaimanakah cara untuk memohon ke jawatan PVR?
Permohonan ke jawatan SSPDRM ditawarkan secara on-line melalui laman web
www.pdrm.gov.my.
Sistem Semakan On-line (SSO).
Permohonan terbahagi kepada dua kategori iaitu:-
*Jawatan Inspektor SSP dari kalangan Inspektor Sukarelawan Siswa/Siswi (Kor SUKSIS) yang telah ditauliahkan
*Jawatan Konstabel SSP kepada orang awam yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan.

3.Siapakah yang layak memohon?
Setiap warganergara Malaysia yang memenuhi syarat yang digariskan adalah layak dimohon.

4.Apakah syarat memohon ke Jawatan Pasukan Sukarelawan Polis (PVR)?
Syarat-syarat untuk memohon jawatan Inspektor dan Konstabel adalah seperti berikut:
*Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh temuduga.
*Kelayakan Akademik :
- Memiliki Ijazah atau Diploma serta Sijil Pentauliahan Kor SUKSIS bagi calon SSP.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengnnya oleh kerajaan bagi calon Konstabel SSP.

5.Adalah perlu pelepasan majikan sekiranya terpilih?
Kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan / Majikan untuk berkhidmat adalah perlu sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

6.Berapa lama tempoh latihan yang akan dijalani oleh calon yang layak?
Anggota baru akan menjalani latihan di tempat-tempat yang ditetapkan oleh Kontinjen selama 6 bulan berturut-turut. Kehadiran menghadiri latihan tersebut tidak kurang 16 jam sebulan sebagaimana dibawah Regulation 12 (1) Peraturan Sukarelawan Simpanan Polis 1956. Walaubagaimanapun tertakluk kepada arahan semasa pucuk pimpinan hadir 1 minggu di pusat-pusat latihan.

7.Apakah kemudahan atau elaun yang diperolehi?
Anggota SSP layak dibayar elaun bertugas jika mereka telah menjalankan tugas minima 24 jam sebulan dan mereka bolah dibayar sehingga 48 jam maksima, Kadar bayaran adalah seperti berikut:-
Pegawai Kanan (semua pangkat )       
-        RM 7.80 sejam
Konstabel ke Sub Inspektor         
-        RM 6.00 sejam

8.Apakah saluran untuk mengetahui pengambilan bagi PVR?
Hebahan pengambilan SSP dijalankan melalui laman web PDRM, iklan bergerak (crawler) di RTM, TV3 dan stesen televisyen swasta serta pemberitahuan melalui stesen radio tempatan. Di samping itu, setiap Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Negara turut memainkan peranan bagi membuat hebahan dan pemberitahuan kepada masyarakat setempat.

9.Bagaimanakah bentuk penugasan yang akan dilakukan oleh PVR?Bentuk penugasan yang akan dilakukan oleh Sukarelawan Polis adalah seperti berikut:-
*Pejabat Pertanyaan / Telefon operator
*Tugas Bit
*Tugas Rondaan termasuk MPV
*Tugas Trafik
*Tugas Teknikal (M/T,W/T dan Merin)
*Tugas di Bilik Gerakan
*Pegawai Bertugas di IPK / IPD
*Pentadbiran Am
*Tugas Jaga Aman
*Tugas Kawalan (Guard Duty)

10.Apakah kuasa-kuasa PVR sama seperti polis biasa?
Mengikut Seksyen 45 Akta Polis 1967 apabila melaksanakan penugasan hendaklah mempunyai kuasa dan tugas yang sama seperti Pegawai Polis yang bersamaan pangkat.

11.Apakah perbezaan dari sudut pakaian seragam di antara PVR dan pegawai/ anggota PDRM?
Perbezaan pakaian seragam di antara PVR dan pegawai /anggota PDRM
*"Soulder Title" bertulis Sukarelawan Polis manakala "Polis Regular" Polis Diraja
*Nombor Sukarelawan Polis (SP12345), Polis regular (123456) Last edited by TomyamKari on 8-11-2014 04:34 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2014 08:50 AM | Show all posts
TomyamKari posted on 8-11-2014 04:13 AM
1.Apakah Pasukan Sukarelawan Polis (PVR)?
Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia dan ke ...

wah details, info menarik..
thanks bro..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.512325 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list