CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 36967|Reply: 48

Tragedi Pesawat JAL Terhempas Di Ladang Elmina Sg Buloh 1977

  [Copy link]
Post time 11-10-2012 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Antara gambar kejadian Pesawat JAL Terhempas Di Ladang Elmina Sg Buloh 1977 yang aku sempat cedok.Sapa boleh share cerita ni dipersilakan....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2012 08:17 PM | Show all posts
p/s Kalo dah ada tolong merged
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:42 PM | Show all posts
sungai buloh zaman ni penuh dgn pokok getah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 10:36 PM | Show all posts
masa_lalu posted on 11-10-2012 09:42 PM
sungai buloh zaman ni penuh dgn pokok getah

sekarang dah lain...dah jadi bandar damansara...saujana utama....mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 10:57 PM | Show all posts
ex_klia posted on 11-10-2012 10:36 PM
sekarang dah lain...dah jadi bandar damansara...saujana utama....mcm2

dimana lokasi tpt tu sekarang?
dah jadi soping komplek kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 11:02 PM | Show all posts
masa_lalu posted on 11-10-2012 10:57 PM
dimana lokasi tpt tu sekarang?
dah jadi soping komplek kah?

kawasan perumahan...katanya bukit ni still lagi ada....masih ada utan sesikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2012 12:25 PM | Show all posts
jumpa kt sini >>> http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=218994

KAWASAN kemalangan di ladang getah.

45 daripada 79 penumpang pesawat DC 8 Japan Airline terselamat walaupun patah tiga sebelum terhempas

KETIKA hujan lebat melanda sekitar Subang pada petang 28 September 1977, tiada siapa menyangka ia membawa petanda buruk.

Bahkan, ketika pesawat DC 8 milik Japan Airline (JAL) terhempas di Ladang Getah Elmina kira-kira 32 kilometer dari Kuala Lumpur, sehingga mengorbankan 33 penumpang dan anak kapal, pekerja ladang yang tinggal di situ langsung tidak mendengar sebarang letupan akibat cuaca terlalu buruk.


Mereka hanya menyedari kejadian itu apabila pasukan polis tiba bertanyakan mereka sama ada melihat pesawat terhempas atau tidak. Penduduk kampung turut membantu pihak berkuasa menjejak bangkai pesawat tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan atas faktor keselamatan.

Kebiasaannya, amat jarang berlaku penumpang terselamat dalam mana-mana nahas pesawat, tetapi kejadian kali ini dianggap sesetengah pihak sebagai ajaib kerana 45 daripada 79 penumpang termasuk 10 anak kapal terselamat.

Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Tokyo, Jepun menuju ke Singapura melalu Hong Kong dan Malaysia. Berdasarkan jam tangan seorang mangsa yang mati, ia dikatakan detik terakhir jam itu berdetik ialah pada 6.55 petang dan pihak berkuasa percaya itu adalah waktu terhempas.



Berdasarkan cara pesawat itu terjatuh dan patah tiga selepas merempuh pokok getah dan batu besar, ramai yang tidak percaya begitu ramai yang terselamat.

Daripada 69 penumpang, lapan daripadanya adalah rakyat Malaysia membabitkan lima terkorban dan tiga selamat. Mangsa lain ialah rakyat Jepun (29), Amerika Syarikat (lima), Belgium (lima), Jerman (tiga), Hong Kong (tiga), masing-masing dua rakyat Belanda dan United Kingdom manakala bakinya rakyat Kanada, Australia dan Yugoslavia, China, Jordan.

Hanya seorang daripada 10 anak kapal itu terselamat iaitu pramugari Seiko Mano. Kapten pesawat, T Moriski, 36, yang mempunyai pengalaman melakukan 6,500 jam penerbangan dan berkhidmat dengan JAL sejak 1965 turut terkorban.

Menara kawalan dikatakan mengarahkan pesawat supaya turun ke paras 4,000 kaki dipercayai akibat cuaca buruk.


PENDUDUK membantu mengumpul barang milik mangsa.

Sebaik saja pesawat itu terbang rendah ia dikatakan mencecah ladang getah dan memotong pokok sehingga ranap kawasan berkenaan menjadikan ladang itu sebagai padang besar. Bagaimanapun, tiada pihak dapat mengesahkan punca sebenar kejadian.

Pasukan penyelamat mengatakan bahagian pesawat bertaburan di merata tempat dan cebisan mayat mangsa juga ditemui berkecai dan hancur.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Ghazali Shafie memuji kecekapan juruterbang ketika mendarat cemas kerana berjaya menyelamatkan nyawa ramai penumpang.

"Sebagai seorang juruterbang, saya kagum dengan kecekapannya. Pasukan penyelamat juga berusaha gigih menyelamat mangsa yang parah, jika tidak mungkin ramai lagi yang terkorban," katanya.

Masalah hujan lebat mengganggu kerja menyelamat yang terpaksa menggunakan mesin gergaji untuk memotong pokok yang tumbang menimpa pesawat. Penyelamat menemui beberapa bahagian kepala, tangan, kaki dan tubuh mangsa melekat pada pokok dan serpihan badan pesawat.

Mayat dihantar ke Hospital Universiti (HU) tetapi bilik mayat hanya mampu menampung 12 mayat dan bakinya dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) menggunakan lori.

Naib Presiden Eksekutif JAL, Y Takagi, yang tiba di Malaysia sebaik dimaklumkan mengenai kejadian mengumumkan pihaknya menawarkan kemudahan penuh membawa pulang mereka yang terselamat dan mangsa terkorban serta bersedia membayar pampasan mengikut peraturan antarabangsa.


INFO: Kejadian pesawat terhempas di Sungai Buloh

Kotak hitam ditemui di dalam bangkai pesawat dan dibuka di depan semua pihak berkuasa Malaysia, Jepun dan Australia untuk mencari punca nahas.

Pasukan pakar JAL dan Syarikat Mac Donnel Duoglas (Amerika Syarikat turut menyiasat tempat kejadian).

200 pekerja Estet Elmina nyaris maut apabila pesawat itu terhempas tidak jauh dari kediaman mereka.

Kira-kira 300 pokok getah musnah dirempuh pesawat.

Pasukan penyelamat menemui beberapa nota menyedihkan di tempat kejadian iaitu kad bertulis, "Selamat tinggal dan mudah-mudahan selamat. Andainya kau mesti pergi, pergilah".
__________________
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 12:25 PM | Show all posts
ladang elmina tu dekat ngn kelapa sawit sane tu..dekat ngn bukit darah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 01:21 PM | Show all posts
highway guthrie sekarang ade hentian sebelah/ rehat Elmina kan. mayb area situ la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 01:23 PM | Show all posts
Dari higway guhtrie boleh nampak the highest hill...nnt saya snap pic..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 04:40 PM | Show all posts
anastasia83 posted on 12-10-2012 12:25 PM
jumpa kt sini >>> http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=218994

KAWASAN kemalangan di ...

wah good info..thx 4 sharing beb huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 04:41 PM | Show all posts
lil_honey posted on 12-10-2012 12:25 PM
ladang elmina tu dekat ngn kelapa sawit sane tu..dekat ngn bukit darah..

owh ada nama bukit darah?napa nama bukit mcm tu ek?ada peristiwa tragedi berdarah ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 04:42 PM | Show all posts
yellowprestige posted on 12-10-2012 01:21 PM
highway guthrie sekarang ade hentian sebelah/ rehat Elmina kan. mayb area situ la kot.

ermmm ok snap n post kat sini saya pun teringin nak tgk pic tu pada masa kini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 04:43 PM | Show all posts
yellowprestige posted on 12-10-2012 01:21 PM
highway guthrie sekarang ade hentian sebelah/ rehat Elmina kan. mayb area situ la kot.

ya ker?ada kawasan tuh?or still ada pokok getah n estate lagi kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 05:45 PM | Show all posts

Japan Airlines Flight 715 was a McDonnell Douglas DC-8 registration JA8051 on a flight from Kai Tak Airport in Kowloon Bay, Hong Kong to Sultan Abdul Aziz Shah Airport in Subang, Malaysia. There were 69 passengers and 10 crew on board flight 715.

After a two hour air traffic control at Sultan Abdul Aziz Shah Airport told flight 715 to start their approach and land on runway 15. The flight crew started their approach and put the landing gear down and flap extended. When the aircraft descended below MDA of 750 feet then at 300 feet flight 715 crashed into the side of a hill 4 miles from Sultan Abdul Aziz Shah Airport near an estate called Ladang Elmina. The McDonnell Douglas DC-8 broke on impact and there was no fire.

The accident killed 34 people: 8 of the 10 crew and 26 of the 69 passengers died. Survivors numbered 45 passengers and crew who were taken to a hospital. The remains from the crash in the soil surrounding the estate can be found up to this day.



tak banyak sgt bahan tentang crash ni..
tapi aku dpt agak kes ni similar dgn pesawat flying tiger yg terhempas tahun 1989.. cuma beberapa kilometer je dari subang airport.
lgpun kes japan airline ni berlaku tahun 1977, lagi awal sebelum tu..

kes tahun 1989 pulak disebabkan communication yg failed.. ATC suruh decent ke 'two four zero zero' (2400), tapi pilot read back 'four zero zero' (400)..  
lebih teruk lagi ATC ignore je apa yg pilot repeat semula arahan tu... tak bantah pun..

so pesawat tu terbang pada ketinggian 400 kaki je... WTF?!
waktu kejadian pulak malam, dan beberapa kilometer je nak sampai ke airport...
sedar tak sedar akhirnya diaorg hit bukit... sadis betul....


so konpem kes 1977 pun lebih kurang sama gak..
terbang waktu cuaca buruk... terbang pd ketinggian 300 ft je... padahal jarak ke airport ada beberapa miles lagi...

oleh kerana pesawat tu tak terbakar waktu terhempas, dpt agak laa yg dia sedang slowly gliding dan dah throtle off engine...
kalau tak konpem jatuh sedebik macam nangka busuk pastu marak terbakar 10 hari 10 malam...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 07:05 PM | Show all posts
system_failure posted on 12-10-2012 05:45 PM
tak banyak sgt bahan tentang crash ni..
tapi aku dpt agak kes ni similar dgn pesawat flying ...

Tiger Airways ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 08:12 PM | Show all posts
ex_klia posted on 12-10-2012 07:05 PM
Tiger Airways ker?

tak lah..
yg ni company cargo dari US.. Skrg dah tukau nama jadik FedUp... eh salah, FedEx...
ni la gambar boeing 747 Flying Tiger yg crash tu....


Last edited by system_failure on 12-10-2012 08:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 08:13 PM | Show all posts
system_failure posted on 12-10-2012 08:12 PM
tak lah..
yg ni company cargo dari US.. Skrg dah tukau nama jadik FedUp... eh salah, FedEx...
...

Awat tak leh view gambarnye??hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 08:29 PM | Show all posts
ex_klia posted on 12-10-2012 08:13 PM
Awat tak leh view gambarnye??hehehhe


dah edit balik... sori....


ni pulak pesawat DC-8 Japan airlines..





Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 08:32 PM | Show all posts
gambar bonus..





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.086156 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list