CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Laporan Ketua Audit Negara 2011: 40% projek jalan kantoi

[Copy link]
Post time 16-10-2012 06:10 PM | Show all posts
GOMBAK...kursus BTN - duduk sampai habis pusingan

BUKIT ANTARABANGSA... tanah runtuh - duduk sampai habis pusingan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 06:42 PM | Show all posts
R2D2 posted on 16-10-2012 04:46 PM
hutang yg paling byk Pahang, Melaka...hutang tertunggak!

negeri najib paling banyak hutang...?? apa najib buat kat negeri sendiri nih... opss.. lupa... najib bukan tau apa2 pun.. lebih baik tanya rosmah... contoh najis pun tak tau.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 06:44 PM | Show all posts
laporan lagik........................




'Laporan audit padam kerugian berbilion ringgit'
  • Abdul Rahim Sabri
  • 5:24PM Okt 16 2012

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian "berbilion ringgit" yang didakwa "hilang atau dipadamkan begitu sahaja" daripada Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Laporan audit negara kita sudah teliti, dan kita akan adakan penjelasan menyeluruh di seluruh negara kerana berbillion ringgit yang hilang (atau) yang dipadamkan begitu sahaja.

"rojek yang berkesan untuk rakyat termasuk rumah guru dan tentera yang tergendala turut diberikan kemaafan sebegitu rupa dan beberapa bukti yang lain," katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen petang ini.

Laporan audit berkenaan dibentangkan di parlimen semalam – dua minggu selepas pembentangan belanjawan 2013.


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 06:44 PM | Show all posts
dan lagik..........................




Restoran Jom Makan di Tokyo, London bungkus
  • Aidila Razak
  • 5:52PM Okt 16 2012

Satu rancangan untuk menubuhkan rangkaian restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui projek MyFranchise berakhir apabila hampir kesemua pelaburan berkenaan mengalami kerugian, menurut laporan Ketua Audit Negara 2011.
Audit berkenaan mendapati syarikat Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, "tidak berpengalaman" dan ini membawa kepada penutupan kedainya di Tokyo dan London.

Rancangan untuk membuka restoran mewah di New York akhirnya dihentikan dan restoran di Tokyo pula dikendalikan oleh seorang individu yang membuat "tuntutan palsu" – yang akhirnya terpaksa ditanggung MyFranchise.

Rangkaian restoran Jom Makan itu, meliputi restoran "quick service" di London, restoran "specialty" di Tokyo dan restoran "fine dining" di New York, merupakan prototaip kepada program Malaysia Kitchen yang dilancarkan pada 2006.

Projek itu dimulakan dengan geran kerajaan berjumlah RM20 juta, namun hanya RM16.4 juta digunakan dan bakinya dikembalikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 22 Februari 2012.

Audit berkenaan mendapati restoran berkenaan gagal kerana "lokasi tidak strategik, pengusaha tidak berpengalaman, menu terlalu banyak, harga tidak berpatutan, serta kualiti dan rasa makanan kurang enak".

Dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit, MyFranchise berkata syarikat itu hanya diberi masa dua minggu untuk membuka restoran di Tokyo dan tidak dapat menemui lokasi sesuai.

Restoran di Tokyo itu bertukar pengurus beberapa kali, termasuk seorang yang menggunakan restoran tersebut untuk menipu sebuah lagi syarikat sebanyak 7.3 juta Yen (RM278,904 mengikut kadar pertukaran Disember 2009).

Menurut laporan itu, individu berkenaan membuat tuntutan bayaran dengan menggunakan dokumen palsu dan MyFranchise kemudiannya memremitkan sepenuhnya bayaran tersebut.


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 08:22 PM | Show all posts
Tahukah anda akan fakta hutang negara?

2008 - hutang negara RM 236.18 billion
2011 - hutang negara RM 456.1 billion

51 tahun hutang negara hanya RM 236.18 billion sahaja..

4 tahun Najib Razak menjadi PM, hutang negara bertambah RM 220 bilion...

p/s: masihkah anda ingin memberi mandat kepada regim pemusnah negara ini??





Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 08:28 PM | Show all posts
slippergombak posted on 16-10-2012 08:22 PM
Tahukah anda akan fakta hutang negara?

2008 - hutang negara RM 236.18 billion

saya rasa Singapore mesti sangat suka Najib ni...mereka harap Najib boleh continue membazir dan membawa malaysia ke arah kemusnahan...dan lepas tu, singapore ada chance utk tap in dan "bantu" malaysia dgn syarat2 tertentu.....

and then, i hope semua puak2 penyokong BN jgn meroyan kata malaysia kena conquere by singaporean, bukan saja tanah digadai, tapi ekonomi pun kena control by singapore...but till that time, i think will be too late...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2012 10:12 PM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 16-10-2012 08:28 PM
saya rasa Singapore mesti sangat suka Najib ni...mereka harap Najib boleh continue membazir dan me ...

johor selatan sekarang nih pun singapork dah makin ramai masuk kontrol ekonomi sana.... tunggu lanjut ke atas skit lagik jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 11:24 PM | Show all posts
Cai songkok tinggi: "biar negara rugi berbillion2, biar berlaku ketirisan, biar duit cukai rakyat kena bedal, biar pecah amanah, yang penting Anwar jangan kasi naik.."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 11:25 PM | Show all posts

laporan Audit lagik................................ hanya UMNO BN mampu memerintah sahaja................







Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 11:33 PM | Show all posts

laporan audit lagik....... HANYA UMNO BN SAHAJA MAMPU MEMERINTAH HINGGA KIAMAT....










Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 11:34 PM | Show all posts
Lepas nih GST....duti import.. harga beras.. bill letrik semua naik.... tahniah... hanya UMNO BN mampooooooooooo memerintah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 11:48 PM | Show all posts
slippergombak posted on 16-10-2012 11:33 PM
laporan audit lagik....... HANYA UMNO BN SAHAJA MAMPU MEMERINTAH HINGGA KIAMAT....{:1_152 ...

menatang hapa yg masuk kos mentenen printer neh? ink/ribbon, kertas semua tu ka? ka hapa benda?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 12:01 AM | Show all posts
hzln posted on 16-10-2012 11:48 PM
menatang hapa yg masuk kos mentenen printer neh? ink/ribbon, kertas semua tu ka? ka hapa benda?

kos riben,servis sebab print dah blur dan masuk kocek pada supplier taraf ketua cawangan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 07:55 AM | Show all posts
mana ilang pakau ekonomi CI... ada masalah ulasan berpiley kaa..??? laporan audit kuar.. otomatik jadi buta...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 08:31 AM | Show all posts
aku paling suka Ketua Audit negara...jenis tak telus cam tuh...great job Ketua audit Negara dan staf2 audit yg lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 08:51 AM | Show all posts
slippergombak posted on 17-10-2012 07:55 AM
mana ilang pakau ekonomi CI... ada masalah ulasan berpiley kaa..??? laporan audit kuar.. otomatik ja ...

dia org dh isi borang parti so susah la sikit SPRM nak siasat. ko dh isi ke belum? projek masyuk maaa...!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2012 08:53 AM | Show all posts
mana pi keldai basikal tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 08:54 AM | Show all posts
R2D2 posted on 17-10-2012 08:51 AM
dia org dh isi borang parti so susah la sikit SPRM nak siasat. ko dh isi ke belum? projek masyuk m ...

owhh.. patut laa ulasan berpiley ajer yg mampu dibuat.....

aku takyah borang ahli pun sebab tak payah pening2 nak related2 bisnes politic nih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 09:07 AM | Show all posts
Penemuan mengejutkan Laporan Audit Negara 2011 untuk N.Sembilan
Posted on Wednesday, October 17, 2012by Pencacai SeMalaysia® Label: AUDIT 2011






Antara beberapa penemuan yang mengejutkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan ialah: Perbelanjaan tahunan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menurun ke RM 5.63 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 7.15 juta pada tahun 2010.

Hasil cukai tanah telah menurun ke RM 112.51 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 114.03 juta pada tahun 2010.


Penjualan saham yang begitu banyak. Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.

Terdapat 33 unit rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) yang masih kosong semenjak tahun 2005. Tunggakan sewa Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya. Terdapat rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.

Tunggakan sewa premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima. Empat projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah. Satu daripada projek usaha sama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) masih belum bermula walaupun perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.

Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan telah diagihkan.

Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:

1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.

2. Tiada penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.

3. Daftar inventori kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan untuk penyenggaraan dan baik pulih.

YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta.



YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50 juta. Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana aktivitinya semakin berkurangan.

2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.

3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri Roadstone Sdn. Bhd.



Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti berikut:

1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.

2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit

3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.


MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti berikut:

1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.

2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang dibangunkan.


PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN



1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.

2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.

3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007.




Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 09:09 AM | Show all posts
slippergombak posted on 17-10-2012 09:07 AM
Penemuan mengejutkan Laporan Audit Negara 2011 untuk N.Sembilan
Posted on Wednesday, October 17, 20 ...

ni kene bukak tered baru ni...
kasi hilite lip lap lip lap sket
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.074636 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list