CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: watie_na

Laki aku gila, tak lama aku pun gila.... dah mintak cerai tapi (update: PG 7)

  [Copy link]
Post time 30-10-2012 09:23 PM | Show all posts
Nak bg cadangan ramai kawan2 lain dah bagi..., masih tak ada perubahan sebab alasannya tak ada duit nak bertindak...

Kesian betul la jadi perempuan mcm tt ni. Selama bertahun2 kerja, langsung tak boleh fikir apa yg terbaik utk diri sendiri. Bertahun2 sanggup biar diri dihina, disakiti dan dihambakan mcm tu. TT kena bijak mengendalikan hidup, kena fikir dan bertindak. Patutnya drp dulu lagi dah tinggalkan jantan haprak mcm tu.

Kalau duit masalah utama skrg, u kena menyimpan drp skrg. Tak payah lah pi bgtau kat laki tu. Simpan diam2. Dah ada sikit simpanan,  plan dan bertindaklah... Tolonglah bijak sikit berfikir. Rasanya kawan2 kat sini naik meluat bila baca cerita u ni. U cerita mcm2 pasal laki, tapi masih jugak tak buat apa2......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2012 11:44 AM | Show all posts
effa87 faham situasi saya. ada org kata jodoh, ramai kata aku bodoh. setiap pembaharuan or perubahan kena ada planning yang betul.  bayangkan kalau aku mendadak blah cam tu je, apa nak jadi dgn hidup aku selepas 1 minggu? aku memang ada sepupu sepapat, ramai, tapi dah 11 taun aku tak contact and jumpa dia org, suddenly muncul and mintak tolong, kemungkinan besar dia org nak tolong tu ada la, tapi tak ke aku menyusahkan org. well, pergi ke pusat perlindungan, boleh juga, hantar anak kat sana. then try to solve the prob. tapi cam bayumentari tulis, for the 1st step, sy kena start menyimpan secara sembunyi. memang dah ada sikit, but not enough utk mulakan hidup baru kat tempat lain dgn 2 org anak and both pun dah start sekolah. sikit2 sy dah try slow talk dgn dia. well, walaupun penerimaan dia seperti yang di sangka, but aku pun dah sesak dada. apa kata selain korang melahar aku, doa2 lah banyak2 utk aku supaya di permudahkan urusan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 09:13 PM | Show all posts
bahagia or derita
pilihan di tgn kamu
jgn menyesal..jgn merungut
keputusan itu awak yg buat
cuma dharap keputusan yg dibuat x menjejaskan org lain
jgn nnti anak dh jadi kaki ice
anak berjinak dgn judi
br nk tepuk dahi..too late

Allah xkan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri
sabar mmg sabar
tp jgn sampai mkn diri

sygkan anak2?
patutnya sbb sygkan anak la kena mula bertindak
bila suami berperangai mental
tatkala suami mula berjinak dgn dadah
anak2 belajar dr perangai org dewasa..

tp apa pon..pilihan ditgn kamu
sampai ke muka surat 100 pon
kalu mslh masih yg sama
x mahu berubah
jgn menyesal..kamu ada pilihan...tp pilih utk berada dalam kapal yg hampir karam itu
terpulang
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 02:12 PM | Show all posts
watie_na posted on 31-10-2012 11:44 AM
effa87 faham situasi saya. ada org kata jodoh, ramai kata aku bodoh. setiap pembaharuan or perubahan ...

beb, dlm hidup ni ada 2 je. nak @ xnak. ko ade fmly kan? jiran? saudara mara? kwn2? + negara ni ada polis, ada jawi, jais etc *skdr cth*, ada biro bantuan guaman, ada mcm2 NGO, ada media, ada pelbagai jenis org prsorgn, msyrkt yg boleh membantu.

tp kalo ko sendiri memilih utk meroyan kat forum, balik2 paranoid dgn 'nnt laki bwk anak lari', 'kene ada plan btul2 baru bleh lari', lama2 xde sorg pun yg akan pdulikan ko lagi. masa tu baru ko kenal erti penyesalan.

atopon skrg ko cuma dgr carut2an dan maki2an, esok2 kalo ko balik keje, ko tgk anak2 ko dah lembik kene pelupuh dgn laki ko, baru ko nak bertindak?

aku brckp atas pengalaman sendiri, ko masih bruntung sbb cuma laki ko je yg gile babi, aku ni, dgn fmly2 dia skali gila babi. siap torture soh gugurkan baby + kurung aku x bg kluar rumah berbulan2 + takde sbrg hubungan dgn dunia luar waima fmly aku skalipun. duduk pulak tmpt jin bertendang, yg xde pengangkutan awam langsung. ex aku pun ramai geng, hebat2 kononnya. skali dtg court pun bramai2 bwk kwn mcm xde telor. *puiii! ko tgk betapa marahnya aku?*

even ms sejarah hitam tu aku x bekerja + pregnant diusia awal 20an + mak abah aku dah tua, ms tu abah aku je keje sorg tanggung fmly + aku bkn bljr tinggi, tp aku berjaya tuntut fasakh dan dipermudahkan laluan aku, 3x je naik court berbekal peguam dr biro bantuan guaman secara percuma *walopon dlm keadaan sarat turun naik tangga pjbt agama/court*, akhirnya aku dpt title IBU TUNGGAL. alhamdulillah.

sbb apa? sbb aku fikirkan anak aku. klo pk diri aku, aku xkan ke mana2. yelah sayang kan, cinta mati kononnya. tp cinta mati wakluu. once dia berani pijak aku ms aku pregnant, itu maknanya dia ada potensi besar utk pijak anak aku bila dah lahir nnt. so perluke aku tunggu lagi?

skrg ni ko tgk aku mati tak kene bunuh ngan ex aku? alhamdulillah tadek kan, elok je aku berforum briang ria kat cni. bkn aku nak belagak, tp ni kenyataan. skrg aku dah keje, dah ade kete sendiri, 2x dah aku beli kete *wahh ayat yg ni blagak bunyiknya *, anak aku alhamdulillah sihat walafiat, jd ksayangn guru2 kat skolah sbb bijak cam sang kancil dan aku pun dah kahwin lain, alhamdulillah. dpt suami n fmly mertua yg sgt baik, trima aku seadanya walopon suami aku bujang. kwn2 suami aku pun close ngan aku.

beb, mmg kita akan fikir sgt susah nak buat prubahan.. tp percayalah.. hikmah Allah tu tersembunyi di mana2... asalkan kita berusaha.. insyaAllah. dia xkan dtg selepuk dpn mata, aku sendiri single almost 8 years sbb trauma, tp asalkan ko btul2 teraniaya dan usaha nak kluar, Allah akan buka jln.

skrg terpulang, samada ko nak @ xnak jer.

p/s : apa pun yg terjadi.. mak ayah n fmly xkan biarkan kita mati katak. itu yg dikatakan pertalian darah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 02:18 PM | Show all posts
tak_tahu posted on 1-11-2012 02:12 PM
beb, dlm hidup ni ada 2 je. nak @ xnak. ko ade fmly kan? jiran? saudara mara? kwn2? + negara ni ad ...

aku kagum. cer citer mcm mana kau buat first step tu.... first step tu yang aku rasa cam tak tahu... ajar la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 02:29 PM | Show all posts
tak_tahu posted on 1-11-2012 02:12 PM
beb, dlm hidup ni ada 2 je. nak @ xnak. ko ade fmly kan? jiran? saudara mara? kwn2? + negara ni ad ...

wow...bagus, hebat..tahniah..berjaya kluar dr cengakaman ..mudah mudahan hdup awak berbahgia n berkekalan hingga ke akhir hayat..x mcam sesetengh org msih nak hadap laki yg separuh mereng tu..nak meroyan ke hulu ke hilir x abis2...tnpa tindakan yg sewajarnya...da byk org bg cadangan tp byk lak alasan ...

mmg dlm hdup ni segala ketentuan adalah dr Allah, segalanya telah ditakdirkan tp kena usaha gak..tanpa usaha x kan ke mana mana pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2012 03:16 PM | Show all posts
watie_na posted on 1-11-2012 02:18 PM
aku kagum. cer citer mcm mana kau buat first step tu.... first step tu yang aku rasa cam tak tahu. ...

malu i. *tetibe*

aku pun xtau nak ckp mana aku dpt keberanian. sbb dgn kenaifan aku, muda, x penah ada bf apelagi nak kuar ngan laki suka suki, x terdedah dgn dunia luar, *hatta kwn ajak g cc pun, aku xmo sbb ingatkan cc tu klcc, jauh nnt mak marah. bodo kan? *.

tp mungkin itu suma sbb dah smpi had. ko penah kene tgn ngan laki ko? aku ni dah mcm2 kene, kalo aku list, nnt org curik pulak buat idea drama samarinda , kire ms aku report kat jawi memula tu, ni report bertulis/penuh la, ustazah tu pun terkesima lantas terkedu buat beberapa ketika. lps cuma satu sesi kaunseling bersama, bliau terus menasihatkan aku utk balik brsalin, rilek2, nnt dah abeh pantang, kita naik court utk tuntut fasakh. + report kat biro bantuan guaman, lawyer aku ckp, special kes.

tp ni dr apa yg aku ingatla, tindakan susulan utk mendptkan jln kebenaran, aku ringkaskan ek. maklumler dah dkt 9 thn punya kes, aku pun dah bnyk lupe. *mmg aku tanak ingat, struggle woo nak lupekan*

kwn - tunang - kawen - pregnant - kene dera mental/fizikal/sexual *ni paksaan menengok video blue dan menyuruh aku berbuat mcm pelakon blue tu buat, bila aku x buat, dia hantuk kepala kat dinding, tp mmg aku  x buat pun smpi sudah. hoihh! babik sgt, aku nengok cite cium2 pun aku takut, bleh die paksa tgk video blue lps tu tiru. trauma hokeh??* . penderaan mental/ fizikal oleh seisi keluarga dia dan dia skali - stress - depression - trauma - paranoid - lost - meletop KEBABOMM! - purak2 gila dan ksawanan yg brpanjangan tanpa mandi dan menangis berhari2 mcm pompuan mental + menjerit2 penuh psiko mcm nampak hantu patblas ekor - akhirnya dpt balik umah sbb dia takot aku jd pembunuh bersiri kot -

bila dpt balik umah plak - report kat kadi - sterusnya jawi - sesi kaunseling *skali jer* - dinasihatkan tuntut fasakh, klu x dpt, tuntut taklik asalkan cerai - g cari tmpt biro bantuan guaman - dia ingkar perintah mahkamah - mahkamah kluar waran tangkap - dan termakbul lah doa aku - diakhiri dgn ucapan alhamdulillah slesai je kes - *itupun mula aku nak sujud syukur, tp over la pulak kan* -

tgk pd kronologi memule tu mmg payah kan? tp aku x putus asa berjuang utk keadilan. *wahh cam wakil rakyat lak*. alhamdulillah Allah permudahkan ms peringkat seterusnya tu. dia pun x brani kacau sgt lps tu, yelah org klu dah salah kan, brani nak carik pasal lagik? adela beberapa kali die dtg pg2 buta nak bwk aku lari spjg tempoh perjuangan aku tu + dah cerai pun ada ati die nak menggila talak. tp aku jenis yg sayang, sayang gila babi, tp kalo aku dah benci, sampai mati aku benci. aku mngkin memaafkan kot. *ok ni aku ngaku, aku x ikhlas lg maafkan even dah dkt 9 thn, sgt payah.. Allah je yg tahu btapa dlm luka aku*. tp aku xkan lupe smpi bila2 dan jdkan pedoman hidup aku.

mula2 mmg aku dendam tahap doa sungguh2 kasik die n fmly dia terlungkup n mampos sumenye. biar dia mati dlm keadaan hina. mula2 mmg sorg2 fmly die out, btimpa2 mslh sbb tiap waktu itu yg aku doakan. tp skrg.. aku pun dah tua, lagipun aku ada anak. biarlah aku berkorban sikit, doakan dia insaf, sbb aku xnak anak aku malu kalo tahu pengakhiran hidup si ayah yg teruk.. manela tahu tetibe mati ditali gantung ker. lgpun ini antara aku dgn dia, anak aku x bersalah.

mngkin susah sket bg ko beb sb ko dah ade anak, aku dlu angkut je sbb anak dlm perut, even dia kurung aku dgn alasan, kalo aku nak balik umah mak bapak aku, tinggalkan anak. apeke bodo, kan ke blm bersalin? nak jadikan aku dang anum ape?

tp percayalah, kalo ko nak, ko mampu buat apa saja. doa banyak2 spya Allah permudahkan. anak2 tu amanah beb, kalo dah bapak dia x tggjwb, dh jd tggjwb ko utk bela nasib anak2 ko. itu yg aku pk, aku xnak nnt tuhan tanya aku, knp aku x jg amanah yg Dia bg btul2?

p/s : balik ni sila carik movie 'Enough - j.lo blakon'.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 03:34 PM | Show all posts
haryatie posted on 1-11-2012 02:29 PM
wow...bagus, hebat..tahniah..berjaya kluar dr cengakaman ..mudah mudahan hdup awak berbahgia n ber ...

amin, insyaAllah. trima kasih atas doa' tu, smoga kamu pun drahmati Allah selalu, amin.

mmg geram bace yg takut nak bertindak hehe tp mngkin dorg tgh lost. mmg kite kene tolong push to the max, smpi lebih had klu boleh, smpi meletop.

sb tu dlm mana2 kursus psikologi, mula2 fasi suruh kita capai had paling tggi yg bleh dicapai tgn utk tampal sumthing. kita dah rs abeh tinggi ni capai siling. tetibe pehtu fasi suro tampal lagi tinggi dr td. baru kita terfikir, ada lagi satu tgkat kat atas, so kita naik tgga dan tampal sumthing tu dgn jayanya. padahal td fikir dah abeh tinggi dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2012 03:50 PM | Show all posts
tak_tahu posted on 1-11-2012 03:16 PM
malu i. *tetibe*

aku pun xtau nak ckp mana aku dpt keberanian. sbb dgn kenaifan aku, muda, x ...

dia tak pernah tangankan aku. cuma sekali je dia letak parang kat leher sebab dia dpt tahu aku pinjam duit dari kakak dia. aku memang tak pernah kena. anak selalu kena, budak menangis la tapi tak pernah ada kesan, hatta kesan merah pun tak ada. and then anak tak benci kat dia. yg aku tak thn dari dulu sampai sekarang dari segi penderaan mental. maki hamun, tak kerja + tak bertanggungjawab, panas baran, dll. tapi satu, dia tak pernah buat fizikal harm kat aku.... dia mental prob.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 04:30 PM | Show all posts
watie_na posted on 1-11-2012 03:50 PM
dia tak pernah tangankan aku. cuma sekali je dia letak parang kat leher sebab dia dpt tahu aku pin ...

ic. lebih kurg ngan aku je beb, ex tu dia mmg mental + psiko. dia x amek dadah, x mencurang dgn pompuan *kot*, tp heavy smoker la. x keje tu mmg sama. dahla x keje, x bg aku keje. pehtu nak makan apa? duit yg mak aku bekalkan, abeh die sapu. hari2 korek wallet aku. dia ingat tu poket doraemon, bila2 masa boleh kluar duit?

bila aku tnye bila nak keje, mula lah amukan, tumbuk sana, tumbuk sini, hantuk kepala, tbaraikan rak baju, rak brg. penat aku lipat baju2, dia senang2 tbaraikan sbb x jumpa duit. pehtu siang tido mati, bangun tido, mkn, main game. tgh mlm kluor, balik 3-4 pg. dgn alasan carik keje? ko mampu bg alasan camtu? mcm gila isim kan?

xpe2, aku sabar *read as : lembab*, dia ingat dia sorg boleh amukan, dpn ustazah kat jawi, aku pulak rasukan ablasa. dah lama aku memendam rasa menjeruk ati kan.

ustazah : 'spjg brkhwin.. berapa ringgit nafkah yg awak bg isteri awak?'
dia : '10 inggit......' *nada slow*
ustazah : *geleng pale* '10 inggit tu, sehari punya belanja dapur... kenapa xnak usaha cari keje?'
aku : 'tiap kali aku tanya bila nak keje, ko mengamuk kan? usaha apa??' *wah time ni aku dah aku-ko, mentang lam pjbt ustazah, xkan die brani tgnkan aku kan? *
dia : "sy usahalah! tiap2 mlm sy kluar carik keje!' *nada tinggi*
aku : "keje ape??!! kuar tgh mlm, balik 3-4 pagi!! keje jual bont*t kat coket???! *nada super tinggi*
dia : *trpanjat dan termenangis*

haaa. dpn ustazah pun nak tengking2 aku, hilang sabarlah aku kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 05:37 PM | Show all posts
tak_tahu posted on 1-11-2012 04:30 PM
ic. lebih kurg ngan aku je beb, ex tu dia mmg mental + psiko. dia x amek dadah, x mencurang dgn po ...

seronoknya kalau aku dpt buat cam gitu juga. bestnya kau.... bila la aku nak nekad cam kau... dulu aku pernah bungkus kain baju dia, tapi lepas tu dia susun balik dlm almari... bila aku mintak cerai, dia nangis2 so aku jatuh kesian. kalau aku sorang dah lama aku cabut. masa pergi jawi, ada isi borang apa2 tak? lepas tu nanti dia org panggil utk kaunseling kan? aku kena usaha... doakanlah ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:25 AM | Show all posts
tak_tahu posted on 1-11-2012 12:12 AM
beb, dlm hidup ni ada 2 je. nak @ xnak. ko ade fmly kan? jiran? saudara mara? kwn2? + negara ni ad ...

bagus, cita cita cam ni yang best dengar, ni bebalik takutlah, tak da duit tapi
boleh lak sara laki hampeh, takut anak kena bawak lari tapi tak kisah pulak anak kena bunuh
ngan bapak dia, me ucap tahniah sebab u berani  keluar diri dari suami camtu,
atleast tidak hanya pandai menulis tapi tak buat apa apa tindakan... harap cita u ni
buat TT lebih berani dalam hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 09:07 AM | Show all posts
faraway1 posted on 2-11-2012 02:25 AM
bagus, cita cita cam ni yang best dengar, ni bebalik takutlah, tak da duit tapi
boleh lak sara la ...

time kasih. ;D

mmg kbnyakn kita ppuan kat msia ni takut utk bertindak sbb dimomokkan dgn crita2 kes mahkamah syariah yg x  dpt pembelaan sewajarnya. tambah x terdedah dgn NGO2 + masih lg terikat dgn keadaan 'ppuan lps kahwin, kene dok umah diam2, jgn pandai2 nak buat hal, nnt jd JANDA, mmg akan jadi bahan umpatan lah.'

mslhnya, klu x jd janda pun, klu org nak mengata, kene jugak. zaman dah berubah, mata dah banyak terbukak pd benda2 x sepatutnya, mmg susah nak dpt suami mcm set2 bapa kita dlu, yg jenis cerai mati, yg jenis sanggup tggu biar 10 thn wlupun isteri x branak2, etc.



Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 09:24 AM | Show all posts
watie_na posted on 1-11-2012 05:37 PM
seronoknya kalau aku dpt buat cam gitu juga. bestnya kau.... bila la aku nak nekad cam kau... dulu ...

aku dah kene smpi terlebih had, tu sbb aku nekad. mmg tujuan aku pegi buat aduan kat kadi n jawi, niat aku nak cerai. xde dah istilah nak perbaiki keadaan ke, peluang kedua ke. sbb nyawa anak aku terancam. satu fmly kot torture aku.

mcm ko, mungkin lebih sikit rs ksiannya sbb dah 11 thn hidup bersama + fmly mertua x menyakiti ko. anak pun dah nampak muka bapa dia.

tp pilihan di tgn ko, klo ko rs mmg dah x boleh nak bersama, then teruslah pergi jawi, bhgn prkhwinan & pembangunan keluarga. refer ctu utk buat aduan, nnt dorg akan bgtau prosedur sterusnya. kat ctu dorg lebih arif utk ko jadikan rujukan.

+ klu ko rasa belum berani, ko boleh surf web2 NGO yg membantu gologan isteri2 teraniaya. dorg akan guide ko. aku x pernah, aku terus report kadi n jawi je, so aku xtau nama2 NGO tu.

mmg btul, tunggak utama sesebuah perkahwinan tu bertahan, adalah kesabaran isteri. tp sabar manusia ada hadnya, bkn sabar diri diperbodohkan, jd bahan sepak terajang, maki hamun, penderaan mental. dlm islam sendiri x ajar benda2 camtu klupun nak menghukum isteri yg salah tp dlm islam ada taklik, fasakh dan sbginya. Allah dah bg guide, tp Allah tu tahu siapa hamba2Nya, tu sbb ada hukum2 tu. bygkan cuma ada nikah dan cerai jer, isteri dah separuh mati kene terajang nih, tp nak cerai kene tggu suami lafaz jugak, mana boleh mcm tu kan? tu sbb ada prundangan syariah utk keadilan semua pihak.

aku x suruh/galakkan org bercerai, smuanya bergantung pd diri masing2. aku cuma brkongsi pengalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 09:39 AM | Show all posts
tak_tahu posted on 1-11-2012 03:16 PM
malu i. *tetibe*

aku pun xtau nak ckp mana aku dpt keberanian. sbb dgn kenaifan aku, muda, x ...

tenkiu mod kasik tacang
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 09:47 AM | Show all posts
watie_na posted on 1-11-2012 05:37 PM
seronoknya kalau aku dpt buat cam gitu juga. bestnya kau.... bila la aku nak nekad cam kau... dulu ...

boring le ko ni..asyik2 tnya dah da smpai ke page brapa da..klau ko nak tau secara detail ko pegi la ke pejabat agama..ni smua ko tnya dalm ni..tp x wat apa2 tindakan pun..kalau ko pegi situ ko tanya jerk kat kaunter tu apa prosedur nya de rang akn jwb ngan detail..apa yg ko x tau de rang akn ajar ko..ish ko ni..ko sebenar nya nak apa...saja nak citer hal umahtangga ko..nak lepaskan tension n stress jer ke...tp ko sdiri x nak usaha lbih2...asyik duk tnya jerk..dr awal smpai ke sudah...ish...x faham le aku..apa yg ko nak dlm  hdup ko sebenar nya..nak kata ko duk kat  area pendalaman, x berpelajaran, x terdedah ngan dunia luar..ko tau guna smua ni..tp ko tak gunakan betul2 pemikiran ko yg da cerdik tu...poning lak aku pk psal ko ni yg ntah ape2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 10:20 AM | Show all posts
rabbi yaasir wala tu'assir
rabbi taman bilkhair

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan dan tamatkanlah dengan sebaik2 nya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 11:18 AM | Show all posts
CikTigger posted on 2-11-2012 10:20 AM
rabbi yaasir wala tu'assir
rabbi taman bilkhair

amin...

terima kasih.....

aku dah nekad.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:29 PM | Show all posts
watie_na posted on 2-11-2012 11:18 AM
amin...

terima kasih.....

all the best to u TT...

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:05 PM | Show all posts
CikTigger posted on 2-11-2012 10:20 AM
rabbi yaasir wala tu'assir
rabbi taman bilkhair



amin. aku pun doa'kan yg terbaik utk tt n fmly.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.103434 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list