CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 10

 Close [Copy link]
Post time 20-11-2016 02:10 AM | Show all posts
kayla replied at 19-11-2016 11:47 AM
congrats xie xing fang on your baby boy ....

no congrats for you diva  :vma ...

marah betoi kat diva...

diva ada pasang 2 kan ?

canggih

meletop sungguh diva kita sehari dua ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2016 11:31 AM | Show all posts
ambok replied at 20-11-2016 02:10 AM
marah betoi kat diva...

diva ada pasang 2 kan ?

bad boy sungguh la ...

katanya mungkin ada lagi pompuan lain gak ... student beijing university lak ....
sekali berderet2 pompuan ngaku lepas ni macam tiger woods
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 11:42 AM | Show all posts
Edited by kayla at 20-11-2016 11:44 AM
ambok replied at 20-11-2016 02:09 AM
wee kiong/v shem kalah awal lagi , kali ni di tangan zhang nan dan partner baru

iskandar mara k ...

wee kiong/v shem ni masih tak konsisten ..sama je ngan sebelum olimpik dulu ...

hahaha iskandar smlm ingatkan kalah straight set ... sekali menang lak 2nd set tu .... mmg stail dia kot time dia fokus dapat straight points banyak gile .... pstu hilang straight points banyak gile gak ...
please grow up iskandar .... tak kisah la apa JOJ tu cakap kat ko .... kena ignore je .... dorang tu main mind games .... nampak sgt mental ko tak kuat lagi ... patutla rasa cam dengor perkataaan 'sial' keluar masa break tu hehehe
tetiba teringat insiden chongwei & 'patahkan kaki dia' hehehe  

THE STAR

Saturday, 19 November 2016 | MYT 9:42 PM

Iskandar climbs steep learning curve with China Open semis exit
BY RAJES PAUL

PETALING JAYA: There are always lessons to be learnt from every defeat.


So, what did Iskandar Zulkarnain Zainuddin learn from his Saturday’s 20-22, 22-20, 7-21 men’s singles semi-final loss to world No. 6 Jan O Jorgensen of Denmark in the China Open in Fuzhou?


He says that it has taught him that he needs to be more consistent and not to be easily intimidated.


In the first game, the 25-year-old Iskandar had a comfortable 17-10 lead and four match points at 20-16 before suffering a meltdown.


Although he bounced back to take the second game, inconsistency reared its ugly head once more in the decider.


“I lost focus after taking the huge lead. Then, he raised the tempo and I lost control of the game,” said Iskandar.


“I did have some good moments, but I also gave away too many easy points. I need to be more consistent with my shots.


“At least, I know where I stand in the Superseries now.”


The world No. 33 also claimed that Jorgensen intimidated him during the game.


He kept telling me to be quiet when I celebrated my points. He called me Lee Chong Wei ... I didn’t like it. He was trying to make me feel small,” said Iskandar, who earned US$11,600 (RM51,200) for his efforts.


“This has been a good learning experience for me ... I’ll be better prepared next time.”


Despite the disappointment, Iskandar can still walk tall after reaching his first Superseries semi-finals.


“I really wanted to make the final, but I did my best ... I have no regrets. This is my biggest payout,” said Iskandar, who will compete in the Hong Kong Open next.


He will be up against world No. 5 Son Wan-ho of South Korea in the opening round on Wednesday.


http://www.thestar.com.my/sport/ ... s-china-open-semis/

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 11:22 PM | Show all posts
kayla replied at 20-11-2016 11:31 AM
bad boy sungguh la ...

katanya mungkin ada lagi pompuan lain gak ... student beijing uni ...

xie xing fang confirm 'makan hati' dengan perangai diva

time bini nak beranak, tengah pantang ...time tu la biasa laki buat hal

kesian kat diaorg...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 11:26 PM | Show all posts
kayla replied at 20-11-2016 11:42 AM
wee kiong/v shem ni masih tak konsisten ..sama je ngan sebelum olimpik dulu ...

hahaha iskandar ...

hehehe, aku punya terdengar perkataan 'sial' tu ,
aku terpikir time tu naper iskandar marah sgt....rupakan jorgensen baling baju dia ke lantai

satu tindakan kurang bijak dari jorgensen
aku pergi ke stadium putra di bukit jalil agak banyak kali juga tengok malaysia open
boleh kata jorgensen ni antara pemain bukan malaysia yg paling banyak mendapat sokongan peminat/penonton Malaysia
mungkin faktor pemain denmark suka beri/baling raket/baju mereka kepada penonton...


tapi bila jorgensen buat macam ni , adakah dia fikir dia akan terus mendapat sokongan penonton malaysia pada masa akan datang ?

aku rasa tidak, walaupun dia dah nafi

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 11:33 PM | Show all posts
Jorgensen Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 12:05 AM


[size=0.75em]Jan Jorgensen.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Juara perseorangan Terbuka China, Jan Jorgensen memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatannya melempar baju pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin.
[size=0.98em]"Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan itu. Bukan bermaksud saya untuk bersikap kurang ajar," kata pemain Denmark itu dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya pada Isnin.
[size=0.98em]Jorgensen turut menafikan dia menyebut mengenai Datuk Lee Chong Wei kepada Iskandar tetapi berkata demikian kepada jurulatihnya.
[size=0.98em]"Saya ada menyebut LCW kepada jurulatih saya, bukan kepada Iskandar, saya amat menghormatinya," kata Jorgensen.



[size=0.98em]Tindakan pemain berusia 28 tahun itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Iskandar sendiri.
[size=0.98em]Insiden itu berlaku pada set ketiga perlawanan akhir Terbuka China, Sabtu lalu apabila kedua-dua pemain bertukar gelanggang.
[size=0.98em]Pada waktu itu, Iskandar terlupa untuk mengambil bajunya yang tertinggal  di dalam kotak peralatan.
[size=0.98em]Jorgenson yang sepatutnya memaklumkan perkara itu kepada Iskandar, bertindak melemparkan baju yang tertera lambang Jalur Gemilang ke arah kawasan Iskandar.
[size=0.98em]Namun jurulatih Iskandar dengan tenang mengambil baju tersebut di atas lantai.
[size=0.98em]Malah selepas perlawanan, Iskandar mendedahkan kepada media bahawa Jorgensen sengaja memperlekehkannya dengan membezakan pemain kelahiran Kuala Lumpur itu dengan Chong Wei.
[size=0.98em]Iskandar turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap sikap tidak profesional Jorgensen menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook.
[size=0.98em]"Baju saya mempunyai lambang negara Malaysia. Saya tidak mempunyai masalah jika anda tidak menghormati saya, tetapi tolong hormati Jalur Gemilang yang tertera pada baju saya," kata Iskandar.
[size=0.98em]Dalam perlawanan terbabit, Iskandar tewas kepada Jorgensen dalam pertembungan tiga set dengan keputusan 20-22, 22-20, 7-21.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2016 11:35 PM | Show all posts
rosman kembali , anak didik rexy ni , ilmu rexy selama 7 tahun dapat diperlajarinya setiap hari

Rosman Razak Kembali Perkuat Beregu Negara
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 8:12 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil semula khidmat jurulatih Rosman Razak bagi memperkuatkan prestasi beregu lelaki negara.
[size=0.98em]Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ketika mengesahkan perkara itu berkata Rosman akan memulakan tugasnya awal tahun depan dengan kontrak selama dua tahun.
[size=0.98em]"Kita memerlukan seorang jurulatih tempatan yang berpengalaman untuk membimbing pemain beregu negara. Rosman juga mempunyai pengalaman membimbing pemain negara sebelum ini," katanya kepada Bernama.
[size=0.98em]Rosman akan bersama-sama Jeremy Gan dan Cheah Soon Kit bagi melatih beregu lelaki negara tahun depan manakala Hendrawan, Tey Seu Bock dan Indra Widjaja dikekalkan sebagai jurulatih perseorangan lelaki oleh BAM.



[size=0.98em]Sebelum ini, Rosman merupakan jurulatih beregu wanita dan beregu campuran negara pada tahun 2012 sebelum membuat keputusan tidak menyambung semula kontraknya pada 2015.
[size=0.98em]Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata BAM turut melantik seorang penganalisis prestasi iaitu Lim Joe Heang yang sebelum ini berkhidmat di Institut Sukan Negara (ISN).
[size=0.98em]Lim akan berkhidmat secara sepenuh masa dengan BAM bagi membantu Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen memantau prestasi pemain dan jurulatih.
[size=0.98em]"Tugas beliau bukan sahaja menilai prestasi atlet tetapi juga prestasi jurulatih. Ini kali pertama kita melantik seorang penganalisis prestasi di BAM," katanya.
[size=0.98em]Sementara itu, Mohamad Norza berkata semua pemain badminton di bawah kendalian BAM perlu menjalani ujian kecergasan fizikal selama tiga bulan bermula Januari depan.
[size=0.98em]Sekiranya gagal memenuhi standard yang ditetapkan, pemain tidak dibenarkan menyertai tiga kejohanan bermula April tahun depan.
[size=0.98em]"Sekarang ini, semua pemain akan diberikan pendedahan tentang pentingnya kecergasan fizikal. Mereka perlu lebih serius jika mahu lebih kompetitif. Ujian ini turut melibatkan pemain remaja," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 07:03 PM | Show all posts
ambok replied at 22-11-2016 11:26 PM
hehehe, aku punya terdengar perkataan 'sial' tu ,
aku terpikir time tu naper iskandar marah sgt.. ...

mmg JOJ tak gentleman tak pro la buat camtu ...

tapi iskandar kena terima ada certain pemain mmg suka buat2 bende camni utk kacau pemikiran ...
dengarla nasihat chongwei utk ignore bende2 mcm ni ...jgn peduli ...jgn pikir ....
takkan tetiap kali lawan buat hal ...ko pun terus tak de mood nak main ...bagi je 10 straight points kat lawan ....

sib baik katanya dah berbaik kat HK open ni ....





http://www.thestar.com.my/sport/ ... pology-to-iskandar/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2016 12:56 AM | Show all posts
kayla replied at 23-11-2016 07:03 PM
mmg JOJ tak gentleman tak pro la buat camtu ...

tapi iskandar kena terima ada certain pemain m ...

fuh, diaorang dah berbaik , bagus lah

iskandar kalah di tangan son wan ho , kalah awal

JOJ sangkut kat semi , kalah pada pemain india


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 12:57 AM | Show all posts
akhirnya....

Badminton: Latihan Skuad Negara Di ABK Disember Ini
[size=0.688em]Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 6:31 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PORT DICKSON: Latihan skuad negara akan berpindah ke Akademi Badminton Kebangsaan (ABK) mulai bulan depan selepas gelanggang di akademi di Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu disiapkan.

Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed AlAmin Abdul Majid berkata pemindahan lokasi latihan itu dibuat kerana mengikut perancangan Stadium Juara, juga di Bukit Kiara yang digunakan sekarang akan diambil alih Persatuan Bola Jaring Malaysia.  

"Akademi Badminton Kebangsaan sepatutnya siap akhir tahun ini tetapi secara keseluruhannya kita masih memerlukan masa lagi sebelum ia diserahkan kerana masalah teknikal.  

"Walaupun ada lagi beberapa perkara di akademi itu belum siap sepenuhnya, 18 gelanggang di situ sudah disiapkan.

"Oleh itu, kita akan memulakan latihan di akademi tersebut bulan depan,"katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis BAM di sini, Sabtu.

Katanya ABK memerlukan sedikit masa lagi untuk diserahkan kepada BAM kerana masalah teknikal dan juga ia perlu mendapat sijil perakuan siap.

"Sekarang ini kita minta ia diserahkan secara berperingkat. Akademi ini yang menelan kos RM30 juta akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya Jun tahun depan.

"Antara kemudahan yang terdapat di akademi ini ialah 18 gelanggang, 85 bilik penginapan, pejabat, dewan makan, auditorium, gimnasium dan sebagainya.

ABK bertaraf antarabangsa ini adalah antara yang terbaik di dunia," katanya.

Sementara itu, Mohamed Al Amin berkata kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia 2017 akan diadakan di Kuching, Sarawak pada April 2017.

Sebelum ini, selain Kuching, empat tempat lain yang dicadangkan untuk kejohanan itu ialah Stadium Negara, Kuala Lumpur; Kedah; Johor Bahru dan Kuantan, Pahang. -Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 12:38 AM | Show all posts
sekarang SS Final ,

Chen Long tarik diri walaupun diberi tiket wild card oleh BWF

aku duk perhati dari tahun 2008, 2012 ...LD menang pingat emas ....lama dia tak keluar bertanding di kejohanan di luar china . masa 2012, selepas olimpik ...all england 2013 pun tarik diri , dalam 1 tahun terus dia lari . ranking pun menjunam 200 lebih

skrg berjangkit kat Chen Long pulak

BWF patut fikirkan hal ini, adakah kerana mereka takut pingat emas ditarik balik....berkaitan dopping,

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 08:22 PM | Show all posts
dah confirm .... partner baru MD tbh hendra setiawan .... yeayyyyy tahniah tahniah!
at least kurangla sikit masalah bahasa ....

meriah sungguh wedding reception tan boon heong .... ex coach rexy & rashid ... ex partner kkk ... new partner hendra ...hendra x partner ahsan ... x player wong choon hann n taufik hidayat  ....

congrats .... harap tercapai impian tbh utk dapat baby wakil malaysia main badminton ...



http://www.thestar.com.my/videos ... ler-tan-boon-heong/




Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 10:29 PM | Show all posts

Wednesday, 1 February 2017

BAM’s very own Academy Badminton Malaysia finally opens

BY RAJES PAUL



KUALA LUMPUR: Finally, a place to call home.

This was world No. 1 Lee Chong Wei’s initial reaction when the national team began their first day of training at the newly-opened Academy Badminton Malaysia (ABM) in Bukit Kiara.

The ABM, built at a cost of RM31mil and which has 18 fully-carpeted courts, is the culmination of the Badminton Association of Malaysia’s (BAM) dream of having a home of their own.

Construction of the ABM began more than two years ago. A total of 120 players can train at the academy daily.






Chong Wei hopes that the juniors will be motivated to produce better results now that they have a new hall equipped with world-class facilities.

Said Chong Wei: “I’ve come through many training centres with the national team but this is the best.

“It’s the best home a badminton player can have. We can call it BAM’s home for the first time.

“I used to envy the training halls of other countries ... now, we have one equally as good. All of us need to treat it as our own home,” he said yesterday.

“We are only allowed to wear certain type of shoes inside the hall because of the expensive flooring. It’s our responsibility to take care and maintain this place.

It’s too bad that this place is only ready now ... when I’m heading towards retirement. I wish we had a centre like this during my junior days.

“Those days we use to get angry because there weren’t enough courts. Now, everyone can train at the same time.”

Chong Wei began his junior days when the national training centre was at Taman Maluri in Cheras. They then moved to Bukit Jalil Sports Complex before shifting again to Stadium Juara in Bukit Kiara.

Stadium Juara will undergo some refurbishment works and will be used to host netball during the Kuala Lumpur SEA Games in August. After that, the Bukit Jalil Sports School (BJSS) shuttlers will use it for daily training.

BAM president Tan Sri Mohd Al-Amin Abdul Majid, who took the media on a tour of the academy yesterday, said that the players’ hostel, which is adjacent to the training hall, would be ready in April.

The hostel can accommodate 200 people.

“The players and our office staff have moved. Our players will shift to the new hostel once it’s completed. This is a milestone for BAM,” said Al-Amin, who estimates the maintenance cost for the academy to be more than RM300,000 per month.

“We will now be able to house all our juniors and seniors under one roof. I’m sure we will see many more new faces coming through this academy.

Dr Suresh Kumar has been appointed as the ABM building manager.

Taking a break: Lee Chong Wei looks on as his team-mates begin their first day of training at the newly-opened Academy Badminton Malaysia in Bukit Kiara yesterday. — S.S. KANESAN / The Star


~ akhirnyeeeee ..... @ambok



Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:17 AM | Show all posts
kayla replied at 1-2-2017 10:29 PM
Wednesday, 1 February 2017BAM’s very own Academy Badminton Malaysia finally opensBY RAJES PAUL

K ...

malang tak berbau @kayla , datuk tercedera , situasi 'panas' pulak tiba2 berlaku....


Chong Wei Naik Angin 'Disuruh' Bersara
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 9:13 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: "(Morten) Frost tidak ada hak menentukan karier saya," tegas pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei.
[size=0.98em]Tercabar dengan tindakan Frost yang seakan tidak sabar mahu dia bersara, Chong Wei menegaskan keputusan itu hanya datang daripada dirinya sendiri, bukan atas 'arahan' Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu.
[size=0.98em]Kemarahan Chong Wei meledak apabila beliau mendapat tahu Frost memberitahu kepada individu yang dekat dengannya bahawa kecederaan terbaru yang dialaminya itu adalah pengakhiran kariernya sebagai pemain.
[size=0.98em]Ini berikutan kecederaan MCL (Medical Collateral Ligament) yang dialami Chong Wei ketika latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, Sabtu lepas.



[size=0.98em]Menurutnya, ia bukan kali pertama Frost berbuat demikian kerana turut mengemukakan pertanyaan sama selepas berakhirnya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, tahun lepas.
[size=0.98em]Apa yang lebih menyakitkan hati Chong Wei adalah kecederaan terbarunya boleh dielak jika Frost dan Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew memenuhi permintaannya menukar getah permukaan gelanggang di ABM.
[size=0.98em]"Saya berulang kali meminta mereka menukarkannya...saya bukan minta yang baru tapi hanya pindahkan permukaan lama dari Stadium Juara, tapi ia tetap tidak dihiraukan.
[size=0.98em]"Namun selepas saya cedera, barulah ia ditukar. Kenapa hanya selepas berlaku pada saya baru nak buat, sedangkan sebelum ini beberapa pemain lain juga terjatuh kerana permukaan yang licin," katanya ketika dihubungi Bernama.
[size=0.98em]Chong Wei menjelaskan beliau lebih terkilan apabila mendapat tahu reaksi Frost yang menyatakan 'this is end of his career' (berakhirnya kariernya).
[size=0.98em]"Memang saya marah, mahu bersara atau tidak adalah keputusan saya bukan dia. Sebelum ini saya hanya diam sahaja tetapi kali ini saya tidak boleh tahan lagi, saya sedia bertanggungjawab.
[size=0.98em]"Jika saya cedera ketika kejohanan, saya boleh terima. Tetapi saya cedera ketika latihan," katanya yang kini perlu menunggu tiga hingga enam minggu untuk memulihkan kecederaannya.
[size=0.98em]Chong Wei berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak kerana fokusnya adalah bermain untuk negara dan sentiasa terbuka dengan keputusan BAM mengenai kariernya.
[size=0.98em]Jelasnya, beliau masih tetap mewakili negara bukan kerana wang ringgit dan pangkat tetapi minat yang mendalam dalam badminton itu.
[size=0.98em]"Saya masih beraksi lagi sehingga hari ini bukan kerana duit ataupun pangkat, saya pernah berada di atas dan merasai kejatuhan sepanjang karier saya, tetapi saya mahu tetap beraksi kerana minat, saya sayangkan sukan ini.
[size=0.98em]"YB Khairy (Jamaluddin- Menteri Belia dan Sukan) sendiri tidak pernah suruh saya bersara, kenapa dia?
[size=0.98em]Khairy ada menanyakan tentang keadaan saya selepas kecederaan ini, saya jawab waktu ini memang kondisi saya tidak baik," katanya.
[size=0.98em]Sementara itu, Frost ketika dihubungi Bernama enggan mengulas perkembangan terbaru tersebut.
[size=0.98em]"Saya masih tiada komen," jawabnya menerusi aplikasi Whatsapp.

Read more at http://www.mstar.com.my/sukan/ra ... Ll2QkxtTghJpYrsp.99

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 10:33 PM | Show all posts
ambok replied at 8-2-2017 12:17 AM
malang tak berbau @kayla , datuk tercedera , situasi 'panas' pulak tiba2 berlaku....

cammane court baru tu boleh licin ye ambok ... guna barang tak berkualiti ke ....
ni bukan2 calang court ...ni court yg latih pemain pro negara .... salah sikit boleh injured ....
takde sesapa nak audit ke bangunan baru BAM ni hehehe


adoiiilaaa chongwei .... jangan la hati tisu sangat .... frost tanya je kot ... abaikan jelah ....
tapi kalau nak kuar BAM pun ok gak kot  ..... sponsors mesti mencurah2 ... boleh ambik misbun jadi coach ... mana la tau boleh menang world champ tahun ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 10:50 PM | Show all posts
kayla replied at 8-2-2017 10:33 PM
cammane court baru tu boleh licin ye ambok ... guna barang tak berkualiti ke ....
ni bukan2 cala ...

insiden ini memalukan viktor kerana setakat yang aku nampak dalam gambar, nampak lambang viktor kat gelanggang tu...logik la kan viktor sekarang penaja team malaysia , kalau yonex taja personal datuk LCW

aku tak tahu lebih detail kerana dah lama aku tak bersembang dengan saleseman viktor & yonex ....kalau bersembang dengan diaorg, akan tahu lebih byk info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 10:55 PM | Show all posts
Edited by ambok at 10-3-2017 10:56 PM


-


6.
Followed by
-


balik pada All England , perlawanan menarik hari ni..

Chen Long nampaknya tersingkir

aku duduk perhati.....dari LD tahun 2008 , LD tahun 2012 dan CL tahun 2016 ....skrip mereka sama ....mereka "luar biasa" di olimpik ....lepas tu mereka "bercuti panjang" , lepas kembali ke court ....agak mudah "kalah awal"

aku rasa/berpendapat mereka ambik "something" untuk jadi "maksimum" time olimpik , lepas tu benda tu akan beri kesan/menurunkan kekuatan mereka mendadak selepas olimpik . mungkin benda tu tak salah dari segi dopping , akar/herba cina ka apa....mungkin benda tu berisiko 50-50 bila ditest doping . sebab tu mereka 'bercuti panjang' selepas olimpik , tidak beraksi kecuali di China
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 12:23 PM | Show all posts
ambok replied at 10-3-2017 10:55 PM
[/td][/tr]
[/table][/td][/tr]

konon2 nye smlm nak tgk v shem/wee kiong ... sekali tv yg tgk aku ... lewat sgt ...arini start kul 8 mlm ... insyaallah boleh tengok chongwei ...


tulah pasal terperanjat gak tgk chen long kalah ngan tanongsak .... straight set lak tu ....
kat german open kalah kat semi ... serius tak kenal pemain taiwan yg kalahkan dia ...

tan boon heong/hendra setiawan  kalah 1st round lagi ...
so apa pendapat ambok ? tak nampak menyengat kan pair otai ni ...kalau terus camni tak lama la  hayatnya kot ...







Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:08 PM | Show all posts
Hi guys, i nk cari moderator baru yg boleh jaga sekali board sukan dan permainan. sapa2 yg aktif and berminat boleh pm terus dekat i. tq
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:35 PM | Show all posts
kayla replied at 11-3-2017 12:23 PM
konon2 nye smlm nak tgk v shem/wee kiong ... sekali tv yg tgk aku ... lewat sgt ...arini start kul ...

diaorg kurang bernasib baik , tali raket v shem terputus pulak dihujung-hujung game, di point-point genting

persefahaman takde kut, bukan senang nak dapat persefahaman dalam doubles , makan masa , coach pun taktahu siapa yg latih diaorg...

jika diaorg ada keinginan yg besar, mungkin boleh berjaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.087371 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list