CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 10

 Close [Copy link]
Post time 15-9-2015 04:20 PM | Show all posts
ambok replied at 13-9-2015 08:25 PM
chen long beri laluan untuk LD kot ?
kalau chen jin dulu, memang sah paling kuat berlakon & berpa ...

yaa sgt .... confirm la china kalau boleh nak 1st & 2nd seed dr china ...
rasanye dorang pun nak hantar 3 singles ....
kalau 3 players sama negara dlm top 4 layak ke olimpik kan ...peraturan tu masih ada ke  ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 08:56 PM | Show all posts
kayla replied at 15-9-2015 04:16 PM
terperanjat sesangat

baru je check result qualifying round korean SS ...

aku pun 3,4 kali refresh tournamentsoftware.com tadi

aku berpendapat chong wei berada di zon 'keliru' antara taktik lama Tey Su Bock , +taktik baru hendrawan+morten frost , dan sekali lagi Tey Su Bock di hantar ke korea untuk LCW

lain coach lain cara...

lagi satu pemain tuan rumah ada kelebihan dari segi angin dalam stadium , pemain tuan rumah dah arif tentang angin dalam stadium yg selalu dia gunakan . sebagai contoh , tahun lepas , Son wan ho kalahkan Chen Long dalam Sukan Asia (acara berpasukan) ketika pertandingan diadakan di korea
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 08:58 PM | Show all posts
kayla replied at 15-9-2015 04:20 PM
yaa sgt .... confirm la china kalau boleh nak 1st & 2nd seed dr china ...
rasanye dorang pun nak  ...

rasanya masih sama dengan peraturan yg dulu,

sekiranya ada 3 pemain dari satu negara di top 4 ranking dunia, ketiga-tiganya layak bermain di olimpik
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 12:36 AM | Show all posts
teringat tahun 2006,2007, 2008 , 2009 ....jika LCW kalah , kkk-tbh lah yang menceriakan penyokong Malaysia...

-
21-16 21-10


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 12:08 PM | Show all posts
LCW dan LD tidak kebal lagi sekarang

-
21-10 21-15
0:42

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 02:01 PM | Show all posts

welcome
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2015 04:06 PM | Show all posts
final terbuka thailand

-


harap2 KKK-TBH dapat kembali menjadi "beregu emas" negara seperti dahulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:06 PM | Show all posts
ambok replied at 4-10-2015 04:06 PM
final terbuka thailand

[/td][/tr]

ambok tengok ke? so cammane dorang main ... laju tak?

good job to kkk/tbh sampai ke final ....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 07:59 AM | Show all posts
kayla replied at 5-10-2015 09:06 PM
ambok tengok ke? so cammane dorang main ... laju tak?

good job to kkk/tbh sampai ke final ....  ...

tengok diaorang main

nak kata kembali pada prestasi terbaik....belum lagi , peningkatan ada...

nampak mereka lebih bersungguh-sungguh ...smash kencang TBH terus jadi senjata

sebelum ini, 3 kali goh v shem-tan wee kiong gagal mengalahkan angga pratama-ricky suwardi , TBH-KKK berjaya kalahkan mereka di semi final terbuka thailand

hari ni mereka masuk suku akhir terbuka belanda , jumpa MD thailand . good luck . harap keputusan terus positif bagi mengejar impian mereka di Olimpik 2016

-

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 09:09 AM | Show all posts
dah mara ke final

-
21-19 19-21 21-16

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:59 PM | Show all posts
Kien Keat-Boon Heong Rangkul Juara Terbuka Belanda
[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 11:28 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR:  Gandingan veteran negara, Koo KienKeat/Tan Boon Heong membuktikan mereka masih berbisa apabila menjuarai acara beregu lelaki kejohanan badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Belanda di Topsportcentrum Almere Arena, Belanda, Ahad.

Tampil sebagai pilihan ketujuh, Koo/Tan jelas bukan tandingan buat pasangan India, Manu Attri/B. Summeth Reddy yang juga pilihan kedua apabila menang mudah 21-15, 21-10 dalam masa hanya 25 minit.

Kemenangan di kejohanan Tahap Tiga acara Persekutuan Badminton Dunia (BWF)itu membolehkan Koo/Tan menerima hadiah AS$3,950 (RM16,195) manakala Manu/Summeth mendapat AS$1,900 (RM7,790).

[size=0.98em]

Ini adalah gelaran ketiga untuk Koo/Tan yang masing-masing berusia 30 dan 28 tahun selepas kembali beraksi di pentas antarabangsa pada Mei lalu.

Sebelum ini, mereka memenangi dua kejuaraan iaitu Cabaran Antarabangsa Sri Lanka pada Jun dan Cabaran Antarabangsa Rusia pada Julai, yang masing-masing merupakan kejohanan Tahap Empat BWF.

[size=0.98em]

Koo/Tan mara ke final selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei/YangLee 21-19, 19-21, 21-16 di peringkat separuh akhir pada Sabtui.   

Pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 dan naib juara dunia 2011 itu berjaya mengetepikan cabaran beregu Taiwan berkenaan dalam masa 54 minit.-Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 03:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 11:52 AM | Show all posts
CHONG WEI mempunyai masa selama 10 hari untuk membuat persiapan sebelum ke China dan Hong Kong.


PEMAIN perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan bahawa dia masih perlu berusaha dengan lebih gigih untuk menghadapi dua lagi kejohanan utama musim ini pada Siri Super Premier Terbuka China dan Hong Kong bulan depan.

Jelas pemain berusia 33 tahun itu, sekarang bukannya masa untuk meraikan kejua-raan Terbuka Perancis, sebaliknya tumpuannya adalah untuk membentuk keyakinan, sekali gus mempamerkan permainan lebih baik pada kejohanan-kejohanan akan datang.

“Saya ada 10 hari lagi sebelum ke China dan Hong Kong, jadi saya perlu buat persiapan yang terbaik. Kekalahan di Denmark akan dibincangkan lagi dengan jurulatih, Hendrawan.

“Saya perlu terima kekalahan awal ini tetapi saya juga berharap dapat mempamerkan permainan lebih bagus di China dan Hong Kong nanti,” ujar Chong Wei selepas tiba di Perancis semalam.




Pemain berusia 33 tahun itu berdepan musim yang sukar selepas gagal ujian do-ping pada Kejohanan Badminton Dunia tahun lalu, malah penggantungan selama lapan bulan sehingga penghujung April lalu turut menjejaskan penampilannya untuk beraksi di pentas antarabangsa.

Selepas mencatatkan dua kejuaraan pada Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat dan Grand Prix Terbuka Kanada (Jun lalu), Chong Wei berdepan situasi sukar apabila tersingkir awal pada tiga kejohanan berstatus Siri Super di Jepun, Korea Selatan dan Denmark.

“Apa yang paling penting sekarang ialah keyakinan untuk persiapan ke Sukan Olimpik. Sekarang saya dapat belajar, kalau kalah kena kutuk tetapi saya perlu terima.

“Bukan senang kerana selama enam tahun sebagai pemain No. 1 dunia paling awal kalah pada separuh akhir tetapi selepas kalah awal pada tiga kejohanan lepas saya perlu belajar hadapi tekanan tinggi. Ia sudah lepas, jadi sekarang saya mahu fokus masa depan,” kata Chong Wei.




Dalam pada itu, Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd. Majid berharap sentuhan yang dipamerkan Chong Wei yang meraih kejuaraan di Perancis, Ahad lalu berkekalan.

“Kami mahu melihat Chong Wei terus berusaha kerana keutamaan kita mencapai kejayaan pada Olimpik Rio. Dalam konteks ini, kami tidak perlu sasaran yang tinggi lagi kerana perkara yang pertama ialah dia layak dan meletakkan diri dia selesa pada Olimpik.

“Kami bukan sahaja mahu dia memenangi Siri Super tetapi menjadikan kejohanan ini sebagai persiapan untuk beraksi pada Olimpik. Apa yang penting, dia meraih keyakinan,” kata Al Amin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 05:01 PM | Show all posts
http://www.bwfbadminton.org/rank ... mp;dt=6&cid=472

ranking Lee chongwei telah melonjak daripada no 19 kepada no 10 dunia , teruskan datuk, kami sentiasa akan terus menyokong datuk...



p/s : tq mod karam
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 06:19 PM | Show all posts
ambok replied at 29-10-2015 05:01 PM
http://www.bwfbadminton.org/ranking.aspx?id=70&dt=6&cid=472

ranking Lee chongwei telah melonjak d ...

cpt je ranking datuk naik..dari ratusan
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 07:38 PM | Show all posts
miyoma replied at 2-11-2015 06:19 PM
cpt je ranking datuk naik..dari ratusan

ya, daripada no 180 kalau tak silap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 12:04 AM | Show all posts
ambok replied at 4-11-2015 07:38 PM
ya, daripada no 180 kalau tak silap...

harapan emas tu taun depan..hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 02:09 PM | Show all posts
miyoma replied at 6-11-2015 12:04 AM
harapan emas tu taun depan..hmmm

harapan tetap ada walaupun semakin sukar, dulu pesaing utama dia hanya Lin Dan seorang sahaja

sekarang, Chen Long dan Lin Dan merupakan pesaing utamanya . Chen Long adalah pemain terbaik dunia pada ketika ini

kebangkitan pemain muda seperti Viktor Axelsen tidak boleh dipandang ringan

namun kita harap Chong Wei mampu bangkit dan kembali ke prestasi terbaiknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 02:11 PM | Show all posts
kejohanan terbuka China masuk hari ke 2 hari ini,
-


jika chong wei terus mara, dia dijangka akan lawan Jan O jorgensen di suku akhir, lin dan di separuh akhir ...dan jika mara ke final dijangka lawan Chen Long
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2015 07:07 AM | Show all posts
Terbuka China: Chong Wei Bertemu Lin Dan Di Separuh Akhir
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 10:29 PM
[size=0.75em]Datuk Lee Chong Wei

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertemuan yang dinanti-nantikan antara Datuk Lee Chong Wei dan bekas juara dunia, Lin Dan menjadi kenyataan apabila bakal bertarung di separuh akhir Terbuka China di Fuzhou, Sabtu.

Chong Wei yang kini berada pada ranking kesembilan dunia mengambil masa 52 minit untuk menundukkan pemain nombor dua dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark, 21-11, 11-21, 21-10 di suku akhir hari ini, sekali gus melebarkan rekod pertemuan mereka kepada 14-1.

Kemenangan Chong Wei membolehkannya menempah pertemuan dengan musuh tradisinya Lin Dan yang terlebih dahulu menewaskan pemain ranking ke-15 dunia, Hu Yun dari Hong Kong 21-8, 10-21, 21-17 untuk mengesahkan tempat di separuh akhir.

Sebagai rekod, Lin Dan memegang rekod pertemuan 25-9 ke atas Chong Wei termasuk kemenangan terbaru di Terbuka Jepun September lepas manakala kali terakhir Chong Wei menundukkan pemain kidal itu adalah di Terbuka Korea, Januari 2012.








Satu lagi pertemuan separuh akhir adalah antara juara dunia, Chen Long dari China yang menyingkirkan Viktor Axelsen dari Denmark 21-17, 21-13, dengan  San Wan Ho dari Korea Selatan yang menundukkan pemain tuan rumah, Shi Yuqi 21-19, 11-21, 21-18.

Sementara itu, harapan beregu wanita negara, Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho untuk mara lebih jauh lebur selepas tunduk kepada pilihan utama dari Jepun, Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi 21-17, 21-12 dalam masa 42 minit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.080281 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list