CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 10

 Close [Copy link]
Post time 27-8-2016 12:27 AM | Show all posts
"Saya Mahu Hendrawan Kekal" - Chong Wei
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 8:28 PM


[size=0.875em]

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berharap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertimbangkan untuk mengekalkan jurulatih perseorangan lelaki dari Indonesia, Hendrawan untuk melatih skuad badminton negara.
[size=0.98em]Namun, Chong Wei berkata, terpulang kepada BAM untuk menentukan masa depan Hendrawan yang kontraknya akan tamat hujung tahun ini.
[size=0.98em]"Saya mahu beraksi pada Kejuaraan Dunia dan mahu Hendrawan kekal. Semua orang boleh nampak prestasinya dalam membantu Malaysia mendapat keputusan yang bagus.
[size=0.98em]"Dia sudah enam tahun di Malaysia. Dia turut bantu Iskandar begitu juga pemain lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa majlis penyampaian ganjaran kepada pemenang pingat perak dan gangsa pada Olimpik Rio 2016 oleh syarikat telekomunikasi tempatan, XOX Mobile di sini Jumaat.



[size=0.98em]Jelas Chong Wei, BAM perlu mengambil kira prestasi Hendrawan yang berjaya membantu dirinya merampas kembali ranking No. 1 dunia dalam tempoh kira-kira 14 bulan.
[size=0.98em]"Dia berjaya buktikan semasa bersama dengan saya. Selepas kes doping saya duduk di ranking ke-182 dunia tapi kira-kira 14 bulan saya kembali ke ranking No.1 dunia," katanya.
[size=0.98em]Pemain berusia 33 tahun itu berkata, sentuhan Hendrawan diperlukan skuad kebangsaan dalam membantu negara merealisasikan misi membawa pulang pingat emas pada Sukan Olimpik, Tokyo dalam masa empat tahun lagi.
[size=0.98em]"Hendrawan dan Tey Seu Bock perlu kekal dengan skuad kebangsaan dan bantu negara bangkit pada Olimpik 2020," katanya.
[size=0.98em]Difahamkan masa depan Hendrawan menjadi persoalan selepas berakhirnya Olimpik Rio 2016 dengan kontraknya bersama BAM bakal tamat pada hujung tahun ini.
[size=0.98em]Jurulatih dari Indonesia itu mula melatih Chong Wei sejak April tahun lalu dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan adalah memastikan pemain berusia 33 tahun berkenaan muncul juara dunia 2015 di Jakarta, Indonesia dan memenangi pingat emas Olimpik Rio 2016.
[size=0.98em]Terdahulu, Chong Wei menerima ganjaran sebanyak RM60,000 daripada syarikat telekomunikasi tempatan, XOX Mobile di atas pencapaiannya meraih pingat perak dalam aksi final perseorangan badminton di Olimpik, Rio 2016.
[size=0.98em]Malah, beliau turut menerima ganjaran sagu hati sebanyak RM50,000 kerana prestasi cemerlangnya dalam membawa jenama syarikat telekomunikasi itu.
[size=0.98em]Chong Wei merupakan duta XOX Mobile.
[size=0.98em]Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau akan terus mewakili negara selepas aksi Kejohanan Dunia tahun depan, Chong Wei berkata segalanya bergantung kepada keadaan fizikalnya pada ketika itu.
[size=0.98em]"Sebagai pemain kita tak tahu bila kita akan dilanda kecederaan. Saya harap saya bebas daripada sebarang kecederaan sehingga Kejohanan Dunia.  
[size=0.98em]"Selepas  itu jika keadaan saya masih bagus, saya akan terus beraksi. Jika tak bagus saya akan berhenti," katanya.
[size=0.98em]Selepas gagal meraih pingat emas di Olimpik, Chong Wei akan mensasarkan untuk beraksi pada Kejohanan Dunia tahun depan, pentas antarabangsa terakhir bagi dirinya memburu satu lagi gelaran utama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2016 12:13 PM | Show all posts
ambok replied at 27-8-2016 12:11 AM
yg sebenarnya kita kesal dlm kegembiraan

sebelum olimpik bermula, tiada siapa letak harapan MD  ...

ni serve yg mcm jwalla gutta buat kan ...  
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 12:22 PM | Show all posts
Edited by kayla at 27-8-2016 12:32 PM
ambok replied at 27-8-2016 12:15 AM
aku percaya morten frost akan cuba fix problem serve ini , sekurang-kurangnya kalau dalam satu gam ...

hopefully ... tapi utk gajikan psychologist utk semua mesti mahal kan ...


ambok ..skrg ada Kedah open ...
ada goh jin wei ... hopefully goh jin wei vs sonia kat final ...
kkk n tbh pun ada tapi partner ngan pemain lain ... kkk kalahkan tbh kat 1st round hehe
misbun ramdan pun ada tapi main double ngan abg dia lak ... kalau la dia tak kuar BAM dulu rasanya dia ms no.2 skrg kot ... all the best ...
yg tak nampak zulfadli ..injured lagi ke ...   
tak nampak nama ow yao han gak ... 2X world junior champion dah kuar BAM atau injured ... sayang betul ... kenapa la tak menjadi dia ni ...


http://www.tournamentsoftware.co ... 1-B757-A7C4301B5C05


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 11:05 PM | Show all posts
kayla replied at 27-8-2016 12:22 PM
hopefully ... tapi utk gajikan psychologist utk semua mesti mahal kan ...

sampai Perdana Menteri Najib pun ada buat statement "pemain negara perlu perkuatkan mental"

PM pun perasan, mmg rugi sgt kay.....MD kita kalah kerana serve sahaja, kalau kita perhatikan, Fu Hai Feng memang dah tak sekuat dulu, mungkin sekarang dia dalam 80% sahaja berbanding kekuantan dia dulu, dulu lompat tak berhenti tu,lompat smash lompat smash sampai shuttle mati. dalam keadaan FHF yg tak kuat tu sepatutnya MD kita ambik kesempatan dah,

XD kita pula, jika tidak kerana serve Peng Soon, sekurang-kurangnya boleh cabar natsir/tontowi ,
tetapi aku tengok prestasi natsir/tontowi mmg sgt mantap, rasanya sepanjang pertandingan diaorg tak kalah walau 1 set
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 11:15 PM | Show all posts
kayla replied at 27-8-2016 12:22 PM
hopefully ... tapi utk gajikan psychologist utk semua mesti mahal kan ...

dah lama tak tengok misbun ramadan , rasa rugi juga dia tinggalkan BAM dulu...
zulfadli last time tengok dia main tahun lepas kot , purple league, perform gak nampak dia time tu

goh jin wei disifatkan oleh datuk LCW sbg "future badminton star" satu masa dulu , harap2 masin mulut datuk LCW

ada terbaca kalau tak silap Chin Chai kata nak cari jurulatih single untuk cungkil bakat pemain baru

aku rasa BAM perlu pertimbang untuk bawa masuk rexy atau park joo bong . 2 orang yg pernah berkhidmat di Malaysia ini terbukti adalah antara jurulatih double terbaik dunia

kalau lah duit Kementerian Belia dan Sukan tak diseleweng RM100 juta tu, dah lama kita boleh bawa balik pingat emas

China gagah di Olimpik Beijing 2008 (51 gold, USA cuma 36 gold) adalah kerana peruntukan $$$ . Lin Dan sahaja dibekalkan 18 orang untuk membantu dia dari segenap aspek.

JDT jadi Juara Asia (bola) adalah kerana peruntukan $$$ .

jika duit disalurkan dengan cara betul, dah lama kita boleh bawak balik piala thomas & emas olimpik

Akademi Badminton Negara yg najib umum aku rasa 5 tahun lebih dah, sampai hari ini masih tak siap-siap lagi, malang sungguh





Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 04:31 PM | Show all posts
ambok replied at 27-8-2016 11:15 PM
dah lama tak tengok misbun ramadan , rasa rugi juga dia tinggalkan BAM dulu...
zulfadli last time ...

pendek kata semua $$$
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2016 12:52 PM | Show all posts
ambok replied at 27-8-2016 11:15 PM
dah lama tak tengok misbun ramadan , rasa rugi juga dia tinggalkan BAM dulu...
zulfadli last time ...

ambok ada baca tak hafiz cadangkan zulfadli masuk BAM hehehe
rasanya dah terlambat kot ... tak rasa ada perubahan pun kalau dia joint BAM ... biarkan la dia dengan bapaknya ...
yg aku rasa ada potensi ramdan ... tapi lepas injured ni tak tau camne ... aritu main MD ngan abg dia pun kalah 1st round ..

park joobong dah kena ikat ngan jepun ... hampir2 dah dtg malaysia tapi jepun berjaya pujuk ..mungkin tambah $$$
rexy hehehe .. nak lagi ke dia dtg malaysia ... org2 yg pinggirkan dia dulu ada dlm BAM lagi kan ....
morten frost ni tak tau la tahan berapa lama ...
kontrak hendrawan nak habis dah tahun ni ... chongwei mintak sambung ...BAM nak sambung tak ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 08:37 AM | Show all posts

kalau kita ingat balik balik beberapa tahun yg lalu

negeri Terengganu menjadi juara SUKMA dalam beberapa edisi

kerana pada waktu itu duit royalti minyak yg banyak , sebahagian diguna untuk membangunkan sukan, mencari jurulatih terbaik, kemudahan sukan terbaik....

sekarang, harga minyak dunia turun mendadak, dan kerajaan Terengganu tak dapat lagi royalti yg banyak, peruntukan sukan turun mendadak, akhirnya SUKMA baru-baru ini dapat nombor 3 sahaja kalau tak silap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2016 09:04 AM | Show all posts
kayla replied at 3-9-2016 12:52 PM
ambok ada baca tak hafiz cadangkan zulfadli masuk BAM hehehe
rasanya dah terlambat kot ... tak ra ...

kalau banding zulfadli dan goh jin wei

kedua-duanya adalah juara remaja dunia

beza yg utama antara mereka ialah satu, tahun dimana Zulfadli jadi Juara, tahun itu China memboikot kejohanan tersebut . jadi dari dulu lagi aku sangsi dengan 'kejuaraan' zulfadli tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 02:50 PM | Show all posts
ambok replied at 4-9-2016 08:37 AM
kalau kita ingat balik balik beberapa tahun yg lalu

negeri Terengganu menjadi juara SUKMA dalam ...

betul.tu zaman mat said MB terengganu.dia memang jaga sukan.malah akademi badminton yg ko ckp nak buat tak jadi buat tu pun asalnya planning di kenyir terengganu rasanya..kalau jadi la pusat training badminton tu sure sistem training/select player macam china..kecik2 4-5thn dah masuk training
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 02:56 PM | Show all posts
di china, sistemya lain.trainer masuk kampung2 cari talent. contohnya 4-5 thn (100 org) masuk akademi, lalu saringan tiap2 tahun reject buang at last masa budak tu umur 15thn tinggal (20org) yg betul2 berkualiti.sebab tu mereka tak putus budak2 yg berbakat sebab mereka yg cari/create bakat tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 02:59 PM | Show all posts
sini hang berbakat baru boleh masuk BAM..tu pun kena menang SUKMA dulu, tambah garam mak pak kaya sogok sikit baru dapat masuk..umur dah lanjut pun ada dok serap masuk lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 10:42 PM | Show all posts
peacock.bass replied at 5-9-2016 02:50 PM
betul.tu zaman mat said MB terengganu.dia memang jaga sukan.malah akademi badminton yg ko ckp nak  ...

pepatah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya

aku tahu kerajaan terengganu ada membayar harga yang agak tinggi untuk mendapatkan coach badminton daripada indonesia

pemain badminton remaja Terengganu tak ada basic yg kuat seperti pemain badminton Selangor,kl, pulau pinang

walaupun coach yg bagus, tak akan dapat lahirkan pemain bintang dalam masa 2,3 tahun

yg paling penting, coach yg bagus itu start membentuk/mendidik pemain-pemain yg seawal usia 10 hingga 15 tahun

Khairy sepatutnya mohon dana khas kepada Najib, contohnya RM30 juta ker, Projek bawa Balik Piala Thomas ke Malaysia dalam masa 10 tahun yg akan datang , kalau buat betul-betul , tanpa penyelewengan, memang kemungkinan besar boleh berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 10:43 PM | Show all posts
uiks...jadi juara, tahniah

Badminton: Zulfadli Rangkul Trofi Juara Terbuka Brazil
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 3:18 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pemain perseorangan badminton lelaki negara, Zulfadli Zulkifli melakar rekod baharu peribadinya selepas berjaya meraih gelaran juara Terbuka Brazil awal pagi Isnin.



[size=0.98em]Selepas beberapa tahun bergelar pemain senior, Zulfadli kembali menemui sentuhannya apabila menumpaskan pemain India, Anand Pawar 18-21, 21-11, 21-17.

Sebelum ini, Zulfadli,23, merupakan pemain remaja pertama Malaysia menjuarai gelaran perseorangan Badminton Remaja Dunia 2011 sejak edisi pertama 1992.

Kali terakhir anak sulung daripada tiga beradik itu mara ke pentas akhir adalah pada kejohanan antarabangsa di Sydney tahun lalu.
[size=0.98em]Zulfadli kini mahu meneruskan rentak kemenangannya pada terbuka Jepun yang bakal berlangsung pada 20-25 September ini.

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ambok replied at 5-9-2016 10:43 PM
uiks...jadi juara, tahniah

Badminton: Zulfadli Rangkul Trofi Juara Terbuka BrazilDiterbitkan: Isn ...

Tahniah la ... tapi tak faham kenapa nak gi jauh sgt sampai ke brazil padahal ada indonesia masters skrg ni ... nak naikkan ranking ke .....

https://www.tournamentsoftware.c ... 43DD&d=20160907

Paper pun dok highlight sikit punye ... padahal kalau tengok draw dia kalahkan players brazil je pun ... kat final je jumpa pemain india ...
Kalau pegi tournament kat europe tahan sikit saingan dia ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kayla at 6-9-2016 10:22 PM
ambok replied at 4-9-2016 09:04 AM
kalau banding zulfadli dan goh jin wei

kedua-duanya adalah juara remaja dunia


Hehehe kita paham2 sendiri dah la ambok  
Tapi masa world junior tu dia kalahkan victor exelsen kan .....

Ow yao han pun tah ke mana ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2016 10:52 PM | Show all posts
kayla replied at 6-9-2016 10:13 PM
Tahniah la ... tapi tak faham kenapa nak gi jauh sgt sampai ke brazil padahal ada indonesia master ...

a'ah kan, kos ke brazil memang tinggi

kalau pergi matta fair kan, tengok kalau ke europe pun tak sampai RM10k , pergi brazil, argentina dll kena sampai RM24k+

zulfadli cari angin baru kot, mungkin taknak lawan jonathan cristie dll

jonathan cristie sedang meningkat naik skrg, belum sampai pada tahap yg tinggi, tetapi sedang meningkat...

indonesia ada problem dgn MS sahaja, MD diaorg mantap dah (mungkin kerana rexy) ...masa final piala thomas, kedua2 MD diaorg menang, 3 MS semuanya kalah ...jonathan cristie injured time final tu

iskandar pun nampak meningkat time thomas cup tu, cuba sayang dia kalah tipis dengan vitingus
sebelum itu dia buat kejutan dengan kalahkan beberapa pemain yg ranking mereka lebih tinggi daripadanya seperti pemain korea Lee Dong Keun




Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 10:55 PM | Show all posts
kayla replied at 6-9-2016 10:19 PM
Hehehe kita paham2 sendiri dah la ambok   
Tapi masa world junior tu dia kalahkan victor exel ...

viktor axelsen dapat pingat olimpik pada usia 22 tahun,

4 tahun lagi di tokyo mungkin dia pencabar utama pingat emas

sebelum ini ada 1 orang yg tahapnya hampir sama dengan viktor axelsen, iaitu Kento Momota , khabarnya dia digantung, akibat judi khabarnya , kay tahu detail pasal mamat jepun ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 11:11 PM | Show all posts
masih teringat perlawanan final lcw-cl

Morten Frost kata seingat dia CL cuma buat 2 kali unforced error , sementara LCW buat agak byk...

Lcw tertekan kerana letih, kaki dia nampak tak boleh pergi ke tahap maksima,

bila Lcw smash CL, chen long ambik....masuk agak tinggi depan net LCW, LCW tak sempat nak ketuk/smash utk matikan shuttle, terpaksa drop depan net CL sahaja ...dan akhirnya point dapat kat CL

sebaliknya, bila CL smash LCW, LCW ambik, shuttle masuk agak tinggi belah CL, dari belakang dia sempat lari ke depan net untuk ketuk/matikan shuttle , kerana dia masih 'fresh' , semi final pun main 29 minit sahaja

perlawanan sengit LD-LCW , menyebabkan kedua-dua mereka letih, kaki mereka jem , kerana kedua-duanya skil tinggi , shuttle kadang kala dihantar mengelirukan , kaki lawan jadi terkejut , nampak macam nak hantar ke belakang, rupanya cross court

ketika set ke 3 , point LCW 20 - LD 17 , nampak seakan-akan LCW dah dapat tamatkan game , LD pulun gear maksimum untuk menyelamatkan game . selepas itu boleh nampak kaki dia jem , pada match point LCW 21-20 , point ke 22 tu, kalau kaki LD tak jem /kaki dia tengah normal....dia mampu ambik drop terakhir daripada LCW tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 11:14 PM | Show all posts
antara 3 orang ini, LD-LCW dan CL , backhand terbaik/terkuat adalah CL , dia punya backhand kuat, shuttle tak jadi tanggung , biasanya dalam badminton , lawan akan kasi belah backhand supaya dia akan dapat shuttle tanggung, tapi kalau buat begitu pada CL , ianya takkan berhasil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.125583 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list