CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kerill

Saya tak gemar pakai sleeveless - Tasha Silla

[Copy link]
Post time 25-10-2012 07:54 AM | Show all posts
bimbo pnya artis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 07:59 AM | Show all posts
sheol jgn dengki taw

Khamis Oktober 25, 2012
'Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?' - Tasha Shilla
Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)

Tasha Shilla

PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Tasha Shilla semakin jelak dan bosan untuk menghadapi gosip remeh-temeh mengenai dirinya yang silih berganti dan sering diperkatakan.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, berkata, perasaan itu semakin memuncak apabila dia sekali lagi dikaitkan dengan dakwaan mengarut apabila dituduh memakai pakaian yang mempunyai lambang salib rekaan Hazwani Osman pada pelancaran sebuah anugerah, baru-baru ini.

“Memang saya mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada melenting tetapi pada masa yang sama saya juga berasa jelak dan bosan kerana terus dikaitkan dengan gosip remeh-temeh dan tidak berasas.

“Padahal, sepanjang menceburi bidang seni sejak dua tahun lalu, saya tidak pernah kacau orang. Mungkin tuduhan itu timbul kerana perasaan iri hati atau salah faham oleh segelintir pihak,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Rabu.

Kata Tasha, dia sendiri bingung dan tidak pasti mengapa perasaan dengki dan tidak puas hati harus wujud di kalangan segelintir pihak terhadap dirinya.

“Kenapa perlu dengki dengan saya? Mungkin sudah resam masyarakat kita yang mudah iri hati dan cemburu dengan kejayaan orang lain walaupun saya tidak mengganggu mereka.

“Saya pelik kenapa orang masih tuduh saya wanita yang liar dan jahat kerana cerita-cerita yang belum tentu kesahihannya?” luahnya dalam nada terkilan.

Justeru itu, aktres yang berasal dari Kuala Lumpur ini berkata, dia perlu bekerja keras bagi mengimbangi kontroversi yang bertandang agar khalayak umum dapat melihat kesungguhan dan komitmennya menceburi bidang seni.

“Apabila pelbagai kontroversi terus melanda, saya tiada pilihan melainkan bekerja dengan lebih keras dan fokus pada lakonan bagi mengimbangi cerita-cerita negatif yang timbul.

“Jika saya sendiri pun jelak dengan gosip-gosip itu, tidak mustahil peminat turut merasainya. Keadaan itu yang paling membimbangkan jika orang terus melihat saya sebagai lambang kontroversi berbanding kisah kerjaya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tasha baru sahaja dilantik sebagai wajah kepada kempen ‘I Love Malaysian Designers’ anjuran Brew & Skittles untuk tempoh dua tahun.

“Saya bertindak sebagai wajah atau duta kempen ini bagi merancakkan lagi kehadiran lebih ramai pereka-pereka baru tanah air dan mempromosikan nama mereka.

“Sepanjang tempoh itu, saya boleh memakai mana-mana pakaian mereka untuk sebarang acara, fotografi atau penggambaran mengikut kesesuaian,” hurainya.

Tasha baru sahaja menamatkan penggambaran telefilem berjudul Ramadan Jangan Ambil Nyawaku untuk ditayangkan di RTM pada Ramadan tahun depan.

Selepas itu, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri 28 episod iaitu Cinta Bertamu Di Abu Dhabi untuk slot Akasia di TV3.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Gemilang ini dihujani kontroversi seawal tahun pertama pembabitannya dalam bidang lakonan antaranya dakwaan ‘dibela’ VIP dan gemar bersosial di kelab malam.
Last edited by skymania on 25-10-2012 09:06 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:02 AM | Show all posts
maleh dh aku nk copy paste

asyik kuar separuh je forum skunk cam pelik je geram haku

caling momod@skymania help me
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:13 AM | Show all posts
wau!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:31 AM | Show all posts
bila masa pompuan nie tak suka pakai pakaian yang tidak menutup aurat...hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:46 AM | Show all posts
masa baca jek tajuk berita TS x gemar pakai sleeveless....aku dah boleh agak yg forumer cari akan tepek gamabr TS nampak tgn berserta ketiak......

minah ni klu ckp ......macam ada penyakit alzheimer jek....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2012 09:05 AM | Show all posts
aku suka lakonan dia ni..aku nengok cerita cerekarama saleha n satu lagi kau pengawal hatiku...lawak..pandai dia berlakon..dalam ratu the movie pun ada...cuma aku pun heran macammana dia bleh menang bintang popular tu..aku yg aware /suka lakonan dia pun tk ngundi dia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:06 AM | Show all posts
mixed posted on 25-10-2012 08:02 AM
maleh dh aku nk copy paste

asyik kuar separuh je forum skunk cam pelik je geram haku

aku dah edit paste seme artikel tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 09:06 AM | Show all posts
apsal aku rasa dia ni tak cantek langsung.. muka mcm michael jackson
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:06 AM | Show all posts
Macam mentornya jugak, amnesia
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:18 AM | Show all posts
Dia bukan kata TAK MAW pakai sleeveless. Dia cakap TAK GEMAR.
Ertinya dia pakai juga sleeveless tapi dia tak gemar sebab leh nampak
bulu ketiaknya. Simple je........
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:20 AM | Show all posts
kata TAK GEMAR tapi majoriti gambor yang hadoo semuanya tunjuk tiak...apa cer....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:27 AM | Show all posts
cikgu_murni posted on 24-10-2012 03:30 PM
Forumer CARI ni mmg jahatttttt, pantang dicabarrrrrr
kan dah kluor gambo sopan santun, siap ngko TS ...

x gemar tapi selalu sgt nampak die sleveless kekdahnye.. keh3
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:30 AM | Show all posts
haaaiiikkktuuiiihh...........blah lah ko!!...statement mcm gammppppzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:46 AM | Show all posts
bukan die nie pun ratu kemban kah??
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:51 AM | Show all posts
tapirbiru posted on 25-10-2012 09:06 AM
apsal aku rasa dia ni tak cantek langsung.. muka mcm michael jackson

haha...me too
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 09:51 AM | Show all posts
cakap macam anwar
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:55 AM | Show all posts
mea posted on 24-10-2012 03:40 PM
bukan....mak dia yg lahirkannya....

terbaik jawapan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 10:05 AM | Show all posts
"Ratu tiak x ngaku suka pakai sleeveless" <--- patutnya tajuk benang mcm ni lebih sesuwai kot... heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 10:19 AM | Show all posts
x gemar la sangat kennn.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.576158 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list