CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
 Author| Post time 29-12-2012 12:09 AM | Show all posts
sorry lambat sambung
mood malas akhir tahun dah mai

..................................................................................
Bab 15

Sebaik sampai ke Heathrow, Nurul menaiki keretapi Heathrow Express ke Paddington. Di Paddington, Elly sudah menunggu. Nurul di peluk erat.

“ I miss you. Thanks for coming. We will have so much fun! “ Elly menahan teksi. Alamat rumahnya di beri pada pemandu.

“ Malam ni kita keluar ya, Yuyu? Kita pergi dinner lepas tu kita pergi clubbing. I nak introduce you kat kawan kawan baru I. They are really fun to hang out with”

“  Malas lah. Letih gila layan penumpang dalam A380. Punyalah ramai.  Penat aku jalan ke hulu ke hilir. Aku datang sini nak jumpa kau.” omel Nurul.  Kalau di ikutkan, dia lagi suka lepak di rumah.  Ayat terakhir  Redza sewaktu menghantarnya ke ERL KL Sentral masih jelas. ‘  Ecah dah jadi isteri abang. Kalau Ecah tak sayang abang pun, jangan dayuskan abang.’  Zuuuppppp… terus menusuk ke kalbu. Bila berjauhan rasa rindu mula bertandang. Dia terpaksa akui Redza seorang yang baik. Hari hari bersamanya tidak membosankan. Dia kelakar dan banyak idea untuk menceriakan hidup mereka bersama. Dia juga sabar menangani kerenah aku . Semua kriteria lelaki idaman aku ada padanya…. kecuali kebolehan memasak macam Chef Riz.

“ Okay, sampai rumah kau rehat dulu. Then we go shopping, borak borak, makan makan. Malam nanti kita partayyyy!” Elly menepuk tangan dengan girang. Nurul akur yang Elly nampak ceria dan sihat.  Jauh beza dari kali terakhir mereka bertemu di Prince Court. Mungkin dia sudah menemui pengganti.

Mesej mula masuk ke henfon Nurul yang baru dapat signal roaming. Dua mesej dari telco, diikuti mesej dari Redza “ How r u? Dah sampai? Luv and miss u so much. “

Nurul segera membalas. “ I m ok. OTW to frens hse. Miss u 2” Dia tersengih sendiri. Dalam telefon tak malu nak  mengaku.

“ Siapa tu? Boyfriend? Wah, dah pandai cintan cintun ya”

“ Sibuklah ko ni!” Nurul menyimpan telefon bimbit. Lambat laun aku kena ceritakan pada Elly yang aku sudah berkahwin. Aku tak suka berahsia dengan kawan karib sendiri.

“ Aku nak introduce kau kat Shah, he is one hot guy! Dia single lagi dan kerja di sini. Mesti kau suka”

“ Tak payah lah. Aku tak minat. Shah Rukh Khan aku minat lah.  Kau ambil saja lah untuk diri kau sendiri.” Nak mampus? Laki aku nak campak mana?

“ Aku dah pasang dua tiga orang.  Bodohlah kalau aku stick to one.  Betul cakap kau. Di sini ramai Mat salih, Paki dan Arab yang suka perempuan saiz XL seperti aku. Tak sangka aku boleh jadi popular.  Malam nanti kau pakai lah sexy sikit. Shah likes girls yang fun and flirtatious. He will show you a good time ”

“ Then I am not the right girl for him. Tak payahlah nak kenalkan aku dengan Shah atau Shah Jaszle maupun Shah Rukh Khan. Clubbing is not my thing.  ” Bukannya dia tak suka,  dia memang terror menari. Zaman sekolah dulu, setiap kali ada konsert nama Nurul Aishah Anuar mesti naik. Bukan saja tarian tradisional tetapi tarian gelek, hiphop, bhangra… semua boleh. Cuma dia tak suka di kelilingi orang mabuk dan bau arak dan asap yang memualkan.

Elly mencebik dan menampar peha Nurul. “ Boring lah kau ni!”

“ Baru kau sedar yang aku ni boring? Dah, malam ini aku nak duduk rumah tengok TV. ” balas Nurul. Tawa Elly meletus. Malam ini dia akan pastikan yang  Nurul akan enjoyyyyy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2012 12:16 AM | Show all posts
Sebaik teksi berhenti di depan deretan rumah townhouse di  St John’s Wood, Elly membuka pintu no 8. Perghhh! Classy nya tempat tinggal Elly. Khabarnya townhouse dua tingkat ini  berharga dua  juta pound sterling. RM 10 juta tuh!

“ Assalamualaikum Auntie” Nurul bersalaman dengan ibu Elly yang sedang menonton TV di ruang tamu. Seperti biasa Puan Sri Lily memeluk nya. Sejak kebelakangan ini, Puan Sri semakin mesra. Dah sedar kot, yang aku kawan Elly yang paling setia.. Cehh! Masuk bakul angkat sendiri.

“ Thanks so much for coming. Auntie risau Yuyu tak jadi datang. Elly tunjuk Nurul mana bilik dia. Nurul nak breakfast? Auntie masak nasi goreng”

“ Tak apa lah Auntie. Yuyu dah kenyang. Boleh tak Yuyu rehat sekejap? Yuyu penat sikit.” Segan rasanya bila seorang Puan Sri masak untuk aku. Macam tinggi benar  martabat kau, Cik Nurul oi.

“ Of course , go ahead. Rehat lah dulu. Mesti Yuyu letih. “

“Kalau kau lapar, dalam peti ais ada macam macam. Buat macam rumah sendiri. Kita jarang masak, selalu nya makan luar atau telefon untuk delivery. Jom naik atas, aku tunjuk bilik kau.” Elly menarik tangannya.

Nurul membontoti Elly ke tingkat atas. Biliknya bersaiz sederhana dengan dua katil bujang, bertata rias gaya English country. Dia membuka tingkap untuk membiarkan udara segar masuk. Cuaca di penghujung September tidak menentu. Ada kala sejuk dan mendung, ada hari panas.

“ Bilik aku di sebelah. Aku pun nak sambung tidur balik, semalam aku balik pukul 3 pagi. Sssyyyy… jangan bagi tahu mak aku” Elly meletak jari telunjuk ke bibir sebelum meninggalkan bilik Nurul.

Apa lah nak jadi dengan kawan aku ni? Baru baik sakit, dah cari penyakit. Baju kebaya di ganti dengan baju T dan sweatpants sebelum merebahkan tubuh di katil. Matanya degil , walaupun penat tapi dia tak mampu tidur. Setelah bergolek atas tilam empuk beberapa minit, pintunya di ketuk.

“ Yuyu, sorry Auntie kacau. Yuyu dah tidur ke?” kedengaran suara Puan Sri Lily. Nurul segera memulas tombol pintu.

“ Masuk lah Auntie. Yuyu tak tidur pun, baring baring saja.”
Wajah Puan Sri Lily nampak keruh. Dia melabuh duduk di katil bujang yang kosong. Nurul melipat sila atas katilnya sambil mengikat rambutnya. Apahal pula ni? Puan Sri tak suka aku tumpang rumah dia kah?

“ Auntie dah tak tahu apa nak buat dengan Elly. Tiap tiap malam dia keluar clubbing. Balik lewat, mabuk pula. Kawan kawan dia di sini semua jenis yang kaki party, kaki minum. Bila Auntie tegur, dia mengamuk.” Puan Sri menahan sebak. Nurul beristighfar dalam hati. Kenapa lah kawan aku jauh sangat terpesong dalam sekelip mata?

“ Elly yang Yuyu kenal tak suka keluar malam. Mungkin dia terpengaruh dengan kawan kawan di sini. Mungkin juga dia nak lupakan rasa kecewa sebab tak jadi kawin. Yuyu boleh cuba nasihat dia, tapi tak tahu lah sama ada dia nak dengar atau tidak.” Dari perbualan mereka dalam teksi tadi, Nurul boleh agak yang Elly sedang asyik masyuk dengan gaya hidup “dunia ini ana yang punya”.

“  Elly mesti dengar cakap Yuyu. Auntie tak nak sesuatu yang tak baik jadi kat Elly. Dia satu satunya anak Auntie.  Auntie tak pandai baca isi hati Elly.  Yuyu seorang saja yang boleh tolong Auntie “ rayu Puan Sri Lily. Luluh hati Nurul mendengar luahan hati seorang ibu.

“ Insyaallah, Yuyu buat apa yang boleh. Malam nanti dia ajak Yuyu keluar pergi clubbing dengan kawan kawan dia. Yuyu tak nak keluar malam sebenarnya sebab.. er…” Ayat Nurul tergantung. Patutkah aku berterus terang dengan Puan Sri tentang status aku?

“ Yuyu takut boyfriend marah?” tebak Puan Sri Lily

“ Hmm…  ” Angguk saja, tak perlu ulas panjang.

“ Baguslah kalau  Yuyu dah ada kekasih. Umur macam ni dah elok lah jadi isteri orang. Tapi kalau boleh janganlah bagi tahu Elly. Emosinya masih  rapuh.  Malam ini Elly mesti nak keluar clubbing macam biasa. Kalau Yuyu pergi dengan dia, Yuyu boleh tengok tengokkan. Pastikan dia balik awal dan jangan bagi dia minum minuman keras. Doktor dah bagi amaran yang hati dan buah pinggang dia mudah rosak akibat slimming pills yang dia ambil dulu.”

Nurul mengeluh. Kalau Elly nak tonggang, apa aku boleh buat. Takkan aku nak berkuntau dengan dia. Mesti aku kalah.

“  Auntie jangan risau. I will be with her all night.” Wah.. ini sudah dapat mandat besar. Tapi sebagai isteri solehah aku kena lah bagi tahu Redza yang aku pergi clubbing sebab di amanahkan untuk jadi bodyguard BFF aku.

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 10:30 AM | Show all posts

alamak..apa nak jadi ngan elly ni...esihh..sian yuyu kena jadi bodyguard..

harap2 jgn la yuyu terperangkap ngan jantan2 durjana kat club tu..



errr..hehehe..best la kakak juna..nnt buat yuyu cintan habis ngan husb dia....waaa  

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 05:05 PM | Show all posts
tu laa.. atlis yuyu kene gitau kt reza.. xde la didayuskan.. ahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 08:37 PM | Show all posts
Akak, takde ke n3 lebih2 utk mlm new yr ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 05:16 AM | Show all posts
Fulamak Elly tiba2 perasan hot pasang boy fren keliling pinggang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2013 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih lom ade sambungan keee. Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2013 10:51 PM | Show all posts
UsuFie posted on 31-12-2012 10:30 AM
alamak..apa nak jadi ngan elly ni...esihh..sian yuyu kena jadi bodyguard..

harap2 jgn la yuyu t ...

elly mencari cinta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2013 10:52 PM | Show all posts
biozipstar posted on 31-12-2012 05:05 PM
tu laa.. atlis yuyu kene gitau kt reza.. xde la didayuskan.. ahahahhaa

mesti lah bagi tau
kang jadi fitnah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2013 10:54 PM | Show all posts
Sherasi posted on 31-12-2012 08:37 PM
Akak, takde ke n3 lebih2 utk mlm new yr ni...

kaka tgh domam
terlebih makan deghoyan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2013 10:54 PM | Show all posts
Banana posted on 2-1-2013 05:16 AM
Fulamak Elly tiba2 perasan hot pasang boy fren keliling pinggang

tiba tiba jadi hot stuff
syiok lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2013 11:03 PM | Show all posts
Bab 16 ( kat Msia)


“ Encik Redza ada hal penting. Dia tak boleh di ganggu” Tegas  Amy pada pengunjung yang suka sangat menyibuk walaupun tak ada urusan.

Kiki memincing matanya yang di solek tebal dengan  bulu mata palsu yang sekali imbas macam anak labah labah. Sudah berminggu dia tak dapat menghubungi Redza. Busy sangat ke mamat ni? Hari ini dia tekad untuk bersua muka. Biar orang kata perigi cari timba, aku tak peduli. Redza sudah lama di dambakan dalam diam. Bukan dia yang diam, tapi Redza yang mendiamkan diri tanpa respon. Apa kurangnya aku di bandingkan dengan model dan gadis lain yang menghimpit Redza? Kiki tidak mudah tergugat.

“ Hel-lo? Macamlah Kak Amy tak faham. Ray tak kisah kalau I yang ganggu” Kiki menekan perkataan ” I” dengan angkuh.

“ Hmm.. kalau macam itu sila lah”  Amy malas melayan perempuan ego tak bertempat dan tak reti bahasa. Susah dapat boss yang kacak dan kaya, ramai benar piranha tak tokak. Redza pun satu, sepatutnya dia buat majlis resepsi  besar besaran masa kawin dulu. Baru lah semua sedia maklum yang boss aku dah ada isteri yang cantik serba serbi dan tak layan perempuan yang terhegeh hegeh.

Pintu bilik Redza di ketuk bertalu talu namun tiada jawapan. Kiki menolak pintu yang tak berkunci. Kosong tak berpenghuni. Dia mendengus kasar.

“ Mana Ray?” Muka Kiki memijar

“ Saya dah cakap dia ada urusan dan tak mahu di ganggu. Dia keluar dengan isteri dia. Cik Kiki nak tinggal apa apa pesan?” Tipu sunat. Nurul sudah ke London semalam dan Redza ada brainstorming session di pejabat klien. Redza memesan supaya dia tidak di ganggu kecuali kalau ada emergency.  Misalnya kalau ofis terbakar atau perompak masuk dan kejadian yang sewaktu dengannya. Kalau setakat perempuan gila bayang menagih cinta, abaikan saja.

“ WHAT? Isteri? Bila dia kahwin? Kak Amy sengaja nak perangat  I ya?”

“ Terpulanglah sama ada Cik Kiki nak percaya. Kak Amy banyak kerja ni, sorry ya”  Amy membelakangkan Kiki dan mula menaip.  Kiki menepuk meja. Kurang hajo punya perempuan!

“ Bayaran saya untuk iklan Hari Raya belum dapat lagi. Itu sebab saya datang nak jumpa Encik Redza. Ingat saya suka datang sini?”

“ Cik Kiki masih di bawah agensi Mirabelle? Cek  kami dah hantar minggu lepas. Biar saya call Mirabelle tanya sama ada dah dapat cek. ” Amy mengangkat gagang telefon. Taktik basi lah. Dia amat arif dengan taktik Kiki, sengaja nak lambat lambat supaya boleh terserempak dengan Redza. Kalau nasib dia baik.

“ Ah! Tak payahlah, saya boleh call sendiri. Saya balik dulu. Jangan lupa bagi tahu Redza yang saya datang. Lagi satu, jangan nak temberanglah Kak Amy,  saya tak percaya yang Redza dah kahwin. Kalau dia dah kawin kenapa tak ada pun jemputan?”

Belum sempat Kiki menghabiskan ayat, seorang lagi  wanita sampai. Kiki bergegas keluar sambil menghentak kaki dan menghayun LV Neverfull lalu merempuhnya dengan tak sengaja.  Amy segera membantu wanita separuh baya yang amat di kenali dan juga di takuti.

“ Datin… I’m so sorry, Datin” Amy mengutip beg tangan Chanel GST yang terjatuh. Bodoh punya Kiki! Sampai mati Datin Wan Hamidah akan ingat muka kau.

“ Siapa perempuan bodoh tadi? Tak pandang kiri kanan langsung! Mata letak kat mana? Ingat cantik sangat muka dia! ” tengking Datin Wan Hamidah sambil membetulkan blaus suteranya.

“ Sabar Datin. Perempuan tadi itu Kiki,  model iklan. Dia datang nak jumpa Encik Redza tapi Encik Redza keluar. Itu sebab dia marah” Motif aku membacking si Kiki kerek.  Amy menarik kerusi untuk Datin Wan Hamidah. Nasib baik lah ofis Encik Redza agak tersorok dari bahagian lain. Kalau tak tentu produktiviti menjunam sebab staf leka menonton drama swasta spontan.

Datin Wan Hamidah mengurut dadanya yang tiba tiba rasa sempit. “ Dia ..peempuan tu ada apa apa dengan Redza kah?”

“ Tak adalah Datin. Jangan risau. “ Muka Datin Wan Hamidah memerah dan peluh mula merecik di dahinya. Gejala menopos agaknya.

“ Eee… Betina tak sedar diri! Muka tak malu, nak tangkap jerung besar. I suruh Redza kawin dengan anak kawan baik I tapi dia tolak. Perempuan baik baik dia tak nak, betina gatal juga yang dia suka. Geram I di buatnya.”

“ Orang zaman sekarang, Datin. Mereka nak pilih sendiri teman hidup.”

“ Pandai juga awak kelentong kata  Redza dah kahwin. Selamat anak aku dari perempuan gatal tu.” sambung Datin Wan Hamidah dengan dada berombak.  Amy terkebil kebil. Dia bersekongkol bersama Datuk Aminuddin dan Puan Fazilah, madu Datin. Kalau Datin tahu yang Redza sah sudah berkahwin, habislah aku.

“ Datin nak minum?” Amy menukar topik.

“ No, thanks. Bila Redza balik? “ Jam tangan Rolex emas di tangan menunjukkan pukul 3 petang.

“ Sorry Datin, saya pun tak pasti. Saya boleh call suruh dia balik, kalau Datin nak jumpa.”

“ Tak payahlah. Bukan I tak kenal anak I. Dia tak suka di ganggu waktu kerja. Lebih lagi kalau emak dia yang nak jumpa.  I nak balik, I rasa tak …berapa… sihat..” Datin Hamidah bangun dari tempat duduk. Dadanya tiba tiba berombak kencang dan dia terus terjelopok ke lantai.

“Ya Allah!” Amy menjerit dan terus berlari untuk mendapat bantuan. Telefon bimbit di capai untuk menelefon Redza. Ini betul betul punya emergency!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 11:29 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 4-1-2013 10:54 PM
kaka tgh domam
terlebih makan deghoyan

Alah, sian Akak... Get well soon kak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 11:30 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 4-1-2013 11:03 PM
Bab 16 ( kat Msia)

Btw thks for the n3 .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 12:31 AM | Show all posts
Bab 17

Hampir pukul 11 malam Nurul dan Elly tiba di Ministry of Sound, club yang terkenal di London. Elly dengan baju merah paras lutut jenama Versace yang melekap ke setiap inci tubuh gempalnya melangkah penuh konfiden. Nurul menyusul di belakang. Pujukan Elly supaya dia mengenakan pakaian lebih sexy tidak berhasil, Nurul  memakai skinny jeans Seven, T shirt dan cropped leather jacket dari Zara . Mukanya yang muram membuat dia kelihatan seperti Kristin Stewart versi Melayu.

Sambil menuju meja yang di khaskan untuk mereka, Elly memperkenalkan Nurul pada kawan baru nya dari pelbagai bangsa dan rupa. Ada yang kacak, ada yang muka pecah rumah, dari  yang berbulu lebat hingga  yang botak licin, yang gelap , yang bertatu….macam macam spesis. Gaya Elly yang  menggoda memang jauh beza dari dirinya di Malaysia.  Tanpa segan silu dia menayang aset saiz 36D nya yang  membuak keluar dari baju sendat.

“  Yuyu, inilah Shah.The one that I was telling you about” Nurul menyambut tangan Shah. Orangnya berkumis nipis, berambut lurus di suak ke belakang. Bertubuh agak tinggi. Tapi kacak lagi Redza ( ececeh…)

“ Hello. Nice to meet you. Nama penuh I Ungku Shahrulzaman Aidrus Shah but my friends call me Shah. Elly cakap you kerja pramugari tapi I tak sangka you secantik bidadari. Pramugari… bidadari.. eh.. macam pantun pula.” Shah ketawa dengan lawak sendiri .

Cheesy pick up line… aku tak sentuh minuman keras pun rasa nak muntah berbaldi. Bluweeekkk! Nurul mula menyesal kerana mengikut Elly ke mari. This is so not my scene. Dah lama dia tak pergi clubbing dengan rakan rakan krew MAS. Dulu masa pergi pun bukannya enjoy tapi sekadar menghilangkan bosan bila layover.


“I dah tinggal di sini  10 tahun dan I kenal London lebih dari I kenal KL. Lepas grad, I dapat offer dari  JP Morgan. Mula mula I ingat nak balik Malaysia kerja dengan business keluarga tapi the offer from JP Morgan was too good to refuse. Boleh I bawa you pusing pusing London? I know a lot of interesting places. “

“ Tengoklah. I penat sebenarnya. Jet lag tak hilang lagi”

“ Sorry I tak tanya pun you nak minum apa? What would you like sweetheart?” tanya Shah. Bau arak menerpa masuk hidung Nurul.  Tak sampai 5  minit sudah dua whisky sour di teguk Shah. Lelaki seperti ini yang di katakan fun dan handsome dan charming oleh Elly?

“ Nghoke ” jawab Nurul dengan suara sengau sebab menahan nafas.

“ Coke?  You mean  Coke with Rum ? “

“ Coca Cola. Rum is haram. Eh, macam pantun pula.” Nurul mengenakan si Shah.

Elly yang duduk di sebelah memesan Margarita, satu pitcher Sangria dan sebotol Tequila. Kawan kawannya ketawa riang dapat “ pow” Elly yang lebih dari mampu. Nurul menjegil biji mata sambil menyiku Elly tapi tidak di hiraukan.

“ Elly, please..no liquor. Kau baru sembuh. Mak kau risau kalau hati kau rosak, lagipun haram tau”

“ Hati aku dah lama rosak. Peduli haper? Yuyu, janganlah jadi spoilsport. Let’s enjoyyyyyy!” Jerit Elly sambil melambai tangan di udara seolah sedang menaiki roller coaster.  Izfar, lelaki Pakistan di sebelah Elly sedang menyanyi  dalam bahasa asing. Lagu Urdu kot. Sebiji Padaiyappa cuma cerah sikit. Kemudian mereka berdua beransur ke lantai tari. Tubuh Elly yang gempal melentuk ghairah ikut rentak muzik. Pasangannya menggesel macam kucing jantan tengah mengawan. Obscene!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 12:34 AM | Show all posts
“ Dah lama kenal Elly?” tanya Nurul bila dia dengan Shah tinggal berdua

“  I baru kenal dia dua minggu lalu, terserempak dengan dia dan Puan Sri di bank. Rupanya Puan Sri dan my mum are friends.  Elly banyak cerita pasal you. You must be very close.”

” Ya,memang kami rapat. I kenal dia sejak sekolah lagi. Tapi Elly yang I kenal di Malaysia bukan macam ini. Dulu dia tak minum, tak suka clubbing. Dia dah lain sangat sekarang. ” Entah kenapa Nurul meluahkan masaalah pada Shah. Sebab tak ada orang lain nak layan kot. Dia tak boleh masuk dengan kawan kawan Elly.

“ Seriously, I rasa Elly ada masaalah. I pun kuat minum tapi dia lagi hebat. She is also into Ecstasy. “

“ Elly ambil Ecstasy? Dia ambil dadah? Kenapa dia bodoh sangat?” Suara Nurul naik seoktaf. Rasa sedih, hampa dan marah bergabung. Di saat itu, dia rasa nak cekik Elly. Kalau Tan Sri dan Puan Sri tahu, kena heart attack kot.

“Dia berubah sejak kenal Izfar , lelaki Paki tu. He is a very suspicious character.  Dia ambil kesempatan sebab Elly anak orang kaya. “

“ Kenapa you tak tegur Elly? You kenal family dia. Sepatutnya you jaga dia. “

“ Look, Elly dah dewasa, pandai pandailah dia jaga diri. Kalau I tegur pun dia tak dengar sebab dia tengah enjoy life as a party girl. Anyway, bosanlah cakap pasal Elly.  Let’s talk about you.  Berapa lama you kat sini?  ”

“ Dua hari saja. I balik Malaysia lusa. ”  Tak sabar aku nak balik. Rindu kat Redza? Mestilah! Bila dah jauh baru nak mengaku.

“ Why so soon? I really want to get to know you better.”

“ Shah, let me be honest with you. Sebenarnya I dah kawin. Elly pun tak tahu sebab dia dah ada di sini masa I kawin.”

“ Best friend sendiri pun tak tahu? Pelik. You kena tangkap basah kah?” Shah menjungkit sebelah kening.
Muloootttt macam haraammmm! “ No. Tak ada siapa tangkap, tak ada siapa basah. I sengaja tak bagi tahu Elly sebab dia tengah frust menonggeng sebab cinta tak berbalas. My wedding would make her feel worse”

“ Nampak gayanya melepas lah I. Walaupun I ni bad boy lah juga, tapi bini orang I tak main. Husband you di KL? Tak risau  bini  seorang diri di sini?”

“ Dia tak payah risau sebab I tahu jaga diri.” Balas Nurul penuh yakin.

“ Mari kita menari. Menari saja, I promise I tak buat apa apa.” Tangannya di tarik Shah. Nak tak nak, dia terpaksa ikut. Lebih baik berada di lantai tari dari duduk bersama kawan kawan Elly yang mabuk. Masing masing togak arak macam stok arak akan kering besok.
Seleksi lagu yang di putar DJ terkenal memang mengasyikkan. Hampir setengah jam dia di lantai tari. Bukan aku menari berpeluk peluk pun,  lebih kurang macam buat senaman aerobik jer. Hissy… mudah sungguh bagi alasan bila buat benda tak baik.

“ Let’s take a break. “ Nurul membuat isyarat bentuk huruf T dengan tapak tangan  kanan di tengah tapak tangan kiri. Matanya melingas mencari Elly. Uh-oh.

Elly sedang menari di atas kerusi dengan segelas minuman keras di tangan. Baju Versacenya sudah tersingkap ke paras peha. Lebih meloyakan bila ada lelaki sedang meraba tubuhnya.Meja mereka sudah penuh dengan botol botol rum, tequila dan  dan gelas gelas cocktail. Dia meraup wajah bila Elly yang kepenatan ( atau mabuk) terus baring atas kerusi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2013 12:40 AM | Show all posts
“ Elly, jom balik. Shah, tolong I.” Nurul cuba memapah Elly yang separa sedar. Belum sempat Shah membantu, tangan Nurul di rentap.

“ Look sista, I will take care of her. Don’t worry. I will bring her home” kata Izfar sambil menyeringai macam kucing lapar nampak ikan.

“ No way! I am staying with her and her mother told me to take care of her” Nurul mencekak pinggang. Macam bodoh pula aku nak lawan lelaki bertubuh kekar dengan misai melenting. Badan busuk pekung pula tu, belum buka langkah aku dah pengsan kot.

“ Elly come back with me. I am her man. You can join us if you want…. Ha Ha Ha!” Izfar ketawa. Bibir Elly di kucup rakus.
Bahalul bin baghal punya jantan! Airmata Nurul hampir menitis melihat sahabat baiknya di perlakukan begitu di khalayak ramai. Memanglah orang sekeliling tak ambil pot, tapi ini soal maruah. Bagaimana kalau ada orang  upload gambar Elly dalam laman web dan satu dunia boleh tengok “# Perempuan Melayu Mabuk” ? Mana Tan Sri dan Puan Sri nak letak muka?

Shah mengatakan sesuatu pada Izfar dan mereka bertekak sebentar sebelum Izfar meninggalkan mereka dengan wajah keruh. Tubuh Nurul di rempuh kasar hingga Nurul hampir tersungkur.

“ Nurul, I hantar you dengan Elly pulang. Come, let’s go now.” Shah mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar. Mereka berdua memapah Elly yang separa sedar menuju pintu masuk.

Ketika itu satu dentuman kuat menggegar seluruh bangunan. Asap berkepul kepul memenuhi ruang. Lagu yang di putar DJ terhenti.  Serpihan kaca melayang dan lampu terpadam. Nurul terpinga pinga, special effects apa pula ni? Dia jadi blur sebentar.  Keadaan jadi kelamkabut bila pengunjung  mula bertempik dan berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri. Arak yang tertumpah dari botol pecah menyemarakkan lagi api.

“ FIRE! FIRE!”

“ IT’S A BOMB !”

“RUN FOR YOUR LIFE”

“ HOLY SHIT! WE ARE GOING TO DIE!”

Di dalam kekecohan , Nurul di himpit dan di tolak namun dia tidak melepaskan Elly walaupun  Shah yang berada di samping nya menjerit menyuruh Nurul menyelamatkan diri. Tubuh Elly di tarik oleh Shah. Nafas Nurul mula semput bila rongga hidung di penuhi asap pekat dan bau busuk daging terbakar. Kepalanya berpinar dan airmatanya melimpah. Pandangannya menjadi kelam dan dia jatuh terjelopok di celah arus manusia. Inikah balasan dosa dosa aku?  Hina nya diri aku sekiranya nyawa aku di cabut di tempat maksiat. Dia sempat mengucap sebelum sesuatu yang berat menimpa tubuhnya.




Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 08:21 PM | Show all posts
Nak part redza pleaaaasee
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 09:24 PM | Show all posts
Akak smbung lg pls, Akak slalu stop kat tmpat suspend mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 11:54 PM | Show all posts
muge kaka juna cepat sembuh.. leh cont cite.. hehe..best!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.278919 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list