CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 20-6-2013 09:58 AM | Show all posts
Kalau hero mati apa jadi pada heroin?

Tak mau , Tak mau

Tapikan abg Mikekan ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2013 11:36 AM | Show all posts

kaka Juna....nape sambung ciput jer...

berenti time saspen plak tu..huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 01:16 PM | Show all posts
kaka juna...

hero x mati tapi ilang ingatan,,, die cume ingat isteri pertama iaitu yuyu sajo.,. mase tu la kantoi.... hehe... perkahwinan dibatalkan...

elly yg makan jamu tu..die pengsan masa kt spital..pas tekejut ngan berita hero ilang ingatN... mase tu rAMAI giler sedara mara ade.. then mase spot check tu,,, dpn sume orang,,, doc cakap.. "tahniah,, pn elly anda hamil.. " pastu sume orang pandang sesama sendiri.. ngumpat2 sket ala macik2... dapat balasan la sket...pak die yg belagak tu kene tanggung malu... hahaa...

at last,,, elly keguguran... dan stress.. sangat malu pastu gi obersi.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 03:06 PM | Show all posts
ingatkan dah ada n3
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 03:24 PM | Show all posts
ic...takde lagi n3.....bila nak ada sambungan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 10:40 AM | Show all posts
tak perasan ada cita baru smiley .. thnks!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2013 02:46 PM | Show all posts
calling for akak smiley....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 11:06 AM | Show all posts
tak nak hero mati...nak happy ending...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2013 10:54 PM | Show all posts
biozipstar posted on 20-6-2013 01:16 PM
kaka juna...

hero x mati tapi ilang ingatan,,, die cume ingat isteri pertama iaitu yuyu sajo.,. m ...

ada speku yg betul.... tahniah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 10:55 PM | Show all posts
lesprincesse posted on 25-6-2013 10:40 AM
tak perasan ada cita baru smiley .. thnks!

dah tak baru dah
lebih setangah setahun
makin lama produktiviti makin menurun Last edited by sang_arjuna on 27-6-2013 10:56 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 11:43 PM | Show all posts
Sepanjang perjalanan selama hampir setengah jam, sepatah kata pun tidak terbit dari bibir Nurul. Dia berdoa , berdoa dan berdoa. Otaknya kosong dari segala emosi. Dia berserah, hidup mati di tangan Allah. Sebaik saja Puan Fazilah berhentikan kereta depan pintu masuk utama hospital, Nurul terus berlari  ke kaunter pertanyaan. Kebetulan seorang pegawai polis sedang menunggu dan dia di bawa ke ruang kecemasan dan kemalangan.

“ Assalamualaikum Puan, saya Dr Hamidi. Maaf Puan, kecederaan suami Puan terlalu parah, kami tak dapat selamatkannya. Allah lebih sayangkan dia. ” Doktor separuh baya  di situ memaklumkan. Kaki Nurul rasa seolah tidak berpijak di tanah dan dia terpaksa memaut belakang kerusi agar tidak terjelopok ke lantai.

Sebaik saja Dr Hamidi menyelak kain putih yang menutupi muka mayat, Nurul melepaskan nafas yang tersekat di kerongkong. Airmatanya yang di tahan sejak menerima panggilan berhamburan membasahi pipi.

“ Sabar, Puan … sabar. Ini semua kuasa Allah” Dr Hamidi dan jururawat bertugas cuba menenangkannya. Kasihan, muda lagi pasangan ini. Kehidupan baru nak bermula, terpaksa berpisah kerana takdir.

“ Doktor…. Doktor…” Esakan menenggelamkan kata kata. Kenapa teruk sangat reaksi aku ni? Dia menekup mulut.

“Puan nak hubungi ahli keluarga yang lain? Kalau Puan tak terdaya , bagi nombor telefon dan saya boleh suruh pihak hospital tolong telefon keluarga terdekat. Polis tak jumpa nombor telefon lain kecuali nombor Puan Nurul. Telefon bimbit dia dah berkecai.” Lembut suara doktor yang agak berumur itu. Nurul menggeleng kepala dan mengangkat telapak tangan. STOP!

“ You mean, suami you tak ada ahli keluarga lain?” tanya Sarjan Andrew

“ Tak… sorry… maaf.. saya … saya tak kenal pun mayat ini. Ini bukan suami saya!” Akhirnya Nurul berjaya mengeluarkan butir bicara. Mata kedua dua lelaki terbeliak.

“ What do you mean? Tapi kita jumpa semua dokumen dalam wallet dan poket yang mengatakan dia Redza Fahmy bin Aminuddin. How come its not him? Bila kali terakhir Puan jumpa suami Puan? “ Wajah Sarjan Andrew berkerut. Ingatkan ini kes kemalangan biasa, boleh cepat tutup buku dan pergi minum teh tarik. Tapi lain pula jadinya. Puan Nurul pun boleh tahan peliknya, menangis macam nak rak lepas itu tak mengaku ini mayat suaminya. Janganlah perempuan ni spesis putus wayar, susah kerja aku nanti.

“ Semalam. Dia pergi ke surau dalam pukul 5.30 pagi untuk Subuh dan katanya dia akan terus ke rumah ibunya lepas sembahyang.” Jelas Nurul.

“ Puan pasti ini bukan suami Puan? Are you sure?” desak Sarjan Andrew yang tak puas hati dengan penjelasan Nurul.

“ 100% sure . Suami saya berumur 32 tahun, lelaki ini nampak lebih muda. Badan pun lagi kurus. Kalau Sarjan tak percaya, tunggu mak mertua saya datang kejap lagi.” Kerek pula Sarjan ini.

Tak lama kemudian Puan Fazilah menyusul dengan wajah yang gusar. Dia terpinga pinga bila Nurul menerpa ke arahnya.

“ Makcik, tengok  ni. Arwah bukan Redza. Betul tak?” Nurul merenung wajah  lelaki muda yang lebih kurang sebaya Zahid. Di sebalik kelegaan aku tentu ada insan lain yang bersedih dengan pemergian Hamba Allah ini. Kalau belum beristeri pun, tentu ada mak ayah, adik beradik dan mungkin kekasih yang akan di selubungi kesedihan.

Puan Fazilah mengangguk tanda akur. “ Betul, ini bukan anak tiri saya. Lelaki ini muda lagi. Kasihannya...”

Sarjan Andrew menarik plastik lutsinar yang mengandungi dompet dan segugus kunci. “ Puan Nurul kenal barang barang ini?”

“ Itu wallet Redza, kunci rumah dan kunci motorbike Ducati dia” Kelmarin Redza meletak segugus kunci yang sama di atas meja makan waktu makan Mi Maggi. Wallet jenama Bally pula sememangnya sudah bertahun di pakai. Redza bukan jenis suka membazir tak tentu pasal.

“ Kalau yang mati itu bukan suami Puan, saya rasa ini kes silap identiti sebab kecurian. Saya saspek lelaki ini mencuri jaket dan motorbike Encik Redza sebelum dia accident. Minta maaf kerana menyusahkan Puan dan menyebabkan Puan trauma tapi saya kena ambil statement  Puan  berdua untuk mengesahkan ini bukan Encik Redza Fahmy bin Aminudin. Official report kena buat di balai. ”

“ Kalau begitu kita bawa Mr X ke bilik mayat dulu sementara nak contact keluarganya. Saya minta diri dulu, ada kes lain nak handle” Putus Dr Hamidi sebelum meninggalkan mereka.

Dalam perjalanan ke tempat parkir kereta Puan Fazilah menggengam tangan Nurul. “ Syukur, Yuyu. Masih panjang umur Redza. Allah masih sayangkan dia, dan Yuyu. ”

“ Allah sayangkan Elly juga, Makcik. Bila doktor kata Redza dah meninggal, Yuyu sedar yang Yuyu lebih rela berkongsi Redza dari kehilangan dia selama lamanya. Kahwinlah sampai empat pun, Yuyu tak kisah.”

“Woo! Are you sure? Wait till Redza hears that. Kau ni betul betul isteri solehah, boleh dapat payung ice cream man yang besar gedabak.” Suara lelaki disusuli tawa mengejutkan mereka. Nurul tergamam. Ya Allah! Apek telinga gajah ni buat aku terkejut. Lengan Mike di tampar.

“  What are you doing here? Redza okay tak? Apa cerita wallet dan motorbike dia boleh ada kat orang lain?” tanya Nurul.

“ Makcik Ila yang call tadi. Masa Subuh tadi, jacket dan motorbike Redza kena curi masa dia di surau. Itu yang dia tengah kelamkabut buat police report dan dapatkan temporary IC .”

“ Pencuri itu accident. He died. Ada phone number aku dalam wallet Redza jadi polis telefon suruh datang sini.I was shocked! ” Tak payahlah cerita yang emosi aku macam rollercoaster. Nasib baik aku tak ada darah tinggi atau penyakit jantung.

“ Innalillahi wainna illahiroji’un. Are you okay?”  Mata Nurul nampak bengkak, tentu dia trauma.

“ I’m okay, tak payah risau. Kau tak siap lagi kan, Inche Best Man? Dah pukul berapa sekarang, nanti tak sempat nak hensem. ” Tawa mereka bersatu.

“ Yes Madam! Aku pergi sekarang. Takut Datin Midah melenting macam singa lapar. ”

“ Cakap kat Redza, I wish him all the best. Mudah mudahan semua selamat” Dada Nurul mula berbuku. Berjanji memang mudah, mengotakan janji memang parah.

Mike senyum segaris. Mata mereka bertemu. “ Insyaallah, everything will be all right. Allah sentiasa bersama mereka yang sabar dan berserah padaNya. You take care.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 11:55 PM | Show all posts
Bab 38

“ Dah pukul 9.30 tak sampai lagi? Mama dah suruh dia balik sini semalam tapi degil. Nak juga perabihkan kerja di ofis, macamlah boleh lingkup Trapezium kalau kerja tak habis. Sekarang dah lambat, siapa yang susah! Malu  Mama kat Puan Sri Lily!” Datin Wan Hamidah yang anggun dengan baju kurung sutera Itali dan rantai labuh mutiara South Sea mengerling jam Cartier di pergelangan tangannya untuk kesekian kali.

Semua ahli keluarga dan teman rapat yang akan menyertai rombongan pengantin lelaki sudah bersiap sedia. Yang lelaki dengan baju Melayu biru pelbagai tona, dari biru gelap, biru firus, biru laut hingga biru cair. Yang perempuan juga memakai pakaian tradisional yang berona biru. Hantaran sebanyak 9 dulang sudah di atur di meja makan. Semuanya mewah belaka, sesuai dengan status pengantin perempuan. Wang hantaran RM 31,586.00 ( tarikh lahir Elly 31 Mei 1986), cincin berlian dari Tiffany & Co, set barang kemas De Gem, beg dan kasut Christian Dior , alat solek dan minyak wangi Chanel, jam tangan Piaget, telekung bersulam yang di tempah khas dari Jakarta, manisan dan sirih junjung.

“ Dah call Mike? Atau pun call ofis dia.  Manalah tahu kalau dia tertidur di ofis” Datuk Aminudin yang biasanya tenang pun sudah mula cuak. Minta selisih Redza mungkir janji pada saat terakhir. Tolonglah Ja! Kalau nak memberontak pun bukan ini masanya. Mana aku nak letak muka? Walaupun dia tidak bersetuju dengan rancangan isteri dan bakal besan untuk menikahkan Redza dengan Elly tapi dia lebih takut kalau Redza tak muncul di hari pernikahan. Buruk akibatnya kalau janji tak di tepati. Tak mustahil kalau Tan Sri Effendy  naik berang sebab di aibkan dan menyaman keluarga mereka.

“ Kita dah call ofis tapi dia tak ada. Mike pun tak jawab telefon.” Balas Izreen. Cuma seorang saja yang belum di telefon iaitu Nurul. Tapi macam kejam sangat lah pula, kalau aku telefon Nurul untuk bertanyakan keberadaan Redza di hari pernikahannya dengan Elly. Lagipun Nurul terlalu baik, tak mungkin dia jadi batu penghalang di saat terakhir. Apa dah jadi dengan abang aku ni?

“ Someone please call and inform them we are going to be late. Pandai pandai lah bagi alasan yang munasabah ” Putus Datuk Aminuddin sambil berjalan mundar mandir di ruang tamu. Menantunya Dr Aidil segera menekan nombor telefon bimbit PA Tan Sri Effendy. Dia bersiap sedia untuk di tempik oleh wanita separuh baya yang sudah lama berkhidmat dengan Tan Sri Effendy.
Perbualan mereka tamat selepas beberapa minit dan setiap mata tertumpu pada Dr Aidil seolah menunggu pengumuman penyimpan Mohor Besar Raja Raja yang akan mengesahkan tarikh hari Raya.

“ Tok Kadi pun belum sampai lagi. Mereka di sana tengah risau. Tak mengapalah, bukan salah pihak kita saja. Lainlah kalau semua dah bersedia dan Tok Kadi dah tunggu lama”

“ Phew! Made it!”  Redza dan Mike serentak membolosi pintu utama ruang tamu. Masing masing tercungap cungap seperti di kejar pontianak. Tak ada rupa pengantin lelaki dan pengapit. Keduanya berpakaian sukan dan peluh sakan pula tu. Hampeh! Takkan berjoging sebelum di ijab kabul. Dr Aidil menggeleng kepala.

“ Syukur Alhamdulillah! Papa dah risau keluarga kita kena saman malu kalau pengantin lelaki tak datang. Kenapa lambat sangat ni?”

“ Sorry Pa. Masa Subuh tadi, jaket dan Ducati Ja kena curi masa Ja tengah sembahyang kat surau. Handphone,wallet, Mykad Ja semua ada dalam poket jaket. I had to make a police report. Kalau tak ada IC macam mana nak kahwin. ”  Redza memberi penjelasan.

“  Bertuah punya anak! Masa nak kahwin inilah kamu nak naik motor pergi surau. Hisssyyyyy! Pergi siap cepat. Lia, Aidil, tolong Redza pakai baju Melayu. Mike, cepat mandi dan tukar baju.”  Datin Wan Hamidah memberi arahan seperti ketua platun. Dalam amarahnya terbesit rasa lega yang tak terhingga. Syukur, Redza sampai juga. Ingatkan sesuatu yang buruk berlaku pada anaknya tadi bila telefon tidak di jawab.  Buruk padahnya kalau perkahwinan ini terpaksa di batalkan. Walaupun dia semakin kurang berkenan dengan Elly tetapi dia bimbang persahabatannya dengan Puan Sri Lily terjejas. Akhirnya, tercapai juga hajat untuk berbesan dengan BFF aku sebelum aku menutup mata.

Setengah jam kemudian konvoi  dua puluh kereta mewah tiba di rumah agam Tan Sri Effendy. Masing masing beratur mengikut protokol dan berjalan masuk ke perkarangan rumah yang di pasang dua buah kanopi berwarna putih, kelabu dan merah jambu, di sambut dengan renjisan air mawar dan bunga rampai. Biarpun cuma majlis pernikahan yang di buat secara kecil kecilan tapi istilah kecil bagi keluarga hartawan bermaksud tetamu seramai 500 orang, kebanyakan nya tersenarai dalam Who’s Who in Malaysia.

Kehadiran Redza yang tampan dan segak menarik perhatian kaum Hawa yang hadir. Ramai juga yang mula bersoseh soseh tentang bagaimana Elly dapat memikat jejaka se hebat Redza. Biasalah, dalam dalam pada syaitan menangis kerana umat mendirikan masjid, ada juga yang bagi alasan untuk syaitan senyum dalam tangisan. Mulut manusia mana boleh di tutup.
Redza melempar senyum dan bersalaman dengan Tok Kadi  dan juga bakal bapa mertuanya yang sudah bersedia di pentas di tengah ruang tamu. Tan Sri Effendy melarikan mata dari bakal menantunya yang nampak tenang. Pahit rasa menerima kekalahan walaupun di tangan bakal menantu sendiri. Rahsia gelapnya dalam  genggaman Redza boleh bocor bila bila masa.  

Hantaran sebanyak 11 dulang berbalas 13 di atur depan tetamu dan acara berbalas pantun di mulakan di selangi gelak tawa para hadirin. Tak lama kemudian Elly turun dari tingkat atas bersama pengapit dan kaum keluarga terdekat. Sedikit pun hati Redza tidak tercuit untuk menjeling bakal isterinya.  Ada aku kisah? bisik hatinya. Cuma riak wajah Tan Sri Effendy yang gusar menjadi tumpuan. Apa kena orang tua ini? Relax lah, aku tak akan bocorkan rahsia selagi kau tak langgar perjanjian.

Tok Kadi bermukadimah sebelum pengantin di ijab kabul. Ucapannya di selit dengan hadith dan sunnah berkaitan perkahwinan. Hebat juga pakcik ni. Walaupun ringkas tapi padat dengan pengisian. Sebaik saja kadi selesai bercakap kedengaran suara perempuan mengerang di ikuti dengan bunyi dentuman kecil. Setiap pasang mata tertumpu pada punca bunyi. Suasana hening jadi hingar. Redza menoleh ke arah pelamin kecil di belakangnya. Allahuakbar!

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 12:39 AM | Show all posts
untung tahan mata. tapi kak nape benti kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 12:52 AM | Show all posts
adoyaiiiii... junaaaaaa.... sesak nafas den nih.... napa benti takat nih... sambung lagi dong... apa jadi pada elly... sudah mati kena bom kah...  kaka suka sgt kalau macam tuh...  jahat betul kaka nih...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 11:15 AM | Show all posts
alamak.. yuyu yg pengsan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 11:27 AM | Show all posts
alaaaaaaaaaa.......... nape stop gitu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 09:21 PM | Show all posts
Kak juna tolong sambung lg!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 02:12 AM | Show all posts
alamak...pandai smiley berhenti kat babak suspen....sila sambung cepat
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 03:00 AM | Show all posts
pasrah!!!
kena tunggu ler nampaknya!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 08:45 PM | Show all posts
uish....suspennyaaa...sambung lg plsss....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.412637 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list