CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 20-11-2012 11:21 AM | Show all posts
yuyu......
anak saya masa kecil2 dulu masih pelat sbb nurul .... yuyul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 11:25 AM | Show all posts
UsuFie posted on 16-11-2012 03:53 PM
OOoo...gitu kisahnya dipanggil ecah...  

Haish...tak sabar nak tunggu seterusnya..

tosei cicah dhal dan sambal sedap rasanya usu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 11:34 AM | Show all posts
kesian kat elly sbb bila x shantek dan debab maka xde org yg nak walau dia kaya raya, terus teringat citer Mr Cinderela ke apa yg erra dgn yusri berlakon
dan yuyu klu tahu yg elly nak dipadankan dgn redza pasti akan berbelah bagi namun mak pak redza mmg nakkan si ecah jadi menantunya serta tok ecah pun suka maka nampak ianya dipermudahkan melainkan tuan badan mmg nekad nak menolak
tunggu ajelah sambungan dr smiley
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 08:11 PM | Show all posts
sambung lg ehh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 09:34 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-11-2012 11:12 AM
ikan lampam..? bestkan ikan sungai masak lemak cili api....yumm..yum....

alahai...kalau yuyu  ...

mungkin ada yg lebih baik bagi Elly
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 09:36 PM | Show all posts
qimi08 posted on 20-11-2012 11:21 AM
yuyu......
anak saya masa kecil2 dulu masih pelat sbb nurul .... yuyul

hehe... ada orang nama Nurul di panggil Arul
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2012 09:37 PM | Show all posts
fatehana posted on 20-11-2012 11:34 AM
kesian kat elly sbb bila x shantek dan debab maka xde org yg nak walau dia kaya raya, terus teringat ...

betul ke mak pak Redza yg dtg jumpa Tok Nah.... he he... tungguuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 09:41 PM | Show all posts
Salam malam Jumaat
...................................................................................

Bab 7

Sebaik turun dari LRT, Nurul menghantar mesej pada Elly untuk memberitahu keberadaannya. Selalunya temujanji mereka di Chili’s kerana Elly suka sangat Fajitas. Nurul bukannya cerewet sangat pasal makanan, janji sedap. Lagipun dia tak sabar nak sampaikan berita yang amat sensasi! Lagi gempak dari Melodi dan Propaganza. Bagaimana reaksi Elly nanti? Apa reaksinya? Aku sangat sangat perlukan pandangan BFF aku untuk membuat keputusan.

Beberapa minit kemudian Elly membalas “ Jumpa kat Starbucks. I diet jadi minum kopi saja. I sampai 15 minit lagi.”

Oh yeah, sure. Minuman kegemaran Elly iaitu caramel latte sama banyak kalori dengan sepinggan nasi. Nurul menaiki eskalator hingga ke tingkat 3. Mug berisi Americano panas dan novel John Grisham menjadi penemannya. Walaupun bahasa penulis agak technical tapi dia suka baca kisah tentang peguam dan kes mahkamah. Cita cita tak kesampaian... baca novel pun jadilah.

“ Hey, Nurul! Apa khabar?” Seorang lelaki yang menatang jus oren dan  pasta menegurnya.

“ Hi Mike. “ Senyuman terhias di bibir Nurul

“ Seorang saja?”

“ I tengah tunggu kawan tapi dia lambat kot.” Nurul mengilas pandang jam di tangan. Sudah 20 minit berlalu tapi Elly tak sampai lagi. Mana pergi Cik Kak ni?

“ Can I join you then? Boring lah makan seorang “

“ Boleh.. boleh. Silakan” Telapak tangannya di depa. Mike menarik kerusi depan Nurul. Lelaki cute yang ber jeans hitam dan kemeja kelabu itu menjadi perhatian sekumpulan gadis Cina remaja di meja sebelah tapi Mike tidak mengalih pandangannya dari Nurul.

“ Lambat you makan lunch. Sekarang dah pukul 2 lebih.” Komen Nurul

“  I dari Masjid Assyakirin, ada appointment lepas Zuhur” Kening Nurul terjungkit. Dia ni mualaf ke?

“ You look surprised. I jumpa seorang Ustaz di sana, dia penasihat Trapezium kalau ada isu agama dalam iklan yang kami buat. Sebenarnya I tengah belajar pasal Islam. Dia lah yang  mengajar tentang tauhid dan aqidah Islam. Tadi kita baca tafsir Al Ikhlas. ”  Mata Mike bersinar.

“  Baguslah kalau you terbuka hati nak peluk Islam. Nak kahwin dengan  awek Melayu ke?” usik Nurul

Mike menyisip minuman. Mata mereka bertaut. “ Mungkin. Kalau ada jodoh”

Nurul segera melarikan matanya. Dia meninjau ke kiri kanan mencari Elly. Perasaan halus menyelinap membuat dia  rasa malu malu kucing depan Mike. Apalah apek ni. Ayoyo...  make me shy shy lah.

"
“  Bagi I, kalau  nak menjadi seorang Muslim hati kena ikhlas. Kita kena  faham yang Islam bukan setakat tak boleh makan khinzir.  Ilmu Islam terlalu luas. Tapi I bernasib baik juga sebab ramai kawan  I orang Islam. Dah lama I bergaul dengan mereka jadi I tahu sedikit sebanyak tentang solat, puasa dan zakat. ”

“ Apa kata keluarga you? Parents you tak marah?” Mike jeda

“ Setakat ini I belum lagi bagi tahu family I. Tipu lah kalau I kata mereka semua akan menyokong. I rasa adik beradik I tak ada masaalah. The problem is my parents. I seorang saja anak lelaki jadi mak bapak I mesti kecewa.Walaupun gaya hidup Baba Nyonya persis orang Melayu tapi hakikatnya mereka masih pentingkan anak lelaki untuk menurunkan nama keluarga ke generasi yang akan datang. “ Muka Mike kelat sedikit.

Nurul menangguk tanda simpati. “ You kena cuba lembutkan hati mereka. Walaupun you jadi seorang Muslim tapi ikatan keluarga tak akan putus.In Shaa Allah. Sesuatu yang baik akan di permudahkan"

Telefon Nurul mula berdering. Panjang umur!” Hello, kau kat mana? Kenapa lambat?”

“ Sorry...  sorry..... cancel ... jumpa ... lain kali. Aku ..... dengan ..... Dia .... I ....makan sama” Elly berbisik. Walaupun tak berapa jelas tapi Nurul dapat tangkap isinya. Mesti si lelaki idaman ada bersama. Teruk betul kawan aku ni! Nama saja BFF tapi  mudah saja ketepikan aku bila jumpa pujaan hati.  

“ Ya lah. Aku tahu aku ni tak penting. Go ahead,  have a good time”

“ Jangan lah marah. Kita jumpa malam karang. Aku tak sabar nak dengar cerita kau.”

“ Malam ni aku ada flight. Lusa baru aku balik” Nada Nurul mendatar.

“ Okay...okay. I got to go. Nanti aku call. Bye!” Elly mematikan telefon.  Nurul melepas keluhan. Kali ini dia berkecil hati dengan sikap Elly. Aku datang dari jauh nak jumpa dia. Tak habis lagi penat memandu dari kampung, aku sanggup bersesak naik LRT ke sini. Hampeh punya kawan!

“ Kenapa? Your date tak jadi datang?”  Siapalah lelaki bodoh yang sanggup batalkan temujanji dengan si manis ini?

“ Its not a date. I tunggu my best friend. Dia jumpa pakwe baru dia so I kena tolak tepi. Tak apa lah. I pun nak balik rehat di rumah sebab malam ni I ada flight” Nurul menolak cawan kopinya yang sudah kosong.Telefon bimbit dan novel nya di simpan dalam beg dan zip di tarik kasar. Rasa bengang belum lagi reda sepenuhnya. Elly punya pasal, beg Longchamp aku yang kena.

“ Kalau macam tu, I hantar you pulang. You tinggal di mana? Jom .....”

“ Tak payah lah. You kena balik ofis kan?  Nanti lambat pula. I tinggal jauh di Bukit Jalil. Naik LRT lagi cepat.”pintas Nurul.

“ Nurul, biarlah I hantar. Bukit Jalil bukan jauh sangat. Lagipun I tak puas lagi berbual dengan you” Mata Mike kemas di paku pada wajah Nurul. Hati Nurul  melambung. Apek, lu manyak baik hati lorr!

“ Okay, thank you”



Last edited by sang_arjuna on 26-11-2012 11:17 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2012 09:47 PM | Show all posts
“ You nak makan apa? Order lah. I belanja. Chicken pie di sini sedap. Spaghetti aglio olio pun best. Kalau you nak makanan melayu, I recommend nasi lemak.” Usul Elly sambil memintal mintal tali beg Chanel atas riba. Wajahnya berseri macam bulan penuh. Tak sangka nasib aku begitu baik hari ni. Masa menaiki eskalator untuk ke Starbucks, dia ternampak Redza sedang minum kopi seorang diri di Dome. Apa tunggu lagi? Bukannya senang aku nak jumpa dia. Rasa bersalah kerana membatalkan pertemuan dengan Nurul di ketepikan. Tentunya BFF aku faham.

Redza melipat suratkhabar STAR. Kalau ikutkan hati aku nak balik saja ke ofis tapi demi Abah dam Mama aku terpaksa melayan Elly.  “ I dah makan lunch tadi. Kenyang lagi”

Elly memesan chicken pot pie, fries dan citron presse. “ Nanti kita kongsi fries,ya. I tengah diet sebenarnya tapi sekali sekala tak apa lah. I dah turun 3 kg sejak dua minggu lepas.” Siapa tak nak kelihatan cantik dalam pakaian pengantin? Walaupun seksa tapi tentunya berbaloi. Kalau dia ikut program diet dengan betul, dalam masa 3 bulan dia akan turun 10 kg. Walaupun tubuhnya tak akan jadi langsing macam Nurul, tapi boleh lah. Janji tak macam Elephant.

“ Patutlah you nampak kurus sedikit. Pipi you dah tak tembam macam dulu” Redza akur yang Elly nampak lebih cantik. Rambutnya di ubah stail dan di warnakan rona cokelat keperangan. Baju kurung sutera warna hijau serindit membuat dia kelihatan lebih muda. Tapi kalau kau cantik macam Ratu Dunia pun hati aku dah tertutup. Ada hikmah juga dia ambush aku hari ini. Inilah masa sesuai untuk aku terangkan situasi sebenar. Jangan biar dia menaruh harapan pada yang tak sudi.

“ Thank you” balas Elly sambil tersipu. Napkin kertas di lipat lipat. Rasa nervous bila berdepan dengan jejaka idaman.  

“ Mana you pergi,  Redza? I call tapi tak berjawab. Secretary you pun tak nak bagi tahu you di mana. Sombong lah dia tu”

Redza mengetap rahang. Siapa bagi dia kebenaran untuk telefon ofis aku? Memang patut pun Kak Amy tak layan makcik ni. Belum apa apa lagi dah menyibuk. Kalau dia jadi bini aku ( minta simpang) mesti setiap langkah aku dia nak tahu. Rimas!

“ I pergi outstation untuk shoot iklan Hari Raya. Bukan kah I dah bagi tahu you minggu lepas? Lain kali tak payahlah telefon ofis I kalau tak ada perkara penting. Kak Amy  banyak kerja. I tak salahkan dia kalau dia tak layan you.”

Elly mencebik. Keceriaannya turun beberapa darjah.

“Orang nak call tanya khabar pun tak boleh?  Okay. I’m sorry. Lain kali I tak buat lagi. Ceritalah apa you buat di sana. Seronok tak?”

“ Seronok tak terhingga. I jumpa gadis yang I cari selama ini. I nak kahwin dengan dia. Abah dah pergi merisik. Doakan lah dia terima lamaran I. ” Redza menutur dalam hati. Apa reaksi Elly kalau aku berterus terang? Adakah dia akan

a)Bertempik
b) Melolong
c) Bagi aku penampar sulung
d) Semua di atas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 09:49 PM | Show all posts
Sambil menggubah ayat  untuk menyampaikan berita pada Elly, Redza menala pandangan ke luar restoran. Oh No! Nafasnya terhenti bila ternampak dua figura yang amat di kenali. Saluran darah nya rasa sempit. Bukan main mesra lagi Nurul dengan Mike. Berbual rancak  di sulam tawa riang.  Kalau di ikutkan hati, aku nak bersemuka dengan mereka. Tapi tak cool lah.  Itu bukan cara Redza Fahmy. Apahal aku nak cemburu? Mereka cuma jalan bersaing, bukannya mereka berpegang tangan atau berpelukan. Nurul pun bukan hak aku...eh, belum lagi hak aku Matanya mengekori mereka sehingga hilang dari pandangan. Hatinya sarat dengan pertanyaan. Mereka ada temujanji kah?  Nurul sukakan Mike kah? Mike memang sukakan Nurul, aku sedia maklum. Ini tak boleh jadi. Aku kena ikat Nurul secepat mungkin. Ya Allah, bukakanlah hatinya untuk menerima aku.

“ Redza! Dah berapa kali I tanya you tak jawab. You tengah mengelamun, ya? Macam orang bodoh  saja I cakap seorang diri” omel Elly sambil menampar manja lengannya.

“ Oh.. I tengah fikir pasal ..er.. pasal perkara penting. Tentang kita”  Senyum segaris di paksa.

Elly terus berhenti mengunyah pai. Ini yang aku tunggu tunggu. Yeay... dia nak lamar aku. Biarlah kalau tempat tak romantik pun. I am so gonna say YES!! Garfu di letakkan. Seluruh derianya di fokuskan pada lelaki di depannya. Setiap inci wajah Redza ingin di rakamkan dalam memori. Ini momen paling indah....

“ Biar I berterus terang. Perkahwinan adalah satu langkah besar. Dua dua pihak ada kewajipan dan amanah yang perlu di pikul walaupun tanggungjawab suami lebih berat. Bukan saja dari segi tanggungjawab zahir tapi juga mendidik isteri untuk taat pada Allah dan Rasul.” Redza bermukadimah. Nasib baik aku mendengar ceramah Ustaz Yusuf di masjid kampung Nurul tempoh hari.

“ I  faham.  I pun dah baca banyak buku pasal tanggungjawab seorang isteri. ”

“ Beginilah Elly. I yang tak sanggup pikul amanah sebagai suami you. I tak boleh jadi suami yang baik untuk you. Terimalah hakikat yang hati kita ini tak boleh di paksa.” Lega rasa bila semua di luahkan.

Elly membatu seolah kena sumpahan Sang Kelembai. Dia cuba mencerna setiap patah perkataan yang di tutur Redza.

“ What do you mean? You ... you dah ada orang lain? Tapi kenapa you keluar dengan I? Kenapa you layan I dengan baik?” Mata Elly rasa hangat. Cuma rasa segan pada tetamu restoran Dome saja yang membuat dia menahan airmata.

“ I bersalah sebab ikut cakap Mama. Dia yang beria ria nak jodohkan kita. I  tak nak buang masa you Elly. Carilah lelaki yang you suka, jangan paksa diri untuk terima pilihan ibubapa you"

“ Tapi... I dah jumpa lelaki yang I suka.  Its you. Mula mula I bersetuju untuk jumpa you sebab tak nak kecewakan ibubapa kita tapi bila I jumpa you, I betul betul sukakan you, Redza. I nak jadi isteri you. I boleh jadi isteri yang baik. ” Tanpa segan silu Elly meluah isi hatinya.

“ Tolonglah faham, Elly.  I tak sanggup kawin dengan you sebab I tak boleh jadi suami yang baik. Sanggupkah you tengok muka I hari hari kalau you tahu I tak mencintai you?  Tak adil untuk you. Terus terang, hati I dah tak ada ruang untuk di kongsi dengan sesiapa pun. ” Macam bunyi lirik lagu pula. Redza menggeleng sayu. Dia mengeluarkan dompet dari poket belakang seluar dan mengeluarkan sekeping not RM100.

“ Biar I yang belanja hari ni.  I kena balik ofis sekarang Elly. You take care. ” Tangan Elly di tepuk lembut. Beberapa minit kemudian, Elly masih berteluku. Hatinya walang. Walaupun selama ini dia tahu yang ada kemungkinan cinta nya di tolak oleh Redza, tapi dia tetap  berharap. Kini, segala harapan dan impian yang di anyam sudah lebur. THE END.  Nurul... I need you!

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 11:23 PM | Show all posts
skarang Nurul.. I need you!
lepas neh.. Nurul... I hate you!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 09:49 AM | Show all posts


Wah...bestnya ada sambung...

Usu belum baca habis tapi mcm dah tersangat jatuh hati kat Mike...  

Ala2 Alex PLK puan bendi ker...??



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 10:01 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 22-11-2012 09:37 PM
betul ke mak pak Redza yg dtg jumpa Tok Nah.... he he... tungguuuu

ana lom baca sambungan tue tp bila smiley kata gitu cam ada sesuatu aje nie
x sabar nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 10:10 AM | Show all posts
smiley
adakah yg dtg tue abah si Redza dan ibu tirinya
ana ttp nak speku, x betul x pe sbb Redza did mention yg abah dia gie merisik yuyu dan mama dia lak nak jodohkan dia dgn elly, wah so konpius taw tp ttp nak kata gitu

kesian kat elly, berusaha nak kuruskan badan dan berjaya jugak tp Redza ttp tolak mentah2
dan suka cara Mike usha Nurul
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 10:22 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 22-11-2012 11:23 PM
skarang Nurul.. I need you!
lepas neh.. Nurul... I hate you!



ooh..kesinan sungguh elly... tapi baguslah redza berterus terang dari awal...


tapi lagi best yuyu--->mike...  





Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 10:39 AM | Show all posts

Setelah di recap...

Datin Wan Hamidah ---> Ibu Redza
Dato Aminudin ---> Ayah Redza

Puan Fadila ---> Ibu tiri....(spt speku ana?)

Ker ada kisah tersirat kat sini...siapa puan fadila...??













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 11:13 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 22-11-2012 09:49 PM
Sambil menggubah ayat  untuk menyampaikan berita pada Elly, Redza menala pandangan ke luar restoran ...

part elly gok goda redza ini tetiba terbayang si Dee tgk mengoda si Adam mukriz dlm A&A
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 09:22 PM | Show all posts
next.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 04:07 PM | Show all posts
(y)(y)(y)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 12:49 PM | Show all posts
UsuFie posted on 23-11-2012 09:49 AM
Wah...bestnya ada sambung...

Usu belum baca habis tapi mcm dah tersangat jatuh hati kat Mike. ...

belum tau lagi apa nak buat dgn watak Mike
bagi Mike kat Elly nak?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.601377 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list