CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
 Author| Post time 4-12-2012 09:09 PM | Show all posts
“ Hari ini, I nak jawapan you. Sudikah awak jadi isteri saya,  Nurul Aishah? Saya ingin … ” Tiba tiba Redza melutut di depannya

“ Ha ha ha! “ Tawa Nurul meletus sebelum menekup mulut.  Otak dah fius ke?
Redza memincing mata. Gelak pula si Ecah ni! Aku cium karang baru tahu. Nasib baik lah aku dah insaf sekarang, kalau tak…..

” Apa yang kelakar sangat?  I’m serious. Berdosa tahu, buat orang tunggu lama lama.”

“ Sabar dulu, saya ada beberapa syarat. Tunggu kejap ya. Eh, awak boleh duduk, nanti cramp pula kaki.”

Nurul yakin percaturannya akan berhasil. Mana ada lelaki yang suka perempuan kaki kikis. Tentu aku di usir dari pejabatnya sebentar lagi. Nurul menarik zip beg tangan dan mengeluarkan organizer. Sehelai kertas saiz A4  yang dilipat dua di beri pada Redza.

“ Sebelum saya bagi jawapan, saya nak awak tunaikan semua permintaan saya. Kalau awak tak mampu, then the answer is No. Comprende?”  

Apa ni? Ecah  sudah jadi jelmaan Putri Gunung Ledang ke? Redza meneliti senarai yang di beri.

1.        Rumah teres atau kondo 3 bilik di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, di letakkan di bawah nama Nurul Aishah bt Anuar. Segala bayaran pinjaman bank, cukai pintu, cukai tanah, insurans dan sebagainya di langsaikan oleh Redza Fahmy.
2.        Kereta baru  bernilai tidak kurang dari RM150,000. Segala perbelanjaan berkaitan iaitu duit minyak, insurans, cukai,lesen, dan kos maintenance di tanggung oleh Encik Redza Fahmy.
3.        Pelaburan dalam ASB sekurang kurangnya RM100,000
4.        Elaun bulanan  sebanyak RM2000 sebulan semasa saya bekerja. Kalau saya berhenti kerja, elaun di naikkan ke RM5,000 sebulan
5.        Kad kredit supplementary
6.        Segala perbelanjaan rumah akan di tanggung oleh Encik Redza Fahmy.
7.        Pembantu rumah dan pemandu perlu di sediakan, jika di minta
8.        Segala kemudahan dan perbelanjaan yang di rasakan perlu pada masa yang akan datang.

Nurul mengulum senyum bila Redza mendiamkan diri beberapa saat dengan dahi berkerut. Hah! Kecut lah tu!

“ Ini saja?  Okay, tak ada masaalah.  Saya akan panggil lawyer saya sekarang. Awak tunggu kejap ya.” Redza senyum lebar. Kau ingat kau boleh outsmart aku? Dah boleh agak yang Nurul sengaja buat helah untuk mengelak dari berkahwin dengan aku. Tapi dia sudah silap. Aku lebih dari mampu lah. Redza segera menelefon peguamnya.

“ Kudin, I need to see you to discuss something. Bawa aku punya assets listing dan property transfer document sekali. Urgent, ya”
Rahang Nurul terjatuh. Biar betul! Selamba saja Redza membuat keputusan. Takkan ego dia  tak tercalar bila aku terang terang nak kahwin dia sebab harta? Aduh…Macam mana ni? Punah rancangan aku.

“ Betul kah awak sanggup? Er… awak tak kisah yang saya ni pisau cukur?”

“ Saya tak kisah langsung. Janji dapat kahwin dengan awak” selamba tutur Redza. Ha.. gasak kau, Ecah. Menggelabah!

“ Pelik! Saya setuju berkahwin dengan awak kerana harta , bukan  cinta. And you don’t mind? You must be desperate or crazy. Or both.”
Redza ketawa kecil melihat pipi Nurul yang merah. “ Pipi awak merah.  Merah kerana malu atau marah sebab rancangan awak tak menjadi? Or both? But you look adorable when you blush.”

Nurul menjeling tajam. Bibirnya di ketap.  Aku rasa nak tendang mamat ni dengan kasut wedges” baling kat anjing boleh pengsan “ yang aku pakai.

“  Yes, I am desperate to marry you. Saya takut kehilangan awak sekali lagi. Saya tak kisah kalau awak tak cintakan saya.  Tiga tahun dulu saya jatuh cinta pandang pertama sebab kecantikan awak dan dorongan nafsu. Sekarang, saya jatuh cinta dengan awak kerana keikhlasan, sifat tanggungjawab dan kasih sayang awak pada Tok Nah dan Yed.  Awak jujur dan saya suka kejujuran dalam diri awak.  Lepas kahwin, kita boleh mula proses berkenalan dan keluar berdua, secara halal.  Cinta itu anugerah dan amanah dari Allah. Samada awak akan mencintai saya, itu saya cuma mampu berserah pada Yang Esa.  Nurul Aishah, sudikah awak membina Baitul Muslim bersama saya?”

Betul ke apa yang aku dengar ini datang dari mulut Encik Redza si pencinta wanita? Atau dia cuma lip sync dari rakaman audio  filem cinta Islamik yang di sorok dalam laci? Dada Nurul sesak. Aku tak pernah termimpi akan di lamar dengan ayat ayat sebegini. Nurul menarik nafas dalam dalam. Woi, mata jangan berair. Control, babe.

“ Okay. Dah awak nak sangat. Jangan menyesal nanti”  Nurul pantas bergegas keluar. Sepuluh tahun takkan hilang malu kalau aku menangis.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2012 10:10 PM | Show all posts
minuman berkalori tinggi dan berkhasiat rendah tapi tetap menjadi kegemaran majority penduduk Malaysia.


ayat takleh blah betoi
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 10:31 PM | Show all posts
ayat simple dan best! nak lagi nak lagi... nak nurul kawen ngan redza... lantak la elly tu.. hahaha... elly leh dgn mike!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 01:19 AM | Show all posts
Kita baca kat sini tau smiley. Apa khabar? Jumpa tak dgn teman2 yg lain?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 11:11 AM | Show all posts


   so sweeeettt....

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 12:47 PM | Show all posts
sian pulak kat mike
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2012 02:48 PM | Show all posts
sapp73 posted on 5-12-2012 12:47 PM
sian pulak kat mike

nak wat camner sbb Redza dan Ecah aka yuyu adalah heroin utama
walau hati kita semua kat mike tp
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 02:54 PM | Show all posts
fatehana posted on 5-12-2012 02:48 PM
nak wat camner sbb Redza dan Ecah aka yuyu adalah heroin utama
walau hati kita semua kat mike tp  ...

mike pun ala-ala pasrah ajekan ana....sedo diri...tak nampak nak berebut pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2012 03:38 PM | Show all posts
sapp73 posted on 5-12-2012 02:54 PM
mike pun ala-ala pasrah ajekan ana....sedo diri...tak nampak nak berebut pun

tuelah sapp
ana yg baca nie cuba meletakkan diri kat tempat mike
berjuang pun belum tetiba dah menyerah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 06:38 PM | Show all posts
Lama tak jenguk sini alhamdulillah dpt baca karya terbaru Smiley bestnyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 03:50 PM | Show all posts
bile nak sambunggg?? haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 09:12 PM | Show all posts
sapp73 posted on 5-12-2012 02:54 PM
mike pun ala-ala pasrah ajekan ana....sedo diri...tak nampak nak berebut pun

mungkin dia buat comeback nanti
tp taklah sampai kacau rumahtangga org
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 09:14 PM | Show all posts
Banana posted on 5-12-2012 06:38 PM
Lama tak jenguk sini alhamdulillah dpt baca karya terbaru Smiley bestnyaaaaa

terimakasih sudi baca banana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 09:16 PM | Show all posts
biozipstar posted on 4-12-2012 10:31 PM
ayat simple dan best! nak lagi nak lagi... nak nurul kawen ngan redza... lantak la elly tu.. hahaha. ...


tenkiu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 09:17 PM | Show all posts
norim posted on 5-12-2012 01:19 AM
Kita baca kat sini tau smiley. Apa khabar? Jumpa tak dgn teman2 yg lain?

salam norim
dah lama tak jumpa
semua bizi kot
yg selalu jenguk sini qimi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 09:30 PM | Show all posts
Bab 11

“ Assalamualaikum”  Nurul memberi salam sebelum menguak pintu bilik 501. Wah! Macam suite di hotel 5 bintang.  Kalau pesakit tak sembuh juga, tak tahulah nak cakap apa.

“ Waalaikumsalam. Masuklah Yuyu.  Auntie risau sangat pasal Elly. Cuma Yuyu boleh pujuk dia.”  Roman Puan Sri Lily nampak kusut. Nurul di raih dalam pelukan.  Seorang lagi wanita yang sebaya dan sepesen memerhati dengan wajah beku. Baru kena botox agaknya.

“ Ini Datin Wan Hamidah, kawan baik Auntie.”  

“ Apa khabar, Datin? Saya Nurul.” Tangan Nurul di sambut.

“ Oh, ini kah kawan baik Elly?” Mata Datin Wan Hamidah di larikan dari hujung rambut ke hujung kaki Nurul.  Walaupun Nurul tidak bermekap dan bergaya santai , tapi kecantikan nya terserlah. Bodohnya si Elly,  cari kawan baik yang macam model.  Siapa nak pandang kat engkau? Kalau  Elly macam Nurul,  anak aku si  malaun itu tentu  sujud syukur kalau di paksa kahwin.

“ Macam mana keadaan Elly? Yuyu rasa bersalah sebab lama tak jenguk dia. Tapi Auntie tahu lah kerja Yuyu macam mana. “ Nurul memberi alasan. Sudahlah sibuk terbang, nak kena buat persiapan kahwin pula. Mujurlah kakak Aireen, Mazwin ada butik pengantin di Shah Alam. Segalanya di serahkan pada  Mazwin, dari gubahan hantaran hingga ke baju pengantin.  Kawan kawan Tok Nah dan jiran jiran akan buat bunga telur dan merewang untuk kenduri, itu memang satu kebiasaan. Tok Nah dan ibubapa Redza sudah bersetuju yang  akad nikah akan di adakan di masjid di ikuti dengan kenduri di rumah Tok Nah. Esoknya pihak lelaki pula akan  buat majlis sambut menantu di kampung Makcik Fazilah di Balik Pulau. Mudah, jimat dan cepat.  

“ Its okay, Auntie faham.  Doktor tengah periksa Elly . She is very depressed. Dah seminggu dia asyik berkurung dalam bilik dan tak nak jumpa orang.  Makan pun tak nak. Dua hari lepas dia pengsan di parking lot ofis. Nasib baik kawan dia nampak dan bawa dia ke hospital “ Puan Sri Lily mengesat mata.

“  Sabar Auntie. She will be okay, insyaallah”.  Nurul menenangkan Puan Sri Lily. Kasihan Elly!

Bila doktor selesai memeriksa Elly, Puan Sri Lily segera merapatinya.
“ Puan Sri,  Elly is getting better. No fever dan BP pun normal. Gastric symptom pun sudah kurang.  Dia  kena makan regular meals kalau tak nak kena gastric lagi. Saya suruh dia berhenti ambil ubat kurus. Sikit lagi kidney dan liver dia boleh rosak.  ”

“ Thank you , Dr Roshan. Macam mana dengan tekanan perasaannya? “

“Kita beri dia ubat penenang untuk melegakan tekanan mental dan saya akan buat appointment untuk Elly dengan pakar psikiatri. Keadaannya akan makin teruk jika di biarkan. “

“ Ya Allah! Kenapa anak aku jadi begini?” Puan Sri Lily menekup muka. Datin Wan Hamidah memeluk bahu sahabatnya dengan wajah keruh.

Nurul menggumpal jari.  Kalau aku jumpa lelaki yang punah ranahkan hidup kawan aku ni, siap kau!

“ Mungkin Puan Sri boleh bawa dia bercuti untuk tenangkan fikiran” cadang Dr Roshan sebelum meningggalkan bilik.

“ Jom kita masuk jumpa Elly” Puan Sri Lily menarik tangan Datin Wan Hamidah. Nurul membontoti dari belakang.
Last edited by sang_arjuna on 7-12-2012 09:33 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2012 09:31 PM | Show all posts
“Sayang, are you okay?” Tangan anaknya di usap.

“ Of course I am not okay. Boleh tak Mummy jangan tanya soalan bodoh” bentak Elly. Suaranya serak kerana terlalu banyak menangis. Dia memejamkan mata.

Puan Sri Lily bertukar pandangan dengan Datin Wan Hamidah.  Rasa kesal tertera di matanya. Kesian Elly, kesan putus cinta menyebabkan dia murung dan tak lalu makan. Hebat betul penangan Redza.  Tapi Puan Sri Lily tak salahkan Redza seratus peratus. Dia, suaminya dan Datin Wan Hamidah yang menyogokkan Elly pada Redza. Maafkan Mummy!

“  Apa kata kita pergi bercuti ke London bila Elly keluar hospital? Elly boleh jumpa kawan kawan lama Elly. Kalau nak pergi Paris pun boleh. Elly suka shopping di Paris, kan? “ usul ibunya

“ Betul tu, Elly.  Go and enjoy yourself. Beg Chanel latest collection baru saja keluar. Orang KL tak pakai lagi. You will be the first. Tak payah nak fikir pasal anak Auntie yang bodoh tu. Nanti Auntie basuh dia cukup cukup. “ getus Datin Wan Hamidah.  Redza dah melampau!

“ Yuyu!” teriak Elly sebaik ternampak kelibat kawannya.  Nurul di serbu di peluk erat macam setahun tak jumpa. Airmata dan esakannya meluluhkan hati Nurul.

“ Ssyyy! Its okay. Aku ada di sini. You can tell me everything.“ tutur Nurul sambil menepuk belakang Elly perlahan.  

“ Mummy…..” Elly meneleng kepala ke arah pintu. Puan Sri Lily faham maksud anaknya. Elly perlukan privasi.

“ Kita pergi makan, Midah. You mesti dah lapar ” Tangan Datin Wan Hamidah di tarik.  Kadang kadang dia rasa kecil hati bila di ketepikan tapi dia tahu Elly perlukan teman sebaya untuk berkongsi masaalah. Dia  akur yang Nurul banyak membantu Elly, sejak dari zaman sekolah. Elly terlalu naïf dan kurang matang.

“ Yuyu! I tak tahu apa nak buat. I am so depressed. Aku rasa lebih baik mati. I really want to die. Kenapa dia orang bawa aku ke hospital.”  Esakkan Elly makin menjadi bila mereka tinggal berdua.

“ Astaghfirullah! Elly, jangan cakap macam itu. Trust me, kalau kau mati, kau masuk  neraka. Siksa  neraka tu berjuta kali lebih teruk dari apa kau rasa sekarang. Kita orang Islam dan ini dunia nyata , bukan kisah cinta fantasi seperti Romeo and Juliet. Sekarang kau cerita kat aku kenapa kau sanggup  buat  macam ni? Apa yang special sangat tentang si.. si..  whatever his name is? ” Suara Nurul lembut walapun hatinya geram dengan sikap over dramatik Elly. Sebab jantan seekor yang kau baru kenal sebulan, kau sanggup menganiaya diri.  Bodoh berganda lah kawan!

“ Nama dia Redza.”

“ What??? Apa nama dia?” Nafas Nurul kencang memalu ruang dada

“ Redza.  Auntie Midah itu emak dia”

Phew! Perasaan gemuruh bak ombak tsunami kembali tenang. Sah itu bukan wanita yang datang merisiknya tempoh hari. Tapi… walauwei…. What a coincidence! Ini baru betul BFF, bekas cinta hati Elly dan bakal suami aku punya nama yang sama.  Erkkk…patutkah aku beritahu Elly  yang aku akan berkahwin dalam masa dua minggu? Nurul menopang dagu di birai katil memerhati wajah Elly yang pucat dan matanya yang bengkak. Tidak, sekarang bukan masa yang sesuai. Emosi Elly tidak stabil.  Mustahil dia dapat berkongsi kegembiraan. What the heck! Aku pun tak mampu rasa gembira untuk diri sendiri. Takut, saspen, panik adalah.  Gila aah!
Last edited by sang_arjuna on 7-12-2012 09:38 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 09:31 PM | Show all posts
“ Aku rasa kosong sangat Yuyu. Segala mimpi aku berkecai. Ini bukan kali pertama aku ada hubungan dengan lelaki tapi Redza lain dari the guys yang aku kenal dulu. He is so perfect! Dia macho, good looking, gentleman, smart.  Dia baik dan sopan. Tapi aku tertipu, kebaikan yang dia tunjuk pada aku tak ada kena mengena dengan cinta. Aku yang perasan. Aku  bodoh! Aku malu! ” Elly menumbuk bantal berkali kali.

Nurul membiarkan Elly melepas geram sebelum memegang bahunya. “ Elle, kau tak bodoh. Cuma kau salah baca signal yang dia beri. Itu perkara normal sebab lelaki dan perempuan berbeza. “Women are from Venus, Men are from Mars”, ingat lagi tak buku yang kita baca? Kau kena kuatkan semangat dan bangun semula. Its not the end of the world.  Lagipun kau cuma kenal dia sekejap, tak susah nak lupakan dia. Bukannya korang dah  kahwin bertahun tahun. ”

“ Senang lah kau cakap. Auntie Midah tu best friend Mummy. Setiap kali aku tengok dia, aku teringat Redza. Ini semua rancangan bodoh mereka. Akhirnya, aku yang sengsara.”

“ Niat mereka baik, Elle. Cuma hati tak boleh di paksa. Rasa cinta itu Allah yang letak dalam hati kita. Mungkin dia bukan jodoh kau. “

“ Habis tu, mana aku nak cari jodoh aku?” Muncung Elly panjang.

“ Jodoh kita dah di tetapkan sejak azali. Cepat atau lambat, semua sudah tertulis. Tapi kita perlu berdoa, mudah mudahan jodoh kita orang yang beriman. Handsome, macho semua tu tak boleh pakai di akhirat nanti, Elle” Cewahhh… macam ustazah pula aku ni.

Elly mengangguk perlahan. “ Betul juga apa kau kata. Kalau dapat husband handsome, mesti banyak dugaan. Tapi aku masih rasa sedih. Aku rasa macam nak sembunyi dari semua orang. ”

“  Idea Mummy kau tu memang bagus. Kau patut pergi bercuti ke London dan Paris.  Just get away and relax.  Kalau  aku dapat flight ke London,  boleh aku jumpa kau. Kita boleh lepak dan redah Oxford Street ” usul Nurul.   Kalau Elly pergi bercuti dengan Puan Sri Lily, mereka tak akan berada di sini masa aku kahwin. Aku tak perlu buka cerita pasal perkahwinan aku. Bukan niat aku nak menipu kawan baik, tapi nak jaga hati dia yang patah seribuuuuu.

Dia lega bila Elly mengorak senyum kecil. Senyuman yang pertama sejak kena dump di Dome. “ Yuyu, you are my best friend. Kalau kau tak datang aku boleh jadi gila. Eh, aku rasa lapar lah. Kita turun ke café di bawah?”

“ Ha! Macam itulah Elly yang aku kenal. Jom Makan! ”



Last edited by sang_arjuna on 7-12-2012 09:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 01:04 AM | Show all posts
Alamak Mcm mana Yuyu leh tak kenal bakal mertua erk hehehehehe Mesti yg merisik tu mak tiri adehhh  
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 10:46 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 7-12-2012 09:12 PM
mungkin dia buat comeback nanti
tp taklah sampai kacau rumahtangga org

smiley,...dia sedar diri dia bukan hero dalam ini cerita...., ok setia menunggu entry tersebut....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.077024 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list