CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 18-12-2012 01:28 PM | Show all posts


cair dgn novel ni...

mmg best...

Kaka Juna..kalo boleh..selalulah update entry...

errr..kalo boleh tetiap hari...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2012 01:49 PM | Show all posts
UsuFie posted on 18-12-2012 01:28 PM
cair dgn novel ni...

mmg best...

setuju ...klu ari2 bahagianyer...........
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 02:24 PM | Show all posts
smiley best ssgt....
sedih pun ade....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 10:58 AM | Show all posts
mie07 posted on 18-12-2012 01:49 PM
setuju ...klu ari2 bahagianyer...........



kann....kalo boleh tetiap hari dan banyak2..wahahaha..



haish..cemanalah once elly dapat tau redza kawin ngan nurul..  






Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 05:05 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 7-12-2012 09:17 PM
salam norim
dah lama tak jumpa
semua bizi kot

Waalaikum salam. Yalah dah lama kita tak jumpa. Qimi tu memang rajin.

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 05:09 PM | Show all posts
qimi08 posted on 10-12-2012 03:44 PM
Hi cikgu....
trip kemana? cuti kali ni

hi, jugak. Trip? Trip jaga SPM. , he, he. Baru lega ni nak bawak anak pi USS, singapore. I'Allah.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2012 11:24 PM | Show all posts
Sherasi posted on 15-12-2012 09:42 PM
Bestnya citer akak juna, tak nak terbitkan buku ke kak?

terimakasih
tapi tak kot... setakat utk bacaan forum cari jer
membazir kertas rasanya kalau buat novel  
cerita pakai taram jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 11:27 PM | Show all posts
UsuFie posted on 18-12-2012 01:28 PM
cair dgn novel ni...

mmg best...

tenkiu
sori lah tak dapat update selalu
akak bnyk kerja
kurang disiplin nak menulis plak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2012 11:29 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 19-12-2012 11:24 PM
terimakasih
tapi tak kot... setakat utk bacaan forum cari jer
membazir kertas rasanya kalau bua ...

Kak, taram taram citer akak smuanya meresap ke jiwa ... Akak patut terbitkan buku utk citer2 taram akak ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 11:38 PM | Show all posts
Bab 14

Nurul memandu Audi A1 terus ke basement. Syokkkknya pecut kereta ni! Tekan minyak,  dan.. vroom! Laju meluncur lebuhraya. Selepas memakir di tempat yang di khaskan, dia melangkah setapak ke belakang untuk menilik kereta barunya. Walaupun di keliling ada Porsche, Lotus, BMW dan Mercedes, tapi kereta aku lah paling comel. Hei… jakun nya aku, dia mentertawakan diri sendiri.

Sebaik pintu lif terbuka , dia menekan punat untuk naik ke tingkat 7. Beg pakaian yang mengandungi pakaian seragam kebaya batik di seret. Tak sabar aku nak bertolak ke London besok. Penat lelah dia mengecek Aireen untuk tukar giliran bertugas berhasil juga. Pampasannya – lingerie Victoria Secret. Entah ikan jerung mana  pula yang Aireen nak pikat.

Nurul berhenti di pintu  bila ada bunyi keletang keletung orang memasak di dapur. Tentu bukan Redza sebab masih waktu pejabat. Lagipun aroma asam pedas yang memenuhi rongga hidung tak mungkin hasil tangan suaminya. Nak buat telur dadar pun tak pass… aduyai! Nurul menanggalkan FitFlop di tepi pintu. Begnya di sandarkan di dinding.

Bunyi senduk berlaga dengan kuali terhenti.

“ Siapa itu?”
Itu suara yang aku kenal, bisik hati Nurul. Dia berlari anak ke dapur.

“ Tok ? Apa Tok  buat di sini?” Tubuh Tok Nah di peluk untuk melepaskan rindu walhal baru lagi jumpa.

“ Yuyu! Hei… terlebih manja pula budak ni! Tak padan dah jadi bini orang. Dah..dah.. lepaskan Tok. Hangus ayam nanti” Tok Nah membalik balikkan ayam goreng berempah. Nurul meninjau periuk atas dapur elektrik Electrolux.

“ Bestnya, asam pedas ikan pari. Ini apa? Oh , pucuk paku masak lemak. Sedap! Bila Tok sampai?”


“ Pukul 12. Redza  yang beria ria ajak Tok datang.  Katanya nak buat kejutan untuk Yuyu. Dia hantar pemandu untuk jemput Tok pagi tadi. Sememang pun Tok tak buat apa di kampung. Sunyi pula bila kenduri dah langsai dan Yed pun dah balik USM. Tok pun dah lama tak datang KL. Besok Yuyu bawa Tok  pergi Jalan Tuanku Abdul Rahman, boleh? Tok nak beli tudung dan kain pelikat , untuk bagi hadiah kat jiran jiran yang banyak membantu masa kenduri Yuyu. “ Rancak Tok Nah berceloteh.

“ Boleh, tak ada hal. Best lah Tok ada sini. Boleh makan sedap sedap. Nak Yuyu tolong buat apa apa?”

“ Kamu masak nasi dan tumbuk sambal belacan. Nanti Redza balik nasi tak masak lagi” perintah Tok Nah. Ayam yang sudah garing di kaup ke dalam pinggan yang di alas kertas serap minyak. Cukuplah enam ketul, mereka cuma bertiga.

“ Ok, Yuyu salin baju dulu” Nurul menuju ke biliknya. Mata Tok Nah menyusuli langkah cucunya.

“ Oi, kenapa Yuyu masuk bilik itu? Redza suruh Tok guna bilik yang itu. “ tanya Tok Nah, pelik.

Langkah Nurul mati. Oooo... ada muslihat di sebalik kehadiran Tok di sini, rupanya. Terer ko pedajal aku ekk, Encik Tuan Rumah.

“ Yuyu nak ambil baju. Almari dalam bilik Redza dah penuh jadi Yuyu letak baju di bilik tetamu.”

“ Patutlah Tok tengok almari penuh dengan baju perempuan. Dalam bilik air pula ada seluar dalam dan bra tergantung. Ha.. apahal kamu simpan seluar dalam yang dah terkoyak? Miskin sangat ke sampai tak boleh beli baru?” Tok Nah membebel.

Hailaa.. Tok ni! Koyak pula, itu g -string lah.  Perut Nurul memulas memikirkan yang dia terpaksa tidur sebilik dengan Redza malam ini. Anggap sajalah ianya tanggungjawab seorang isteri, dapat pahala pula.
………………………………………………………………………………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 11:43 PM | Show all posts
“ Assalamualaikum” Redza memberi salam tepat pada pukul 8 malam

“ Redza baru balik? Memang selalu balik lambat macam ini kah?” tegur Tok Nah bila Redza tunduk mencium tangannya. Beg laptop di letak di meja sisi sebelum melabuh duduk di sofa. Tali lehernya di rungkai.

“ Tak tentu lah,Tok. Kadang kadang lagi lambat pun ada. Lebih lagi kalau ada meeting dengan pelanggan. Macam inilah kalau kerja sendiri. “ Hari yang sibuk tapi dia puas. Kerja kerasnya membuahkan hasil. Dua akaun besar yang di dambakan setiap syarikat pengiklanan jatuh ke tangan Trapezium. Maybank dan Celcom akan membawa keuntungan besar tahun ini. Syukur Alhamdulillah! Inilah rezeki pengantin baru. Boleh aku beri kejutan honeymoon untuk Nurul. Eh, mana pula isteri aku? Matanya melilau.

“ Yuyu keluar kejap nak beli buah untuk pencuci mulut”  Tok Nah menjawab. Tak payah cakap pun gerak mata Redza dapat di baca.

“ Oh. Tok  masak apa ? Perut Ja tengah lapar ni”

“ Tok masak asam pedas ikan pari, sayur pucuk paku masak lemak, ayam goreng berempah. Sambal belacan pun ada. Redza dah Maghrib?”

“ Dah, Tok. Di surau pejabat tadi.  Ja pergi mandi dulu ya Tok. Tak sabar nak rasa asam pedas Tok. Cium bau pun dah meleleh air liur.” Tok Nah senyum lebar.  Redza  pandai mengambil hati orang tua. Bertuah Yuyu! Harap harap Yuyu pandai jaga suami. Bukan senang nak cari lelaki macam Redza.

Redza mencampak pakaian dalam bakul pakaian kotor dan membuka almari untuk mengambil tuala. Dia terpandang pakaian Nurul yang tersangkut. Senyuman mekar di bibirnya. Ha..ha…ha.. mana kau nak lari Ecah! Jangan underestimate langkah buaya pencen. Tuala di ambil dan belum sempat di ikat di pinggang, Redza di kejutkan oleh bunyi nyaring.

“ Oops!” Nurul menjerit dan segera memalingkan tubuh.

“ Hissy! Terkejut Abang! “

“ Ingat saya tak terkejut ke? Buka pintu dan….tiba tiba nampak…ada….”

“ Ada apa? An almost naked hot, hunky, sweaty guy? Patutlah kuat benar jeritan batin Ecah tadi. Udah lah tu, Ecah boleh buka mata. Abang  masuk bilik mandi ” Tawa Redza bersisa hingga pintu bilik air di tutup.

Hot! Tahap menggelegak! Tubuh Redza yang tinggi , kulit sawo matang, berdada bidang dan berotot di tempat yang sepatutnya cukup untuk menggugat naluri wanita. Nurul  terlupa sejenak kenapa dia masuk ke dalam bilik. Kepala di garu dalam mode blur. Oh ya, nak solat Isya. Astaghfirullah!

Baru selesai memberi salam, Redza keluar dari bilik air. Kali ini dia mengenakan robe mandi berwarna biru gelap.
“ Kenapa tak tunggu Abang? Lebih afdhal solat jemaah ” Redza mengambil kain pelikat dan baju Melayu yang sedia tersangkut di pintu almari.

“Sorry. Kenapa tak cakap tadi? Dah kurang pahala.  ” Nurul rasa ralat. Sudah beberapa hari berkahwin belum sekalipun dia solat berimamkan suaminya. Rugi!

“ Nak dapat pahala? Mudah untuk seorang isteri dapat pahala . Ecah tahu kan? Taat pada suami, jangan melawan…. Ehem ehem.”

Perli lah, perli. Aku akan jadi isteri yang solehah pada suami yang jujur, yang tak ada agenda tersembunyi. Nurul menggumam dalam hati. Harap harap esok segala rahsia akan terungkai. Mike bersetuju untuk berjumpa dengannya. Untuk mengelakkan fitnah , elok aku heret Tok sekali.

“ Okay, sekarang  Abang nak pakai baju. Kalau nak tengok, no problem. Tapi kalau tak tahan, baik keluar.” Sebaik Redza menanggalkan tali pinggang robe, Nurul sudah menghilangkan diri. Ciss! Macam lah orang teringin sangat nak skodeng. Uwekk!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 12:07 AM | Show all posts
Nurul melayan Redza seperti raja sewaktu makan.  Menceduk nasi dan lauk, menuangkan minuman, membawa mangkuk air untuk cuci tangan. Mengalahkan penumpang First Class dalam pesawat. Bukan ikhlas  pun, sekadar mengelak  kena tala telinga dengar Tok membebel kalau  tak bagi servis terbaik. Selesai makan, dia membasuh pinggan mangkuk dan mengemas dapur.

“ Yuyu cuti berapa hari lagi? “ tanya Tok Nah sambil menonton rancangan kegemarannya , 30 minit bersama Ustaz Don. Terkekeh Tok Nah ketawa bila Ustaz popular itu membuat jenaka.

“ Hari ini hari terakhir. Malam esok Yuyu kena fly ke London.  Empat hari lagi baru balik.” Nurul duduk bersila di atas permaidani.

“ Kesian Ja, Tok. Baru berapa hari kahwin dah kena tinggal. Tok tolong lah nasihatkan cucu Tok. “ Redza mencelah dengan muka seposen.

“Yuyu dah lama minta flight ini, sebelum kita kahwin lagi. Yuyu dah janji nak jumpa kawan di sana. Jadi munafik tau, kalau  mungkir janji. Lagipun Tok ada untuk temankan Abang. “  tukas Nurul. Mengada ngada!

“ Betul cakap Redza. Tok pun tak suka kamu jadi pramugari selepas kahwin. Tak sesuai untuk perempuan berkahwin. Kerja tak tentu masa, terbang jauh berhari hari. Tanggungjawab isteri untuk jaga suami dan rumahtangga. Redza pun selalu balik lambat. Kalau dua dua sibuk kerja, bila masa kamu nak jumpa? Yuyu kenalah beralah. Kalau tak nak dengar cakap Tok pun, dengarlah cakap suami.” Tok Nah berhujah.

Asyik asyik aku yang kena. Tapi ada aku kisah? Masuk telinga kanan , keluar telinga kiri. Ramai rakan sekerja sudah berkahwin dan tak ada masaalah mengurus keluarga dan rumahtangga. Yang penting suami isteri mesti saling mempercayai dan tahu tanggungjawab masing masing.

“ Kalau jarang jumpa lah lagi romantic. Sekali sekala jumpa, rasa macam baru berkenalan. Betul tak, Abang?  “ Nurul meneleng kepala ke arah Redza. Tangan di letak di lutut suaminya.  Manja dan menggoda. Redza menelan airliur.

Selesai rancangan Ustaz Don, Tok Nah pun mengangkat punggung. “ Tok masuk tidur dulu. Penat jalan jauh tadi”

“ Goodnite, Tok” ucap Redza.

Sebaik pintu di tutup, Nurul berdiri dan  meregang tubuh. “ Okay, drama is over. Tak payah berlakun lagi. Tok dah masuk tidur. Saya pun nak tidur.”

Tangannya di pegang kemas dan tubuhnya di tarik hingga dia terduduk. “ Kejap. Abang nak cakap sikit.  Apa kata Abang carikan kerja baru untuk Ecah? You don’t have to quit until I find you a new job.” Otak Redza ligat berputar. Tentu Nurul tak boleh kerja sebumbung dengannya, tak professional. Tapi syarikat Abah tentu ada jawatan kosong.

“ Apa kata saya terus bekerja tapi untuk short haul flights saja, boleh? Paling lama saya pergi pun sehari saja. ”

“ Sayang sungguh Ecah dengan baju kebaya ketat.  Kerjaya lebih penting dari abang?” duga Redza.

“ Bukan macam tu. Tapi kalau saya berhenti kerja, apa kerja lain yang saya boleh buat? I don’t have any paper qualification. Saya cuma boleh jadi  minah kilang atau sales girl. Atau GRO?”  Nurul memuncung bibir.  Jari nya berkait dengan jari Redza.

“  Kalau nak jadi GRO , boleh. Tapi untuk Abang seorang jer.  Don’t worry, Abang bayar harga sama macam di kelab paling eksklusif.  “ Redza ketawa bila cubitan hinggap di lengan.

“ Okay, serious ni. Abang nak tanya Abah kalau ada kerja sesuai di company Abah”

“ Abah ada company? “ Selama ini aku ingat bapa mertua aku pegawai kerajaan yang dah pencen.

“ Ya, Tunas Jaya Development. Company Abah yang bina Sapphire Hills di Ampang dan Zephyra Terrace di Shah Alam. Tapi sekarang Abah lebih suka buat project di utara.”

Mata Nurul membuntang. Ooooo… patutlah Redza bagi aku rumah sebiji di Sapphire Hills, rumah free rupanya. Tapi tak kisahlah, janji aku ada harta.

“ Tapi apa kerja yang saya boleh buat di sana? Bancuh simen? Atau jadi tukang masak untuk buruh kontrak?”

Meletus tawa Redza “ Ecah.. Ecah.  Janganlah merendah diri sangat. Banyak kerja yang Ecah boleh buat dengan pengalaman Ecah. Nanti Abang bincang dengan Abah. Sementara itu, Ecah bagi notis berhenti kerja. Dah, jom kita tidur. Abang penat sangat. ”

Nurul mula gelabah. Harap harap  pyjamas saiz XL  kain cotton warna pink dengan corak smiley face ini dapat mematikan nafsu syahwat lelaki.
“Jangan bimbang. Malam ni  kita mula dari beginner level. Peluk peluk ringan ringan saja. Abang tak gelojoh.“ Redza mengucup pipi isterinya yang merah membahang

Last edited by sang_arjuna on 20-12-2012 12:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 10:04 AM | Show all posts
i like......
hehehe....
the best
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 10:06 AM | Show all posts


  seluar dalam koyak yer tok nah... lawak tok ni...




Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 11:29 AM | Show all posts
UsuFie posted on 20-12-2012 10:06 AM
seluar dalam koyak yer tok nah... lawak tok ni...

  seluar dalam koyak yer tok nah... lawak tok ni...

Bukan Tok Nah yg lawak..Tapi kaka Sang Arjuna kita...

TK kaka Juna dgn N3 yg menghiburkannn....

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 04:41 PM | Show all posts
Hahahahaha lawak giler suar dlm koyak gituk hahahahaha ops Ecah pakai suor dlm koyak tunjuk ngan sapa heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2012 09:27 AM | Show all posts

Kaka Juna...tader entry ke pepagi Jemaat yg molia ini...



Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 09:37 AM | Show all posts
hahaha...ecah..ecah...sian ja...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 09:58 AM | Show all posts
next...bestnya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 05:31 PM | Show all posts
best... nak lagi.. tolong bukukan... hahahahahhaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.124758 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list