Artikel asal dari blogger Droid
Adakah anda pernah & salah seorang peminat filem Star Wars ? Adakah peminat tegar Angry Birds ? Kerjasama antara Lucasfilm dan Rovio telah melancarkan permainanAngry Birds Star Wars dengan watak popular seperti Luke Skywalker dan Darth Vader.
Corak permainan lebih kurang sama seperti Angry Bird biasa, tetapi suasana filem Star Wars digunakan seperti berpasir iaitu planet Tatooine.
Luke Skywalker melawan Pigtroopers
Beberapa idea baru yg sangat kreatif telah digunakan. Sebagai contoh Red Bird (merah) mempunyai karakter Luke Skywalker yg boleh menggunakan Lightsaber utk memecahkan halangan. Kali ini Black bird (hitam) tidak mengeluarkan bom tetapi menggunakan kuasa Force yg wujud dalam dunia Star Wars.
Black Bird menggunakan Force Power sebagai Jedi Master
Berikut dipaparkan sedikit sebanyak gambaran permainan ini
Suasana di Death Star
Species terbaru "Wookie" hanya ada dalam Angry Birds Starwars
Bagi menambahkan keseronokan & semangat dalam permainan, tontonilah Star Warsuntuk lebih menghayati suasana Angry Birds Star Wars.
Angry Birds Star Warsdibangunkan oleh Rovio.. Permainan ini terdapat versi percuma dan berbayar dan boleh dimuat turun menerusi Google Play. Keperluan permainan ini ialah Android 2.2 ke atas.
Bagi peminat fanatik Star Wars & Penagih Angry Bird games ini sememangnya RAWKS!
|