CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 14-11-2012 09:23 PM | Show all posts

Aliff berkeliaran sekitar sekolah tanpa arah tuju... untung-untung terserempak lagi dengan gadis yang cantik itu... kenapalah dia tidak pernah sedar kewujudan pelajar perempuan tu.. kalau tak pasti sudah lama dia mengayat si cantik manis.

“haa Aliff... tak ada kelas ke?Kenapa berkeliaran ni?”sergah cikgu Adam yang sedang membawa buku latihan yang agak banyak. Kesian pula melihat guru Matematik Tambahan itu membawa barang yang penuh tanpa sebarang bantuan.

“nak pergi tandas...” dalih Aliff... nak mampus mengaku memonteng!

“jauhnya tandas awak...” perli cikgu Adam dengan senyuman nipis... siapa tak kenal Aliff pelajar yang suka memonteng dan banyak membuat masalah disekolah. Dengar cerita pelajar nakal ini sudah mendapat dua amaran dari sekolah... tunggu amaran ke tiga barulah dia akan dibuang. Tetapi, sejak dua menjak ini Aliff nampak lebih ‘bersopan’ di sekolah. Mungkin kerana peperiksaan SPM bakal menjelma berjaya mendisiplinkan Aliff.

“banyak barang cikgu?? Meh saya tolong bawakkan...” minta Aliff demi mengalih topic.. dah mula la tu cikgu tua ni nak mengutuk aku.

“bagus juga tu.... tolong hantarkan buku ni ke kelas 5 Sains 1...” arah cikgu Adam gembira... bagus juga kalau ada pembantu. Ringan sikit bebannya. Aliff mengangguk faham dan mengambil buku-buku latihan tersebut dari pegangan cikgu Adam. Dia mara ke kelas 5 sains1 yang berada ditingkat paling atas blok tingkatan 5. Setelah sampai ke kelas itu terus sahaja dia masuk dan meletakkan buku yang dibawa diatas meja guru...

Sempat lagi matanya mengendap pelusuk kelas tingkatan 5 sains 1. Kelas paling pandai disekolahnya. Punyalah skema... langsung tiada yang berjalan ke hulu kehilir tanpa sebarang tujuan... paling-paling hebat pon bersembang secara berjemaah namun masih lagi berjaya menjaga keharmonian kelas mereka.. tak seperti kelasnya yang sepanjang masa bising tidak kira ada guru atau tidak..

Matanya sempat menangkap wajah yang berjaya membuat hatinya tidak keruan.. ooo patutlah berlagak sangat. Budak pandai rupanya.. gadis itu kelihatan sedang membaca buku teks sejarah.. sangatlah membosankan! Harap kau cantik je perempuan, kalau tak jangan haraplah kau menjadi igauan aku. Setelah selesai meletakkan buku tersebut, Aliff bergegas meninggalkan kelas itu setelah ternampak cikgu Adam mula mara ke kelas 5 sains 1.

Last edited by misssakura on 14-11-2012 09:27 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2012 09:27 PM | Show all posts

“boleh saya duduk kat sini...”minta satu suara ketika Shazrina sedang enak menikmati mee goreng di kantin sekolah. Wajah lelaki yang meminta kebenarannya dipandang jijik... jantan ni lagi. apa dia nak la...

“tak boleh... tu tempat kawan saya!” tipu Shazrina meskipun sebenarnya tiada kawan yang bakal duduk disitu. Semua kawannya berdiet hari ini dan tidak berminat untuk makan... hanya dia yang kebulur kerana tidak sempat bersarapan dirumah pagi tadi... lagipon dia memang tidak ramai kawan. Dia tahu ramai pelajar perempuan benci kepadanya. Mungkin cemburu dengan kejelitaan, kepandaian dan kekayaan yang ada padanya..ahh.. dia pun tak heranlah kalau perempuan-perempuan macam tu tak nak berkawan dengannya. Tak rugi pon... bisik hati Shazrina riak.

“apa nama kawan awak tu?” soal Aliff pendek. Shazrina merengus perlahan. Terasa terganggu dengan kehadiran Aliff yang menyemak pandangan matanya.

“kenapa sibuk nak tahu....” marah Shazrina. Meluat betullah dengan sikap Aliff yang terlalu banyak songeh. Fuh jatuh standard aku kalau orang tengok aku bersembang dan duduk semeja dengan pelajar nakal sekolah!

“ye la... nak check betul ke ni tempat kawan awak... kalau ada nama dia betullah ni tempat dia.” balas Aliff selamba bersama senyuman nipis dihadiahkan kepada Shazrina yang memandangnya penuh geram.

“banyak lagi tempat lain yang kosong.... kenapa awak mesti nak menyibuk depan saya?” tinggi suara Shazrina..geram melihat jantan selekeh didepannya kini. Dengan baju yang sudah lusuh dan berkedut sana sini sangatlah mengundang rasa geli.

“suka hatilah saya nak menyibuk kat mana pon...” jawab Aliff sambil duduk didepan Shazrina. Ni sudah cukup baik dia bertanya dahulu sebelum duduk... kerusi meja disini bukanlah kepunyaan Shazrina. Kenapa pula dia nak meminta kebenaran.

“awak tahu tak.............”

“tak tahu.” Jawab Aliff spontan. Shazrina membesarkan matanya apabila kata-katanya dipotong dengan jawapan bodoh Aliff.

“hei... saya bencilah dengan orang macam awak ni... dah la kotor, selekeh, bangang pulak tu!” maki Shazrina. Puas hatinya dapat menghina mamat didepannya kini. Nampak raut wajah Aliff berubah dengan amukan kecil dari Shazrina. Shazrina tidak peduli dengan perubahan wajah Aliff. Dia bingkas bangun dan meninggalkan kantin sekolah. Seleranya mati dengan wujudnya Aliff yang menjijikkan dan memualkan tekaknya.

Last edited by misssakura on 14-11-2012 09:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 11:54 PM | Show all posts
fatehana posted on 13-11-2012 12:01 PM
jahat beng nie
suka sakat sakura

kalau sakura lambat sehari je update n3....beng akan terus sakat lagi... Beng dah ter'LIKE' citer nih...

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 12:05 AM | Show all posts
misssakura posted on 14-11-2012 04:27 PM
“boleh saya duduk kat sini...”minta satu suara ketika Shazrina sedang enak menikmati mee goreng  ...

Err....cikgu Sakura....ada apa2 nak kirim kat kelas 5 Sains 1 tak? Beng nak tulong antarkan...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2012 06:48 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 14-11-2012 11:54 PM
kalau sakura lambat sehari je update n3....beng akan terus sakat lagi... Beng dah te ...

fuh tkutnya ada reminder... insyaallah sakura akn cuba updte.. tp x janji idea sangt kering sekarang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2012 06:50 AM | Show all posts
Shazrina menghempas buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan keras keatas meja didalam kelasnya. Perasaan marah meluap-luap terhadap Aliff yang tak henti-henti mengganggunya. Boleh pulak jantan sewel tu menyekatnya ketika dia baru sahaja keluar dari perpustakaan hanya untuk tahu nama dan nombor telefonnya. Apa ke banggang jantan macam tu. Cerminlah sikit muka tu kalau nak mendekati gadis cantik macam aku nih... kalau dah bodoh tu pergi jelah tackle minah-minah bodoh... jangan nak menggatal dengan aku yang pandai ni...

“amboi Shaz... main-main hempas buku pulak... tahulah otak tu pandai. Tapi buku tu pon kena hormat jugak.”Tegur Aina sinis sambil tersenyum penuh sindiran. Beberapa rakan yang duduk berhampiran Aina turut sama tersenyum sinis. Memang mereka menyampah dengan Shazrina. Perempuan yang bongkak lagi berlagak... macamlah kaya sangat. Orang lain pon kaya jugak, cun lebih dari minah perasaan ni dan pandai berganda-ganda tetapi tak adalah berlagak nak mampus macam Shazrina.

“sibuk ajer...” Shazrina membalas perlahan. Dia tidak berminat untuk bergaduh dengan manusia-manusia kelas bawahan. Shazrina duduk ditempat duduknya tanpa mempedulikan Aina dan rakan-rakannya yang memang sudah diketahui amat membencinya. Apa dia ingat aku suka kat diorang?

“ni mengamuk tak memasal kenapa?”sapa Farah yang duduk disebelah Shazrina. Satu-satunya sahabat yang dia ada sepanjang 5 tahun bergelar pelajar disekolah menengah SMK Tuanku Jaafar. Farah yang merupakan anak usahawan berjaya, cantik dan pandai memang padan untuk berkawan dengannya. Kalau diikutkan Shazrina bukanlah berasal yang keluarga yang kaya tetapi antara orang yang senang disekolah ini...

“aku sakit hati la... geram betul dengan mamat tak sedar diri tu.” Luah Shazrina sambil menumbuk-numbuk geram buku yang terdapat diatas mejanya... guru Sejarah belum lagi memunculkan diri sedangkan hampir 5 minit sudah masanya tiba.

“mamat mana pulak ni? Kau ada boyfriend yer... tak cakap pon kat aku.” Tembak Farah sedikit berjauh hati. Sampai hati Shazrina tidak menceritakan tentang boyfriendnya kepada aku...

“boyfriend apa pulak.... tak ada maknanya mamat tak semenggah macam tu nak jadi pak we aku... choiii!” balas Shazrina dengan gaya yang seolah-olah jijik dan geli apabila membayangkan Aliff budak miskin dan jahat itu menjadi kekasihnya. Rambutnya yang panjang mengurai dibetulkan supaya dirinya kelihatan cantik dan ayu sepanjang masa.

“sapa mamat tu?”

“kau kenal Aliff?? ala pelajar yang selalu kena panggil kat perhimpunan tu... pelajar jahat sekolah kita ni la...” cerita Shazrina. Sebanyak mungkin clue diberikan kepada Farah supaya temannya ini boleh mengagak Aliff mana yang menjadi topik perbualan mereka kini. Farah kelihatan sedang memikirkan siapakah gerangan Aliff yang disebut Shazrina. Setelah diam sejenak barulah gadis cantik itu memberikan jawapan.

“student form 5?” Farah meminta sedikit lagi maklumat... Shazrina mengangguk yakin. Tak sabar-sabar dia menanti jawapan dari Farah dan berharap Farah mengenali Aliff mana yang diceritakan kini.

“kenal kot....” balas Farah akhirnya setelah penat menyambung segala urat saraf dalam otaknya untuk mengingati Aliff yang disebut-sebut Shazrina.

“ala kau ni... main kot-kot pulak... tapi tak pe nanti aku tunjuk yang mana satu malaun tu.” Balas Shazrina dengan wajah yang sedikit kecewa. Sedikit sukar untuk bergosip dengan Farah sekiranya gadis ini tidak kenal Aliff mana yang diwar-warkan.

“dah tu kenapa dengan Aliff ni...apa yang kau marah sangat dengan dia?” namun soalan dari Farah tidak mendapat jawapan apabila cikgu Fatimah masuk ke kelas untuk mengajar subjek sejarah.

Last edited by misssakura on 15-11-2012 06:56 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2012 06:57 AM | Show all posts
“ooo... kau benci dia pasal dia sibuk mengayat kau la ni...” Farah berjaya membuat kesimpulan setelah mendengar luahan perasaan dari Shazrina. Kini mereka sedang mengulang kaji di perpustakaan.. masih terlalu awal untuk pulang ke rumah meski pon mereka sudah dibenarkan pulang. Balik awal-awal pon belum tentu mereka belajar dirumah. Baiklah duduk di perpustakaan terlebih dahulu, dapat juga mengulangkaji memandangkan SPM sudah tidak lama lagi.

“mestilah... aku geli okey dengan dia... dah la miskin, bodoh, jahat, selekeh pulak tu... ada hati nak mengorat orang macam aku ni... please lah.” Shazrina membalas dengan penuh rasa ngeri dan jijik. Tak boleh dibayangkan kalau lelaki yang low class macam Aliff menjadi buah hatinya. Sangatlah memalukan!

“tapi dia hensemkan?” duga Farah bersama senyuman kecil. Dia sudah pon mengenali jejaka mana yang diceritakan oleh Shazrina. Memang kacak orangnya walaupun nampak seperti banyak masalah disiplin.

“orang hensem bersepah la atas dunia ni Farah... tapi orang hensem yang cerdik lagi kaya tu susah nak jumpa..setakat mamat bodoh lagi bangang yang sorang ni kirim salam je la...” kutuk Shazrina berapi-api...

“ish tak baik la kau kata macam ni... semua tu tak penting la. Yang penting hati kena baik. miskin ke selekeh ke semua tu boleh di ubah...”

“kau ingat si Aliff tu baik sangat ke? Mamat banyak masalah disiplin macam tu tak adanya baik... dahlah tak pandai, sengkek, jahat pulak tu... eee... memang mintak simpang 44 la jantan macam tu.” Sangkal Shazrina geram.. tetiba sahaja kepala otaknya yang genius ini terbayang wajah Aliff... naik meremang segala bulu dibadannya. Sungguh ngeri!

“kau jangan benci-benci sangat Shaz... karang kau pulak yang tergila-gilakan dia... masa tu aku nak gelak 24jam kat kau.” Usik Farah sambil tersengih-sengih... tak boleh bayang rasanya kalau Shazrina jatuh hati dengan lelaki yang amat dibencinya.

“aku hanya akan gilakan dia bila aku sudah gila... sekian terima kasih...” balas Shazrina sambil menjulingkan matanya keatas.. disgusting!

“well we will wait and see....”giat Farah yang kini sudah ketawa kecil... namun perlahan sahaja memandangkan mereka berada di perpustakaan.

“ok fine... by the way bila kita nak study... asyik sembang pasal benda yang tak mengembangkan minda ajer...” Shazrina sedaya upaya mengalihkan topic perbualan mereka... bosan, jemu lagi geli untuk terus bercerita tentang Aliff!

“ alih topic la tu....” tokok Farah lagi sebelum mula serius dengan latihan yang ingin dibuat petang itu.

Last edited by misssakura on 15-11-2012 07:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 11:21 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 14-11-2012 11:54 PM
kalau sakura lambat sehari je update n3....beng akan terus sakat lagi... Beng dah te ...

hah jgn lufer hupdate sama dgn citer beng tue hokeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2012 11:27 AM | Show all posts
apa yg sakura tulis nie cam mengena kat ana aje
mengimbau kenangan silam dan mamat yg selekeh kat sekolah tue dah jadi pakar PAED
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2012 03:01 PM | Show all posts
fatehana posted on 15-11-2012 11:27 AM
apa yg sakura tulis nie cam mengena kat ana aje
mengimbau kenangan silam dan mamat yg selekeh k ...

eh ye ke. spe mamat tu...hehe sibuk je sakura nk tau. tp dlm dnia realiti ramai je org yg entah pape kt sekolah tp last2 dia yg plg berjaya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2012 03:04 PM | Show all posts
sambung sikit.......

Aliff sedang menonton siaran tv3... kakinya dilunjurkan ke depan manakala badannya pula disandarkan pada dinding. Emaknya pula sibuk melipat kain-kain yang baru diangkat dari ampaian.

“tak ada kerja sekolah ke?” soal puan Aini yang sedang menyusun elok baju-baju yang sudah siap dilipat ke dalam bakul. Mahu dihantar ke biliknya dan juga bilik anak terunanya yang sorang ini.

“tak ada...” balas Aliff dengan mata yang belum berganjak dari kaca tv. Puan Aini mengerling kearah anak terunanya... semenjak bercerai dengan si suami, hanya Aliff sahaja harta yang dia ada... dia tiada ahli keluarga lain semenjak dibuang keluarga kerana berkeras mahu menikah dengan Mahmood suatu ketika dahulu. Namun kini dia sedar. Dia yang bodoh kerana sanggup membuang keluarga sendiri hanya untuk lelaki yang mengisap ganja.

Hanya kerana lelaki itu,hidupnya dan Aliff cukup merana... demi keselamatan Aliff dan diri sendiri,puan Aini sanggup meminta cerai dengan suaminya meski pon orang sekeliling mencaci dan menghina. ahh dia tidak peduli semua itu, janji dia dan anaknya selamat dan tenang.

“betul ke tak ada kerja sekolah? Jangan tipu mak Aliff.”

“laa betul la... Aliff ni duduk dalam kelas paling last mak... tak adanya cikgu nak bagi kerja sekolah banyak-banyak. Cikgu dah tahu memang kitorang tak akan pandai walaupun bagi banyak-banyak latihan...” dalih Aliff... senang-senang saja dia menyalahkan cikgu sekolahnya. Padahal, bukan main lagi banyak kerja sekolah yang diperolehinya. Antara nak buat atau tak sahaja.

“jangan cakap macam tu la Aliff... tak baik... kalau cikgu tak bagi kerja sekolah, Aliff sendiri la kena usaha. Cari sendiri latihan. Buat latihan banyak-banyak... kan tak lama lagi dah nak periksa besar...” nasihat puan Aini lembut. diperhatikan anaknya yang masih tekun mengadap tv. Mengeluh kecil dia melihat perangai anaknya yang sangat malas belajar. Katanya tak ada mood, bosan dan memang dia tidak akan pandai apabila disuruh belajar. Dia sendiri pon tak tahu nak buat macam mana...

“Aliff malas la mak... Aliff tak minat nak belajar.”

“habis kalo tak minat belajar Aliff nak buat apa? Nak kawin?” bidas puan Aini selamba. Berubah wajah Aliff apabila ibunya mula menaikkan suara.

“mak...ada ke cakap macam tu... Aliff memang tak pandai la. Belajar banyak mana pon tetap tak pandai... otak Aliff ni memang lembap.” Jelas Aliff yang kini mula memandang kearah puan Aini. Puan Aini menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Beristighfar dia melihat perangai anak terunanya yang sorang ni... nasib baiklah ada sorang jer... kalau ramai tak tahulah macam mana.

“astarfirullahalazim.....Aliff... Aliff.. ada ke orang lahir terus jadi pandai. Terus jadi bijak? Cuba kamu tengok bayi-bayi yang baru lahir tu... ada ke budak-budak tu terus pandai baca, pandai menulis, pandai matematik?”

“bukan macam tu mak... maksud Aliff otak Aliff ni memang tak boleh terima ilmu... asal nak belajar je mengantuk... dah macam mana?” terang Aliff lagi. sebenarnya dia langsung tak berminat untuk belajar. Dia tiada arah dalam menuntut ilmu. Dia sendiri tiada cita-cita yang nak dicapai... jadi kenapa dia nak belajar?

“alasan kamu je tu... kalau Aliff tak belajar sungguh-sungguh macam mana Aliff nak masuk universiti? Kalau tak ada ijazah macam mana Aliff nak cari kerja nak?Kalau Aliff tak kerja macam mana nak cari duit... takkan nak harapkan mak je sampai ke tua. Mak ni pon sampai bila je boleh hidup..” Puan Aini mula membebel.. dia bukan membebel kosong. Dia mahu menyedarkan anaknya tentang pentingnya pelajaran. Lagi-lagi zaman sekarang... kalau ada ijazah pon melambak lagi yang menganggur apatah lagi yang tak ada...

“Aliff tak minat nak belajar la mak... nak buat macam mana.” Aliff menjawab malas.

“habis tu Aliff minat ape? Nak kata minat tukang bertukang, pegang tukul pon belum tentu pandai.” Sindir puan Aini dengan senyuman kecil. Bukan merendah-rendahkan Aliff tapi sengaja mahu mencabar anaknya itu... kata orang anak muda ni darahnya panas... pantang dicabar dan diperlecehkan... pasti dia akan buat yang terbaik untuk menunjuk dirinya bagus tak seperti yang dikatakan.

“Aliff minat memasak... boleh?” ujar Aliff cuba menguji hati ibunya. Namun dia serius.. dia memang gemar memasak terutamanya juadah seperti kek, coklat mahupun pudding... memang ramai yang memuji masakannya selama ini malah puanAini pun sendiri mengakui bakatnya itu.

“Aliff...” puan Aini terjerit kecil... tak boleh terima dengan jawapan Aliff.

“salah ke mak?”

“salah tu tak... tapi masak memasak ni tugas orang perempuan... bidang orang perempuan... bukan bidang orang jantan macam kamu... tak malu ke minat memasak?” marah puan Aini.

“mak...ni zaman bila mak? Mak kenal chef Wan? Dia lelaki ke perempuan? Lagi pon, dalam kitab mana yang kata kerja masak memasak tu kerja orang perempuan? Tak adakan...” sanggah Aliff tidak puas hati... sapa cakap perempuan je boleh masak?Perempuan zaman sekarang pon tak pandai masak. Masak air pon belum tentu reti...

“tapi masak memasak ni lebih sesuai dengan orang perempuan... lagi pon Aliff boleh buat apa dengan memasak?” puan Aini masih belum berpuas hati.. anak aku ni lelaki ke perempuan? Jangan jadi pondan sudah... merana hidup aku..

“mak...kalau pandai masak macam-macam Aliff boleh buat... Aliff boleh bukak kedai kek,bukak restoren, kerja dengan hotel atau pon kedai-kedai kek... jadi chef pon boleh.... lagipon, orang zaman dulu-dulu je kata kerja masak memasak ni sesuai dengan orang perempuan... zaman sekarang ni perempuan lelaki dah tak ada bezalah... perempuan zaman sekarang pon entah pandai entah tidak memasak... baiklah serahkan kerja masak memasak tu kat Aliff dari bagi kat perempuan-perempuan yang tak reti masak nih...” panjang lebar Aliff menegakkan minatnya... kalau cakap pasal masak memasak janganlah ada sesapa nak membangkang.

“ikut suka hati kamulah Aliff... tapi mak tak rasa dengan kemahiran kamu sekarang boleh buat kamu jadi tukang masak ke, buka kedai ke apa ke... kurang-kurang Aliff kena jugak ada sijil dan kelulusan dari kolej atau universiti untuk dapatkan kepercayaan orang kalau nak jadi tukang masak ke apa... kalau SPM pon tak lepas, mana Aliff nak dapat sijil dan kelulusan tu semua.” Sela puan Aini lagi.. mahu memberi kesedaran kepada Aliff bertapa pentingnya SPM... tak kiralah nak belajar apa-apa pon kurang-kurang SPM tu biarlah lulus...

Aliff diam mendengar kata-kata emaknya. Menimbang segala kata-kata bernas dari ibunya. Betul jugak kata mak... kurang-kurang aku kena ada sijil SPM baru boleh nak sambung belajar dalam bidang memasak... kalau tak mana ada pusat pengajian nak ambil aku belajar... nak ikutkan ilmu yang aku ada sekarang langsung tak cukup... nak jadi pembantu tukang masak pon tak lepas ini kan nak pula nak buka kedai makan sendiri... Aliff terus bermonolog sendiri... Aliff bingkas bangun lalu memeluk emaknya yang sedang mengangkat baku berisi baju yang sudah siap dilipat. Dicium pipi ibunya bertalu-talu.. semangatnya tiba-tiba berkobar-kobar untuk menuntut ilmu.

“terima kasih mak....” ucap Aliff gembira... dia dah nampak hala tuju hidupnya. Dia terus menerpa ke biliknya. Mahu belajar untuk menempuh SPM yang bakal menjemput lagi lima bulan! Puan Aini yang melihat perubahan anaknya sedikit tercengang namun dia sentiasa mendoakan perubahan yang positif dalam hidup Aliff...mudah-mudahan Aliff menjadi manusia yang berguna.
Last edited by misssakura on 15-11-2012 03:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 06:38 PM | Show all posts
misssakura posted on 15-11-2012 03:01 PM
eh ye ke. spe mamat tu...hehe sibuk je sakura nk tau. tp dlm dnia realiti ramai je org yg enta ...

ex classmate, apa yg digambarkan pada Aliff luarannya mmg ada pada mamat tue cuma mamat tue xdelah masaalah disiplin tp dia pernah dok kelas corot dan cemerlang masa SPM, terus wat medic kat UM

sekrg kitaorg selalu berhubungan, kisah lalu biar tersimpan dalam lipatan aje
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 06:40 PM | Show all posts
ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh Aliff dtg dr broken family, bapak dia ada lg rupanya dan dia anak tunggal

x sabar nak tahu kisah seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 12:06 AM | Show all posts
fatehana posted on 15-11-2012 06:27 AM
apa yg sakura tulis nie cam mengena kat ana aje
mengimbau kenangan silam dan mamat yg selekeh k ...

hah..apa lagi? open la satu thread...citer pasal cinte remaje anda masa zaman sekolah dulu..
bley beng tompang menyakat nanti!

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 12:08 AM | Show all posts
misssakura posted on 15-11-2012 10:04 AM
sambung sikit.......

Aliff sedang menonton siaran tv3... kakinya dilunjurkan ke depan manakala ba ...

ohhhh....aliff ni minatnya sama macam beng la masa zaman sekolah dulu. Tapi beng tak pandai la wat kuih bagai...terer bab masak lauk..nak pulak seafoods. Wife pun jadi fobia kalau dia nak masak lauk...beng yang salu take over jadi chef kat umah bila offday.

anyways...avatar sakura tu wat beng teringatkan k-drama 'cinderella sister'.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 11:03 AM | Show all posts
misssakura posted on 15-11-2012 03:04 PM
sambung sikit.......

Aliff sedang menonton siaran tv3... kakinya dilunjurkan ke depan manakala ba ...

hero yg pandai masak - terbaikkk lah

heroin plak suka makan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 12:38 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 16-11-2012 12:06 AM
hah..apa lagi? open la satu thread...citer pasal cinte remaje anda masa zaman sekolah dulu..{:mlke ...

x koser hokeh nnt beng lagi kuat sakat ana cam sakura kena
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 03:06 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 16-11-2012 12:08 AM
ohhhh....aliff ni minatnya sama macam beng la masa zaman sekolah dulu. Tapi beng tak pandai la wat ...

ye ke beng pandai masak ni..
avatar tu mmg yg belakon citer cinderella sister tu pon... beng pon layan citer korea jgk ke? ingt kan org laki x layan citer korea
Last edited by misssakura on 16-11-2012 03:23 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 03:09 PM | Show all posts
fatehana posted on 15-11-2012 06:38 PM
ex classmate, apa yg digambarkan pada Aliff luarannya mmg ada pada mamat tue  cuma mamat tue xde ...

ooo... kekasih lama la ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 03:12 PM | Show all posts
“arggggggggghhh”...Aliff sedikit menjerit... nak menjerit kuat-kuat tak boleh... jarum jam sudah menginjak ke tengah malam... karang terkejut pulak ibu tersayang.. hampir 2 jam Aliff mengadap kerja sekolah matematik pemberian cikgu Mastura namun satu soalan pun dia tak mampu selesaikan. Bukan itu sahaja, kerja sekolah Sejarah juga turut mendapat nasib yang sama... dia langsung tak tahu, tak pandai dan tak ada idea untuk menyelesaikan setiap soalan yang ada. Macam mana nak pass SPM ni kalau soalan macam ni tak boleh selesaikan.

Tak boleh jadi ni! Aku kena fikir idea yang lebih bernas. Aliff mengeluarkan satu helai kertas kajang. Dilapik kertas kajang dengan buku log panjang... kedaifan keluarganya menyebabkan dia tiada meja mahupun kerusi belajar. Jadi, dia terpaksa guna sesuatu untuk dijadikan alas ketika menulis. Disenaraikan semua subjek yang bakal menjadi beban untuk menempuhi peperiksaan... semua sekali 9 subjek. Dalam 9 subjek hanya bahasa melayu sahaja yang dia pandai. Tu pon cukup-cukup makan je... subjek lain semuanya hampeh... dia perlu mulakan pelajarannya dari awal.

Dia tak boleh terus langkau tengah-tengah. Pendek kata dia perlu start dari tingkatan 4! Aliff membuat peta minda bagi segala perjalanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5 dalam masa 5 bulan. Dia perlu! Sekurang-kurangnya dia harus dapat result yang baik untuk menyabung pelajaran dalam bidang masakan. Satu jadual belajar yang padat disiapkan. Kini misinya hanya berjaya dalam SPM.

Last edited by misssakura on 16-11-2012 03:14 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.074849 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list