CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 17-1-2013 03:06 PM | Show all posts
misssakura posted on 16-1-2013 10:23 AM
“apasal abang jemput jugak mamat tu?” marah Mimi apabila bilangan tetamu semakin berkurang. Izham  ...

Mimi & izham selamt jd suamisteri...bila ler gilran shaz ngan alif...

Alif, elok awk pujuk shaz nagn jumpa dulu parents shaz...mohon keampunan....tp kalu farah ngaku niat busuk dia pom lg baguih...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2013 09:50 AM | Show all posts
sellie003 posted on 17-1-2013 03:06 PM
Mimi & izham selamt jd suamisteri...bila ler gilran shaz ngan alif...

Alif, elok awk pujuk shaz ...

yup...aliff patut jumpa mak bapak shaz n mintak maaf coz diorang pon terlibat dlm hal ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 09:51 AM | Show all posts
Shazrina menyarung kasut sukan pada kakinya. Dia mahu melakukan sedikit senaman setelah beberapa minggu terperap didalam bilik menangisi nasib diri. sampai bila dia mahu mengenang perpisahan yang telah terjadi antara dia dan Aliff. Sekali pon 1000 tahun dia meratap dengan apa yang telah terjadi, kenyataan dia dah berpisah dan dimalukan oleh Aliff tetap tidak berubah. Dia patut sedar semuanya tetap akan sama sekali pon dia menangis air mata darah. Shazrina memulakan larian untuk ke taman permainan yang berdekatan dengan taman perumahannya. Belum lagi mencecah 5 minit tempoh lariannya, Shazrina dapat merasakan badannya sudah berkeringat. Tuala yang dibawa digunakan untuk mengelap peluh yang terpercik pada dahinya.

“bukk...” Shazrina terlanggar seseorang yang tiba-tiba sahaja menghentikan lariannya.Terduduk Shazrina kesan dari perlanggaran tersebut. Salah dia juga yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada larian.

“sorry sorry sorry....” ucap Aliff beberapa kali apabila menyedari kesilapannya yang berhenti secara mendadak menyusahkan orang lain. Badannnya dipusingkan untuk mengadap seseorang yang melanggarnya dari belakang. Wajah Aliff sedikit tercengang apabila raut wajah Shazrina terpapar pada pandangannya.

“Shazrina?” sapa Aliff perlahan. Shazrina yang terduduk mengangkat wajahnya untuk melihat jejaka yang berada didepannya saat ini. namun, dia seoalah-olah dapat meneka gerangan lelaki yang dilanggar melalui suara jejaka itu. Shazrina mengangkat mukanya lalu menghalakan pandangan kearah Aliff yang sedang merenungnya. Terus sahaja Shazrina bingkas bangun dan meneruskan larian tanpa mempedulikan sapaan Aliff.

“Shaz.......Shaz.” Laung Aliff lantang. Dia turut sama mengejar langkah Shazrina yang laju sahaja mengelakkan diri darinya. Shazrina tidak mempedulikan panggilan Aliff. Dia tidak akan pedulikan lelaki itu sampai bila-bila.

“Shaz tunggu saya....” jerit Aliff lagi.. lariannya dipercepatkan bagi mendapatkan Shazrina. Aliff sekali lagi menghalang laluan Shazrina dengan berhenti mengejut didepan gadis itu. Nasib baik Shazrina sempat menghentikan langkah.. kalau tak pasti haru.

“Shaz dengar dulu apa yang saya nak cakap... saya minta maaf sangat-sangat dengan apa yang saya dah buat. Saya tahu saya silap........” belum lagi habis sesi luahan perasaan Aliff, Shazrina sudah angkat kaki meninggalkannya. langsung tidak berminat untuk mendengar bait-bait emotional Aliff yang menjelikkan hatinya.

“Shazrina tunggu dulu... saya belum habis cakap lagi.” tegas Aliff sambil mengejar kembali gadis itu. Sekali lagi larian Shazrina dihalang. Kedua-dua tangannya didepakan untuk mematikan langkah Shazrina. Shazrina menghentikan pergerakannya namun wajah Aliff yang memandang kearahnya langsung tidak dilihat. Lebih baik dia melihat pak cik dan mak cik yang sibuk bersenam berbanding wajah Aliff yang menyakitkan hati!

“Shaz saya tahu saya salah... saya minta maaf.. tolonglah Shaz. Saya sanggup buat apa saja untuk awak asalkan awak maafkan saya.. maafkan saya Shaz.” Minta Aliff bersungguh-sungguh. Wajah Shazrina yang langsung tidak mempedulikannya dipandang dengan penuh harapan. Shazrina hanya diam tanpa membalas setiap kata-kata daripada Aliff. Matanya ligat memandang sekeliling meski pon otaknya tidak ada pada apa yang di pandang. Perasaannya kini hanyalah marah dan geram terhadap Aliff. Dan kalaulah dengan memukul Aliff boleh menghilangkan segala rasa yang tersimpan dihati, pasti sudah lama jejaka itu dibelasahnya.

“Shaz...saya tahu kesilapan saya terhadap awak amat besar dan awak mungkin tak dapat maafkan saya sampai bila-bila, tetapi tolonglah jangan layan saya macam ni..saya cintakan awak.. saya masih sayangkan awak. Tolong maafkan saya.. saya langsung tak ada niat nak sakitkan hati awak. Awak sendiri tahu kan yang kita sama-sama mangsa dalam hal ni. kalau bukan kerana Farah, mungkin pertunangan hari tu berjalan dengan lancar.” Jelas Aliff lagi dengan perasaan yang tulus ikhlas.  Raut wajah bersahaja Shazrina diperhatikan lagi. matanya sempat menangkap riak Shazrina yang tersenyum sinis seperti mempersendakan segala bait-bait bicaranya. Suasana antara Aliff dan Shazrina menjadi hening. Aliff menanti Shazrina membalas setiap kata-katanya.

“dah habis dah?” soal Shazrina selamba. Wajah Aliff dipandang dengan mimik muka yang bosan.

“kalo dah habis kau boleh berambus sekarang. Jangan muncul lagi depan aku!” sambung Shazrina dengan nada yang keras. Larian yang tergendala disambung kembali namun dengan langkah yang lebih pantas. Aliff terkulat-kulat dengan herdikan dari Shazrina. Niat untuk mengejar Shazrina ditangguhkan apabila memikirkan wanita itu memerlukan masa untuk memaafkan dirinya.

Last edited by misssakura on 18-1-2013 09:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:55 AM | Show all posts
misssakura posted on 18-1-2013 09:50 AM
yup...aliff patut jumpa mak bapak shaz n mintak maaf coz diorang pon terlibat dlm hal ni

Ada ke miss...? agk2 perang besar tak..? tp kalu demi nk dpatkn semula cinta shaz...alif perlu berkorban & terima akibt dr perbuatan dia...so kena hadap gak parents shaz...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 09:58 AM | Show all posts
“Aliff memang sengaja tak datang ke hari tu Shaz?” ungkit puan Rogayah semasa mereka anak beranak sedang menonton televisyen. Encik Tarmizi pula keluar untuk menguruskan klinik mereka. Shazrina tersentak dengan pertanyaan mamanya kerana sampai ke hari ini dia mengambil jalan mendiamkan diri tentang tragedi pertunangan tak jadi antara dia dan Aliff.

“hmmm....” balas Shazrina sambil mengangguk.. dia sebolehnya tak nak berbincang perkara ini... biarlah semua ini berlalu. Memang dia salahkan Aliff yang tergamak memalukan dia dan keluarga namun tidak dinafikan semua itu berlaku kerana Farah. kalau Farah tidak memandai-mandai menyebarkan cerita yang tidak betul tentang dirinya, pasti Aliff tidak akan berdendam dengannya.

“Shaz dah lama tahu pasal ni?” soal puan Rogayah yang mula tidak puas hati. Kenapa anaknya tegar menyembunyikan perkara penting ini dari pengetahuan dia dan suami?

“hmmm....”angguk Shazrina lagi..

“kenapa Shaz tak beritahu mama dan papa? Shaz nak lindung lagi ke jantan macam tu?”tuduh puan Rogayah dengan wajah yang sudah tegang. dia marahkan anaknya yang merahsiakan perkara ini darinya dan dia juga bengang dengan Aliff yang sanggup permainkan anak gadisnya.

“benda dah lepas mama... kalau Shaz cakap pon tak ada apa yang berubah.” Dalih Shazrina tenang. Sememangnya dia menyembunyikan hal ini kerana masih mahu melindungi maruah Aliff. Baginya Aliff memang bersalah tapi bukan seratus peratus. Lagi pon, dia malas mahu mengungkit semua ini. apa yang dia dapat? dosa mengumpat campur sakit hati.. perasaan malu tak hilang jugak.

“tak kisahlah benda dah lepas ke apa ke... tapi mama dan papa kena tahu jugak pasal apa jantan tu tak datang masa majlis bertunang kamu berdua.. kenapa dia tak datang hari tu?” tegas puan Rogayah lagi. matanya menyorot kearah Shazrina yang mengubah kedudukan supaya lebih selesa. Cerita yang terpapar pada dada televisyen langsung tidak menarik perhatian dua beranak ini.

“dah la mama... kita tak payah cakap pasal ni.” pujuk Shazrina. Dia cukup malas dan tidak berminat untuk mengulas kejadian yang berlaku hampir sebulan yang lepas. Biarlah semua tu jadi pengajaran untuknya.. lagi pon apa yang diorang boleh buat? Mahu pergi menyerang Aliff sekeluarga? Lagi menambah malu ada la kalau buat macam tu.

“Shaz dah kenapa asyik nak defend Aliff tu? Aliff tu dah malukan kita, dia dah hancurkan hati Shaz... kenapa Shaz masih nak memihak pada dia?” keras suara puan Rogayah yang tidak puas hati dengan jawapan dari anaknya yang seolah-olah tidak mengambil serius dengan masalah mereka.

“habis tu mama nak Shaz buat apa? Pergi serang dia? upah orang suruh bunuh atau belasah dia pasal dah malukan kita? Atau pergi buat report polis? Kalau kita bincang perkara ni sampai ke tahun depan pon semuanya tak akan berubah mama..semua tu tak akan kembali kepada keadaan asalnya.” Jelas Shazrina demi menegakkan pendapatnya. Puan Rogayah merengus kasar mendengar jawapan dari anaknya.

“mama tak adalah suruh buat semua tu tetapi Shaz kenalah cakap kat mama tentang semua ni.. Shaz anak mama dan mama tak suka kalau ada orang yang senang-senang nak main-mainkan anak mama... sebagai ibu, mama perlu tahu juga apa yang berlaku terhadap diri Shaz..lagi pon, perkara ni bukan Shaz sahaja yang terlibat, mama dan papa juga turut sama terkena dengan perangai tak semenggah Aliff tu.”

“Shaz malaslah nak fikir semua ni mama.. lagi pon semua ni berlaku pasal ada salah faham antara Aliff dan Shaz.. anggap je la Shaz dengan dia tak ada jodoh.. nak buat macam mana...”

“kot ye pon salah faham takkan sampai nak malukan kita sekeluarga... mama tak kisahla kalau Shaz nak back up ke apa ke Aliff tu.. yang mama tahu lepas ni jangan harap mama akan terima Aliff jadi menantu mama... orang lelaki macam tu memang tak layak nak jadi suami. Jadi Shaz jangan pandai-pandai nak terima dia balik kalau dia datang merayu.. ingat tu!” arah puan Rogayah.. Shazrina mengangguk kepalanya tanda faham dengan arahan mamanya. Kalau tak disuruh pon memang itu yang akan dibuat.. siapa nak lelaki macam tu.. belum apa-apa dah jatuhkan hukuman sesuka hati dia je.. nasib baik mereka belum berkahwin.. kalau tak dah dapat status J agaknya aku nih.

Last edited by misssakura on 18-1-2013 10:03 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 10:03 AM | Show all posts
Shazrina meletakkan beberapa buah buku yang dibawa di kerusi belakang keretanya... jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Ramai pelajar sudah pun mula beredar pulang melainkan pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar.Masing-masing mula menelaah dengan bersungguh-sungguh meski pon semester pertama sekolah baru sahaja bermula.

“assalamualaikum....”tegur satu suara garau dibelakang Shazrina yang sedang membetulkan barang-barang yang ada di dalam keretanya. Salam yang diberi tidak dijawab oleh Shazrina. Dia sudah mengagak siapa yang menegurnya kini. Aliff! Lelaki ini memang menyakitkan hati. Entah apa lagi yang lelaki inginkan darinya. Belum puas ke setelah dia berjaya membalas dendam? Apa lagi yang dia inginkan sekarang?

“awak...tolong beri saya peluang terangkan keadaan yang sebenar... saya...” Aliff cuba menerangkan sebab yang menjadi pemangkin kepada semangatnya untuk membalas dendam namun tidak jadi apabila melihat Shazrina bergegas mahu meninggalkannya.

“Shazrina tolong dengar dulu......” minta Aliff lagi sambil menarik perlahan lengan Shazrina yang dibaluti baju kurung demi menghentikan langkah gadis itu .Shazrina menarik kasar lengannya.

“jangan nak sentuh aku!” tinggi suara Shazrina memecah kesunyian kawasan pakir kereta yang terdapat dihalaman sekolahnya. Matanya mencerlung kearah Aliff yang kini berada dihadapan. Sesuka hati sahaja Aliff nak menyentuhnya.. apa Aliff tak kenal lagi perangainya selama ini?

“okey..okey.. saya minta maaf. Tapi tolonglah dengar dulu penjelasan saya.”

“tak ada apa-apa yang aku nak dengar... kau pergi sekarang!” arah Shazrina garang. Turun naik nafasnya menahan rasa yang kian membakar didalam jiwa.

“Shaz...please.. jangan macam ni. beri saya satu je lagi peluang.. saya akan terangkan semuanya. Saya tahu semua ni silap saya.. saya mint....”

“aku kata aku tak dengar... kau faham tak?” jerkah Shazrina kuat. Melengking suaranya dikawasan letak kereta itu. Nasib baik kebanyakan pelajar dan guru sudah pulang, kalau tak pasti situasi yang memalukan antaranya dan Aliff menjadi perhatian.

“saya minta maaf Shaz....... saya..” belum habis lagi luahan rasa Aliff, Shazrina terlebih dahulu menolak lelaki itu sehingga terkebelakang beberapa langkah..dengan peluang itu Shazrina cepat-cepat memboloskan diri kedalam kereta lalu meninggalkan Aliff. Aliff mengejar kereta Shazrina yang mula menghilang dari pandangan matanya namun akhirnya mengalah apabila kereta itu lesap sepenuhnya. Satu keluhan lemah terpancul dari mulut Aliff. Untuk kali ke berapa dia menyalahkan diri atas sikapnya yang terlalu bodoh selama ini. rasa menyesal kembali terpalit menguasai perasaannya.

Last edited by misssakura on 18-1-2013 10:07 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2013 10:07 AM | Show all posts
Farah mempercepatkan langkah apabila kelibat kereta Myvi bewarna putih mula berhenti didepan pintu pagar. Kelihatan Shazrina keluar untuk membuka pintu pagar rumahnya.

“Shaz....”panggil Farah setelah tiba disebelah Shazrina. Shazrina terperanjat besar apabila melihat kehadiran Farah dihadapannya kini. Dilihat gadis itu dengan pandangan yang pelik namun perasaan sakit hati mula tumbuh di ruang hatinya. Kalau tadi kemunculan Aliff disekolah buat Shazrina rimas kini hadir pula Farah yang menyesakkan pandangan mata didepan rumahnya.

“kau ape hal kat sini?” soal Shazrina kasar. Ditayang mimik muka bosan dan benci kepada Farah supaya gadis itu tahu bertapa dia meluat dengan kehadirannya.

“aku datang nak minta maaf  dengan apa yang aku dah lakukan kat kau dah Aliff. Aku tahu aku salah, aku dah sedar yang aku banyak buat silap terhadap kau.. aku minta maaf yer Shaz.” Mohon Farah dengan hati yang paling ikhlas. Ditatap lama wajah Shazrina untuk membuktikan keikhlasan hatinya yang tidak berbelah bagi. Shazrina tersenyum sinis dengan ucapan Farah..

“kau datang minta maaf Farah? Kau dah kenapa? Bila Aliff dah buang kau baru kau datang nak minta maaf? Atau Aliff yang suruh kau buat macam ni untuk dapatkan kemaafan dari dia?” tempelak Shazrina dengan senyuman terjungkit dibibirnya. Dia sudah tidak percayakan Farah lagi. entah apa yang Farah rencanakan saat ini.. Farah cepat-cepat menggeleng kepalanya menandakan segala telahan Shazrina adalah salah sama sekali. Dicapai tangan Shazrina untuk membuktikan dirinya serius dengan kata-kata yang diluahkan.

“bukan macam tu Shaz... aku datang hari ini sebab aku memang sedar aku ada buat salah terhadap kau.. aku dah buat fitnah macam-macam tentang kau depan Aliff. Kerana aku, kau dan Aliff berpisah. Kerana aku, kau dan keluarga dimalukan. aku betul-betul minta maaf Shaz. Aku sedar aku silap.. tolong beri aku peluang kedua.” Minta Farah lagi dengan air mata yang berjuraian dipipi. Tangan Shazrina dipegang kemas supaya gadis itu dapat merasa kebenaran dalam bicaranya. Shazrina menarik tangannya dari genggaman Farah lalu menarik nafas panjang.

“kali ini apa lagi agenda kau Farah? Apa lagi kau nak buat kalau aku maafkan kau? Kau nak rosakkan sekali lagi persahabatan kita lepas ni? macam tu?” sindir Shazrina. Sedaya upaya dia menguatkan diri untuk tidak terlalu mudah termakan dengan pujukan dan air mata Farah. Ahhh, perempuan seperti Farah memang pakar dalam bab-bab berdrama. Kalau tak masakan mama, papa dan Aliff mudah terpedaya dengannya suatu ketika dahulu!

“Shaz...percayalah cakap aku untuk kali ni... aku betul-betul...”

“stop it Farah.. aku tak nak dan tak ada masa nak dengar kau membebel.. baik kau berambus sekarang!” tengking Shazrina yang mula hilang sabar untuk melayan karenah Farah. Kecut perut Farah melihat wajah bengis Shazrina seperti singa lapar.

“Shaz.....”

“aku kata pergi sekarang.. kau faham tak?” potong Shazrina geram. Ditolak kasar badan Farah supaya wanita itu tidak menghalang laluannya. Dia pantas masuk ke dalam kereta dan memandu masuk ke garaj rumahnya. Farah terduduk lemah dihadapan rumah bungalow milik Shazrina dan keluarganya. Menangis teresak-esak apabila keinginannya untuk berdamai dengan Shazrina tidak tercapai. Farah tahu semua yang berlaku adalah kerana silapnya dan dia faham sekiranya Shazrina begitu benci dirinya.

Last edited by misssakura on 18-1-2013 10:11 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 10:12 AM | Show all posts
Shazrina menghempas kasar punggungnya diatas katil. Pelbagai perasaan meluap-luap disudut hatinya membuatkan kolam matanya mula dipenuhi mutiara hangat. Entah apa yang dikehendaki Aliff dan Farah yang tiba-tiba sahaja muncul untuk meminta maaf.. bukankah mereka sepatutnya gembira setelah berjaya melumatkan perasaannya? Shazrina menunduk wajah sambil menekup mukanya dengan tangan. Air mata mula mengalir tidak berhenti-henti.

‘ya Allah aku teramat penat untuk melayan permainan Aliff dan Farah.. apa lagi mereka mahukan dari aku? tak cukup lagi ke mereka seksa perasaan aku? aku tak kuat untuk hadapi semua ini. aku hanya manusia biasa.. aku bukanlah manusia yang tiada perasaan marah mahu sakit hati.. apa mereka ingat aku tunggul? Selepas mereka hancur luluhkan hati aku boleh pula mereka datang mendapatkan kemaafan? Apa ingat aku anak patung? Sesenang hati dilayan sebegitu? Aku sayangkan mereka berdua tetapi mereka dah hancurkan perasaan aku... mereka dah musnahkan harapan aku.. mana mungkin aku percayai kata-kata mereka yang belum tentu benar tu... Ya Allah kau bantulah aku.. pimpinlah aku ke jalan yang benar lagi lurus. Lindungilah aku agar aku tidak mudah dipedayakan lagi dengan manusia-manusia berhati kejam...’

Last edited by misssakura on 18-1-2013 10:13 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2013 10:16 AM | Show all posts
sellie003 posted on 18-1-2013 09:55 AM
Ada ke miss...? agk2 perang besar tak..? tp kalu demi nk dpatkn semula cinta shaz...alif perlu ber ...

idea tu mmg dh ade cume x terkarang je lagi... asal nk buat part tu je hilang mood..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 10:32 AM | Show all posts
misssakura posted on 18-1-2013 10:16 AM
idea tu mmg dh ade cume x terkarang je lagi... asal nk buat part tu je hilang mood..{:lim ...

Takpe miss...jgn stress...miss ada layn drama Setia hujung nyawa x?...akak moyan jemaah kat tret tuh...mmg akak tgh kering idea nak sambung...akak kalu muleh tak nak ler citer akak tuh lemau & boring jek...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 10:37 AM | Show all posts
sellie003 posted on 18-1-2013 10:32 AM
Takpe miss...jgn stress...miss ada layn drama Setia hujung nyawa x?...akak moyan jemaah kat tret t ...

x tengok pon citer tuh... best ke? sakura pulak suka jd sr je kt bod gossip tuh.. novel ni kan makin nak siap makin malas nak sambung... akaknye citer pnjg lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 10:47 AM | Show all posts
misssakura posted on 18-1-2013 10:37 AM
x tengok pon citer tuh... best ke? sakura pulak suka jd sr je kt bod gossip tuh.. novel ni kan mak ...

Best sgt...sbb karekter, dialog & citer yg wat best...

Gossip akak tak suka lepak...ikutkn...akak nak diorg sampai nikah...tp...susah camna nak bg penamat...lgpun akak ada nak karg pasal passy nak pi jumpa kakak dia kat cape town...huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 10:48 AM | Show all posts
pabila hati sudah disakiti, hati yg disakiti menjadi hati sekering2nya
akal juga x mampu nak mencernakan apa yg patut dilakukan dengan sewajarnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 10:50 AM | Show all posts
sellie003 posted on 18-1-2013 10:47 AM
Best sgt...sbb karekter, dialog & citer yg wat best...

Gossip akak tak suka lepak...ikutkn...ak ...

hmm kayuh pelan2 la... mcm pnjang lg je citer tu.. tp x pe sakura akn selalu tunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 10:51 AM | Show all posts
fatehana posted on 18-1-2013 10:48 AM
pabila hati sudah disakiti, hati yg disakiti menjadi hati sekering2nya
akal juga x mampu nak mencer ...

haa??
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 10:55 AM | Show all posts
misssakura posted on 18-1-2013 10:51 AM
haa??

mohtipppp tergezut gitu
sebenarnya akak cuba nak menggambarkan rasa hati shaz ajelah
dans ebenarnya nak tambah lg cuma xde idea, tgh banyak kijer nie tp gatal nak baca gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2013 11:00 AM | Show all posts
fatehana posted on 18-1-2013 10:55 AM
mohtipppp tergezut gitu
sebenarnya akak cuba nak menggambarkan rasa hati shaz ajelah
...

la ye ke... dh berbunga2 sangt... tak paham di buatnya... citer ni pon sbnrnya dh nampak penghujung... kalo sakura rajin insyaallah bleh setel minggu dpn or minggu dpn satu lagi... diulang kalo rajin
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:03 AM | Show all posts
misssakura posted on 18-1-2013 11:00 AM
la ye ke... dh berbunga2 sangt... tak paham di buatnya... citer ni pon sbnrnya dh nampak peng ...

banyaklah berbunga2, cam perli akak lak

jgnlah kalau berkalau sakura, dah nak abis kan maka kenalah rerajin
diulangi extraaaaaaaaaaaaaa rajinnnnnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 11:09 AM | Show all posts
fatehana posted on 18-1-2013 11:03 AM
banyaklah berbunga2, cam perli akak lak

jgnlah kalau berkalau sakura, dah nak abis kan  ...

mne ade perli...
x larat la nk berextra rajin.. asal nk karang je ilang mood, asal n karang je ade pengacau, asal nk karang je ngadap porem.. last2 x terkarang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:42 AM | Show all posts
misssakura posted on 18-1-2013 11:09 AM
mne ade perli...
x larat la nk berextra rajin.. asal nk karang je ilang mood, asal ...

hamboiiiiii banyaknya asal tue ek

serulah mahMOOD tue dtg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.415449 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list