CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 20-11-2012 10:43 AM | Show all posts
Shazrina membuat pengiraan satu persatu bagi latihan matematik tambahan... subjek yang boleh dikatakan paling sukar untuk mencuri markah.. Farah sahabat baiknya itu telah pulang ke rumah memandangkan ada hal yang tidak boleh dielakkan. Suasana tengahari di perpustakaan agak suram. Tidak ramai pelajar yang datang menyinggah untuk membaca buku mahu pon meminjam buku. Hanya dia dan beberapa kerat pelajar yang bakal menempuh peperiksaan besar seperti SPM dan PMR sahaja mengisi ruang di perpustakaan. Kalau di ikutkan, perpustakaan biasanya akan tutup pada jam 2 petang, tapi bagi memberi ruang kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan, pihak sekolah telah bersetuju untuk melanjutkan masa operasi perputakaan iaitu sehingga 5 petang.

“assalamualaikum..”sapa suatu suara yang sudah lali pada pendengaran Shazrina. Matanya langsung tidak memandang kepada pemberi salam. Dia meneruskan latihan yang dibuat meski pon hatinya cukup terganggu dengan kehadiran lelaki tersebut. Aliff melabuhkan punggung dihadapan Shazrina tanpa dijemput. Buku latihan sejarah diletakkan diatas meja tersebut... memang tujuan asalnya datang ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran, namun tidak sangka dia bertemu dengan sahabat barunya disitu.

“jawab salam tu wajib.” Tegur Aliff selamba... buku latihan yang dibawa dibuka...bersedia untuk memerahkan otaknya untuk membuat segala latihan yang ada.

“waalaikumussalam...”jawab Shazrina keras... tanda dia sedang protes kehadiran Aliff dihadapannya.

“banyak-banyak tempat kosong kat library ni, kat depan saya jugak awak nak singgah yer!” sela Shazrina geram namun matanya masih pada buku latihan didepan. Tak hingin dia melakukan eye contact dengan Aliff... mahunya bernanah mata aku kalo tenung lama-lama makhluk ini!

“apa salahnya kannn... bukan harta kepunyaan awak pon meja ni.” sinis Aliff berkata. Hati Shazrina menggelegak... tak aman agaknya hidup Aliff kalau tak mencari pasal dengannya... apalah muslihat Aliff bersahabat dengannya kalau beginilah cara jejaka ini bercakap dengannya.

“meja kat sebelah saya ni pon bukan harta saya... kenapa tak duduk kat situ jer?”perli Shazrina... mukanya kini sudah diangkat... mula memandang wajah Aliff yang tidak tahu malu!

“sebab meja kat sini ada awak! Alang-alang awak dah ada depan mata saya, boleh tak awak ajar saya sejarah... awak kan best student sekolah ni.” Minta Aliff dengan senyuman manis. Apa salahnya meminta pertolongan dari yang pakar.. apa gunanya berkawan dengan orang yang pandai tapi tidak dimanfaat seeloknya.

“saya tak pandai... pergi belajar dengan orang lain.” Shazrina membalas malas... tak kuasa dia mahu berkongsi ilmu dengan Aliff... nanti Aliff lebih pandai darinya. No thank okey!

“jangan jadi manusia yang kedekut ilmu... tak luak pon kalau berkongsi...”

“apa pulak kedekut... saya memang tak pandai okey..” dalih Shazrina. Diteruskan latihan pengukuhan yang tertangguh dek gangguan dari Aliff.

“awak pelajar terbaik kat sekolah ni dan keputusan awak dalam subjek sejarah selalunya 90 markah dan keatas... tapi, awak masih kata awak tak pandai....gila merendah diri awak ni...” sela Aliff sinis. Shazrina yang selama ini bongkak dah menjadi manusia yang rendah diri?? dalam mimpilah. Aliff bermonolog sendiri. Shazrina sedar Aliff sekadar memerlinya bukan memuji.

“eh suka hati saya lah... awak boleh pergi tanya orang lain... ramai lagi orang yang pandai subjek sejarah yang boleh ajar awak . contohnya Farah... awak boleh tanya dia tetapi yang pasti bukan dengan saya!” Shazrina membalas tegas.. ah peduli apa lelaki ini akan berfikir negatif tentang dirinya. Memang dia begitu... tak perlu bermuka-muka terutamanya dengan orang macam Aliff.

“awak ni kan harap muka aje cantik... tapi perangai memang OUT.” komen Aliff tanpa perasan. Sengaja ditekankan perkataan OUT untuk menyakitkan hati gadis didepannya. Shazrina menjengil kan matanya yang bundar mendengar komen dari Aliff..

“ewah-ewah mengata orang tak ingat dunia yer... habis tu awak rasa awak tu baik sangat la... kurang-kurang saya ada jugak kelebihan... cantik dan pandai... awak apa ada? Dah la tak hensem, bodoh, jahat.. miskin pulak tu.” Tinggi suara Shazrina. Badannya seketika tadi duduk kini sudah berdiri tegak dihadapan Aliff... pinggangnya yang ramping dicekak... memandang Aliff dengan wajah yang garang! Sapa tak sakit hati mendengar komen yang tak enak dari orang yang tidak disukai.

“shuhhhhhhhhhhh.................” serentak beberapa orang pelajar membuat isyarat tangan ke bibir ke arah Aliff dan Shazrina. tak kurang ada yang memandang jelik ke arah mereka berdua. Terganggu dengan pergaduhan kecil Aliff dan Shazrina.. Shazrina termalu sekejap. Dipandang semula wajah Aliff dengan mata yang bulat.

“ni semua pasal awak laa... sengal!” keras suara Shazrina memarahi Aliff sambil mengemas barang-barangnya. Dia bergegas meninggalkan Aliff... mukanya tebal berpuluh-puluh inci apabila dimarahi penghuni perpustakaan yang lain...
Last edited by misssakura on 20-11-2012 10:51 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2012 10:51 AM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 09:25 AM
Miss...mana sambungan? tak sabo nak tahu janji shazrina pd aliff....

dah sambung tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 10:54 AM | Show all posts
fatehana posted on 20-11-2012 09:07 AM
betul tue dan dah terbayang apa yg akan berlaku dan sebenarnya x sanggup nak tahu apa yg bakal ber ...

ye betul tu...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 11:24 AM | Show all posts
misssakura posted on 20-11-2012 10:54 AM
ye betul tu...heheh

bongkak sungguh shazrina
ini ibarat dia meludah dan terkena balik ke muka dia
rasa sayu sgt cara shazrina maki aliff dan rasa nak menitis air mata tatkala aliff nak khabarkan berita gembira buat ibu tersayang
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 11:38 AM | Show all posts
misssakura posted on 20-11-2012 10:51 AM
dah sambung tu

THANKS....LG SAMBUNGAN....HUHU...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 04:05 PM | Show all posts
bestnyer miss sakura..nak lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2012 05:17 PM | Show all posts
misssakura posted on 18-11-2012 07:19 AM
hi rina

Hi miss
tak de entry baru ke



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 05:59 PM | Show all posts
sotong.udang posted on 20-11-2012 04:05 PM
bestnyer miss sakura..nak lagi

hehehe... sabar na
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2012 06:13 PM | Show all posts
“bodoh punya Aliff... saje jer memalukan aku kat library tadi.” Bebel Shazrina geram..batu yang ada dijalan raya disepak kuat. Membayangkan batu-batu tersebut adalah Aliff.. tak memasal segala rancangan pelajarannya hari ini tertunda...merosakkan jadual belajarnya sahaja.

“Aliff tu memang laa... suka menyusahkan orang.. kalau la aku ada kuasa mahu jer aku sumpah dia jadi katak... biar padan muka dia yang tak berapa nak hensem tu...sedap-sedap je mulut dia kutuk aku.. apa dia ingat dia tu bagus sangat??Bangang punya Aliff...” dengus Shazrina.. perjalanannya untuk pulang ke rumah terasa jauh sekali.. rumahnya hanya beberapa ratus meter sahaja dari sekolah..memang dia ke sekolah berjalan kaki selama ini.

“mulai hari ni aku kena pastikan yang aku tak akan terserempak mahu pon terjumpa mamat sengal tu... memang malang nasib aku setiap kali jumpa dengan dia...” tokok Shazrina lagi... dah macam orang gila pon ada bercakap sorang-sorang macam tu.

“arrrggggghh..”jerit Shazrina lantang... sakit sungguh kakinya. Macam mana lah dia boleh tersadung dengan batang pokok yang tersidai dijalan raya. Shazrina bangun perlahan-lahan... walaupun sakit cuba ditahan... ni semua pasal Aliff la...kalau aku tak berangan pasal mamat tu, tak adanya aku jatuh tergolek macam ni! Tambah Shazrina lagi... kakinya yang terasa sakit diangkat perlahan-lahan..cuba menahan rasa sakit yang tidak terhingga.

Last edited by misssakura on 20-11-2012 06:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 06:20 PM | Show all posts
Shazrina berjalan perlahan menuju ke arah kantin... meski pon kakinya sakit tapi tidak menghalang dia mencari makanan... perutnya kebuluran dengan alasan dia tidak sempat bersarapan dirumah padi tadi. Farah seperti biasa tidak berminat ke kantin kerana suasana yang bingit, ramai pelajar yang berebut untuk mendapatkan makanan dan suasana yang kurang bersih... sebenarnya itu juga yang di rasa oleh Shazrina namun memandangkan perutnya terlalu lapar, dia terpaksa merendahkan egonya untuk ke kantin... lagi pon, keadaan kantin bukanlah teruk sangat.

“hai awak... kenapa dengan kaki tu..” tegur Aliff.. sempat dia memandang kearah kaki Shazrina yang berselipar sahaja.. ternampak balutan kemas pada kaki itu.

“sibuk je nak tahu!” Shazrina mencebik... benci betul melihat wajah Aliff yang tidak tahu malu. Pasal engkau la kaki aku macam ni!

“kitakan kawan... apa salahnya saya ambil tahu pasal awak..” ujar Aliff lembut sambil tersenyum ramah. Meluat Shazrina melihat senyuman jejaka itu... tapi hensem!

“kalau kawan kena beritahu semua perkara ke? Tak payah nak sibuk la...”

“amboi...garangnya best student kita nih... jangan garang sangat nanti muka awak tu cepat tua..” usik Aliff. Shazrina menjeling tajam Aliff yang berjalan seiringan dengannya... Shazrina merengus kasar.

“hmmm...awak tunggu kat sini.. saya pergi belikan makanan... awak nak apa?”

“saya boleh pergi beli sendiri... tak payah nak berlagak baik sangat la...” tolak Shazrina meski pon jauh dari sudut hatinya sangat ingin menerima tawaran dariAliff... tetapi mengenangkan maruahnya yang bakal tercalar apabila menerima pertolongan dari Aliff, baiklah ditolak saja pelawaan itu.

“awak ni... orang nak tolong kata berlagak baik pulak... saya serius ni... awak nak apa... biar saya pergi beli...” soal Aliff lagi... cuba bertahan dengan karenah Shazrina.

“saya pon serius... saya boleh pergi beli sendiri... sekian terima kasih.” Tegas Shazrina sambil melajukan kakinya menuju ke barisan pelajar untuk membeli makanan...

“degil!”sempat lagi telinga Shazrina menangkap kata-kata kejian yang keluar dari mulut Aliff sebelum lelaki itu meninggalnya untuk masuk ke barisan pelajar lelaki.

Last edited by misssakura on 20-11-2012 06:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 09:01 PM | Show all posts
aduhai bongkak + sombong sungguh si shazrina nie

sakuraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sambung lg taw
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 08:05 AM | Show all posts
Makaih garang benor shazrina...dari benci2 sgt kang x memasal suka, suka sgt nnt.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 10:41 AM | Show all posts
fatehana posted on 20-11-2012 09:01 PM
aduhai bongkak + sombong sungguh si shazrina nie

sakuraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

hehe... nk sambung dh ni.. meh kite tngok sejuah mne shazrina nak menyombong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 10:42 AM | Show all posts
sellie003 posted on 21-11-2012 08:05 AM
Makaih garang benor shazrina...dari benci2 sgt kang x memasal suka, suka sgt nnt.....

itu la pasal... patut besederhana dlm sume hal kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 10:43 AM | Show all posts
“aaaaaaaaaaa.....” jerit Shazrina sambil menundukkan badannya. Kakinya yang berbalut dipegang kuat.cuba melegakan rasa sakit yang menyengat... sakitnya hanya Allah je yang tahu... tak guna betul pelajar dihadapannya... tak tahu ke kaki aku sakit?Boleh pulak main pijak jer! Marah hati Shazrina meski pon dia sedar pelajar perempuan itu tidak sengaja...

“maafkan saya...maafkan saya....” minta pelajar tersebut bersungguh-sungguh... dia secara tidak sengaja terpijak kaki Shazrina apabila orang dihadapannya mengundur ke belakang...

“sakitlah...tahu tak..” marah Shazrina berapi-api..dia mencerlung kearah pelajar perempuan tersebut. pelajar perempuan itu tertunduk apabila dimarahi Shazrina. Hatinya terasa takut lagi-lagi yang memarahinya adalah pelajar senior.

“saya minta maaf... saya tak perasan kaki akak kat belakang...” ucap pelajar itu lagi.. pelajar wanita itu mula teresak-esak... takut dan sebak apabila dimarahi dikhalayak ramai sedangkan kesilapan itu bukanlah disengajakan.

“dah...dah.. tak payah menangis......” suara Shazrina mula mengendur. Terasa bersalah pula memarahi pelajar tersebut sampai gadis itu menangis... padahal bukan silap gadis itu pon..

“saya minta maaf sekali lagi yer kak...” tambah pelajar itu lagi sambil menyapu beberapa mutiara yang masih galak mengalir dari kelopak matanya. Beberapa mata yang melihat adegan itu menggeleng-gelengkan kepala... bukan mereka tidak kenal Shazrina, pelajar pintar tetapi mempunyai sikap yang menjelikkan.. mereka tumpang simpati kepada pelajar tingkatan 3 itu.

“tu la... saya dah cakap biar saya belikan makanan... tapi awak degil... tengok apa dah jadi!” bebel satu suara yang tiba-tiba menjengah perbualan antara Shazrina dan Wanie.. Shazrina mengeluh kecil mendengar bebelan dari Aliff... dia cuba bangun walaupun kakinya terasa amat perit... Wanie membantu Shazrina bangun. Bebelan dari Aliff diabaikan!

“tak pe... saya boleh jalan sendiri... tak tempang pon lagi kaki saya ni...” tolak Shazrina kasar... Wanie serba salah apabila Shazrina menolak pertolongan ikhlas yang diberi. Aliff menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap Shazrina yang degil..

“awak tunggu kat sana... saya belikan makanan sekejap...” arah Aliff setelah melihat Shazrina mula beredar meninggalkan barisan. Shazrina yang ingin membangkang tidak jadi menolak apabila Aliff sudah meninggalkannya dan kembali beratur dalam barisan pelajar lelaki.

Last edited by misssakura on 21-11-2012 10:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 10:47 AM | Show all posts
“nah..” Aliff menghulurkan sepinggan nasi lemak dan secawan air sirap kepada Shazrina yang termenung melihat gelagat pelajar-pelajar dikantin sekolah... suasana dikantin semakin surut... mungkin ramai yang sudah selesai menjamu selera.

“saya tak suruh pon awak beli..........” balas Shazrina. Masih lagi berkeras.

“habis tu buat apa awak tunggu saya kat sini kalau bukan kerana awak tunggu makanan yang saya beli?” soal Aliff... kesabarannya mula menipis melihat perangai Shazrina yang keras kepala... Shazrina terdiam... aku tunggu pasal kau suruh tunggu la bodoh.... karang kau tercari-cari pulak aku... namun itu semua didalam hati... tak terluah dibibir mungil Shazrina.

“berapa ringgit?” soal Shazrina ringkas... malas menyambung gaduh dengan Aliff... lagi pon masa rehat hanya tinggal 10 minit sahaja lagi...  beg duit dikeluarkan dari kocek baju sekolahnya.

“tak payah la... saya belanja.” Balas Aliff senang.. Shazrina nampaknya mula berlembut hati dengannya.

“tak payah nak mengada! Awak tu bukan banyak duit pon nak belanja saya..” marah Shazrina. Kalau kaya tak apa jugak... ni miskin nak mampus ada hati nak belanja aku makan...

“cukup lagi duit nak belanja awak makan nasi lemak.... dah kita makan sekarang.. kejap lagi loceng berbunyi...” arah Aliff sambil memulakan santapannya. Dia mahu menghentikan isu belanja dengan segera... Shazrina merengus kasar... geram betul dengan Aliff yang suka melawan setiap kata-katanya. Dia turut sama menikmati hidangan nasi lemak memandangkan perutnya yang terlampau kebulur mintak diisi.

Last edited by misssakura on 21-11-2012 10:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 10:51 AM | Show all posts
hohoho satu sekolah dah tahu perangai shazrina walau pandai tp sungguh menjelikkan

aliff mmg kena banyak bersabar dan ana x sabar nak tunggu mcm mana diaorg terpisah seblm berjumpa semula dan apa yg menyuntik semangat aliff, alah susah2 cepatlah wat novel then cetak, debaran tue xdelah sgt
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 10:53 AM | Show all posts
misssakura posted on 21-11-2012 10:43 AM
“aaaaaaaaaaa.....” jerit Shazrina sambil menundukkan badannya. Kakinya yang berbalut dipegang kuat ...

Sebenarnya ego plus malu lah tuh...itulah dianya balsn org yg x terima kebaikan org lain... sendiri cari penyakit...

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:06 AM | Show all posts
Nak speku muleh...kiranya aliff nih sabo aje melayn kerenah bukan2 shazrina..maklumlah cinta mati...ahaks...pastu mungkin terpisah sbb masalh keluarga & shazrina terputus hubgn ngan aliff tanpa kabar brita...kiranya lost contact 4 ever...mungkin dr musibh keluarga tuh shazrina berubh jd baik...takda marah2, baran2...dan penampilan pun lebih muslimh...

Memadai aje aku karg cter miss sesedp rasa manis ciku...ahaks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 11:50 AM | Show all posts
fatehana posted on 21-11-2012 10:51 AM
hohoho satu sekolah dah tahu perangai shazrina walau pandai tp sungguh menjelikkan

aliff  ...

banyak2 bersabar ye... sakura pon still tngh karang plot2 citer... idea nak menulis tu ada cme nak kembangkan tu problem sikit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.762079 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list