CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 23-11-2012 10:11 AM | Show all posts
fatehana posted on 23-11-2012 09:43 AM
farah dah tangkap cinta dgn aliff
dan shazrina pulak keliru dgn perasaan dia sendir ...

x lme lg ade la yg meroyan pasal frust tu... heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2012 10:12 AM | Show all posts
Shazrina bergolek-golek di atas katil... moodnya untuk belajar hilang entah ke mana... sejak dia balik dari sekolah hingga lah sekarang langsung tiada aktiviti berfaedah dilakukan... hanya berpusing-pusing diatas katil sahaja... bila mahu melelapkan mata, matanya seolah-olah keras. Tidak boleh tidur!

Setiap kali menutup mata dia terbayangkan kemesraan Farah dan Aliff.  Telinganya seolah-olah terdengar bisikan mesra dan gelak tawa dua sahabat itu. bukan sekali dia melihat Farah dan Aliff bersama-sama dengan alasan belajar tetapi sudah kerap kali... hatinya tak senang melihat semua itu.. tapi kenapa? Bukankah dia sudah berjanji untuk tidak masuk campur urusan Farah dan Aliff...

ahhh susahlah macam ni... hatinya ada rasa marah bila melihat adegan mesra Aliff dan Farah.. dia tidak pasti kenapa perlu merasa marah sedangkan Farah sendiri mengakui Aliff itu temannya sahaja... cemburukah dia? tapi pada siapa? Aliff? Macam tak logic pulak...bukankah aku benci terhadap lelaki itu... Farah? Takkanlah aku ni lesbian pulak! Tapi kenapa aku tak suka tengok mereka rapat?? Susah lah macam ni... tak ada ke mana-mana buku boleh terangkan masalah aku ni! Hati Shazrina terjerit sendiri... Last edited by misssakura on 23-11-2012 10:14 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 10:14 AM | Show all posts
misssakura posted on 23-11-2012 10:11 AM
x lme lg ade la yg meroyan pasal frust tu... heheh

apa yg ana nampak aura cemburu telah kuar dr badan si shazrina
x sabar nak tgk sapa yg akan meroyan nnt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 10:15 AM | Show all posts

“Shazrina..........”panggil cikgu Fatimah.. cikgu sejarah kelasnya.

“ye cikgu?” balas Shazrina yang baru berura-ura untuk meninggalkan bilik guru..urusannya dibilik guru sudah pon selesai.

“tolong panggilkan Aliff kelas 5 perdagangan sekejap.... suruh dia datang jumpa cikgu kat bilik guru...” minta cikgu Fatimah lembut. dipandang wajah pelajarnya. Shazrina sedikit tersentak dengan permintaan guru sejarah itu... kenapa mesti aku? Tak ada orang lain ke nak suruh... bebel hati Shazrina geram namun tak terluah... nak mampus cakap macam tu kat cikgu!

“boleh tak Shazrina? Kalau tak boleh tak apalah...” ujar cikgu Fatimah lagi. Shazrina mengeluh kecil.

“boleh cikgu.. sekarang ke?” Tanya Shazrina perlahan.. walaupun hatinya separuh rela namun permintaan guru itu tetap cuba di penuhi... nanti apa pula kata cikgu sejarahnya itu.

“yup...sekarang.. terima kasih yer Shazrina.” Ucap cikgu Fatimah dengan senyuman manis.. fuh... tak perlu aku pergi jalan jauh-jauh untuk mendapatkan pelajar aku tu... desis hati cikgu Fatimah gembira. Shazrina bergegas pergi ke kelas 5 Perdagangan. Mahu bertemu Aliff dan memberitahu pesanan cikgu Fatimah sebentar tadi. Shazrina meninjau-ninjau kelas 5 Perdagangan.. tiada guru.. hmmm bagus la.. tak perlulah aku formal sangat... Shazrina terus ke belakang kelas setelah dia mula nampak kelibat Aliff yang sibuk menelaah pelajaran...

“Aliff....” panggil Shazrina dengan nada tiada perasaan... Aliff mengerutkan kepalanya apabila melihat Shazrina kini terpacak disebelahnya. Apa mimpi perempuan ni tiba-tiba datang cari aku? Tapi, Aliff gembira melihat wajah Shazrina walaupun gadis itu langsung tidak menghadiahkan sebarang senyuman kepadanya.

“yer...kenapa?” soal Aliff lembut. dia tidak mampu menghalang mulutnya menggariskan senyuman kepada Shazrina.. mungkin terlampau gembira apabila melihat kemunculan gadis ini secara tiba-tiba dihadapannya.

“cikgu Fatimah panggil awak... dia suruh awak pergi jumpa dia sekarang kat bilik guru...” jawab Shazrina... mereka berpandangan seketika... Shazrina dapat merasakan sesuatu didalam hatinya apabila matanya bertemu mata Aliff.. ada getaran halus dan rasa gembira bila menatap wajah Aliff...  setelah habis ayat itu, Shazrina berlalu pergi meninggalkan Aliff yang mula bergerak untuk menemui cikgu Fatimah...

“Shaz...” panggil Aliff setelah Shazrina sudah beberapa tapak jauh meninggalkannya. Shazrina berhenti dari melangkah.. namun tidak memusingkan badannya untuk berbalas pandang dengan Aliff.

“thank...” ucap Aliff ikhlas.

Last edited by misssakura on 23-11-2012 10:18 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 06:15 PM | Show all posts
Farah yang sedang menonton televisyen dikamarnya termenung seketika... langsung cerita carekarama tidak menusuk ke kalbunya... hanya matanya sahaja terpacak pada kaca televisyen tapi mindanya menerawang entah ke mana...

“nak luahkan perasaan ke tak ek?” soal Farah pada dirinya sendiri... dia akui yang dia mula menyukai Aliff sahabat barunya itu.. kalau sehari tidak bertemu wajah kacak itu, hatinya pasti akan melagukan nada rindu... setiap kali menatap wajah Aliff pasti dia merasa bahagia dan gembira. Malah setiap kali bersama lelaki itu, pasti ada rasa debar dan getar memenuhi ruang hatinya... bukankah itu semua petanda awal cinta sudah betapak didalam jiwa?

“tapi kalau dia menolak macam mana? Tak ke malu aku nanti...” desis hatinya pula. Kepalanya mula dipenuhi wajah Aliff... setiap kenangan dan detik indah bersama Aliff bagaikan berputar di ruang otaknya.. cukup menambahkan rasa rindu pada sang jejaka tersayang.

“mustahillah Aliff akan tolak aku... aku wanita yang cantik, pandai, kaya dan lemah lembut... cukup lengkap pakej bagi seorang gadis idaman.. Pasti Aliff akan menerima aku! Entah-entah lelaki itu pon sama seperti aku... memendam perasaan cinta..” bisik hari Farah cukup yakin.. dia akan buat Aliff turut mencintainya dan tiada sesiapa pon boleh merampas Aliff darinya.

******



Shazrina yang sedang menelaah mata pelajaran biologi termenung sejenak... entah kenapa, hari ini ilmu agak sukar difahami oleh benaknya... ke mana hilangnya otak genius aku nih... Shazrina merenung lagi buku teks Biologi yang agak tebal didepannya...sukar dia memahami mekanisma peredaran maklumat dari sel-sel yang terdapat didalam otak... mungkin mindanya sudah tepu... dia perlu berehat seketika...bisik hati Shazrina.

Shazrina mula bergerak ke atas katil... bergolek-golek sendirian di katil yang besar lagi empuk itu.. jam di dinding sudah menunjukkan pukul  9 malam... ibu bapanya belum pulang... sibuk dengan urusan di klinik perkongsian mereka... lama Shazrina termenung pada siling didalam biliknya... rasa sejuk air cond yang dipasang sedikit sebanyak membuatkan matanya makin layu dan akhirnya dia terlelap meski pon masih banyak latihan yang belum selesai.

Last edited by misssakura on 23-11-2012 06:19 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 06:20 PM | Show all posts
“saya cintakan awak.............” luah Aliff kepada Shazrina. Mereka kini sedang bersantai di sebuah taman rekreasi yang berhampiran dengan sekolah... kebetulan mereka bertemu ketika sama-sama menyinggah di kedai buku dan akhirnya sama-sama menapak ke taman rekreasi tersebut untuk bersembang... Shazrina yang mendengar luahan dari Aliff sedikit tercengang... raut wajahnya yang putih bersih mula kemerahan... malu mendengar kata-kata cinta yang diucap! Pertama kali dalam hidupnya mendapat ucapan sebegitu.

“eh apa awak cakap ni....” soal Shazrina tidak mengerti... namun jauh disudut hatinya cukup terkesan dengan kata-kata Aliff... betul ke apa yang aku dengar ni? Biar betik? Entah-entah aku syok sendiri tak?

“saya cintakan awak... saya sukakan awak... Shaz boleh tak awak jadi kekasih saya?”aju Aliff dengan nada suara yang paling romantis... Shazrina masih kabur dengan situasi yang dialami namun rasa gembira dan terharu lebih menghiasi sekeping hatinya. Dia memandang wajah Aliff dengan rasa kasih sayang dan cinta... namun perlahan-lahan wajah kacak itu berubah...

“Shaz.........Shaz...” seru Aliff... Shazrina masih diawangan... mungkin kesan luahan perasaan dari Aliff... tetapi kenapa suara Aliff lain macam sahaja?

“Shaz.....Shaz...” panggil Aliff lagi... dipandang wajah Aliff.. kenapa Aliff tak henti-henti panggil nama aku? Oooo aku faham.. aku kan belum bagi jawapan lagi.... eh tapi apasal muka Aliff lain macam jer? Aliff?  Eh ni mama aku ni... kenapa ni?  Apa dah jadi?.. mana Aliff... mana taman rekreasi?  Kenapa mama tengok aku semacam je?

“Shaz....” ulang puan Rogayah sekali lagi bersama tepukan pada bahu anaknya... mengigau ke apa anaknya... tersengih-sengih bak kerang busuk... apalah yang dimimpikan agaknya tu...

“eh mama........” tegur Shazrina sambil bingkas bangun dari baringan. Mula sedar dari alam mimpi.. wajahnya diraup perlahan supaya otaknya lebih waras...patutlah pelik semacam je Aliff tadi.. mimpi rupanya.. apalah nasib aku mimpi benda tak senonoh macam tu dengan Aliff!

“mengigau yer? tu la tido tak basuh kaki... dah sembahyang Isyak ke belum ni?” Tanya puan Rogayah sambil duduk dibirai katil anaknya..

“belum...nasib baik mama kejutkan.... mama dah lama balik?” balas Shazrina bersama soalan... matanya sempat menjeling jam pada dinding.. sudah pukul 10 malam...tak adalah lama sangat aku terlelap tadi.

“baru lagi... naik atas nak jenguk Shaz...senyap aje biasanya ada jugak Shaz pasangr adio... tu yang pelik tu. Papa ada beli makanan tadi.. jom kita makan sama-sama... pastu boleh solat berjemaah.. mama dengan papa pon belum solat lagi ni..” ajak puan Rogayah sambil bangun dari katil anak gadisnya. Shazrina mengangguk tanda faham dan sama-sama dengan ibunya turun ke tingkat bawah untuk menikmati juadah di tengah malam.

Last edited by misssakura on 23-11-2012 06:24 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2012 10:45 PM | Show all posts
misssakura posted on 23-11-2012 06:20 PM
“saya cintakan awak.............” luah Aliff kepada Shazrina. Mereka kini sedang bersantai di sebu ...

Hamboi...shaz pun dah angau ngan alif....huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2012 08:36 AM | Show all posts
tergezut ingatkan mmg betul si aliff yg cakap sekali mengigau daaaaaaaaaaaaa

hahaha tue dua sahabat sedang memburu cinta si jejaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2012 11:29 AM | Show all posts
sellie003 posted on 23-11-2012 10:45 PM
Hamboi...shaz pun dah angau ngan alif....huhu...

itulah... dlm2 benci pon dh pandai angau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 11:30 AM | Show all posts
fatehana posted on 24-11-2012 08:36 AM
tergezut ingatkan mmg betul si aliff yg cakap sekali mengigau daaaaaaaaaaaaa

hahaha tue du ...

moh kite tngok sape yg dpt...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 11:31 AM | Show all posts
misssakura posted on 26-11-2012 11:29 AM
itulah... dlm2 benci pon dh pandai angau...

Hai sayang,

Bila nk sambung...huhu...tulah kan...dah ler sorg jejaka jd rebutan 2 gadis BFF...mesti ada yg menangis slah sorg nih...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 11:32 AM | Show all posts
sambungan...

Shazrina mara ke kantin sekolah... seperti biasa dia sendirian... tiada Farah yang meneman... suasana sekolah hari ini agak redup memandangkan baru sahaja selepas hujan cukup menenangkan jiwanya... namun begitu, suasana yang sejuk dan nyaman ini tidak menghalang dia dan pelajar lain untuk ke kantin demi mengisi perut...secara logiknya, bila musim hujan begini perut akan sentiasa lapar dan lapar...lagi-lagi perutnya yang tidak pernah kenal erti kenyang.

Suasana kantin yang agak basah dan dipenuhi pekik lolong pelajar agak merimaskan... dah macam kat pasar malam pula gayanya... namun langkah terus diatur untuk masuk ke barisan perempuan... perut yang kosong perlu diisi... bukan dia tidak biasa dengan situasi bising di kantin... namun apa silapnya dia sendiri tidak pasti...langkahnya yang penuh berkeyakinan itu menjadi sumbang. Kakinya tergelincir lalu terlanggar seorang pelajar dan mee kari yang dibawa gadis itu tepat mengenai baju putihnya... Shazrina terpaku seketika ditempat jatuhnya... dipandang bajunya yang sudah kekuningan kesan terkena kuah dari mee kari... gadis yang dilanggarnya turut rebah namun tidak semalang nasibnya... bajunya comot dengan kuah kari....

“hahahahahahahah.....................”gelak beberapa pelajar lelaki yang nakal... tragedi yang memalukan itu mula mendapat perhatian orang ramai dan ramai pelajar berkerumun dikawasan Shazrina dan lagi seorang pelajar perempuan itu terjatuh. Pelbagai reaksi wajah yang dipertontonkan... ada yang bersimpati, ada yang ketawa kecil, ada yang tersenyum sinis dan ada juga yang berbisik-bisik sesama sendiri... malunya Shazrina hanya Allah je yang tau... hilang segala kudrat dan tenaga untuk bingkas dari tempat dia tergelincir...

“orang makan mee kari kat mulut... bukan kat baju.” Satu suara sinis pelajar lelaki menjerit kearah Shazrina... kata-kata nista itu menggamitkan ketawa dari pelajar-pelajar yang lain... manusia memang gemar melihat perkara memalukan orang lain!

“entahnya... kot ye pon lapar janganlah sampai dengan baju-baju sekali nak dikongsikan bersama makanan tu... kongsi kat aku ni pon tak salah dari kongsi kat baju...” pekik satu suara lagi.. seperti biasa kata-kata ejekan itu akan dibalas dengan ketawa besar dari pelajar-pelajar tersebut.. mereka cukup terhibur dengan tragedi yang menimpa Shazrina...

“tu la orang kata balasan tuhan... berjalan tu biarlah menunduk... jangan nak tinggi sangat hidung tu...” satu lagi suara menghina Shazrina... Shazrina cuba bangkit walaupun kakinya amat sakit... kakinya yang mungkin terseliuh cuba diabaikan... dia mahu beredar segera dari kantin... dia malu yang amat sangat... pelajar-pelajar ini semua memang tunggu masa aje untuk kenakan dia.

“tak sangka best student kita pon tak pandai makan mee kari... kesian...”ejek satu suara lagi.. mata Shazrina sudah mula panas dan pedih... hanya tunggu masa sahaja empangan itu pecah... namun dia sesekali tidak akan jatuhkan lagi maruahnya dengan menangis... mungkin dia tidak mampu melawan kata-kata penghinaan yang dilontarkan padanya namun sekali pon dia tidak akan menangis... pasti mereka akan lebih gembira melihat aku menangis...

“woi!!!! Kalo korang tak nak muka korang pecah kena penyepak dengan aku... baik korang diam...” jerkah satu suara... keras dan kuat sehingga mampu melenyapkan bunyi ketawa yang tidak berhenti-henti menggelakkan Shazrina.. Aliff mara dan merapati Shazrina... simpati dia melihat Shazrina dibuli pelajar-pelajar yang nakal disekolah mereka... mungkin suatu ketika dahulu dia juga salah seorang seperti mereka. Pantang ada peluang untuk memalukan orang cepat sahaja digunakan..

Pelajar-pelajar lelaki yang galak ketawa tadi terdiam... takut dengan Aliff barang kali... siapa tidak kenal Aliff Iskandar... pelajar nakal yang banyak rekod buruk disekolah... kes-kes buli dan gaduh bagaikan kebiasaan dalam dirinya... pelajar-pelajar yang tadi ramai berkerumun mula beredar...mungkin mula sedar masa rehat sudah semakin singkat. Mungkin juga takut dengan ugutan dari Aliff.

“awak okey tak ni...” soal Aliff risau... dia cuba membantu Shazrina untuk berjalan namun ditepis gadis itu.. dia nampak mutiara mahal menuruni pada pipi Shazrina... simpati terhadap gadis itu semakin meluap-luap... tanpa mereka sedar ada mata memandang adegan hero menyelamatkan heroin dengan penuh perasaan dengki dan marah!

Last edited by misssakura on 26-11-2012 11:38 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 11:47 AM | Show all posts
Shazrina termenung dengan wajah yang muram di tepi tangga... tangga yang tercorot itu menjadi sarang Aliff memonteng selama ini.. bajunya yang kotor sudah cuba dibersihkan namun usahanya tidak berhasil... warna dan bau kari masih menyengat pada deria baunya...

“awak tak nak masuk kelas ke?” soal Aliff akhirnya setelah hampir 30 minit dia dan Shazrina melepak disebalik tangga yang menjadi markas ponteng selama ini. wajah sedih Shazrina dipandang sepi.. dia tahu perasaan Shazrina yang hiba... siapa tidak malu apabila dijadikan bahan gelak dan usikan yang melampau setelah perkara memalukan terjadi... kalau diikutkan kejadian Shazrina tergelincir dan terkena kari bukanlah satu perkara yang besar... tetapi kerana wujudnya sekumpulan pelajar yang nakal itu membesarkan lagi perkara yang kecil.

“saya nak duduk kat sini jap... kejap lagi saya nak minta kebenaran untuk pulang awal...” balas Shazrina dengan suara yang rendah... matanya sudah sembab kerana terlalu banyak menangis.. dia menangis sepuas-puasnya ditandas semasa proses mencuci bajunya yang kotor.

“Aliff, kalau nak masuk kelas pergilah... tinggalkan je saya kat sini sorang-sorang..” tambah Shazrina lagi.. tidak senang pula memikirkan Aliff memonteng kerana mahu menemaninya.. bukankah Aliff yang nakal dulu sudah tiada.. diganti dengan Aliff yang sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu.

“takpe... cikgu pon bukan selalu masuk kelas saya... maklumlah kelas paling corot...” tolak Aliff mudah... mana mungkin dia pergi meninggalkan teman yang disayang sendirian disini.

“Shaz....... dah-dah la tu fikir.. perkara dah lepas. Tak payah ingat la.” Pujuk Aliff.. hatinya di palu rasa risau melihat tingkah Shazrina yang tidak aktif seperti sedia kala... sebelum ini, kalau mereka bertemu muka pasti ada sahaja amukan dari Shazrina buatnya... tapi hari ini lain... Shazrina betul-betul kehilangan semangat dan tenaga.. raut wajah jelas menunjukkan dia sedih dan kecewa.

“saya malulah...  ramai jugak pelajar gelakkan saya tadi..” luah Shazrina... wajahnya yang mendung ditundukkan... setiap kali dia memejamkan mata, pasti otaknya akan teringat suara dan gelak ketawa yang ditujukan padanya. maruahnya dipijak-pijak sesenang hati oleh pelajar-pelajar tersebut.

“lama-lama nanti hilanglah tu... diorang tu memang macam tu.. tadi tu je hot.. nanti senyap macam tu je... awak tak payah risau sangat la... buat macam biasa jer”pesan Aliff lagi.

“tapi mungkin ni semua balasan untuk sayakan...” Shazrina berkata sayu.. dia teringat kata-kata seorang student yang menuduhnya hidung tinggi... tapi itu bukan tuduhan semata-mata.. perkara itu benar... dia memang bongkak dengan kelebihan yang ada padanya.

“kenapa pulak cakap macam tu... tak adalah...” balas Aliff kurang senang. Dia tak nak kerana perkara macam tu keyakinan Shazrina menjadi rendah... mana perginya Shazrina yang keras dan tegas selama ni.

“saya tahu saya banyak buat silap... berlagak, bongkak........ ye la saya kan best student.. kalau berselisih semasa berjalan, pandang orang pon saya tak mahu..apatah lagi nak diajak berbual.. macam saya layan awak sebelum ni.” Jelas Shazrina.. dia tahu kata-kata pelajar nakal tadi itu ada maknanya... tak kemana kalau dia berjalan terlalu mendongak ke langit.. kenapa dia perlu berlagak? Besar sangat ke dirinya sampai dia boleh merendah-rendahkan orang lain... nabi Muhammad orang paling mulia tu pon tak pernah merendahkan manusia lain...inikan pula manusia jahil sepertinya... ada rasa insaf mula menyelam kedalam dasar hati Shazrina... Aliff yang mendengar kata-kata Shazrina terangguk-angguk..tanda mengerti. Dia tahu maksud balasan yang diperkatakan oleh Shazrina.

“kalau awak dah sedar bagus la... manusia ni semua sama je tarafnya... tapi, awak jangan jadi rendah diri kerana perkara ni.. keyakinan tu penting tetapi terlebih yakin tu yang bahaya... simpan sedikit keyakinan awak tu untuk meneruskan hidup... lagi pon, awak tak seteruk yang awak fikirkan.. kalau awak ni betul-betul menyakitkan hati, tak adanya saya sibuk nak berkawan dengan awak... dah-dah... tak payah sedih-sedih.. baik awak balik rumah sekarang takut nanti kesan kotor kat baju awak tak hilang.” Ujar Aliff sambil bingkas bangun..Dia merenung wajah Shazrina yang memandang kearahnya.. wajah Shazrina kini nyata lebih tenang dari sebelumnya.

“Aliff..............”panggil Shazrina lembut.

“yer?”

“thank and sorry...”

“sorry kenapa pulak?” soal Aliff tidak faham.. kalau terima kasih tu dia faham..mungkin Shazrina berterima kasih atas pertolongannya di kantin seketika tadi.Tapi apa kejadahnya maaf ni?

“maaf sebab layan awak dengan buruk sebelum ni... selalu kutuk awak dan hina awak...maaf kan saya ..” ucap Shazrina ikhlas.. dia tahu, dia banyak melakukan kesilapan terhadap Aliff... mungkin Aliff tidak kisah tetapi dirinya tetap salah kerana melayan Aliff dengan terlalu kasar hanya kerana mereka tidak sama taraf..

“saya tak pernah simpan dalam hati Shaz... sebab saya suka kat awak..” balas Aliff selamba... wajah Shazrina memerah mendengar ayat akhir dari Aliff... teringat mimpinya tentang luahan perasaan Aliff kepadanya... terus dia diam terpaku...kedengaran suara Aliff ketawa.

“maksud saya suka sebagai rakan...” Aliff membaiki ayatnya.. segaris senyuman dilontarkan kepada Shazrina yang menghembus nafas lega.. namun jauh disudut hatinya mengiakan yang dia memang sukakan Shazrina... lebih dari seorang kawan.

Last edited by misssakura on 26-11-2012 11:54 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 11:57 AM | Show all posts
sellie003 posted on 26-11-2012 11:31 AM
Hai sayang,

Bila nk sambung...huhu...tulah kan...dah ler sorg jejaka jd rebutan 2 gadis BFF...m ...

well semestinya ada yg frust... hrp2 pada yg kecewa terus bersabar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 02:19 PM | Show all posts
misssakura posted on 26-11-2012 11:57 AM
well semestinya ada yg frust... hrp2 pada yg kecewa terus bersabar..

Sapa insan misteri yg memnadg penuh dengki & hasad tuh? Farahkah?...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 04:27 PM | Show all posts
misssakura posted on 26-11-2012 11:57 AM
well semestinya ada yg frust... hrp2 pada yg kecewa terus bersabar..

adat org muda yg sedang mabuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2012 04:29 PM | Show all posts
misssakura posted on 26-11-2012 11:30 AM
moh kite tngok sape yg dpt...

Cepatlah sambung
citer mcm nie klu versi cetak konpem ana baca sehari aje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 05:11 PM | Show all posts
sellie003 posted on 26-11-2012 02:19 PM
Sapa insan misteri yg memnadg penuh dengki & hasad tuh? Farahkah?...

hehehe... pakat2 speku la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 05:18 PM | Show all posts
fatehana posted on 26-11-2012 04:29 PM
Cepatlah sambung
citer mcm nie klu versi cetak konpem ana baca sehari aje

bestnye kalo boleh wat versi cetak.... tp ending pon x tahu kt mne lagi nih
okey sakura smbung ckit lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 05:19 PM | Show all posts
“mana Shazrina?” soal cikgu Amran... guru mata pelajaran bahasa Melayu kelas 5 Sains1... suasana kelas 5 Sains 1 sunyi sepi... tiada seorang pon pelajar tahu ke mana hilangnya Shazrina.. mereka tahu Shazrina dimalukan dikantin sekolah tadi, tetapi selepas waktu rehat bayang Shazrina pon tidak kelihatan. Farah tenang dikerusinya meski pon ada pelajar lain menjelingnya.. mereka yakin Farah merangkap teman baik Shazrina tahu kemana hilangnya gadis itu.

“Farah...awak tahu ke mana Shazrina? Seingat cikgu dia datang sekolah hari ini...” Tanya cikgu Amran lagi... guru yang berusia awal 40 an itu memandang kearah Farah..

“saya tak tahu cikgu... tadi sebelum rehat dia ada masuk kelas... lepas rehat dia dah tak masuk kelas....” jawab Farah jujur... dia membalas apa yang dia tahu sahaja. Tetapi, Shazrina ada memberitahunya mahu pulang awal atas musibah yang melandanya. Perlu ke diberitahu kenyataan itu kepada cikgu ini?

“hmm ada mana-mana cikgu panggil dia ke?” Tanya cikgu Amran lagi... dia bukan apa, Shazrina pelajar yang berdedikasi dalam hal pelajaran sangat jarang tidak masuk ke kelas apatah lagi memonteng... namun ketiadaannya tanpa sebab pada hari ini menyebabkan cikgu Amran perlu menandakan ‘ponteng’ pada buku kehadiran pelajar supaya tugasnya sebagai guru tidak berat sebelah.

“rasanya tiada...” jelas Farah.. cikgu Amran mengangguk tanda faham... pen yang dipegang lalu menulis nama Shazrina pada ruang nama pelajar memonteng.

“okey la kalau macam tu semua buka buku teks... hari ini kita akan buat latihan rumusan...” jelas cikgu Amran.. semua pelajar bergegas mengeluarkan buku teks dan buku latihan yang dikhaskan untuk penulisan karangan... sesi pembelajaran diteruskan.

********


“awal balik hari ni Shaz...” tegur mak Timah merangkap pembantu rumahnya. Memandangkan puan Rogayah dan encik Tarmizi sentiasa sibuk dengan urusan dikliniknya, maka mak Timah yang merupakan jiran tetangganya telah dilantik sebagai pembantu rumah semenjak Shazrina kecil lagi.. Mak Timah yang tiada sanak saudara dan anak-anak duduk bersama mereka semenjak dulu lagi.

“Shaz jatuh kat sekolah tadi mak Timah... tu la pasal balik awal..” cerita Shazrina perlahan.. Mak Timah merenung anak majikannya.. dia nampak baju sekolah Shazrina yang agak comot...

“jatuh kat mana... comot sangat baju Shaz ni...”

“kat kantin...” balas Shazrina sepatah... melalui hari yang malang membuatkan badannya penat.. dia mahu naik ke biliknya, mandi dan berehat... mahu melupakan segala kejadian yang memalukan hari ini...

“kalo macam tu naik atas cepat... salin baju... bagi baju ni kat mak Timah... biar mak Timah sental betol-betol kotoran degil ni...” jawab mak Timah... Shazrina ketawa kecil.. dah macam iklan pula kata-kata mak Timah.. kurang-kurang terubat sikit hatinya mendengar kata-kata mak Timah yang lucu itu. Shazrina kemudiannya terus ke tingkat atas untuk menyalin baju dan mandi.

Last edited by misssakura on 26-11-2012 05:24 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.633202 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list