CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: surianovember

Novel : Sejuta Kali Kasihku - [U]

[Copy link]
 Author| Post time 16-11-2012 01:05 PM | Show all posts
SEJUTA KALI KASIHKU 2




  Mataku terkebil-kebil menengadah siling putih. Kala ini langit sedang menangis. Aku membisu sedari tadi. Pertemuan aku dan dia beberapa hari yang lepas masih bermain di mindaku. Pertemuan yang menyakitkan.

  Perlahan-lahan aku menghela nafas lemah. Tanganku mula memicit dahi. Detik enam tahun lalu mula berputar di fikiranku.

*****

  Tangan lelaki itu masih melekap di pinggangku. Aku memalingkan wajah. Cuba meleraikan pautannya namun tidak berdaya. Aku tidak punya kekuatan. Tiada langsung aksara meniti keluar dari bibirku. Begitu juga dia. Hanya merenungku tajam.

  Sesekali jari-jemarinya mengelus lembut pipiku. Aku cuba mengelak. Rimas!

  “Kenapa ni sayang?” Tuturnya lembut.

  Aku menggeleng. Wajahnya aku pandang sekilas. Moodnya baik. Ada hari tubuh ini akan menjadi mangsa pukulannya. Entahlah. Tidak pernah aku tahu apa yang bermain di fikiran lelaki ini. Dan aku tak pernah tahu apa yang dia inginkan dari aku.

  Sewaktu aku mula menjejaki rumahnya, aku tahu akan ada sesuatu yang buruk berlaku. Dulu, aku meminta pekerjaan di sini kerana menganggap lelaki ini memerlukan pembantu rumah. Rupanya, dia punya agenda tersendiri. Aku tidak bisa melarikan diri.

  Ke mana saja aku pergi, dia akan ikut. Aku cuma perempuan yang berumur 18 tahun yang tidak mengerti apa-apa. Tidak mengerti tentang kejahatan dunia.

  “Encik, bila encik nak lepaskan saya?”

  “Lepaskan sayang? Hanya mati yang akan buat abang lepaskan sayang,” bisiknya di cuping telingaku.

  “Encik, kita tak ada sebarang hubungan. Malah kita bukan suami isteri. Dosa hukumnya!”

  Wajah itu berubah. Pautan dilepaskan lalu dia menarik hujung rambutku. Sebelah lagi tangannya memaut hujung daguku kuat.

  “Aku tak peduli! Kau faham tak? Aku tak peduli!” Bentaknya kasar.

  “Lepaskan saya. Lepaskan saya,” ujarku lagi.

  Lelaki itu bangun lalu berdiri jauh dariku. Rambut panjang miliknya diikat satu. Mataku jatuh pada tangannya. Dia mengepal penumbuk. Tahulah aku dia sedang menahan diri daripada terus memukulku. Cuba bersabar.

  Aku tidak mengerti kenapa dia harus menyeksakan seperti ini. Dia kaya. Dia boleh pilih wanita yang dia cintai.

  “Kau tak faham, Wafi Yasmina. Kau tak faham,” ujarnya. Tubuhnya masih membelakangkan aku.

  “Fahamkan saya!”

  Lelaki itu ketawa kecil sebelum memalingkan tubuhnya. Bibirnya melemparkan senyuman sinis.

  “Kau tak perlu tahu segalanya. Yang penting, aku takkan pernah lepaskan kau. Takkan!”

*****

  Lelaki itu keluar dari BMW 3 Series hitam metalik miliknya. Tangannya melingkar di lenganku menyuruhku masuk ke dalam keretanya. Tanpa banyak soal, aku masuk ke dalam perut kereta. Aku membisu. Saat lelaki itu memulakan pemanduan, otakku ligat berfikir.

  Aku perlu lakukan sesuatu supaya aku boleh lari darinya. Saat aku terpandang sebuah lori tayar, aku mendapat satu idea. Aku boleh merencanakan suatu kemalangan!

  Dia bernyanyi kecil. Aku mencapai telefon bimbit pemberiannya lalu aku jatuhkan ke bawah.

  “Encik, boleh tolong ambilkan telefon saya tak?”

  Tanpa banyak soal, lelaki itu menunduk lalu mencapai telefon bimbitku. Ponn! Mata lelaki itu membulat. Kereta miliknya hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan. Bibirku melemparkan senyuman. Rancanganku berhasil!

  Aku memeluk tubuh dan memegang erat tali pinggang. Lelaki di sebelahku panik. Kereta itu berpusing dan melanggar sebatang pokok. Mataku terpejam. Boleh saja aku akan mati.

  Beberapa lama kemudian, aku membuka kelopak mata. Kepala dia sudah terhantuk pada stereng kereta. Matanya masih terbuka namun aku tahu dia tidak berdaya untuk bangun. Mataku melingas kiri dan kanan. Sebentar lagi pasti orang ramai akan mengerumuni tempat ini dan aku yakin kereta ini akan meletup kerana bau petrol yang sangat kuat.

  Aku mula berkira-kira untuk keluar dari perut kereta namun jari-jemari lelaki itu mencapai erat lenganku. Wajahnya aku pandang sekilas. Mata bening itu merenungku sayu. Mungkin tidak benarkan aku meninggalkan dia.

  “Maafkan saya encik,” lafasku seraya meleraikan pautan. Aku meninggalkan dia dan kereta itu meletup. Mataku terpejam. Ungku Nafi’ Jihadi pasti sudah mati.

*****

  Lamunanku terhenti. Aku mengeluh. Berdosakah aku dengan lelaki itu? Tapi dia sudah menghancurkan zaman remaja. Dia sudah menghancurkan segala-galanya. Atau sepatutnya aku mengatakan bahawa aku sudah rosak?

  Untaian hangat yang bermain di tubir mata aku kesat dengan jari-jemariku.

  Wafi Yasmina. Kisahku sangat pahit. Dilahirkan tanpa mengetahui siapa ibu atau bapaku. Aku ditinggalkan di depan pintu masjid. Lalu orang masjid yang menjumpaiku membawa aku ke rumah anak yatim. Selama 18 tahun aku dibesarkan di situ sehingga aku mengambil keputusan untuk bekerja sementara menunggu keputusan SPM.

  Keputusanku itu membawa aku ke kancah derita. Kancah yang penuh dosa!

  Masih terngiang-ngiang di cuping telingaku kata-kata Ustazah Zainab, jiranku.

  “Seluas-luas pintu dalam Islam adalah pintu taubat. Kembalilah kepada-Nya.”

  Telekung yang tersidai di rak aku capai sebelum aku masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Aku perlu tenangkan diri. Aku ingin mengadu kepada-Nya!



Terima kasih kepada yang bantu suria pasal thread segala ni. Pening kepala suria.. heeee. Maaflah kalau tak best. I'm not an awesome person.. betul ke? haha. entahlah. Yang ni mungkin antara karya terakhir suria untuk tahun ni sebab tahun depan ada major exam menanti. Doakan suria ya.. Assalamualaikum.. :')









Last edited by surianovember on 16-11-2012 01:07 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 04:32 PM | Show all posts
sangat best............ betul ke suria 14 tahun? wa gler pandai menulis....
nak lagi citer ni....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 04:51 PM | Show all posts
good try...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 05:36 PM | Show all posts
misssakura posted on 16-11-2012 04:32 PM
sangat best............ betul ke suria 14 tahun? wa gler pandai menulis....{:thumb ...

haha.. Tak. 41.. 14 sbenarnya.. kekeke. Tak pandai sgt. Menulis cabuk2 bolehlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 05:37 PM | Show all posts
shahrinas posted on 16-11-2012 04:51 PM
good try...

trimas.. :')
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2012 11:39 PM | Show all posts
SEJUTA KALI KASIHKU 3




  Ulfah melemparkan senyuman manis kepadaku. Aku hanya mengukir senyuman nipis sebelum menyarung sandal. Dia menyandarkan tubuh pada Kelisa milikku. Tangannya membetulkan letak tudung.

  “Min, kalau aku tanya hang jangan marah na.

  Keningku terjongket. Aku kenal Ulfah dua tahun lalu dan aku tahu dia keliru denganku yang banyak berahsia dan banyak berdiam diri.

  “Tanyalah.”

  “Hang ambik duit dari mana beli Kelisa eh? Aku bukan apa. Hang anak yatim. Mesti tak ada duit nak beli kereta.”

  Darahku berderau. Aku menggenggam tanganku. Wajah Ulfah langsung aku tidak pandang.

  “Wafi, Ulfah.” Aku dan Ulfah menoleh. Infazah mendekati pagar yang memisahkan rumah aku dan dia.

  Nur Infazah. Anak bongsu Ustazah Zainab. Gadis yang sebaya denganku ini memang manis orangnya. Sopan santun, baik dan yang paling penting, baik keturunannya. Bukan sepertiku. Nama ibu bapa sendiri pun aku tidak pasti.

  Ah! Untuk apa mengeluh. Percaturan hidup ini sudah terlalu baik untukku. Setidak-tidaknya aku masih sihat dan kuat.

  “Ya,” sahut Ulfah. Soalannya yang tadi aku dibiarkan tak terjawab langsung dia tidak peduli.

  “Malam esok datang rumah. Mak buat kenduri sikit.”

  “Kenduri apa?”

  “Kenduri kesyukuran sebab In dah dapat kerja,” tuturnya lembut.

  “Ingatkan kenduri sambut menantu,” usik Ulfah.

  Wajah Infazah merah. Dia mengoyak senyuman manis.

  “Bukan.”

  Jam pada pergelangan tangan aku kerling. Sudah pukul 9 pagi. Dahiku berkerut. Pasti Encik Yahya akan marah kalau kami terlambat.

  “Ulfah, kita dah lambat,” tegurku perlahan.

  Dia menepuk dahi.

  “In, kami pergi dulu. Assalamualaikum.”

*****

  Sapu tangan aku gunakan untuk mengelap peluh yang merenik di dahi. Tubuhku aku sandarkan pada kerusi. Ulfah masih tekun membasuh pinggan. Hanya ini kerja yang mampu aku lakukan. Pembasuh pinggan!

  Aku bukan memilih pekerjaan. Lagipun aku rasa ini yang layak dengan kelulusanku. Hanya belajar sehingga SPM. Selepas aku melarikan diri dari pangkuan lelaki itu, aku mula bekerja sebagai pembasuh pinggan. Sama seperti Ulfah.

  Menggunakan duit simpanan yang Nafi’ berikan padaku, aku membeli sebuah rumah dan Kelisa. Tapi aku berjanji akan membayar semula semua duitnya.

  “Min, pi beli gula sat. Gula habis!” Tegur Encik Yahya.

  Aku mengangguk. Langkah demi langkah aku buka menuju kedai runcit.

  Tanganku mencapai sepaket gula dan menuju ke kaunter. Saat aku menghulurkan wang, ada tangan terlebih dahulu meletakkan wang di atas kaunter. Dahiku berkerut. Aku berpaling. Dia!

  “Pak cik, saya bayar,” tuturnya serius.

  “Tak apa. Saya boleh bayar sendiri.” Dengan laju aku menghulurkan wang dan berlalu pergi.

  Lelaki itu masih mengekoriku.

  Kepalaku runsing. Rasa renyah mula bertandang di hati. Aku tidak mengerti kenapa lelaki ini mahu mengangguku.

  Langkahku terhenti. Aku memalingkan tubuh.

  “Jangan ikut saya!”

  “Wafi Yasmina, ada perkara aku nak cakap.”

  Kata-katanya tidak aku hiraukan. Aku meneruskan langkah. Namun pantas saja tangannya memaut lenganku. Mataku membulat. Aku merentap lenganku. Lelaki itu ketawa kecil.

  Ungku Nafi’ Jihadi. Sebaris nama yang agak pelik bagiku. Aku tidak tahu asal-usulnya malah aku tidak tahu siapa dia. Dia terlalu berahsia tapi yang pasti, aku tahu dia lelaki berharta. Kalau ikutkan, tahun ini lelaki ini sudah berumur 30 tahun.

  “Apa lagi yang encik nak dari saya?” Bentakku kasar.

  “Jangan ingat aku tak tahu yang rumah dan Kelisa milik kau pakai duit aku.”

  Wajahku aku angkat. Mata bening itu merenungku. Kenapa lelaki ini tahu segala-galanya? Kenapa?

  Aku mengeluh. Tanganku menyeluk kocek baju kurung lalu menghulurkan kunci kereta dan kunci rumah kepada lelaki itu.

  Keningnya terjongket. Hairan dengan kelakuanku.

  “Apa ni?”

  “Kunci kereta dan kunci rumah. Encik ambillah kalau ini yang akan membuatkan encik berhenti dari mengekori saya.”

  “Kenapa kau tak pernah faham, Wafi Yasmina?”

  Sejujurnya aku tidak pernah mengerti tingkah laku lelaki ini. Kata-katanya, perbuatannya. Semuanya merunsingkan kepala!

   Dan aku ingin dia lenyap dari hidupku. Pemergian dia mungkin akan menghilangkan seribu satu rasa di hati ini. Tapi aku tahu, jauh di sudut hati ini aku mencintai dia meskipun sudah berulang-ulang kali aku melarang hatiku bertindak sedemikian.

  “Habis apa yang encik nak dari saya?”

  “Aku tak perlukan rumah atau Kelisa. Aku cuma perlukan kau.”

  “Perlukan saya? Perlukan saya sebagai perempuan simpanan encik lagi?”

  Lelaki itu menggeleng. Wajahnya mendung. Entah kenapa aku merasakan lelaki ini sudah berubah. Dia bukan Ungku Nafi’ Jihadi yang aku kenal dulu.

  “Terus-terang, aku memang perlukan kau tapi bukan sebagai perempuan simpanan aku. Aku perlukan kau sebagai isteri aku,” ucapnya sayu.

  Bibirku melemparkan senyuman sinis.

  “Perbincangan kita tamat!”

  Tanpa ragu lagi aku meneruskan langkah. Pasti Encik Yahya akan mencariku kerana keluar terlalu lama.

  “Perbincangan kita takkan pernah tamat dan kau akan jadi isteri aku!” Laungnya lagi.


Last edited by surianovember on 17-11-2012 11:47 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2012 11:52 PM | Show all posts
teruskan menulis wahai budak kecit tapi berbakat besar...hehe. jangan lupa study peksa tu esok. Jangan score BM penulisan je tau!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 12:01 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 17-11-2012 11:52 PM
teruskan menulis wahai budak kecit tapi berbakat besar...hehe. jangan lupa study peksa tu esok. Jang ...

haha.. dah besar dah ni.. Tak lupa study.. menulis hanya di waktu senggang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2012 03:35 PM | Show all posts
SEJUTA KALI KASIHKU 4



  Sedari tadi akutekun menyusun pinggan mangkuk. Tidak aku pedulikan lautan manusia yangmemenuhi rumah Ustazah Zainab. Ulfah tidak henti-henti membebel. Entah apa yangdibebelnya aku sendiri tidak pasti.

  Perutku berkeroncongmeminta makanan. Dari tengah hari tadi aku belum menjamah apa-apa makanan.

  “Min, hang sakit ka?”

  Dahiku berkerut. Akumenggeleng seraya menampal senyuman nipis.

  “Awat muka pucat?”

  “Aaa… Memang mukaaku macam nilah.”

  Ulfah mengangguksebelum mencapai sehiris epal lalu disuakan ke bibirnya.

  Pucatkah aku? Sejakkedatangan lelaki itu dalam hidupku, semuanya jadi tidak tentu arah. Kacau!Tidurku juga acap kali terganggu. Peristiwa dulu masih bermain di fikiranku.Makin menyesakkan dada. Selera makan juga hilang.

  Aku menghela nafaslemah. Kepalaku aku picit.

  “Min, pi  balik. Aku tengok hang pucat gila,” ujar Ulfah risau.

  “Aku okey. Janganrisau.”

  Sejak dari dululagi, aku paksa diriku untuk tidak melayan sakit. Sakit ini hanya picisan kecildugaan dari Yang Esa. Malah sakit ini mengurangkan dosa.

  Aku bangun saatmenyedari lengan baju kurungku kotor. Pasti terkena kari ayam . Cepat saja akumenuju ke dapur. Paip aku buka lalu aku basuh lengan baju kurungku.

  “Tolong hantarpinggan ni kat depan sat,” ujarseseorang yang tidak aku kenal.

  Terus akumenggagahkan diri ke ruang tamu. Ada Ulfah, keluarga Ustazah Zainab sertalelaki dan wanita yang asing bagiku.

  Dengan penuh hati-hatiaku meletakkan pinggan di atas meja kaca. Ulfah kelihatan sedang rancak berbualdengan Infazah. Aku mendekati wanita yang aku tidak kenal itu lalu akumenghulurkan tangan untuk bersalam. Wanita itu memandangku lama sebelummenyambut huluranku.

  Untuk beberapaketika, mata wanita itu masih lekat di wajahku. Rasa hairan bertamu di hati.Memangnya ada apa di wajah ini sehingga dia memerhatiku tidak berkelip?

  Ketawa kecil yangmeletus dari bibir Ulfah membuatkan wanita itu tersentak. Dia terus mengalihkanpandangan.

  “Ni siapa?” Soalwanita itu tiba-tiba.

  “Jiran sebelah rumahsaya. Mereka tinggal berdua. Ulfah dengan Wafi,” balas Ustazah Zainab.

  Wanita itumengangguk sebelum memandangku sekilas. Aku mula rasa rimas.

  “Oh ya. Wafi, Ulfah.Perkenalkan. Ni kawan ustazah. Orang Selangor.”

  “Bukan kawan. Bakalbesan,” sampuk lelaki yang berada di sebelah wanita itu. Aku pasti lelaki itusuami wanita itu.

  Pecah ketawa merekasemua melainkan Infazah yang tersipu-sipu malu. Wajahnya yang putih itu terusmenjadi kemerah-merahan. Matanya bersinar. Dia menekur lantai.

  Pasti Infazah bakalberkahwin tak lama lagi. Gadis sepertinya menjadi rebutan ramai lelaki. Gadisyang manis dan sopan. Siapa yang memilikinya memang bertuah. Aku? Siapa yangmemiliku itu nasibnya malang.

  “Mama…” Tegurseseorang.

  Aku memalingkantubuh. Mata aku membulat. Lelaki itu melemparkan senyuman kelat. Matanya jatuhpada wajahku. Segak memakai baju melayu berwarna ungu muda dan kain pelikat.Rambutnya kemas terpacak.

  “Ha. Nafi’ pergimana?”

  “Nafi’ jawabpanggilan. Ada panggilan penting, papa.” Oh. Rupanya lelaki itu papanya.

  Lelaki itumemandangku sekilas sebelum melabuhkan punggung di atas sofa. Renungannya sukarditafsirkan.

  “Asyik sibuk dengankerja. Kerja memanjang sampai isteri pun kami kena tolong carikan.”

  Infazah tertunduk.Oh! Rupanya wanita pilihan Ungku Nafi’ Jihadi ialah Nur Infazah, jirankusendiri. Kecilnya dunia ini.

  Hatiku diterpa rasakecewa tanpa aku sedar. Tidak. Aku tidak boleh mencintai lelaki ini lagi. Janganmenjadi penghancur kebahagiaan orang lain, Wafi Yasmina. Aku mungkin akandilabel sebagai orang ketiga.

  “Oh. Patutlah In takpernah layan mana-mana lelaki. Rupanya dah ada pilihan hati. Bila nakberlangsung?” Usik Ulfah.
  “Ulfah ni. Manaada,” dalih Infazah.

  Bibirku mengoyaksenyuman nipis.

  “Err. Ustazah, sayabalik dulu. Saya rasa tak sihat,” tuturku rendah. Memang benar aku rasa tidaksihat.

  Lelaki itumerenungku. Matanya memandangku sayu.

  “Baliklah. Lainkali, kalau tak sihat tak payah datang. Nanti melarat pulak sakit tu.”

  Lambat-lambat akumengangguk. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam sebelum pulang ke rumah.

*****

  Mataku terpejam. Akumerebahkan diri ke atas sofa. Kipas siling berputar laju. Sesaat kemudian, akumerasakan ada tangan yang melekap di dahiku. Pasti Ulfah. Meskipun aku dan diatidak rapat, dia amat mengambil berat halku.

  “Kenapa kau balik?Aku kan cakap aku okey,” lafazku. Kelopak mataku tertutup.

  “Sayang tak okey.”

  Kelopak matakuterbuka. Alangkah terperanjatnya aku melihat wajah Nafi’. Bukannya Ulfahseperti yang aku sangkakan. Aku menjauhkan diri darinya. Mataku tearah padapintu. Ah! Silap aku kerana tidak mengunci pintu.

  “Buat apa kat sini?”Ajuku kasar.

  “Tengok sayanglah.Wajah sayang pucat sangat. Sayang tak makan apa-apa ke?”

  “Bukan hal encik.Sekarang baik encik keluar."

  “Abang takkankeluar!”

  Malah lelaki itumelabuhkan punggung di atas sofa. Tangannya menampan kepala. Dia bersiul kecil.

  Dahiku aku tekanberkali-kali. Susah benar untuk berbicara dengannya. Dia terlalu degil!Kedegilannya itu merunsingkan kepala. Kenapa? Kenapa dia hadir kembali dalamhidupku? Soalan itu masih belum terungkai hingga kini.

  Dirasakan dunia initerlalu kecil dan sempit sehingga aku dan dia bertemu.

  “Encik. Saya rasabaik encik keluar. Kalau keluarga encik dan keluarga Ustazah Zainab tahu, sayayang malu jugak. Lagipun tak manis. Encik dah nak berkahwin dengan Infazah. Takbaik macam ni.” Sopan saja aku berkata-kata meskipun ingin sekali akumenengkingnya.

  “Sayang, abangmemang nak kahwin tapi bukan dengan Infazah. Abang nak kahwin dengan sayang,”ucapnya membetulkan kata-kataku.

  “Macam nilah. Sayatak faham kenapa encik nak ganggu saya. Saya rimas!”

  “Sayang rimas, abangsuka.”

  Dia melepaskan tawa.

  Aku menggeleng.Tidakkah lelaki ini mengerti segala-galanya?

  Terus aku melutut dihadapannya. Titisan jernih yang melalui lekuk pipi aku biarkan saja. Riak wajahlelaki itu berubah. Jelas dia terperanjat dengan tindakanku.

  “Saya rayu, encik.Jangan janggu saya. Cukuplah. Saya maafkan segala perbuatan encik enam tahunlepas tapi saya mohon, jangan ganggu saya. Biarkan saya bahagia meskipun untukseketika. Tolong, encik. Saya rayu.”

  “Ab…abang.” Diatidak meneruskan kata.

  “Saya mohon denganrasa rendah diri, encik. Yang enam tahun dulu, saya rela biarkan saja meskipunsakit. Encik tolong lupa segalanya. Anggap saja kita tak pernah kenal. Bolehtak?”

  “Tidak! Aku takkanlupa segalanya. Kau milik aku untuk selamanya. Kenapa kau tak faham? Kenapa kautak faham apa yang aku rasa? Aku cintakan kau dan aku nak kahwin dengan kau.Bukannya dengan Infazah.

  Memang. Memang akupernah rosakkan kau. Memang aku pernah tinggal luka yang dalam tapi kenapa kautak pernah bagi peluang untuk aku bertanggungjawab?” Lirih saja suaranya.Kelopak matanya bergenang.

  Aku terdiam. Terasaberat untukku berkata-kata.

  Dia bangun danbergerak ke pintu.

  “Sekali hati kauuntuk aku, sejuta kali kasih aku untuk kau. Aku takkan mengalah, Wafi Yasmina.Kali ni, aku tega tinggalkan kau tapi untuk hari seterusnya, aku akan tetapberada di sisi kau.”

  Terus lelaki itumembolosi ambang pintu meninggalkan aku.

  Ya Allah, apakahyang bakal terjadi kepada hamba-Mu ini? Apa yang akan terjadi kalau Infazahtahu hal ini?

  Aku meraup wajahku.Hati, jangan terlalu mencintai.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 06:07 PM | Show all posts
OT sat... gmbr ungku tu pelakon korea ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 06:15 PM | Show all posts
misssakura posted on 18-11-2012 06:07 PM
OT sat... gmbr ungku tu pelakon korea ke?

nope.. gambar artis thailand ni... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 06:18 PM | Show all posts
surianovember posted on 18-11-2012 06:15 PM
nope.. gambar artis thailand ni... hehe

citt.... tp hensem
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 06:24 PM | Show all posts
misssakura posted on 18-11-2012 06:18 PM
citt.... tp hensem

haha.. mmg hensem, kak sbb dia kacuk german, cina dengan thailand
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 07:26 PM | Show all posts
best...tak sangka penulis masih muda..2 thn je tua dari anak sulung nalle..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 08:01 PM | Show all posts
nallepooh posted on 18-11-2012 07:26 PM
best...tak sangka penulis masih muda..2 thn je tua dari anak sulung nalle..

haha.. tak muda lah kak.. dah tua bangka dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 10:39 AM | Show all posts
sambung lg yea suria
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2012 11:48 AM | Show all posts
fatehana posted on 19-11-2012 10:39 AM
sambung lg yea suria

ya ya.. Suria sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 03:01 PM | Show all posts
SEJUTA KALI KASIHKU 5




  Bibirku melepaskan keluhan kecil. Mataku terkebil-kebil memandang langit yang bertemankan bulan dan bintang. Sesekali aku mengerling rumah sebelah. Ustazah Zainab sekeluarga sedang melepak di halaman rumah. Jelas kedengaran gelak ketawa.

  Bilakah aku akan berasa seperti itu? Mungkin sehingga aku mati aku akan berasa sepi dan kosong. Biarlah. Bukannya aku tidak pernah rasa sunyi dan kosong.

  Aku tersentak di kala ada yang menyapa bahuku. Aku berpaling. Ulfah melemparkan senyuman nipis sebelum melabuhkan punggung di sebelahku.

  “Buat apa?”

  “Melepak,” tuturku ringkas.

  Masing-masing melayan perasaan sendiri. Jeritan kecil Infazah membuatkan aku membuang pandang kembali ke halaman rumahnya. Sesaat kemudian, dia ketawa.

  Rasa serba-salah mula bertamu di hati di saat memandang wajah Infazah. Apa yang akan terjadi jika dia tahu bakal suaminya itu orang yang bertakhta di hatiku? Aku tidak mahu dianggap pemusnah kebahagiaan orang lain.

  “Min, aku nak tanya sikit.”

  “Tanyalah.”

  “Hang kenai ka bakal suami In?” Wajah itu serba salah.

  “Kenapa kau cakap macam tu?”

  “Sebab dari mata dia, aku tengok dia macam kenai hang. Semalam masa orang duk cakap pun, dia perhatikan hang,” ucapnya perlahan. Pasti takut aku terasa.

  Rupa-rupanya Ulfah memerhati renungan Nafi’ padaku. Perlukah aku memberitahu segala-galanya? Tak. Tak boleh. Wafi Yasmina, jangan sama sekali membabitkan orang lain. Biar diri sendiri yang menanggung segalanya.

  “Mana ada. Takkan sebab tu kau cakap aku kenal dia,” nafiku. Aku melepaskan tawa kecil untuk menutup kegugupanku.

  “Aku nampak dia masuk rumah kita semalam lepas kau balik.”

  Mataku membulat. Jantungku berdetak laju. Peluh mula merenik di dahi.

  “Kau silap tengok tu. Mana ada,” dalihku lagi.

  “Hurmm. Mungkin,” tuturnya lalu menyilangkah kaki. Matanya turut melihat wajah Infazah. Bibirnya melemparkan senyuman nipis.

  “Bertuah kan Infazah. Dia ada segalanya. Mak, ayah.” Ulfah berkata perlahan.

  Mataku jatuh pada wajah Ulfah. Aku tahu Ulfah sepertiku cuma yang bezanya, dia ada adik-beradik. Mak dan ayah Ulfah sudah meninggal. Kerana itu Ulfah bekerja teruk. Mungkin kita menganggap kita yang paling teruk namun kita tak tahu, masih ada yang tidak bernasib baik daripada kita.

  “Aku nak masuk rumah dulu,” lafazku seraya bangun dan menepuk seluarku  dek terkena debu.

  Laju saja aku menyeret kakiku.

  “Min…” Aku berpaling.

  “Kalau ada masalah, boleh cerita dengan aku. Aku mungkin tak mampu nak tolong tapi sekurang-kurangnya, hang boleh lepaskan rasa di hati.”

  Aku mengangguk. Aku menampal senyuman manis.

  “Terima kasih, Ulfah.”

*****

  Aku mengelap tanganku yang basah. Riuh-rendah dek bunyi para pekerja berbual. Tambahan pula ini merupakan waktu punca. Waktu para pekerja makan tengah hari cuma aku saja yang masih meneruskan kerjaku yang belum siap.

  “Wafi Yasmina….” Namaku diseru. Fazrin mengukirkan senyuman manis. Sudah!

  “Min buat apa tu? Meh Abang Rin tolong.”

  Jengkel saja kata-katanya pada pendengaranku. Sejak kali pertama aku bekerja di sini, acap kali dia mengusikku. Namun aku biarkan saja. Anak saudara Encik Yahya ini memang manis mulutnya. Suka mengusik perempuan.

  Dia mendekatiku dan berdiri tidak jauh dariku. Tersengih-sengih bagai kerang busuk.

  “Wei Rin, tak payahlah duk kacau dia. Pi main jauh-jauh,” marah Ulfah.

  Wajah Fazrin masam.

  “Issyy. Kacau daun sungguh. Tengok kawan Min tu. Suka sangat marah Abang Rin.”

  “Boleh dak jangan duk kacau dia? Dia tak suka!” Bentak Ulfah lagi.

  “Eii. Hang ni. Hang tau mana dia tak suka?” Aju Fazrin tidak puas hati. Pinggangnya dicekakkan. Ulfah membulatkan mata.

  Mereka berdua kalau berjumpa pasti bertekak.

  “Aku tahulah. Dia kawan aku,” tutur Ulfah.

  “Dia makwe aku,” tambah Fazrin.

  Kepalaku menggeleng. Aku mencuci pinggan yang terakhir sebelum berlalu meninggalkan mereka. Malas nak masuk campur.

  “Min, ada orang nak jumpa hang. Dia tunggu kat kaunter,” tutur Nisa.

  Belum sempat aku bertanya siapa, Nisa sudah menghilangkan diri. Dahiku berkerut. Siapa agaknya? Encik Yahya? Mustahil! Kalau Encik Yahya, pasti Nisa akan beritahu namanya.

*****

  Teragak-agak aku mendekati wanita itu. Aku tidak kenal siapa dia kerana dia membelakangi diriku. Kelihatan seperti orang berada kerana pakaiannya bukan seperti insan biasa sepertiku. Beg tangan yang dibawa pun sudah mencecah ribuan ringgit.

  “Err. Assalamualaikum.” Aku memberi salam.

  Dia berpaling. Mataku membulat. Darahku berderau.

  “Wa’alaikumsalam.”

   Tersungging senyuman manis di bibirnya. Aku kaku. Lidahku kelu.

  “Kenapa puan nak jumpa saya?”

  “Jangan panggil puan. Panggil saja mak cik,” ucapnya. Wajah itu serius.

  Aku menggaru kepala yang diliputi tudung.

  “Mak cik datang sini sebab nak bawa Yasmin pergi rumah Nafi.”

  “Untuk apa?”

  “Nak borak-borak.”

  “Tapi saya kerja,” dalihku.

  “Mak cik dah minta dengan Encik Yahya. Jom,”ucapnya kemudian menarik lenganku. Aku ingin membantah namun lidahku tetap kelu.

  Kenapa ibu Nafi’ ingin berborak denganku? Adakah dia ingin  menyuruhku pergi dari hidup Nafi’ atau memaksa Nafi’ tidak mengangguku lagi?

  Hatiku berdegup kencang. Langit mendung aku kerling sekilas. Ya Allah, apakah yang akan terjadi kepada hamba-Mu ini?







Last edited by surianovember on 19-11-2012 03:09 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 03:32 PM | Show all posts
suria.. sementara cuti2 sekolah ni bley laa marathon siapkan citer ni.. besttt giler okekkkk... love it soo muchhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 03:45 PM | Show all posts
yamapi posted on 19-11-2012 03:32 PM
suria.. sementara cuti2 sekolah ni bley laa marathon siapkan citer ni.. besttt giler okekkkk... love ...

ya ya.. Mmg nak siapkan waktu cuti sekolah. Actually cerita ni berbelas bab sahaja.. hehe.. trimas2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.095276 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list