CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: surianovember

Novel : Sejuta Kali Kasihku - [U]

[Copy link]
Post time 19-11-2012 11:48 PM | Show all posts
nafi' ni kaki pukul ke? takut la macam tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2012 11:52 PM | Show all posts
misssakura posted on 19-11-2012 11:48 PM
nafi' ni kaki pukul ke? takut la macam tu

haha.. bukan bukan.. dia ni sweet gila.. hekhek
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:06 AM | Show all posts
misssakura posted on 19-11-2012 11:44 PM
amboi kak sellie komen... 'tak rasa cinta lelaki itu'.. berbunga2:loveli ...

Betul apa?...nafi tuh kemain panggil yasmin sayang, sayang...tp dok ugut2 kasar2 nak kepal penumbuk bagai...mana pi layanan belai2 manja tuh... ahaks....sendiri pun berbunga masa taip tak rasa cinta lelaki tu...manyak lomantik kan...

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 12:08 AM | Show all posts
surianovember posted on 19-11-2012 11:35 PM
nak sambungan sekarang ke? kalau nak, hanna boleh letak.. tak tengok gambar merlin

Muleh aje.....akak tgh karg citer gak sesambil nengok merlin....sesambil baca gak citer suria....huhu....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 12:10 AM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 12:08 AM
Muleh aje.....akak tgh karg citer gak sesambil nengok merlin....sesambil baca gak citer suria....h ...

ya ya.. tunggu kejap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 12:14 AM | Show all posts
SEJUTA KALI KASIHKU 7




  Ulfah menepuk bahuku berkali-kali. Dia tersenyum. Aku menghela nafas. Peluh dingin mula merenik di dahiku. Aku memejamkan mata seketika. Benarkah ini yang harus aku lakukan? Nampaknya kali ini, aku akan melukai hati orang lain.

  Belum sempat aku ingin melaungkan salam, tersembul wajah Infazah di ambang pintu. Dia melemparkan senyuman manis.

  “Masuklah. Umi dengan baba tak ada,” ujarnya mempersilakan kami masuk.

  Terus Ulfah mengangguk. Dia menarik tanganku untuk masuk ke dalam rumah. Aku melabuhkan punggung di atas sofa. Hatiku sudah kecut. Takut Infazah akan memarahiku.

  “Biar In pergi buat air dulu.”

  Dia menghilang begitu saja. Aku memakukan pandangan pada wajah Ulfah.

  “Aku tak boleh buat. Aku takut,” ujarku perlahan.

  “Laa. Nak takut buat apa. In bukan nak makan hang. Min, hang kena cakap kat dia jugak macam mana pun. Hang dengan Nafi’ kena berkahwin jugak!

  “Tapi aku takut dia terluka.” Lemah saja suaraku. Tidak terdaya untuk aku membantah kata-kata Nafi’ lagi. Dia ada kuasa yang boleh melemahkan aku.

  Tidak sampai hati untuk melukakan hati Nur Infazah. Dia wanita yang baik dan lembut. Aku tidak mengerti kenapa Nafi’ tidak mahu berkahwin dengannya. Jika dibandingkan aku dengan Infazah, aku jauh ketinggalan.

  Adakah Ungku Nafi’ Jihadi buta dalam menilai kaca dan permata? Begitu mudahnya dia memilihku yang hina ini.

  “Aku…” Belum sempat Ulfah meneruskan kata, Infazah sudah muncul bersama dulang minuman. Aku menelan air liur yang dirasakan pahit.

  Infazah melabuhkan punggung di atas sofa yang bertentangan denganku. Bibirnya masih menampal senyuman manis. Semakin serba salah aku dibuatnya.

  “Ada apa nak jumpa In?”

  “Aaa.. aaaa…” Lidahku kelu. Berat untukku berkata-kata. Ulfah menyiku tulang rusukku. Aku terjerit kecil. Infazah menjongketkan kening. Masih menanti-nanti aksara yang bakal meniti keluar dari bibirku.

  “Macam ni, kami ada hal nak bincang dengan Ulfah. Pasal Nafi,” ujar Ulfah setelah bosan melihat aku hanya berdiam diri dan menunduk.

  “Pasal Abang Nafi’?”

  Sampai abang segala. Aku mengetap bibir. Hatiku sakit. Ah! Tidak perlu cemburu.

  Sebenarnya hatiku berbelah bahagi. Antara cinta dan benci, mana satu yang harus aku dahulukan? Memang benar aku mencintai Ungku Nafi’ Jihadi tapi dalam masa yang sama, rasa benci semakin kuat menghentak hatiku.

  Dan sekarang, dia mengugutku. Jika aku tidak berkahwin dengannya, aibku pasti dijaja merata. Aku kenal dia. Dia akan tunaikan kata-katanya.

  “Hurmm. Macam mana kalau In tak jadi kahwin dengan dia?” Tebak Ulfah.

  “Haha. Kalau tak kahwin lagi bagus sebab…”

  Kata-kata Infazah terhenti. Matanya jatuh pada wajahku.

  “Sebab apa?” Ulfah bertanya gelojoh. Haih! Minah ni.

  “Sebab hati dia bukan untuk In, Ulfah.”

  Kening Ulfah bertaut. Dia menggaru pelipis. Pasti tidak mengerti akan kata-kata Infazah. Darah merah menyerbu mukaku. Aku agak Infazah tahu apa yang terjadi dengan Nafi’. Mudah saja untuk menebak renungan Nafi’ terhadapku.

  Renungan yang tajam namun penuh kasih sayang. Aku tahu itu dan sejak kali pertama aku berjumpa dengannya, renungan itu pasti menemani wajah tampannya.

  Infazah mendekatiku. Tangannya mencapai erat jari-jemariku.

  “Wafi, hati dia untuk Wafi. Terima dia. Maafkan kesilapan lalu dia. In yakin dia akan jadi suami yang baik,” ucapnya lembut.

  “Tapi… macam mana dengan In?”

  Dia ketawa kecil sebelum menggeleng.

  “In percaya kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada, tak kisah. Wafi, untuk kali ini, In harap sangat Wafi terima dia.”

  Mataku memandangnya sayu. Pelupuk mataku bergenang. Tubuhnya ku rangkul erat.

*****

  Dahiku mencium tikar sejadah. Untaian hangat mula merembes keluar. Ada kala, kesedihan itu mendekatkan kita dengan Yang Esa.

  Usai menyapu muka, aku mengangkat kedua-dua belah tanganku.

  “Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba-Mu ini, dosa saudara-saudara hamba serta dosa seluruh umat Islam. Murahkan rezeki aku dan permudahkanlah urusan hamba-Mu ini di atas muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku meminta dan mengadu. Sabarkanlah aku dalam menghadapi ujian dari-Mu.

  Ya Rahman, jauhkanlah hamba-Mu ini dari sifat riak, benci dan hasad dengki. Tunjukkan aku jalan yang lurus. Ya Rahim, jika benar dia untukku,aku rela tapi jika bukan, Engkau temukanlah aku dan dia dengan jodoh yang baik.”

*****

  Pon! Aku mengetap bibir. Sejak tadi, Nafi’ tidak henti-henti membunyikan hon. Ulfah ketawa kecil. Mataku membulat. Dia menggeleng. Aku rela jika Nafi’ jodohku. Mungkin ini yang terbaik untukku. Ya! Mungkin.

  “Lupakan masa lalu, Min. Lihat masa depan. Cakap In tu betul. Aku yakin Nafi’ boleh jadi suami yang baik,” ucapnya sambil mengusap belakangku.

  Bibirku melemparkan senyuman nipis. “Doakan aku ya. Doakan aku boleh terima Nafi’ dengan baik dan bukannya kerana terpaksa.”

  Dia mengangguk.

  “Dah. Baik hang keluar cepat. Dari tadi kereta duk bagi hon. Nanti satu taman dengar.”

  Aku ketawa. Terus aku mencapai sandal milikku lalu membolosi ambang pintu. Lelaki itu tersengih dan menggaru kepalanya. Aku menjeling tajam. Dia merapatkan kedua-dua belah tangannya lalu diletakkan di dada dan menunduk sebagai tanda minta maaf.

  “Lain kali sabar. Kalau bising bukan boleh buat apa pun,” tuturku keras.

  “Ala. Sorrylah. Abang tak sabar sangat nak jumpa sayang dan pergi butik pengantin.”

  “Siapa cakap saya nak ikut encik?”

  Riak wajahnya berubah. Terkulat-kulat dia di situ. Aku menahan ketawa.

  Mataku jatuh pada tangannya. Dia menggenggam penumbuk lagi. Nafi’, Nafi’. Aku tahu suaranya pasti naik beroktaf-oktaf. Wajahnya sudah merah. Rahangnya sudah turun naik.

  “Habis kau nak buat apa jumpa aku?” Bentaknya kasar.

  “Nak beritahu yang saya tak kisah kalau encik sebarkan gambar kita. Saya tahu encik hanya main-main.” Sinis saja suaraku. Memang boleh dapat anugerah pelakon terbaik sungguh.

  “Kau ingat aku main-main? Aku tak pernah main-main, Wafi Yasmina.”

  Sudah! Jangan dijolok sarang tebuan. Kalau aku masih bermain dengannya, pasti kemarahannya bakal meletus tak lama lagi. Aku tidak mahu menjadi mangsa amarahnya.

  Aku membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta. Dia masih terpinga-pinga dengan tindakanku. Tersungging senyuman nakal di bibirku. Rambutnya diramas kasar.

  “Encik, cepatlah. Nanti butik pengantin tutup!” Jeritku.

  Dia tersenyum. Wajahnya yang mendung sudah cerah kembali. Tergesa-gesa dia masuk ke dalam perut kereta.

  “Sayang jangan buat abang macam ni lagi. Abang boleh sakit jantung,” ujarnya perlahan namun dia masih melemparkan senyuman manis kepadaku.

  Tidak aku pedulikan kata-katanya. Aku yakin, ini yang terbaik untukku. Mungkin betul cakap Infazah. Ungku Nafi’ Jihadi boleh jadi suami yang baik.

*****

  “Abang tahu sayang sayangkan abang,” ujarnya tiba-tiba. Keretanya berhenti di kala traffic light berwarna merah.

  “Kenapa pulak encik cakap macam tu?”

  “Sebab masa kita jumpa kat taman, sayang cakap yang sayang takkan kahwin dengan orang yang sayang tak cinta.”

  Lidahku kelu. Dia masih teringat akan kata-kataku.

  Peluh dingin mula merenik di dahi. Tidak tahu ingin berkata apa. Soalannya benar-benar memerangkap aku.

  “Haha. Sayang tak tahu nak jawab apa.”

  “Diamlah!” Jeritku kuat. Dia menggeleng lalu ketawa.

  “Tapi betul kan sayang cintakan abang?”

  “Ada masalah ke kalau saya suka encik?”

  “Tak ada masalah. Abang lagi suka. Sekali hati sayang untuk abang, sejuta kali kasih abang untuk sayang,” tuturnya sebelum meneruskan pemanduan.

  Wajah itu aku pandang sebelum bibirku mengukir senyuman bahagia.

*****

  Wajahku cemberut. Dari satu baju hingga satu baju aku sarungkan ke tubuh namun satu pun tidak berkenang di mata beningnya. Tak cantiklah, sarat dengan maniklah. Aku tidak faham dengan lelaki itu. Sudah banyak waktu terbuang di sini.

  Selesai menukar kembali kepada pakaian asalku, aku berdiri di hadapan dia. Dia hanya tersengih. Mata itu merenungku tajam tapi penuh menggoda. Aku mencekakkan pinggang.

  “Encik ni nak baju macam mana sebenarnya? Saya dah penat,” keluhku geram.

  Dia hanya ketawa.

  “Baju dah beli sebenarnya. Saja datang tengok. Mama dah siapkan semuanya.”

  Mataku membulat. Hatiku semakin geram.

  “Eiii.. encik ni.”

  “Dah! Jom pergi Star Parade.”

  “Buat apa pulak?”

  “Dating!” Dia tersenyum nakal. Aku mengetap bibir. Pembantu kedai itu sudah tersenyum-senyum.

  Lelaki itu menyuruhku mengikutnya.

  “Terima kasih, cik,” tutur Nafi’ sebelum menolak pintu kaca itu.

*****

  Nafi’ menghulurkan popcorn kepadaku. Aku mencapai popcorn tersebut. Dia melabuhkan punggung di sebelahku namun jauh jaraknya. Matanya memerhati orang yang lalu-lalang. Bibir kemerah-merahan itu mengukirkan senyuman. Entah apa yang berada di fikirannya.

  Aku akui aku senang dengan Nafi sekarang ini meskipun kadangkala kelakuannya sangat menjengkelkan hati. Dia banyak berubah aku rasa. Dia masih mampu menahan amarah yang membara di dada.

  “Abang bahagia sangat. Dah lama abang tunggu waktu ni,” ucapnya tiba-tiba.

  Keningku bertaut. Dia melepaskan tawa kecil.

  “Dulu, abang selalu berangan. Berangan kita duduk dekat shopping mall lepas tu sembang-sembang dengan gembira tanpa rasa terpaksa atau benci.”

  Ada nada sayu pada kata-katanya.

  “Maafkan saya.”

  “Tak perlu minta maaf. Lupakan hal dulu. Kita mulakan hidup baru.”

  Aku mengangguk.

  “Jom,” ajaknya. Dahiku berkerut.

  “Nak pergi mana?”

  “Tengok baju kahwin! Baju kahwin mana beli lagi,” tuturnya kemudian ketawa. Aku mengetap bibir.

  Tapi kala ini, hatiku begitu bahagia. Selepas apa yang terjadi dan rasa yang aku tahan selama enam tahun, aku mampu menghela nafas lega. Yang ada di hati cuma rasa cinta. Tiada lagi amarah dan dendam yang membara.









Last edited by surianovember on 20-11-2012 12:17 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2012 12:28 AM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 12:14 AM
SEJUTA KALI KASIHKU 7

Huhu....sweet....geram, geram sayang nih....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 12:35 AM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 12:28 AM
Huhu....sweet....geram, geram sayang nih....

haha.. marah nafi' lagi tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 07:50 AM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 12:35 AM
haha.. marah nafi' lagi tak?

Memula rasa nak pelempang jek si nafi nih.......tp akak tak menafikan tak jd nak lempang....huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 08:54 AM | Show all posts
nafi' ni panas barankan... tp hrp2 dh okey...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 09:15 AM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 07:50 AM
Memula rasa nak pelempang jek si nafi nih.......tp akak tak menafikan tak jd nak lempang... ...

haha.. hebatnya nafi' buat akak tak jadi nak pelempang dia.. kekekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 09:17 AM | Show all posts
misssakura posted on 20-11-2012 08:54 AM
nafi' ni panas barankan... tp hrp2 dh okey...

haha.. Insya-Allah dah tak panas baran
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 09:31 AM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 09:15 AM
haha.. hebatnya nafi' buat akak tak jadi nak pelempang dia.. kekekeke

Ahaks....nama nafi tuh unik tau...camna akak boleh jd modal lak 'nafi' tuh....huhu...

Kiranya nafi ni berubh demi yasmin lah ya....tp marah2 tuh still tak leh nak ilang...tp don't worry leps diorg kawen boleh aje yasmin urut2kn si nafi nih bg ilang kepala angin dia tuh...huhu...

P/S betui ka suria umo 14 thn?...umur dlm kategori remaja riang ria tuh tau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 10:08 AM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 09:31 AM
Ahaks....nama nafi tuh unik tau...camna akak boleh jd modal lak 'nafi' tuh....huhu...

Kiranya n ...

haha.. nama nafi' tu quite unic.. Mmg yasmin boleh buat nafi' tu jadi baik pulak.. Ya ya.. 14. Mmg masih riang pun kak. Entah macam mana boleh tersebar pasal umur tu. Dah simpan rahsia umur tu berdekad dah tu.. kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 10:18 AM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 10:08 AM
haha.. nama nafi' tu quite unic.. Mmg yasmin boleh buat nafi' tu jadi baik pulak.. Ya ya.. 14. Mmg ...

Oh ya ke? alahai adik2...14 tahun tuh form 2....matang dr segi usia...serius akak cakap....penulisan adik sgt matang dan superb ok...akak suka cara penulisan adik macm penulis yg berjaya...terus usaha mengarang lg tau...kekadg remaja macm adik nih lg kreatif dlm mengarg citer...fresh dr ladang....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 10:41 AM | Show all posts
suka baca komen dr sellie, org yg ada seni menulis cara komen pun bernas, klu ana yg komen sure ke laut jadinya

nafi mmg syg sgt kat yasmin tp caranya mmg kasar, x suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 10:42 AM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 10:08 AM
haha.. nama nafi' tu quite unic.. Mmg yasmin boleh buat nafi' tu jadi baik pulak.. Ya ya.. 14. Mmg ...

br 14 tahun tp cara bercerita mcm dah berusia melebihi org amek SPM, nak membahasakan akak pun malu sbb anak sulung lbh tua dr suria
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 10:48 AM | Show all posts
sweetnya nafi dgn wafi

sambung lagi ...best sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 11:00 AM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 10:18 AM
Oh ya ke? alahai adik2...14 tahun tuh form 2....matang dr segi usia...serius akak cakap....penulis ...

muahaha.. tak matang sangat. Matang gaya form 2. Hehe.. fresh? rasanya kalau penulis yang tua lagi best kak sbb lagi banyak pengalaman yang mereka kutip
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 11:02 AM | Show all posts
fatehana posted on 20-11-2012 10:42 AM
br 14 tahun tp cara bercerita mcm dah berusia melebihi org amek SPM, nak membahasakan akak pun mal ...

haha.. jangankan spm, pmr pun tak lepas lagi kak.. tak yah malu-malu..wee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.106605 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list