View: 73988|Reply: 720
|
Kisah Benar: Demi.. SYAHADA.
[Copy link]
|
|
Nak berkongsikan kisah seorang teman yang berkahwin dengan lelaki Inggeris.
Kisahnya bermula bila lelaki Inggeris ini kematian isteri di saat melahirkan anak perempuan mereka.
Perkahwinan lelaki Inggeris dan mendiang isterinya tidak direstu oleh keluarga si isteri yg warak dlm agama hindu.
Bila anak mereka lahir, si isteri meninggal dunia. Maka dtglah keluarga si isteri menguruskan mayat anak perempuan mereka.
Lelaki inggeris diberi pilihan untuk membela bayi perempuan itu dgn syarat mereka tidak ada kena mengena dgn bayi itu atau, Sekiranya bayi itu di bela oleh keluarga mendiang isterinya, kepada bayi itu akan diberitahu bahawa bapanya (lelaki inggeris) sudah mati dan die tidak dibenarkan melihat anaknya itu. Kerana tidak suka kepada keluarga India itu maka dia memilih untuk menjaga anaknya. Lelaki Inggeris ini berkerja di negaranya, mendiang isteri berkhidmat di syarikat penerbangan tempatan. Cuti sudah habis dan dia perlu pulang ke negara asalnya. Bayi baru lahir tidak dibenarkan menaiki flight. Dalam kebuntuan teringatlah dia kepada teman sekuliahnya dan pernah juga menaruh hati kepada temannya yang ada di negara ini, iaitu teman saya.
Ketika itu, teman saya baru habis contract dengan syarikat die berkerja, sedang menunggu contract baru di Dubai, teman saya berkerja dlm bidang architecture.. Dengan rasa riang teman saya mengucapkan tahniah dgn kelahiran anak itu tanpatahu tujuan sebenar lelaki inggeris ini. Bila diberitahu bahawa bayi yang baru lahir itu perlukan tempat tinggal sementara maka dengan rasa kasihan dan belas memikirkan dia juga sedang bercuti dia meminta izin dari keluarganya untuk menjaga bayi itu. Keluarga teman saya memang sayangkan kanak-kanak apatah lagi anak2 sudah dewasa semua maka teman saya mendapat keizinan. Malam itu dalam hujan yang renyai-renyai, lelaki inggeris datang ke rumah teman saya membawa bayi itu dgn sebungkus pampers. Teman saya diberi wang sebanyak RM2000.00 untuk kos menjaga bayi itu. Surat beranak juga masih belum ada..
malamkedua..bayi itu menangis tidak henti2 meragam dia, dengan kuasa Allah swt bayi itu berhenti meragam dan tidur nyenyak setiap malam bila di azankan oleh ayah teman saya.
Bermulalah kehidupan teman saya bersama bayi itu.. kaum keluarga yg lain ramai yang tidak bersetuju dgn tindakan teman saya dan keluarganya kerana takut menjadi buah mulut orang.. belum kahwin dah ada anak.. teman saya jenis yg tidak suka dgr perkara2 yang begitu dan dia terus menjaga bayi itu dgn penuh kasih sayang..dan perhatian keluarga teman saya di panggil dgn panggilan mama.
Selang 3 bulan, lelaki inggeris itu masih belum datang mengambil anaknya.. maka teman saya menghubungi lelaki inggeris itu dan teman saya diberi kebebasan untuk membentuk dan menjaga bayi itu. Teman saya meminta izin untuk mengislamkan anak itu dan lelaki inggeris itu tidak ada bantahan. Hidup lah bayi itu dgn cara orang melayu dan islam..dikhatankan, dibuat kenduri kesyukuran dan sebagainya...
Menjelang 8 bulan, datanglah lelaki inggeris tadi menjenguk anaknya. Gembiranya dia bukan kepalang melihat anaknya dijaga dengan penuh kasih sayang, sihat walafiat. Teman saya meminta surat beranak tetapi lelaki inggeris itu belum lagi mendaftarkelahiran anak itu. Tanpa memikirkan apa2 hanya menghulurkan wang sebanyak rm 1500.00 die pulang lagi ke negara asalnya. Bersusah payahlah teman saya itu membuatkan surant beranak untuk anak yang disayangnya itu. Menebalkan muka dengan mendaftar anak itu sebagai anak kandungnya tanpa mahu banyak bicara dan anak itu akhirnya punya surat beranak dengan berbintikan Abdullah. Selesai satu perkara...
Hampir setahun berlalu, muncul lagi lelaki inggeris itu kali ini dia datang untuk membawa anaknya pulang ke negara asal. Dengan rasa yang amat sedih teman saya meminta supaya dia dibenarkan menjaga anak itu sampai bila-bila. Ketika ini teman saya sudah meletak jawatan di syarikat di berkerja malah menolak peluang untuk berkhidmat di Dubai lantaran rasa kasih sangat pada anak itu. Lelaki inggeris itu bersetuju dengan syarat teman saya menjadi isterinya... terdiam teman saya, lama juga dia memikirkannya. Mula dia teringat yang lelaki inggeris nitu pernah menaruh hati kepadanya satu ketika dulu, memikirkan tentang cara hidup dan agama diam menolak lelaki inggeris itu. Terfikir juga dia mungkin kalau dah jodoh, tidak ke mana. Lalu teman saya memberikan syarat jika dia mahu menikahi dia haruslah lelaki inggeris itu kenal tentang agama islam dahulu...hampir 6 bulan lelaki inggeris berdiam diri.
nanti kita sambung lagi....
Last edited by manjaredd on 16-11-2012 06:46 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nk tunggu tt cite selanjutnya |
|
|
|
|
|
|
|
Next!!! Bila nak sambung?? |
|
|
|
|
|
|
|
adehh malehnya kalau ada part2 ni....tt sila hapdet...x sbr nk tau cter slanjutnya |
|
|
|
|
|
|
|
TT, ai ada cdgn... len kali nk pos cerita, sila draf siap2 dlm MS Word sampai abis2. Pastu barulah pos kat sini. X de la org tertanya2 / cerita uols tgantung tanpa sambunagn...dan akhirnya kena lock kat momod... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bole kene lock ker???? jangan la, tak sabar nak tau nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah syok syok baca, tetiba go be continue pulop.. potong betul la.. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan wa nikah ngan orang asing ok je alhamdulillah..
dapat anak sepasang yang sangat comel..
malah husband dia pulak yang jadi lebih berilmu ttg islam daripada si kawan ni..
jodoh tu Allah dah tentukan...
anyway tuan tanah, ni nak wat cerpen ke novel sekerat2 bersambung..
kalau takde sambungan esok, thread ni wassalam lah yek.. |
|
|
|
|
|
|
|
chop!!!!!
sila sambung novel ini |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak bt part2 pun jgn la lama sgt..nnt tertgu je nak tau smbgan |
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah... saya nak sambung ler ni.... maaf ye..buat anda tertunggu..
Ketika itu bulan Ramadhan, lelaki inggeris ni muncul lagi... kali ini dia datang dengan jawapan. Katanya kepada teman saya itu yang dia sudah mula belajar tentang agama Islam dan untuk menunjukkan yan dia sudah memahami dan bersedia untuk memeluk Islam dia berlatih berpuasa. Dua minggu dia tinggal di rumah keluarga teman saya itu, mereka bersahur, berbuka dan nampak gayanya memang dia sudah besedia. Malahan dia meminta untuk di mualafkan sebelum dia pulang ke negara asalnya. Dipermudahkan urusan mereka selamatlah lelaki inggeris itu menjadi saudara baru. Pesan ayah teman saya bila pulangnanti berkhatanlah, dan ambil kelas2 agama di sana. Lelaki Inggeris itu bersetuju dan pulanglah dia ke negara asalnya dan kali ini dia memberitahu nyang dia akan datang lagi selepas 3 bulan. Keluarga teman saya menerima dia seadanya, namun keluarga dan sanak saudara pula tidak suka, pada mereka sudahlah memelihara anak yang tidak tahu asal-usulnya, kini nak bernikah pula dgn org asing, mavcam dah tak ada melayu yang memang sudah islam agamanya. Ini kerana mereka meragui islam lelaki inggeris tadi.
Teman saya mula ditanya keluarganya apa dia sudah bersedia untuk berumah tangga.. kepada sayalah tempat dia bercerita .. katanya persaan cinta itu tidak ada, sayang pun tidak. yang ada cuma rasa selesa sebagai kawan.. bila fikirkan tentang anak yang dibelanya, maka dia berserah andai ada jodoh dia redha.. dia percaya satu hari nanti dengan izin Allah swt perasaan itu pasti muncul seperti rasa kasih sayangnya pada anak itu. Sebagai sahabat, saya mendoakan kebahagiaan teman saya..moga berpanjangan jodoh mereka.
Menjelang 3 bulan persiapan ala kadar di buat, kerana menurut lelaki inggeris tadi tidak seorang pun ahli keluarganya mahupun kawan-kawan yang boleh hadir untuk majlis itu. Keluarga teman saya pula endah tak endah untuk mewakilkan lelaki inggeris itu bermacam alasan dari mereka, yang utama masalah bahasa.. Selepas lelaki inggeris itu kembali, merka berdua pun dinikahkan di pejabat agama dan majlis kenduri dirumah teman saya. Bermulalah kehidupan mereka sebagai suami isteri....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita sambung lagi...
Lelaki Inggeris itu pulang semula ke negaranya selepas 2 minggu bercuti dan berbulan madu di langkawi. Bila ditanya kenapa teman saya tidak suaminya pulang sedangkan dulunya dia belajar di negara itu juga, katanya tidak bersedia lagi. Hiduplah mereka berjauhan. Teman saya diberi tiket ke UK untuk bersama-sama keluarga suaminya, ketika itu perayaan Hari krismas. Terbanglah teman saya bersama anak tirinya itu. Selepas seminggu dia pulang, bila di tanya bagaimana keluarga suaminya jawapan yg baik2 kami terima. Syukur..
Masa berlalu, saya sudah jarang bertemu teman saya itu kerana bertugas di luar negara selama 2 tahun jika bertemu pun ketika pulang bercuti. Alhamdulillah...sihat dan makin besar anak tirinya yang dibela sejak kecil. Ketika pulang bercuti pada tahun yang pertama ketika itu menyambut hari raya, suami teman saya itu ada bersama-sama. Senyum saya melihat mereka bahagia hendaknya. Masuk tahun kedua pulang berhari raya suaminya ada juga, rupanya teman saya beritahu suaminya itu sudah tinggal di negara ini. Sayang rupanya lelaki inggeris itu pada teman saya dan anaknya, pasti tak sanggup berjauhan. Habis contract di luar negara, saya pulang ke tanahair, maka selalulah kami berjumpa semula, teman saya juga sudah mula berkerja. Slalu juga saya bertanyakan teman saya sudah adakah persaan cinta..hanya senyuman yang diberinya. Pada saya dah adalah tu agaknya..saya menduga.
Ada sedikit kehairanan dalam fikiran saya kerana setiap kali ke rumah teman saya, tidak kira waktu suaminya ada di rumah sahaja. Dah suaminya pastilah di situ, teman saya masih tgal bersama keluarga cuma tidak serumah, tinggal mereka bersebelahan sahaja. Bila pulang berkerja saya lihat teman saya sibuk mengemas, memasak, melayan anak.. suaminya hanya duduk di depan pc. Pada fikiran saya dia sibuk dengan kerja yang mungkin di bawa pulang atau di buat dari rumah. Semakin matang teman saya nampaknya walhal dikalangan kawan-kawan dialah yang paling nakal dan tak pandai buat kerja rumah,cucu neneklah katakan..manja orangnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
saya sambung ni...
Pada suatu hari, saya ke rumah teman saya, waktu itu tengahari untuk menghantar kiriman kawan kami yg berkerja di luar negara, kebetulan hari itu saya cuti. Di beri salam tidak ada yang jawab, saya ke rumah sebelah saya lihat anak tiri teman saya ada bersama -sama emak teman saya. Sudah seperti keluarga, saya masuk dan berbual-bual dengan emak teman saya. Maka terkeluarlah cerita, yang mereka sudah jarang dapat melihat anak mereka. Pagi keluar berkerja, senja baru pulang. Sibuk dengan urusan rumahtangga emak dan ayahnya dijenguk seminggu sekali sahaja. itu pun kalau tidak keluar bersama suami dan anaknya. Semakin hairan saya, teman saya itu punyalah manja dengan emaknya lebih-lebih lagi setelah neneknya meninggal dunia, rapat benar mereka. Emak teman saya bercerita lagi cucunya itu tidak pandai cakap melayu, memang benar budak itu berbahasa inggeris dengan saya. itu tak menjadi hairan pada saya kertana teman saya berbahasa inggeris memang no1. tak lama berbual saya minta diri untuk pulang, ketika keluar daro pagar saya tyernampak suami teman saya membuka pintu untuk keluar. saya menyapanya dan katanya dia tidak dengar saya memberi salam kerana sedang tidur. Dah pukul 2ptg baru bangun tidur?? mungkin kerja malam agaknya...
Satu hari saya keluar membeli belah bersama suami saya, bertemu dengan teman saya dan emaknya sedang memilih-milih barang. Si kecil itu juga ada bersama. Ada juga masa untuk emaknya, syukur.. tak lama berbual kerana mereka hendak ke pasar basah selepas itu. Pertemuan itu adalah yang terakhir rupanya kerana saya sekali lagi di hantar bertugas ke luar negara bersama suami. Saya sering berutus email namun jarang-jarang sekali dia membalasnya. Selepas 2 tahun saya kembali semula ke tanahair.
Dek kerana rasa rindu pada teman saya itu, selang berapa hari saya ke rumahnya. Dia tidak ada kerana mengikut suaminya berjumpa keluarganya yang datang bercuti ke Singapura. Tak ada rezeki hendak berjumpa, berbuallah saya dengan emak teman saya, kurang sihat dia rupanya. Dengan penyakit yang sedia ada di tambah lagi penyakit yg lain.. kasihan dia. Sebelum saya pulang dia pegang tangan saya katanya, minta saya bercakap dengan teman saya. Minta dia jangan berahsia.. kalau susah lepaskan sahaja.. emaknya meminta supaya jangan dibiarkan teman saya itu, kerana dia orang yang tidak suka bercerita kalau perlu paksalah dia... Kehairanan dan rasa ingin tahu semakin membuak dalam diri saya... esoknya saya ke rumah emak teman saya lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
sambunganya...
Ketika saya sampai di situ, teman saya sudah mula berkerja. Menurut emak teman saya suaminya ada di rumah, anak mereka yang sepatutnya ke tadika ada di rumah..sekarang anak ini sudah pandai bercakap melayu, ikut neneknya. Saya suarakan rasa tidak sedap hati saya, paling tidak saya tahu sikit kisah teman saya ni baru boleh saya bertemu dengannya. Emaknya memulakan cerita semenjak suaminya berpindah ke negara ini, dia tidak pernah berkerja, yang menanggung keluarga adalah teman saya. Dari wang dapur hinggalah kepada perbelanjaan harian suaminya teman saya yang beri termasuklah kjeperluannya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Malah setiap bulan teman saya harus menghantar wang belanja kepada ibu suaminya di UK. Saya bayangkan pertukaran wang yang tinggi ketika itu.. Cerita emak teman saya lagi, suami teman saya itu tidak makan makanan melayu, ikan hanya ikan putih dan merah yg sekeping2, yg mahal kerana ikan lain busuk katanya.. IKAN COD?? MAHAL TU... keju berjenis2 ikut masakan.. tak payah ceritalah.. kita makan sup tulang di hinanya katanya makanan anjing. 'dogs food', makan ikan bilis katanya bangkai, makan tempe katanya pengotor makan kulat, seba salah kami dibuatnya, bila masak teringat yang anaknya gemar maka dihantar kesebelah esoknya si kecil mengadu 'daddy throws the food'. Kami makan durian dia tutup pintu kuat2 dan muntah depan rumah sambil meludah tidak tahan dengan bau, padahal sebelah rumah. Kata emaknya lagi, bukan mereka tidak tahu tetapi teman saya tidak menjawab bila di tanya malah mengelakkan diri. Anak mereka juga dah diberhentikan dari sekolah tadika. Tahun depan dah nak pergi pra neneknya semakin risau takut cucunya itu tidak ke sekolah. Takkan tidak mampu, sedangkan gaji teman saya bukan kecil. Emak teman saya tidak sampai hati melihat anaknya, itu saya dapat rasa. Tapi kenapa teman saya berdiam diri???
Saya mencari waktu dan ketika untuk bersemuka dengan teman saya, dah lama kami tak berbual bersama. Malangnya sejak kali pertama mencuba sampai berbulan-bulan ada sahaja alasannya. Adakalanya panggilan telkefon juga tidak berjawab kalau berjawab pun jawapannya ringkas sahaja. Bila saya ke rumahnya dia tidak senang sellau sahaja dia ke dapur bila saya menurut dia ke depan pula. Bila saya bertanya tentang rumahtangga tajam mata suaminya memandang. Tahukah saya dia sudah faham bahasa melayu rupanya. Saya perhatikan, hp berjenama tak kurang harga seribu model baru, teman saya masih dgn hp yang lama dah dekat 6-7 tahun usianya. Pakaiannya berjenama walaupun cuma duduk rumah sahaja, teman saya..dia memang sederhana orangnya. Saya masih belum tahu apa kisah teman saya ini..yang pasti sesuatu sedang berlaku...
Saya masih mencuba untuk berjumpa dengan teman saya di luar, namun masih gagal.. hinggalah pada suatu hari saya dapat panggilan telefon dari adik teman saya yang emak mereka yang sudah keluar masuk hospital kini berada dalam keadaan tenat. Saya menziarahi emaknya di hospital. teman saya tidak ada di situ yang ada cuma adiknya yang bongsu. Emaknya sudah boleh bercakap, cuma dia sesak nafas dan paru2 berair. Dalam keadaan seperti itu dia masih cuba menyuruh saya bercakap dengan teman saya.. seperti selalu saya hanya menjawab saya akan cuba. Bila di tanya ke mana teman saya itu kata adiknya dia datang pagi tadi sebelum ke tempat kerja.
Tidak lama selepas itu emak teman saya sudah pun pulang ke rumah walaupun sudah uzur nampaknya, sekali lagi say menziarahinya. Kali ini cerita baru pula yang keluar, teman saya tidakj tinggal di situ lagi tetapi tinggal di luar dengan kawan-kawan sekerja dengan alasan dekat dan mudah ke tempat kerja. Anaknya di ambil tinggal bersamanya pada hujung minggu, suaminya masih tinggal disitu! Emaknya tidak banyak bercerita hanya mengalirkan air mata sambil termenung jauh..risau benar dia pada anaknya..Apa yang dah berlaku..???
|
|
|
|
|
|
|
|
Peya posted on 13-11-2012 08:45 AM
tak sabar nk tunggu tt cite selanjutnya
sabar ye..
|
|
|
|
|
|
|
|
sejuk posted on 13-11-2012 02:05 PM
Next!!! Bila nak sambung??
sedang sambung..dengan masa yang terhad..
|
|
|
|
|
|
|
|
cayunk posted on 13-11-2012 02:39 PM
adehh malehnya kalau ada part2 ni....tt sila hapdet...x sbr nk tau cter slanjutnya
dah sambung..
|
|
|
|
|
|
|
|
leon_mclaren78 posted on 13-11-2012 02:46 PM
TT, ai ada cdgn... len kali nk pos cerita, sila draf siap2 dlm MS Word sampai abis2. Pastu barulah p ...
harap bersabar encik..saya sedang sambung dengan waktu yang ada..
|
|
|
|
|
|
|
|
Peya posted on 13-11-2012 03:00 PM
Bole kene lock ker???? jangan la, tak sabar nak tau nih...
terima kasih kerana menunggu dengan sabar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|